Instagram : @peejburhan

Raya Aidiladha 2015

demam ni kejap ok kejap tak.
sementara dia ok ni, baru update blog yea.
kisah raya haji yang lalu.

nothing special.
dah la i is sedih, hari sebelum tu ke rumah mama.
konon nak tolong masak ke apa.
mama kata takda masak ke apa. sebab takda sapa nak ke pasar.
n hati dia tak ready nak masak2 sambut raya ke apa.
sentap bagai di tusuk sembilu luka. hahah. wah drama.
dah la seksa tau i tengok sana sini orang dok tag kitew buat daging sambal raya hari tu.
apa la nasib, share resepi..tapi tuan resepi sendiri tak buat. huhu.

raya haji tu since tau takda masakan kat rumah mama.
so mari beraya rumah belah MrB. hahah kong ajo gila.
tapi memang dah cakap semua nak kumpul rumah kak shida.
sebab adik arwah abah ada tidur sana..so spend raya kat sana la.

sebelum ke rumah kak shida kita orang ke kubur dulu.


kadang pergi kawasan perkuburan ni tenang kan?
sebab lawa menghijau, macam-macam pokok lawa-lawa. pastu nampak burung berterbangan, rama-rama la..ada pepatung bagai.
but then again. orang ramai macam ni boleh la weyh.
kau suruh pergi sorang baru kau tau tenang tak tenang la kan.


:: Al - Fatihah daddy. we miss u so much ::

sampai rumah kak shida terus serbu makanan.
Ya Allah kak shida ni kau bagi la masak apa pun. semua sedap gila la.
harus makan lupa dunia.
memula makan nasi impit ngan kuah kacang n rendang limpa, daging, hati.
then repeat makan nasi impit dengan kuah lontong pulak. fuiiyooo.
huishhh teringat balik ni, macam tertelan air liur balik ni. oh mannn.

pic adalah tak tersusun. 
sebab rajin i share je semua ye.
pic adalah curtesy daripada MrB. 





dasyat la dia ni makan.
mangkuk besar gila ok tu.
mangkuk selalu orang buat letak nasi tu.
tapi memang sedapppp punnnn. so biarlah dia nak pulun makan.




meriah sebab adik beradik MrB ramai kan.
semua pun dah beranak pinak.
bertambah ramai la.
teringat hari tu abang zul cakap apa tah, pasal gath kot..dia cakap, bila gath tgk siapa paling ramai..mesti family abang zul. lohhh memang la.
masalahnya macam tu aku ngan laki aku sentiasa kalah la..abis dah kita orang memang berdua aje. haha.






:: najib si obsess vape. gila kau banyak benar peralatan dia. dah macam nak bukak kedai. ::

:: me with my biras, tina banana ::












seronok bila family laki aku kumpul ramai-ramai macam ni.
semua jenis riuh bising.
pastu masing2 perangai suka mengenakan masing2.
paling perangai suka mengenakan orang laki aku la kan.
yang aku pelik adik beradik dia macam tak kenal dia.
tetap nak percaya dia kelentong.
naik stress aku, dah la dia suka kelentong pastu akan cakap, "kau tak caya, kau tanya la pija..hidup lagi tu. buat apa aku nak tipu."
muka aku dah berkerut pandang hujung mata je.
dah semua pandang aku. aku memang takkan sokong la penipuan dia tu.
eeiii nak tipu, sila tipu sorang2 yea. jangan nak libatkan aku.


A video posted by Peej Burhan (@peejburhan) on
around 3 pm macam tu bergerak ke rumah mama pulak.
takda apa pun.
saje je cuti2 lepak la bersama.
sampai sana ada fam uncle aku situ, adik papa.
so sembang la apa.
then lepas tu tidur je.


later noy n arif pulak sampai.
again memasing buat hal memasing sambil sembang je la puin.


:: pun boleh tahan obsess vape jugak. tolonglah siap ada app apa tah kat hp untuk pastikan keberkesanan vape tu. pembakaran berapa, setting berapa. ehhh dah kenapa overrr sangat ni? ::

:: eee sempat je dia tu ::


tak buat sambal daging.
order nasi arab aje.
ok laaa. tapi ada sedikit manis. so tau la aku kalau manis mesti akan rasa terkulat2 je makan.
tapi boleh la dari takda. huhu.

eh ok la.
i nak buat kerja.
banyak lak order today.

xoxo pipols.



3 Comments:

anayiraf said... [Reply to Comments]

tak sangka u biras ngan tina...suka gak bc blog dia sbb suka tgok gelagat anak2 dia..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

raya haji tahun ni pun kitorang xsemeriah mana, may be sebab raya tak balik kampung tok jauh2. sebab cuti pun tak panjang hahah

Unknown said... [Reply to Comments]

as salam, salam perkenalan.. baru terjumpa blog u.. best.. hihi.. nak tanya.. curtain tu cantiklah.. beli kat ner ek...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...