Instagram : @peejburhan

i'm backkk

wah tajuk kemain poyo.
sejak dah jadi blogger tegar tak tegar ni, beberapa hari tak update terasa pulak lamanya.
cea cea. padahal dulu seminggu nak update satu pun kemain payah. heheh.
sekarang ok sikit la kan?
hadap la korang. walaupun cerita i tetap sendu je dulu, kini  dan selamanya.

sorry..few days ni memang busy sikit.
meeting sana sini.
by the time settle meeting kena kelam kabut siapkan orders semua.
siapkan orders Ellfie baru boleh hadap aku punya order pulak.
ye, untuk yang tak tau.
aku still meniaga macam dulu.
ye untuk menampung cost of living yang semakin tinggi.
aku takleh harapkan gaji semata. komitmen semua ada.
so nak tak nak aku, takleh stop meniaga kecil-kecilan.

Alhamdulillah elly n filla faham.
kalau dorang tak paham pun aku akan paksa bagi paham. hahaha
dorang takpa. dorang ado2..i ni tak ado2.
kang tak meniaga, memang jawabnya hidup terdampar di lautan sepi la nanti.
kalau dapat ke lautan..ni terdampar si sudut tilam je meratapi nasib diri.
once aku dah stable, baru aku stop kot.
pun tak stop sepenuhnya, maybe aku pass ke sesiapa la business aku ni, fam aku ke apa.
sebab aku pun dah ada regular customer semua.
yang sesuai pakai segala yang aku jual, yang selesa membeli daripada aku.
takkan ku biarkan anda semua terkapai-kapai. gituh.

so alang2 aku seperti biasa termelalut kalau bab mengupdate ni.
aku umumkan sekali kat sini.
eh ke aku dah umumkan?
matiklah dah tua..pelupa sangat.
andai kata dah inform..korang abaikan la.
andai kata belum..so here it is.

macam yang di beri tahu.
produk Desi Damayanti Skincare by CV Tabita dah ada harga baru ye.
berkuat kuasa 6 oct hari tu.
harga adalah selaras untuk semua agen sah.
eh aku type atas ni.. apesal rasa de javu? rasa macam pernah type.
eh ke aku dah umumkan? hahaha. eeeii bengong sangat ni.


whateverlah.
so ni harga baru.
malas nak celoteh panjang. kang buatnya aku pernah update.
dah macam siaran ulangan pulak. kah kah.

btw. selain yang atas ni.
aku jugak still jual.

  • krim ibu putih
  • ephyra
  • ephyra skinbar
  • inteemor by ephyra
  • ekstrak kacip fatimah by UTM
nak order whatsapp 012-2758575
n aku just ship dalam malaysia sahaja.
aku nak post luar negara ye.

so yeah, mari sambung ke cerita asal.
kisahnya aku dah lamaaaaa sangat tak spend masa ngan noy.
so sadddd..
ye la aku dah kawin, dia pun dah kawin.
memasing ngan life masing2 n busy je.
dah la laki den mana pergi nak ngikuttt je. asyik nak berkopiiitttt je.
dah lama tak dapat lepak n gossip sepuas hati.

so few weeks back, noy call tetiba.
dia tanya kat mana?
time tu aku tengah dinner ngan mrB.
dia ingat nak ajak lepak.
aku kata nanti aku abis makan, aku call balik.
if dia still lepak..then kami ke sana.
sekali tengok dia still ada. berdesup aku drive jumpa.
lamanya tak jumpa. ada dekat 2 weeks kot time tu.
sebab everytime aku balik rumah mama, mesti dia takda sebab keluar ke..dia kat rumah mertua dia ke..apa2 je la. mencikkk. busy sesajo dia tu.

so hari tu dapat lepak kejap. pun dah gembira.
tapi i is stress, sebab dia tu asyik nak bergambarrrrr aje.
aku ni dah la comot sesajo.
dorang ni dah la asyik lawa aje.



dah la comot. kayu pulak tu.
itu je la aku mampu buat. hahaha.
hampeh sangat.

lepas tu kena paksa amik gambar ngan laki pulak.
aku ni bab amik gambar memang keras.
tak kisah la ngna laki sendiri ke apa.
memang macam kayu.
kena marah kata..rapat la sikit itu ini.
ok fineeeeee.


sekali rupanya i syok sorang2 aje...
eeeiii dia ni memang keji la.
suka konon2 nak pose pandang lain.
buat-buat la ubah sikit perangai tu kan.
tunjuk la kemesraan kat i ni.
sian i tau.

n seperti biasa perangai noy, harus dia paksa aku amik pic dia pulak.
tapi dia tu aku dah tau la memang otak tak center sangat.
suka pelik2.
yang aku takleh terima, si arip pun sama.
eeii saiko sangat.
siap setiap kali aku snap. dorang berubah2 position n pose.
korang ni dah kenapa?





tengok gigi besi arip ni teringat lak aku.
dulu laki aku buat lawak.
dulu kita orang konvoi.
rasanya time amik mama balik haji kot.
gila laju dia bawak. boleh la kereta dia 2.0
mencicit aku nak kejar.
yang laki aku.

MrB : u takyah laju sangat ja. u jangan ikut dia. dia laju takpa..gigi dia besi.

me : e eh apa kena mengena pulak.

MrB : ye la if apa2 takpa..sebab gigi dia besi.

P.G : hahahha

e eh macam tu pulak.
laki aku ni suka cakap benda tak masuk akal.

sedih pulak rasa.
teringat lagi masa papa jatuh sakit tu.
sebak sangat rasa hati.
sebab masa noy nikah beria-ia papa nak nikahkan dorang.
rupanya tak lama lepas tu papa sakit. n meninggal.
at least papa lega agaknya, dia dapat nikahkan anak bongsu dia.

nampak tak kecelaruan aku kat sini?
kejap gelak..kejap sebak.
saikosis sangat.

ok la.
i nak buat kerja.
banyak ni kerja sebab hujung minggu ni ada exhibition.
so nak siapkan packing produk semua nak bawak sana.


jangan lupa datang beramai2 ye.
ada best, ada free gift, hanya di exhibiton weekend ni.
kita orang kat booth 30 tau.
nanti senang i cerita details pasal exhibition ni yea.
ta-ta

4 Comments:

Nazima said... [Reply to Comments]

Pic atas dengan peej tu siapa?

peej said... [Reply to Comments]

@Nazima a ah kan. lupa lak nak bagi tu. tu kawan noy, hida. :D

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

hahahah.. brp kali dok tenung pic atas tu.. Noy kah tu.. dia buat plastic surgery ke apa.. berubah betul muka.. rupanya gambo org lain.. sabau ajelah

Vicky Virginia said... [Reply to Comments]

Kakpeej x kisah la caca marba ka apaka kitorg peminat kakpeej tetap baca n terhibur la heheeee

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...