Instagram : @peejburhan

pemakan tertib

aku tak sure aku pernah cerita ke tak.
tapi aku satu jenis perangai yang kalau makan tertib.
eh bukan tertib, aku tak tau nak describe macam mana..tapi aku kalau makan ada cara.
yang pasti cara aku ni buat orang sekeliling aku menyirap je kalau tunggu aku makan.
sebab aku akan amik masa yang lama untuk makan. haha.

aku perasan since aku sekolah menengah dulu.
actually aku pun tak perasan.
tapi ada kawan aku tegur, dia kata "eh u makan gila detail. siap potong empat segi roti canai tu."
then baru aku perasan. kan kalau dapat roti canai.
if makan ngan sudu n garpu..aku akan potong roti canai tu bentuk square.
then kalau ada kuah dal, kari and sambal.
aku akan amik kuah tu pakai sudu satu2. letak 3-3..dah letak baru aku suap makan dalam mulut.
hahaha omaigod..type ni baru rasa macam e eleh asal gelabah sangat perangai.

tapi aku memang macam tu.
sama jugak kalau makan nasi.
let say lauk daging, sayur, telur n ikan masin.
aku akan make sure 4 lauk tu ada baru suap dalam mulut.
hahaha. orang rumah aku bengang kadang.
dia kata suap je la..nanti amik la sayur ke, daging ke masuk kemudian.
aku tak reti. sebab nanti by the time aku masuk mulut, yang earlier dah abis kunyah nanti.
keh keh. pelik ke?
ke korang pun macam tu? ke aku sorang?

tolonglah kalau makan mihun ke apa-apa la yang berkuah panas.
lagi la lembap. stress dorang.
aku akan amik mee tu gulung2 kat garpu...then letak isi, letak sayur..ceduk sup..then tiup bagi sejuk baru suap.
kau boleh bayangkan tak tahap lembap tu? memang lembappp la.
orang paling stress ngan aku ialah noy n jonet.
dorang kata aku makan slow sangat.
aku lak lawan, cakap korang yang makan cepat..sapa suruh.
dorang kata tuntutan kerja dorang membuatkan dorang takleh makan sambil take ur own sweet time.
ye la kan. kerja dorang tu dapat time makan pun dah besar rahmat.
so kena makan cepat2.
aku lak memang jenis bibir, lidah n lelangit ...jari-jemari manja.
aku tak leh makan panas.
cepat nak melecur. so berjangguit la.

tu cerita pasal cerewet makan macam tu.
satu lagi aku ada perangai pelik suka geli tak tentu hala.
bukan geli apa.
aku jenis tah kenapa cepat rasa kembang tekak kalau tak kena cara.
aku tak suka makanan bercampur..

contoh la if makan nasi.
aku akan letak nasi one side.
then lauk keliling pinggan.
n kalau lauk tu takleh masuk sesama mereka..aku make sure dorang tak bersentuhan antara satu sama lain.
omaigodddddd sangat saikoooo.
ye saiko sangat.

contoh lauk kari..tetiba lauk satu lagi adalah black pepper.
kan tak masuk tu?
tapi dasar penggemuk..nak gak makan semua.
so aku akan make sure dorang tak tercampur.
then aku akan makan satu lauk dulu...then baru makan satu lagi tu.
tekak aku takleh terima kalau tercampur2 rasa nanti.
pun orang kat rumah aku stress tengok perangai aku.

contoh lauk hari itu adalah masak lemak daging..
satu lagi lauk asam pedas ikan.
nanti aku letak nasi. amik masak lemak..nasi tu letak kuah lemak sebelah nasi je.
makannn bagi abis..then dah clear masak lemak tu..aku amik lauk asam pedas pulak.
gigih kan..? keh keh
patut amik je la salah satu. ni tak. nak dedua..tapi taknak campur.

satu lagi perangai aku.
aku tak suka lauk tu nasi melekat2 ke apa.
kalau aku punya takpa.
ni kadang laki aku tak abis. dia letak kentang ke, apa ke kat pinggan aku.
aaaaa rasa nak jeritttt! jangannnnn laaaaaa!
aku tak suka. aku geli nanti. kalau aku nak..aku akan mintak or nanti aku makan.

laki aku cara makan dia aku memang takleh terima.
bercampur aduk rasa nak pitam tengok.
dia akan semua letak satu tempat bertimpa2.
tapi lantak la, dah cara dia kan.
ada sekali tu lagi takleh terima.
tengah makan nasi campur. dia order kebab.
aku ingat dia nak makan balik nanti ke apa.
sekali dia bukak makan. tetiba kebab tu dia letak atas nasi. makan sekali.
haaaaa...kau dah kenapa? pening lalat aku tengok.
taknak tegur..biar la dia. cuma aku memang tak pandang dah la.
nanti aku takut, aku yang terbelahak. hahahha.

sebab tu aku tak suka kalau dia bungkuskan aku nasi campur ke apa.
sebab dah la satu tu lauk sesama sendiri tu tak masuk. nanti aku nak makan pun rasa ngeri. heheh.
satu lagi semua bercampur macam gunung. eeeiii takut.
aku kalau bungkus nasi campur pun agak saiko.
aku make sure nasi duduk half polisterin tu je.
so that belah kanan boleh letak lauk.
then lauk tu pulak aku akan make sure ada side masing2.
pastu balik rumah cepat-cepat aku alihkan lauk tu kat belah atas polisterin so that tak bercampur2 nasi.
apa punya perangai pelik pun aku tak tau la.
tapi itu lah style aku.

sebab tu aku tengok sana sini orang share sekarang trend makan ketam la segala seafood main lambak atas meja tu.
banyak dah kan kedai buat macam tu.
tapi antara yang kerap keluar kat timeline fb adalah shell out ni.

:: pic courtesy of shell out's fb page ::

kemain ramai orang berkomen2 nak pergi la apa.
aaaaaa aku tak terasa nak pergi.
tengok pun i dah ala2 ngeri je rasa.
i cannot ok..kenapa campur2 semua macam tu?
then makan ramai2.
pastu nanti kulit2 pun semua kat situ jugak.
die die dieeeeee.

aku kalau makan seafood or apa2 la yang bertulang ke apa.
siap ada pinggan extra untuk letak segala sisa tu.
don't like semua nak himpit2 kat pinggan.
tak tau la if makan sebenarnya rasa ok aje,
maybe aku tengok pic je kot.
tapi tengok pic pun aku dah rasa pening semua di lambak begitu. hahah.

pic atas tu ok lagi.
pic bawah ni. errkkk..

: pic from shell out ::

helppppp....
hahahha ke aku yang over?
korang rasa ok je yea?
tah i rasa pelik.

tapi actually bagus kan?
sebab tak silap dalam islam di galakkan makan sedulang tu.
ingat lagi time aku kecik abang2 aku pergi kem ibadat.
dorang kata makan satu dulang kongsi 5 orang.
sampai je cecepat memasing asingkan portion masing2.
cikgu marah ok. cikgu gaul2 sekali. kena makan sesama.
nasibbbb la mak aku tak hantar aku dulu.
kalau tak seminggu aku kat kem ibadat tu confirm kurus sebab tak makan. hahaha.
tapi maybe gak kalau aku pergi aku takda la rasa ngeri sangat macam sekarang kan?

entahlah. aku cuba untuk kuatkan mental untuk takda la poyo sangat nak saiko macam ni.
tapi i tak mampu. tah kenapa tah mudah sangat rasa kembang je tekak ni.
kau bayangkan...sikit punya cerewet n pemakan tertib la apa konon...tapi badan begini weyh.
bayangkan aku jenis semua hentam...tah macam mana rupa aku agaknya. hahaha.

ok itu aje untuk kali ini.
i nak pura-pura busy buat kerja..
mana tahu tetiba dapat bonus kalau nampak rajin semacam. hahahah


21 Comments:

Azrine Aziz said... [Reply to Comments]

Hehe lebih kurang sama kita Peej :)....lagi satu my hubby suka sgt roti canai banjir uishhhhh mmg tak kan lah saya lembik2 gitu. Tapi tgk jugak kadang2 still boleh tolerate kalau terpaksa mcm nasi bungkus dah tentu campur semua kan...kalau nak asing2 kan lauk semua apehal pulak nanti org kedai jawab "awk balik rumah masak sendiri" :) hehehheh

Anonymous said... [Reply to Comments]

Jangan risau...aku pun sepertimu walau tidak se extreme mu. Makan mesti ada bekas lain utk tulang, kulit ke hape ke. Ye walaupun kelihatan sedap tapi tetap kembang tekakku melihat gambar last shell out hahaha. Tapiii kalau makan roti sanai, tosei chapati...kuah kena banjir...hahaha

james cheras

Shida said... [Reply to Comments]

hi peej.....

saya pun sebenarnya punya cara makan yang agak cerewet. bab bekas tulang tu mmg ye. saya x suka semuanya bercampur dlm pinggan saya. kalau pilih lauk pun saya akan letak satu-satu. x de lauk yg akan bercampur or bertindih. saya mmg cerewet bab makan. tengah makan pun...tgn tak tau diam. mmg akan kemas sana sini.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej ada sedikit persamaan dgn akak.. MrB ada sedikit persamaan mcm hsbnd akk.. hahhaa. Tapi hsbnd akk tak campur mkn nasi dgn kebab. Satu lagi perangai akk bila mkn tak suka berckp. -serikandi

ct cheery said... [Reply to Comments]

Tengok gambar pun dah kembang tekak.kalo mcm tu caranya cannot go lah... Huhu rela xmkn,puasa ja

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej..i worked more than 8 hours in a day..travel all over the world like you want to puke...you know what made my day...your entry like this!! best siot ..ketawa guling2..you r funny babe..

intan said... [Reply to Comments]

i feel u peej... nasi + kebab = memang x masuk di akal.. hewhewhew

shuweet said... [Reply to Comments]

aku macam ko la peej...makan lambat...huhu...

Anonymous said... [Reply to Comments]

aku pulak pernah terbaca nkau pernah cerita geli basuh pinggan orang kan, tau tak lepas tu aku pun dah jadik penggeli nak basuh pinggan, anak aku punye pun aku kuis sampah sarap dlm pinggan tu pakai sudu, pastu pinggan lap dgn tisu baru basuh.. Pastu geli kalau ada sisa makanan dalam sink bertakung, ahhhh..ni semua salah nkau peej, dulu ok pastu baca citer nkau terus rasa memang geli :D. Mujur rumah dah ada dishwasher, sumbat je dalam tu..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aku pun tak suka kalau kuah bercampur. Gigih amik 2 mangkuk nak isi kuah lain2. Pastu kalau mkn ayam aku habiskan ayam dulu baru move on ke sayur etc.

Dah la mkn slowpoke. Kunyah mesti at least 20 kali. Bubur pun aku akan kunyah. Eskrem pun aku kunyah. Berjanggut sape mkn dgn aku.

~I AM SHOPAHOLIC~ said... [Reply to Comments]

kak peej, bkn akak sorg je perangai mcm tu. x pelik pun.. hihi. ke spesies kita yg pelik sbnrnye :D

sy pun mmg x reti nak mkn lauk byk2 bercampur2 especially kalau yg berkuah.. dat means kalau kuah masak lemak cili api xleh campur ngan kari or asam pedas or sambal.. kalau sy mkn, if byk lauk yg sy suka, sy akan amik satu2 dulu. habiskan nasi dan lauk yg tu pastu basuh tgn, lps tu tmbh nasi n lauk lain plak. sbb kembang tekak kalau bercampur2 ni. tu sbbnye sy mmg xkan suruh org tapaukan nasi campur. or kalau nak tapau mmg asingkan lauk.. kalau dh bercampur tu mmg xkan mkn lah.

hubby pulak mcm MrB akak.. selamba je mkn campur2.. so sy make sure dia xkan sentuh nasi sy masa tgh mkn sbb nnt nasi2 kat tgn dia tu kena kat nasi sy pulak.. hihi complicated sgt kot?

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej,sebiji mcm prgai sy..bezanya,sy suka mkn pns2..hohoho..mmg suffer r org sekeliling tggu sy..dr zmn skolah hgga dh kwin mmg mcm ni xdpt nk ubah despite of comments dr org sekeliling..ntah!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sis..sy x keseorangan dlm hal nie,hahaha...sy sllu mkn nsi ngn kuah je dl then dh abz nsi br ratah lauk..pk lek x ke 2x kje?hehe..bab mkn nsi dlm dulang pn sme sy xleh trme..dl kne reject ngn bkl mk mentua dr johor sbb sy xnk mkn nsi dlm dulang(nsi ambang/ambeng sy xsure nme die)

Farrina said... [Reply to Comments]

Next time makan banana leaf aku nak perhatikan kau.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ok. Aku makan pon lambat. Semua org stress kalau tunggu. Kadang aku yg rasa nak tercekik kalau mkn lelaju ni..lagi satu..tulang or sisa mmg akan letak pinggan lain tapi kalau amek nasi campur akan letak sebelah2 la..takdela sampai tak bole bersentuhan..hahhaha..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha sama la sy ni stok mkn lambat sikit. tp bukan sebab potong bentuk petak2 ke apa, tapi sebab kunyah banyak kali. pernah la kursus 6 bulan yg semua benda kena cepat. ms mkn pun xde sgt. so mmg tercekik la nk mengejar time tu sbb selama ni mmg mkn slow kn.

then tang asing lauk tu pun sama jgk, tak suka lauk bercampur kalau tak 'geng'. kalau nasi kandar dok tuang segala kuah and lauk atas pinggan tu mmg tak berapa suka la. kalau ambik lauk pun mmg letak side masing-masing. sekarang ok lagi la boleh letak 2-3 lauk sepinggan. kalau dulu mkn 1 lauk je hahaha

Anonymous said... [Reply to Comments]

peeja.. gelak guling guling aku baca entry ko ni.. adehhh... shell out tu plis la, teringain sangat nak pegi.. you should try too

Anonymous said... [Reply to Comments]

hehehe... mcm abg saya mr. b. nasi dengn roti john. nasi dengan piza. mmg terkejut kitaorg tiap kali..

kalau sy lak, mkn lambat, hihi kunyah
lama.

zamzarina said... [Reply to Comments]

Hahaha..aku pon ketawa terbahak2..serius kalako..

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Hehe i can relate to you peej.
Saya xde la extreme mcm peej. Tp kenangan masa dok matriks dulu. Beli nasik campur kt cafe mmg x boleh blah sgt kalau akk indon tu bubuh lauk dlm polisterin. Dia main campurrrrr sukatik. Ada sekali tu lauk sambal. Di pegi curah pulak kuah sup atas tu. Pastu habis kembang2 nasik.. arrrrr stress. Nangis2 sambil makan dlm bilik. Geram. Huhu

vivien_capri said... [Reply to Comments]

sama la.. x suka kongsi2 makan ni... n yang gaul2 nasi n lauk baru makan.
bungkus nasi pun ai mmg asing2 kan x bertimpa2 n masa nak makan tu memang kena asingkan ke penutup polistren. cuma ai ni makan cepat la..haha..n masih boleh makan selang seli lauk ...heheh..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...