Instagram : @peejburhan

semangat kekeluargaan.

pun kisah 2 minggu lepas.
biasalah aku dan kelembapan berpisah tiada.
kan aku cakap masa raya haji tu pakcik MrB ada turun balik KL.
so family MrB semangat nak entertain Mak tip while dia ada sini.
fam MrB ni kalau pakcik semua dorang akan panggil ngan panggilan Mak kat depan.
not sure why. ke bahasa orang minang? aku pun tak tau.
nways, so kisahnya sementara Mak Tip kat sini. asyik la family gath.
penat rasa nak nangis pun ada.
tapi layankan. sebab laki aku ni bab kekeluargaan sangat semangat.
jangan la kau nak malas ke apa. boleh membawa kepada pertengkaran nanti.
ikutkan aje.
walaupun sebenarnya penat.

sebab sabtu tu pagi dah bangun sebab kerja. accountant datang office.
balik pun dah kul 2pm tu.
then bawak ceceh pergi vet. settle almost 5pm.
harap maklum makan pun tak sempat for the day..just breakfast roti canai je kul 9am macam tu.
then sampai rumah sempat golek sekejap je dan kena bersiap.
sebab dorang nak early dinner. so by 6pm nak keluar rumah dah. uwaaaaaa...

dah la time tu jerebu teruk.
teruk tahap ngeri. tapi makan outdoor. hahah hebat sangat memasing.



:: amboi dah rupa kak long kawasan bercerita. ngeri. hahah ::


muka macam ni sebab penat.
n kau tengok jerebu kat belakang tu. teballl gila.
ni bukan effect pic terang ke apa ye. memang tebal macam tu la jerebu.
time tu check IPU 282 ke apa macam tu. kah kah.

pic ada banyak dorang amik. tapi aku malas nak suruh laki aku bagi aku.
so apa ada je la ye.
ni pun time pic atas tu tak semua sampai.
sebab lepas tu sambung lagi meja sampai jadi bentuk L.
n ada yang tak datang sebab jerebu kan..risau anak2.

then by maghrib nak gerak.
kak zarina ajak sambung rumah dia pulak.
so bersambung la ke sana.
tak semua join. few of us sahaja.

sembang lagi n makan kuih apa segala.
then adik MrB, Rubi pulak sampai..
dia bawak pulak satay. wah makan lagi. heheh.




tolong sedap sangat satay dia gemuk-gemuk weyh.
siap tengah ada lemak tu. tolong sukaaa sangat.
aku suka satay ada lemak tengah tu. pastu gigit pecah lemak tu..pop..hahha.
ratah saje satay tu pun sedap.
dia kata beli kat gombak. tak tau la mana. macam sedapppp je.
aku suka sate. makan seminggu 1-2 kali pun i tak kisah. mih mih mih.


lama jugak kat sana.
rasanya dekat 1am baru dorang bergerak kot.
ke lebih? lupa aku.
then MrB ajak Mak Tip tidur rumah kita orang.
ikut dia, dia suruh semua adik beradik dia tidur rumah kita orang.
Ya Allah aku punya tahap debar tu rasa nak pitam.
sebab rumah aku ni mana ada tetamu ready..dapur kosong ok..
dia memang ajak je..yang seram aku. grrrrr.
nasib semua kata takyah. so mak tip aje. heheh.
tapi ye la. semua rumah dekat2 je kot. motip nak tidur rumah orang?
tak tau la orang..aku jenis tak selesa..mesti kita selesa kat rumah sendiri kan? hihi.
unless la kalau tetiba rumah aku memang stock gempak ala resort..berkolam renang bagai (wah dia punya berangan tu. hahah) ..so ada logik la orang teruja nak tidur.. feeling ala2 bercuti gitu.
kan?

sampai rumah prepare kan bilik tidur untuk Mak Tip.
then baru aku tidur.
esoknya bangun pagi tengok dah ada sarapan.
rupanya laki aku keluar breakfast sebab Mak Tip nak berjalan.

then relax apa semua sekejap, bersiap lagi.
Kak Zarina suruh semua datang rumah dia untuk lunch.
dia buat makan-makan untuk family semua.

Since Mak Tip ngan kita orang.
tau la orang tua, cepat je nak bergerak kan.
so by 12 ish kita orang dah keluar rumah.
around 1pm dah sampai rumah kak zarina. haha.
gila kemain awal sampai rumah orang.
tak abis hidang lagi. heheh.



tolonglah sedap sangat ni.
family MrB ni kalau masak semua sedap la.
tak menahan aku. sebab tu kalau ada makan-makan..laju je aku kata ok..nak pergi. hahaha.
rugi wooo tak pergi. hahah dasarrrr.

menu hari itu adalah.

masak lemak cili api daging n kentang.
ikan goreng. not sure la selar yea? ke kembung. maaf aku mmg fail nak bezakan. ;p
ulam - kacang botol, petai rebus, pegaga.
ikan masin sepat.
sambal katok..eh ke sambal gesek nama dia? lupa lak aku.

simple tapi ni la terpaling sedap kan!!





semua datang..
lepas daripada ni lagi ramai.
tapi tau la aku kan pemalas nak snap pic.
pic atas ni pun aku dapat sebab tetiba laki aku masukkan aku dpd whatsapp group dia adik beradik.
tu takpa..dorang aktif dalam group tu.
so mmg berbunyi je la phone kau.
aku ni seorang yang sukakan ketenangan. haha.

aku dah macam...hmmm macam mana nak keluar dpd group ni?
aku bukan tak suka. tapi aku tengok aku sorang je sesat dalam tu.
lain semua mmg adik beradik. takda wife/husband org lain.

aku pulak hp mmg satu aje.
ni la segala nak guna utk business semua.
so kalau group aktif mmg cepat drain i punya battery nanti.
sbb tu banyak group aku excuse n left je. 

laki aku ni kang aku nak keluar dia emo lak.
siap cakap kat elly boleh tak aku nak left group.
elly lak yang takut, "kau jangan peej..kang perang kang..kau tau la ben tu..keluarga dialah segalanya ok. kau mute je la. tapi jangan left."

tapi aku kan degil.
esoknya aku cakap aku nak keluar boleh tak?
betul kauuuu....memang dia sentap!!!
aku cakap la aku susah sebab battery cepat abis..aku nak business pakai hp ni.
member sentap dia yang tendang aku keluar dpd group.
siap berjam taknak cakap ngan i. kah kah kah.
tapi dia kan emo kejap je. pastu ok. hihihihi

ok la kan? bukan aku eksyen.
tapi tak yah la. dorang nak bincang adik beradik ke apa.
aku sibuk lak situ. 
lagi pun bukan fam besar kat situ.
unless semua ada...aku sorang je nak left..mmg buruk la perangai kan?



nahh belanja selfie satu kali.
petang tu settle rumah kak zarina dalam kul 4pm nak ke rumah aku pulak.
takda siapa, just mak Tip n family abg zul je.

again ahkak cemas..sebab takda apa nak hidang. kah kah kah.
hanya mampu hidang air orange je.
abang zul kata napa takda air panas?
aku cakap takyah nak air panas sangat, rumah aku takda apa.
kita orang nak minum pun keluar je ye.
aku beli segala macam air pun...last2 buang nanti sebab takda sapa minum.
sebab kata berdua aje. tetamu takda sangat. so motipppp?

aku hanya beli bila mama tidur rumah aku.
or time papa ke datang dulu. meriah la sikit.
ni takda, memang sepi je la rumah aku.

untuk memeriahkan lagi suasana..ahkak order kfc aje.
hahaha wow so happening.
nampak sangat hantu perangai. main order je semua.
senang weyh.
bila la aku nak jadi cemerlang macam mama.
rumah family aku dulu kalau kawan-kawan mama and papa datang.
sampai ke subuh pun tetamu relax je sembang lagi.
jarang la berlaku...tapi kebiasaan mesti sampai 2-3 pagi tak gerak.
sampai dulu kita orang ada guard kat area rumah tu..sampai guard cakap rumah kita orang ni dia takyah jaga sebab sampai pagi meriah lagi..elok pintu semua terbukak n terang benderang. haha.
mana taknya. kalau tetamu datang gigih mama masak dinner.
nanti supper tetiba siap buat cekodok la apa la.
tak pun goreng mee la apa.
wahhh hebat sangat ni.
aku nak buat air pun dah besar rahmat la kiranya. kehkehkeh.

so anyway..dah makan apa semua.
around before maghrib semua gerak.
aku pun tak ingat dah malam tu aku buat apa. hahah matiklah pelupa lak tetiba.

then esoknya kerja macam biasa.
tapi by tgh hari dah kecoh again.
since mak tip nak balik selasa.
dorang nak reramai kumpul lagi.
so kak shida kata makan rumah dia.
bayar sekepala rm5 aje. wowww so murah ni.
so kak shida buat nasi lemak lauk2.
tolonglahhh dah la sedap.
dengan enaknya aku makan tanpa sedar diri.

around 11ish pm macam tu baru gerak balik rumah.
gila pack jadual minggu tu.
emosi kak jah sebab tak dapat rehat.
drama sangat.
padahal penat makan je pun. kecoh.
orang penat memasak pun tak banyak bunyi kan. ;p

eh ok la. tu je.
rajin i update lagi.
di akhiri dengan pic mochi yang boleh tahan penyibuk mengambil kesempatan nak manja tido sama.




8 Comments:

Alin Marlini said... [Reply to Comments]

yomel meow..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

mochi is soo pretty!! xDDD

sama la kat rumah kitorang xde buat air panas sangat pun.. esp air panas jenis2 yg org tua2 suka minum macam teh ke kopi. haritu ada la beli teh kan. husband pulak rajin mengemas. tetiba dia boleh nampak kotak teh tu, dia tnya "ni teh ni siapa minum?" me:"oo ni kalau orang dtg boleh la bancuh teh. yg suka minum air panas kn." husb:"siapa je dtg, mama dgn abah je kn. ha tgk ni dah tarikh luput dh!" hahaha punya la xperasan smpai luput dh teh tu. sbb mama abah ai is dtg sekali sekala, tu pun bukan la everytie dtg tu minum teh. kahkah

oo kalau nk beza ikan kembung dgn selar, selar yg ada mcm spine kat bahagian ekor dia. kalau kembung licin je bahagian ekornya tu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Eh adik beradik dia ni memang berbagai rupa dan bentuk kan :D

MummyMatters.com said... [Reply to Comments]

Perangai ko mcm sama je dgn aku..order je senang kan..apadehal..btw litip ko gorgeous...aku itam..tak berani pakai kahhhh

nisa nass said... [Reply to Comments]

Cantikkknyaaaa cadar!! Ada love2 gitewwww..haha

***pstt..ai peminat cadar centa2 haruslah nampak jerrr..:p

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bestnye baca...panjang...thumbs up

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ohemji..leh paham kepenatan tu..iols pon kalo wiken mmg pkir nak rehatx800. Asben pon jenis semangat kekelorgaan gitu, manjang je nak melawat sedare mare kalo wiken. Geng sentap jgk kalo takmo ikut ckp. 😑😑😑 bertabahlah sbb kite senasib. Hihihi.

Bukan taknak..tapi penat...sekian

rosebudsismuslimni'mcool said... [Reply to Comments]

Sate pak din gombak kottttt.....! Omg mmg gemuk2 juicy lemak2..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...