Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Kisah Seram Ringkas Han Cin Pem

cerita ni fresh, baru bulan lepas kena.

Aku dan suami berpindah ke sebuah kondo kat Dengkil hujung bulan lepas. Kalau aku sebut kondo kat Dengkil ni memang ada seketul sahaja kondo di sini, pandai-pandailah korang cari kat mana.  

So 2-3 hari selepas duduk situ, suami aku suruh panggil kawan aku yang pandai "tengok rumah", Azhar. Dia ni suami kepada housemate aku dulu, Nana. So senang lah set time, malam Ahad tu jugak dia datang. 

Sementara Azhar tengok-tengok rumah, aku sembang menjoyah macam biasa dengan Nana. Sampai ke dapur semua Azhar tengok. Aku relax je lagi. Pastu dalam pukul 10 p.m lebih dorang balik. Aku konon nak hantar dorang balik. Dorang tak bagi "eh kau tak payah keluar rumahhhh, gi masuk ~". So aku akur, masuk balik rumah. 

Masuk je rumah, laki aku kata "Azhar kata rumah ni ada, perempuan. Azhar dah cuba halau tak boleh, dia duduk kat pintu belakang (dapur). "Kuat" sangat. Dia dah lama tinggal sini. Kena panggil Darussyifa bersihkan rumah".

Aku telan air liur. Memang semalaman lepas tu aku meremang, seram tengkuk semacam, selama ni duduk situ takda rasa apa pun. Mungkin "perempuan" tu marah sbb kena halau kot. Malam tu haram takleh tidur. Aku kacau semua group whatsapp aku, citer pasal hantu ni wakaka. Sampai lah tertidur main hp, laki aku memang dah lama bye bye berdengkur. 

Esok pagi, laki aku kata..hantu tu hantu cina. Aku nak tergelak sebab dah jadi tak berapa seram lak kan. So aku gelar dia "Han Cin Pem", Hantu Cina Perempuan"!

So sejak peristiwa Azhar datang tu, tiap hari lepas solat Isya', aku bersihkan dapur semua aku bukak semua lampu kat umah, pasang Al-Baqarah. Duduk dalam bilik, lepak dan tidur. Siap bawak air dan makanan duduk dalam bilik, taktaw kenapa aku selalu rasa seram even nak ke dapur. 

Itulah aktiviti kami seharian, masa tu TV takda lagi. Rumah ni boleh tahan besar, hall panjang. Ada 3 bilik, yang aku guna 2 je. Bilik master memang letak barang. So faham-fahamlah bila terasa "lapang" bila tinggal berdua.

Kawasan rumah memang amat sunyi. Rumah keliling aku rumah kosong. Lepastu, keliling rumah ni adalah rumah teres yang masih dalam pembinaan. Bayangkan sunyi dia macammana, pukul 9 malam tu memang dah mati kawasan tu. 

Ok je rumah tu sebenarnya. Takda lak gangguan pelik-pelik lepastu. Cuma ada satu malam, bila aku nak tidur, tiap kali aku lelap mata aku dengar suara perempuan marah atau panggil aku bila lelap mata. Baca ayat Kursi, tidur.

Sampai lah ke satu malam terakhir aku duduk situ (atas hal-hal tertentu, aku pindah balik ke Putrajaya). Mak aku datang untuk tolong kemas sikit-sikit. Dia ni tak suka tidur dalam bilik, suka tidur depan TV sahaja. Masa tu kakak aku kerja, so malam tu mak aku sorang je tidur kat luar. 

Esok paginya lepas sembahyang Subuh, aku kat dapur tengah nak masak nasi goreng mak aku bersuara. 

"Semalam mak nampak perempuan masa mak dah nak tidur..."

Aku hanya terdiam sebab selama ni tak pernah cerita pun pasal ni kat dia. 

"Dia pakai macam gaun kahwin, cantik-cantik, macam orang dulu-dulu. Muka mak tak perasan. Dia datang dari sudut corner tepi TV lepastu jalan ke arah bilik-bilik.... dan hilang."

Lepastu suami aku menyampuk.

"Haa memang ade pun umah ni mak, cina kan? Pakai macam pakaian bangsawan cina dulu-dulu, anting-anting semua. Lawa. Saya hari tu mimpi dia duduk dalam kereta, ikut sy."

"Dia memang suka duduk kat dapur, tu kat sinki tu. Dia memang taknak keluar rumah ni, dia suka duduk kat dapur tu kat sinki. Saja taknak bagitahu Akiss takut dia (AKU) takut nak masak malam-malam haha"

Hampeh. Dah pindah rumah baru aku tahu. Patutlah dapur tu memang aku selalu rasa seram. Nasib baik tak kacau pelik-pelik, dia munculkan diri je. Cuma kat kakak aku, dia kata dah berapa kali tidur sini, ada rasa kena "cuit" seseorang, tapi paling tengok takde orang. Haha sabo je.

Lepastu aku terfikir, ini mungkin belaan tuan rumah ni memandangkan tuan rumah ni berbangsa cino -_- dan patutlah agen dia cakap penyewa sebelum ni duduk buat transit je, tak duduk sangat. Hmm patutlah rumah ni macam rumah baru sangat :p

Ok bai.

- akiss. 


1 Comments:

cam studio said... [Reply to Comments]

Gile seram ...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...