Instagram : @peejburhan

i love u sunday

i love weekends.
macam aku kata sebelum ni. sebelum ni kalau orang selalu happy bila weekend, aku macam tak berapa paham.
maybe sebab aku memang sentiasa pun kat rumah aje. so happy aje la.
now dah kerja baru paham.
especially bila kau relax tak perlu ke mana.
pakai baju tido sampai petang pun ok aje.

friday lepas kerja tak kemana.
sebab dah set dalam kepala nak buat laundry n mengadap piles of baju yang perlu di lipat.
tolong gila banyak. sampai kali trip punya tak lipat. haha.
bila dah sampai kena korek bakul nak carik apa nak pakai adalah keji.
aku korek takpa..bila laki kena gali tu yang rasa bersalah tu.
so lipat baju sambil layan tgk drama tuan anas mikael kat gengtube.

i'm not a tv person. i spend most of the time dengan laptop..online.
so segala movies..series..drama ke apa semua layan guna laptop.
sebab tu tak tgk hari tu kat tv..n hari biasa busy..so aku marathon terus episode minggu ni hari tu sambil lipat baju.
boleh tahan la..pukul 8 ish aku start lipat, pukul 11 malam baru siap.
samada aku yang lembat melipat atau kau bayangkan la sendiri banyak mana longgokan baju yang kena lipat tu.

tu takpa...tu takpa.
tetiba sakit perut harus ke tandas.
perangai memang pergi toilet suka angkut handphone.
lepas tu letak kat shelf shampoo.
shelf jenis jaring2 tu...sambil tu cuci muka.
abis cuci muka amik la handphone.
dah pegang dah..struggle nak amik phone tu..boleh lak dia slipt n jatuh celah2 antara jaring tu.
kelepekkkkk ke lantai.
huish basah..lap2 hp masuk dalam poket.

masuk bilik nak tengok phone baru perasan ini telah terjadi.
hamagaddddddd....


pulak dah phone tak pakai cover..amik kauuuu.
retak macam kena panah petir rupa dia.
cover lama rosak..nak beli baru dari sehari ke sehari tak beli.
n konon best la pakai takda cover sebab ringan n sleek. puihhhh.
saje kan..bertahun pakai cover taknak lak jatuh.
ni tengah bogel..nak buat terjun tiruk la pulak. grrrr...

aku rasa dia tunjuk perasaan.
sebab petang tu ada kawan call tanya nak beli tak iphone 6plus.
baru pakai 2 bulan.
aku kata taknak..aku nak kumpul duit beli 6s nanti.
wooow sungguh eksyen berkata-kata, sambil menggunakan iphone 5s.
amik kau tunjuk perasaan dia.
ceaa...macam selalu orang cakap..jangannn la cakap nak beli kereta baru depan kereta kau...nanti dia buat hal..
so lebih kurang la konsep dia tu. hahaha.

memula aku ingat maybe tampered glass je.
sekali bukak memang screen betul la.


dah la serbuk n serpih2 kaca banyak..nasib ada tampered glass tu.
seram gak.
seharian gak la mengadap phone retak gini.

sabtu tu pagi aku kerja.
sebab accountant datang buat kerja.
aku memang kena ada if dia datang.
abis dah selama ni kata aku yang acah-acah accountant untuk company kan. kah kah.
so if dia tak paham system aku sebelum ni, or cara filing aku..dia boleh tanya.
amik kau boleh tekanan dia tengok cara aku sesuka hati buat account.
bertabahlah...sia-sia bayar mahal kalau dia tak pening kan. so kena bagi dia pening sikit. :D

aku tiap kali kerja weekend laki aku mesti nak ikut.
dia tu takleh la biarkan ku bersendiri.
risau nau. so kena la bawak dia sekali kalau aku kerja.
tapi dia tu mana leh duduk diam.
kejap online..kejap nanti mengemas opis.
pastu tau-tau dia basuh toilet opis. heheh.
dia kata boring dia duduk saje..abis tu tau boring siapa suruh ikut kan?
asyik nak berkepiiiiittttt aje.

then lepas kerja kami berjalan ke festival city. nak betulkan phone.
woiiiiii mahallll.
semakin lama semakin mahal.
dulu masa pakai 4s..tukar screen rm200 je. pandai tawar dapatlah rm180.
tapi 5s rm350 ok..oh fockkkk.

sebelum ni tu aku tukar kat wangsa walk. tapi tau la wangsa walk on the weekend hazab ok nak cari parking.
alang dah kat office tu..pergi festival sudah.
tanya kedai mostly the lowest is rm350.
naik tingkat satu lagi..rm380.
naik tingkat atas lagi..kedai tu bagi rm400..
laki aku dah, "oii makin tinggi naik, makin naik harga ni. berapa tingkat mall ni? kalau 5 tingkat..mati la..harga asyik naik."
then pergi kedai satu lagi..amik kau rm450 dia bagi.
what tha fockkkkkkk....
tanya kedai sebelah lagi. dia kata rm350. ok fine.
maknanya mmg rm350 la rate situ..wont go any lower. tapi boleh naik lagi harga.
so kita buat situ aje.

sementara buat tu kami makan.
later adik ipar aku n auni datang jooin.
lepas makan tengok hp tak siap lagi.
so kami pergi layan auni pergi tempat game.

then check. hp dah siap.
boss dia tgh nak hantar ke kedai.
so sambung jalan.
singgah popular jap. beli ini.


wooooow. kemain gigih.
hamagad the last time aku baca novel melayu adalah tingkatan 1 kot.
time tu cerita remaja semua la.
lepas tu memang takda langsung ye.
dah start poyo-poyo baca novel remaja english..aku pun lupa sudah..of coz salah satu svh la.
then start baca segala novel english romance apa semua la.
memang novel melayu takda langsung.
so aku tak dapat bayangkan macam mana penceritaan novel melayu sekarang ni.

yang aku tau mostly drama kat tv adalah adaptasi novel kan?
pun aku jarang layan drama malay. unlesssss ada pelakon yang aku suka dalam tu. miahahah.
since aku tertengok cerita ni kat tv masa memula keluar tu.
aku rasa perempuan tu saiko n kelakar. aku layan la tgk kat geng tube.
tak sangka baru start drama ni. ingat dah halfway ke apa.
so ok la. menarik lak cerita dia..tetiba nak tau apa ending. lets beli.

tapi aku kan poyo..konon nak tau ending la apa..
tapi nanti baca halfway aje pun. dasar pemalas.
bukan malas..sebab there's internet kan..so kau akan end up online je nanti.
semalam mama nampak aku beli buku ni..bising dia..dia kata bila nak baca tu? buku cerita grey pun tak abis baca lagi. miahhahahaha. betul jugak tu ye?

semalam lepak rumah mama sampai almost 12am baru gerak.
sian tengok dia sorang aje.
noy takda ni..bercuti ngan suami dia.
abang2 tah buat apa lepak atasss aje.
if aku laki bini takda, memang sorang la dia.
tolonglah aku takleh la benda macam ni..aku jadi emo.
semalam tengok mama dah tertido baru kami laki bini gerak.
mama cakap nanti nak duduk rumah aku, pun aku risau..sebab aku dah kerja kan now. nanti dia sorang gak.
dia kata takpa..atleast time tak kerja aku duduk ngan dia.
ni dia kata tak kira bila pun dia selalu sorang je.
bayangkan hari tu beli 12 dvd utk mama.
dalam masa 2 hari dia habis yea tengok semua tu.
oh my. takpa..abis iddah nanti mama jalan la sana sini yea.
takda la kesepian ke apa.

today aku tak ke sana.
sebab memang dah set nak buat laundry n lipat baju.
tolonglah never ending betul la.
baru tinggal berdua baju dah tahap hape.
kalau anak berderet mau muntah baju aku.

so hari ni adalah happy sebab ah indahhhnya takyah kemana.
lunch pun aku order je makan.
petang tadi tetiba laki aku datang bagi kuih2 la apa. wooow..
kerja aku menghabiskan masa depan laptop aje.  miahahahah.

tetiba jumaat hari tu terasa nak bukak twitter.
saje layan timeline.
sekali ternampak sorang share pasal tengok how to get away with murder season 2 episode 12.
whattttt? dah keluar ke? n dah episode 9??!!


macam mana boleh tak sedar tah?
aku cuma tau season 2 Empire je dah keluar.
memang aku layan download every week.
tak tau la dah keluar How to get away with murder ni.
sekali aku check..Scandal season 5 pun dah keluar n dah episode 9. what whattt??!!

cepat2 aku download malam tu jugak.
pastu esoknya masa kerja last saturday tu aku bawak siap headphone n layan tengok.
ahhhh indahnya perasaan.
sebab marathon tanpa gangguan.
so dalam masa 1 hari setengah aku habiskan masa aku marathon sampai abis 9 episode tu. wooow.

serious kalau korang penggemar layan tv series. consider watching this tv series.
sumpah best buat kau tak sabar nak tunggu episode seterusnya.
aku sangat sukaaaaa.
reason i always prefer tengok tv series daripada drama melayu..cerita dorang thrill n jalan cerita gempak tak masuk akal.
drama melayu boleh layan, tapi jalan cerita semua sama n berbentuk fantasi mengarut..rasa nak layan jiwa n hati boleh la layan benda2 macam tuan anas mikael tu..hakikatnya langsung tak masuk akal.

nway talking about How to get awat with murder ni, tolonglah apesal bf dia Nate tu sexy sangat..dah la garang2. i like. mih mih.
btw, Nate yang 2 daripada kanan dalam pic atas.
well u know me..i will always go for the tall n dark ones. *mata kelip-kelip*

lepas ni aku nak marathon scandal pulak. ada 9 episode gak tu. ;p
ni stop kejap rehatkan minda so update blog.
tak tau la kalau jap2 lagi laki ajak ke mana-mana.
tapi takpa..akan ku gigih angkut laptop bawak gi opis layan movie.
hua hua..

ok happy sunday peeps.
esok kerja huarghhhh...




4 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

sama la jarang tgk malay drama sekarang ni. yg tgk pun tuan anas mikael tu je lah. byk tgk reality series je mcm ANTM, food truck race etc etc. nk tgk english series ke apa mmg macam xsempat je. so kalau bukak tv, apa yg ada tu la yg tgk. kalau xde pun xpe, layan movie kat laptop. haha

mashelas said... [Reply to Comments]

Assalam peej. I am your silent reader. :)
I pon mengalami masalah yang sama, tonne of baju untuk dilipat..hehehe..
Peej, saya nk tya macam mana peej download movie from internet? seriously i don't know macam mane nak buat. :)

Unknown said... [Reply to Comments]

peej, download tv series tu semua kat mana? share plissss ;)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Nak tahu link u download/watch online tv series semua tu?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...