Instagram : @peejburhan

knock-knock rasa nak knock kepala tu.

amboi amboi amboiii ahhhh *keluarkan jari kelingking*
kemain korang kan. siap cakap confirm baby girl la apa.
takdonyo lah. i tau la badan i.
ni banyak angin n tah apa salah makan kot. dasar kegemukkans.
taknya punyalah mengandung. ahkak pasrah uolls.
tengok la ada rejeki nanti i pergi la check ke apa.
asyik delay, takpa..ada rejeki ada la kan. takda pun kak jah ok aje.

but anyways, by malam semalam ok sikit la.
n today pun ok..pagi tadi je biasa la ada la rasa loya..
ke aku loya kena makan segala ubat ni?
belum makan ubat baru teringat je, aku dah mual n rasa nak muntah.
me not like.

so semalam ok tu.
kita orang ke wangsa walk.
terasa nak makan assam laksa. so ke sweet bowl tu. mm dap dap.
tak dapat amik pic sebab tak jumpa phone.
tertinggal dalam kereta kot.
laki aku abis je makan aku suruh amikkan phone kat kereta.
tak kuasa nak berjalan jauh park. hahah nasib laki aku baik hati nak amik.

sekali dia call. eh ada bunyi?
aku dok punggah la bag tak jumpa phone.
rupanya phone kat poket jeans belakang!!!
kau dah kenapa tak rasa ke ada phone kat bontot?
apa dah tebal sangat lemak sampai tak rasa. haha.
laki bini pun bengong patut try la call dulu kan. hahahaha.
sebab aku yakin phone aku samada dalam kereta atau tertinggal kat toilet rumah.
rupanya kat poket belakang bontottt..hahhaa. bengong.
nasib mood dia baik takda bebel ke apa.

then lepas makan nak tengok wayang.
dah banyak kali dia ajak, aku buat dekk je.
sebab malas laaa..aku kan sekarang anti wayang.
rasa membaziaqqq mahaiii..
tapi takpa laaa...sian lak membosankan sangat hidup kita sekarang takda kemana sangat.
so lets la.

ingat nak tengok polis evo. sebab laki aku tu penggemar cerita melayu.
kalau cerita omputeh ni ikut mood dia. kalau tak sedap boleh dia bantai tidur dalam wayang.
tidur takpa lagi, pakej berdengkur kuat. memang mengundang rasa nak siku je dia.
nway, tak dapat tengok polis evo sebab penuh cinema. tinggal 2 baris depan je seat. tak nak.
then nak tengok cerita Pan. pun penuh. cisss apa ni semua penuh.
then tukar cerita Knock-Knock.
tapi pukul 11.10 pm movie dia.
boleh la. amik tu.
tengok trailer macam ok la.
pelakon keanu reaves. last time tengok cerita john wick adalah best. so mesti best jugak ni.



tapi time tu baru pukul 9.00 pm macam tu.
nak buat apa 2 jam ni?
laki aku ajak jalan-jalan, tapi apa aje ada dekat wangsa walk tu. malas aku.
so aku kata jom balik dulu la ke apa.
laki aku pulak malas balik.

so aku kata lets ke rumah mama.
pergi tako tao bungkus jap. beli 6 kotak octopus.
then gerak ke rumah mama.
aik semua ada pulak. so berebut la semua. cisss.
yang mama nak makan tu nangis sakan.
dia kata papa suka tako tao ni. hmphhhh.
tapi memang pun, even dalam whatsapp aku pun ada papa bagi, "kalau datang ke rumah malam ni, iff singgah di JJ..dapat tako tao sedap ni. hihihi.."
kat ig dia pun ada tak silap. :(

tak lama kat sana.
dalam pukul 10.50pm macam tu bergerak kembali ke wangsa walk.
then terus masuk wayang.


ok spoiler ahead. so if korang rasa nak tengok cerita ni soon.
jangan baca yang bawah ni.
tapi nasihat kak jah, lupakan niat nak tengok cerita ni kat wayang.
beli dvd pun jangan. cukuplah kau download or tengok online je.
sebab sumpah tak berbaloiiiiii!!!



aaaaa aku ni dah la darah tinggi n mudah stress ngan benda-benda kecik.
cipekkk aku ingat tengok wayang aku akan release tension.
takda ye! bertambah stress n tension aku tengok cerita ni. kiwokkkkk.

cerita dia pasal keanu reaves ni arkitek.
wife dia artist. so wife n anak2 dia pergi bercuti, dia tak dapat ikut sebab banyak kerja nak siapkan.
so dia sorang kat rumah.
tetiba malam ada perempuan 2 orang muncul kat pintu rumah dia.
basah kuyup kebasahan hujan lebat.



mintak tolong kata dorang sesat taxi patut hantar kat rumah kawan dorang ada party.
tapi dorang tak dapat check alamat sebab phone basah n sorang battery habis.
memula dia kata tak dapat tolong. tetiba kesian dia bagi masuk dalam rumah if nak guna phone.
tapi phone num kawan pun tak tau, dorang pinjam ipad untuk facebook chat.

pastu laki ni panggilan uber taxi untuk amik bebudak ni.
uber lak amik masa 45 minit nak datang.
dan2 lak itu ini berlaku. end up kena goda la apa..dah si dia ni tergoda...dah pulak 3some bertiga tu.
tu takpa-tu takpa..sekali perempuan tu taknak gerak dpd rumah dia.
pastu buat benda2 gila..pecahkan barang, sepahkan barang..ugut kata dorang sebenarnya bawah umur la apa. so dia di anggap rogol la apa la.

bodoh la jalan cerita dia.
aku nak cerita pun stress.
memula stress tengok perempuan2 tu tergedik goda2 keanu reaves.
pastu aku stress sebab keanu reaves dalam cerita tu takleh harap apa.
jilaka, takkan perempuan pun takleh lawan.
macam helpless gila kena ikat la, kena torture la apa. eeeiii bodoh sangat.



kau mengharapkan yang atleast in the end, polis datang ke..
dia dapat mintak pertolongan ke.
tak da yeeee!
sampai ke sudah kena buli n dia tak buat apa. kiwoookkk.
aaaaa tak menginzalkan langsung cerita dia.
aku pelik kenapa keanu reaves bersetuju nak berlakon cerita tu.
dan aku pelik kenapa aku terjebak tengok cerita ni!!!! helppppp....

aku benci cerita tu.
knock-knock kepala hotaklah.
rasa nak knock kepala keanu reaves..atau aku hanya mampu knock kepala aku sendiri sebab terbazir duit tengok wayang cerita macam ni. helpppppp.

aaaa stressss *kusut2 kan rambut sendiri*



14 Comments:

Buyuiazliana said... [Reply to Comments]

dah tu ending dia apa? pompuan tu balik umah esok paginya? si keanu pn sambung kerja mcm biasa? citer spi habis.. x mau tgk pn pasni. hahah

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

Haha gelak trus baca ulasan ahkak. Cam takde fungsi plak si kenu tu ye. Haha

Super Nia Hana said... [Reply to Comments]

ahahaha ok..saya sama stresss
ampeh
takmo download arr

Pink Mama said... [Reply to Comments]

hahahaha...kelakar pulak Akak bacan review Peej ni. Keanu Reeve dah desperate sangat kot tak ada projek filem baru. Belasah jer ambik filem ntah apa-apa.

Memey Anuar said... [Reply to Comments]

ok aku kebetulan tgk trailer dah rasa saspen sgt dh tp xmo tgk sbb aku akan stress mcm ko. dah baca ni mmg confirm x tgk lahhh

R.R.Z said... [Reply to Comments]

peeeej ni suka tau tak nak check or g klinik..p la checkk.

YieN said... [Reply to Comments]

hahaha..! daku yg baca post ni pon turut serta stress :P

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ada jugak tgk trailer dia tp xtau apa kesudahan. so, apa kesudahannya? adakah keanu mati akhirnya? haha. *boleh pulak gelak kan. alah movie je pun tak pe nak gelak* :DDD

ko loya either pregnant x pregnant sila jaga kesihatan ok. kalau smoking lagi boleh stop dlu smpai la ko pergi check dapat result. kalau bebetul pregnant camne.. kena jaga kesihatan baby tu. hihi. apapun semoga angin mendatang itu akan menghilang dgn kadar segera :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Gd review.. Dpt byngkn stressnya tgk cite tu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak peej xtngok ke cite the martian ke , cite everest ke? ke dh tngok, or xde time tu heeheee

Anonymous said... [Reply to Comments]

Wei!! Aku la yg cakap ko dapat baby girl tu. Tapi ikhlas aku cakap dari hati sanubari aku, pergi la check. Coz ko high blood pressure,penjagaan baby dalam perut lain skit. Ye Peej.. Aku syg kat ko tau

haniza kadir said... [Reply to Comments]

cisss...ingatkan best..trailer mcm berdebar jer..rupanya hampeh..

Fara said... [Reply to Comments]

hahha tenkiu laaa bg review..xyah terjebak tgk nnt... btw mlm td i layan pay the ghost tu. mula2 best tp ending hampeh mcm cite katun. pastu tgk the visit pulak haa yg ni best woii...tgk2222

Anonymous said... [Reply to Comments]

Baik dengar lagu "knock knock" nyanyian elizabeth tan..kenapa tajuk sama ekkk...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...