Instagram : @peejburhan

get well soon bebeh.

this was 2 weeks back kot.
aku perasan yang ceceh macam tak ok aje.
dia macam mengasingkan diri daripada kucing2 lain.
pastu aku tengok kalau dia duduk one spot tu. tak bergerak la daripada situ sampai ke sudah.
aku tak berapa manja ngan ceceh sebab dia memang eksyen.
dia sibuk ngan laki aku je.

laki aku ada la cakap ceceh tak sihat la.
kena tidur dalam aircond baru ok la.
malas aku nak layan, sebab kadang laki aku pun sama mengada jugak macam ceceh.
suka nak lebihkan kaseh.
aku lak tak suka ceceh tidur bilik sebab dia ni perangai suka gigit handbag or wayar.
jahanam weyh wayar2 charger aku, charger macbook aku.
mahal woiii apple. tu aku tak suka.

tapi laki aku tetap nak bawak ceceh masuk time tidur. suka kau la.
tapi aku tengok dia tak macam dulu. duduk je satu sudut tak bergerak.
aku pergi kat dia. dia bagi lak pegang. selalu eksyen ceceh ni.
terkejut pegang dia sebab boleh rasa tulang2 dia. eh kenapa dia ni.
terus tak sedap hati.
nampak dia lemahhh je. tapi takda lak muntah2 ke apa.
tapi leh nampak la dia takmo makan semua.
selalu dulu kalau dalam bilik, dia nak makan ke..nak keluar dia akan kacau2 kaki kita...so bukak kan la pintu untuk dia.

so takleh jadi, terus bawak dia pergi vet.
pagi tu lak kerja sabtu tu.
so settle kerja aroung 1ish pm gerak balik rumah.
ingat nak makan dulu..tapi laki aku kata settlekan ceceh. kata kesayangan dia.
sekali filla call kata dia taktau nak kemana hantar anak dia tuition.
so nak ikut aku.
ye lah. so aku suruh ke rumah aku terus. angkut filla sekali.
so ke petcare kat taman melawati.



:: si ceceh yang kesakitan ::



over sangat la klinik dia sekarang.
over sangat dah macam klinik manusia.
klinik manusia pun tak canggih macam ni.

:: fillanie membawa diri ::




jumpa vet.
dorang check suspect ceceh kena jaundice.
e eh dah macam baby pulak boleh kena demam kuning.
timbang berat memang loose weight banyak gila.
tinggal 2kg je berat dia.

dorang nak amik darah tak sampai hati sebab nampak lemah kan.
so dia kata takpa dia bagi makan, ubat n drip je dulu.
amboi macam manusia jugak ni siap berdrip bagai.


:: sedih sangat la muka tu ::




patut kena bawak lagi ceceh untuk further check up.
tapi aku takda masa nak bawak lagi.
sian lak tengok dia.
takda ok sangat la dia. still kurus n takda bergaul sangat.
tapi nampak slightly better sebab bergerak jugak la dia.
boleh berjalan datang depan bilik nak masuk.
kalau tak kau kena angkat dia bawak masuk sbb dia takkan bergerak.

dia favourite dia roti.
kalau kita makan roti tau2 dia ada je kat sebelah mengendeng.
ni time tak sihat langsung tak hirau. makan pun taknak.
tapi ni aku tengok ok sikit...if aku makan..tau-tau dia ada kat sebelah.
walaupun taknak la makan sangat..tapi ada tenaga sikit la.
aku bagi makan dia nak la makan walau sikit.
tapi sedih je tengok dia kurus macam tu.
hopefully nanti sihat la macam dulu.
kena carik masa free ni nak bawak pergi vet untuk further check up.
amboiii dah macam manusia kau ceceh.
dah la vet mahal. kak jah pun pergi klinik kesihatan je tau tunggu berjam sampai darah tinggi.
istimewa sangat dia tu.



12 Comments:

Hayati Ghazali said... [Reply to Comments]

Memang peej, ubat ubatan untuk haiwan sekarang mahal giler...aritu bawak kucing kesayangan gi vet cheras, katanya klinik haiwan kerajaan...tapi caj mahal dekat nak RM100...redha je la demi kesayangan....

intan said... [Reply to Comments]

apsal comel sangat la ceceh nihh... gewwwaaamm kiteww tawwww

Anonymous said... [Reply to Comments]

Lawak betul cara ko describe klinik vet vs klinik manusia tu.

Anonymous said... [Reply to Comments]

lamaaaaa tunggu u update pasal kucing2 u peej! hoh finally
nways ceceh kakak sedih tengok muka awk tu sayang.. sakit ye :( take care ye baby.

Fya Fiza said... [Reply to Comments]

sedihnya muke sakit ceceh tu sis...tetiba sebak kite tgk muke ceceh

EviL WiTcH said... [Reply to Comments]

Salam kak peej..kucing sy pun penah kena jaundice then doc suspect virus FIP..then buat blood test mmg positif virus..boleh bawa maut..kena asing kan dia dr kucing lain..jgn amik mudah kalau kucing kena jaundice

Anonymous said... [Reply to Comments]

Jaundice utk kucing is something serius.kena buat treatment betul2 sbb kesian kat kucing.sorry peej,sbb kucing saya dah pernah kena.

-hernie

Riena Razak said... [Reply to Comments]

kucing kalau sakit or nmpk lain mcm kene bawak cepat2 g vet, sebb timely dorg sakit x sama cm manusia cth manusia nk demam 2 hari je, dorang dalam masa setengah hari dah demam, n kalau lambat lagi teruk. camtu lah ckp vet kite.. err faham x

Anonymous said... [Reply to Comments]

Muka kesakitan... kesian. Kesian muka laki dia dan awak......kesian semoga cepat sembuh

Anonymous said... [Reply to Comments]

btul tu peej..kucing sypun pernah kena jaundice... mmg kesian sgt tgk dia, tggal tulang je..mkn xnak, minum je lalu...pksa mkan pn xnak, klu kta bg mkn ubat tu redha je kna telan, slalunya msti tgn² sy kna cakar time bg mkn ubat..kini tggal kenangan je, 3 hari je menanggung sakit akhirnya pergi jua... :(

nadia yusoff said... [Reply to Comments]

sedih tgk muka ceceh...gws ceceh... muka ben pun sedih jgk..huhu

nadia yusoff said... [Reply to Comments]

kucing sy aritu muntah2 n cirit birit... lepas drip terus sihat..tp azab la vety tu nk msk kan jarum drip..sbb menjerit2 dia. bill kemain lg ha..tp dh sihat lega dh. =)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...