Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Ecah

Salam Peej..  sihat?

nah. belanja satu cerita mistik.  
Walaupun saya bukanlah percaya sangat.  
Tapi suka baca..hehehehe..  

Kejadian bermula di rumah nenek saya.
Rumah tu rumah tinggal. 
Sebab nenek suka pergi rumah anak-anak dia.  
Jadi jarang sangat ada kat rumah tu.  Boleh kata tak ada lah.
Jadi sekarang mak saya dgn adik2 saya (ecah dan ani) pindah duduk rumah tu temporary sementara adik nak habis sekolah.
Satu hari, Ani balik sekolah petang tu. Kepenatan.  Terus tidur.  
Tengah malam tu Ani bangun nak study dan basuh baju.
Memang pesen dia suka bangun tengah malam mcm tu utk study.

Dari bilik air akan lalu dapur, bilik dulu lepas tu hall. 
Depan pintu bilik tu dining.  
Ani nak pergi ambik baju dekat dalam bilik.  
Dari area dining tu boleh nampak hall.  
Cuma bahagian penjuru yang ada TV je xnampak.

Ani nampak Ecah bangun. Nampak bayang jela sbb lampu tutup.  gelap kan..  (ecah ni suka tidur hall).  
Ecah tanya.. "nak pergi mana tu?"
Ani jawablah, "nak basuh baju"
Ecah tanya lagi, "nak ecah teman ke?"

Ani berlalu tak sempat jawab sbb tgh ambil baju dalam bilik, Ani nampak Ecah bangun jalan ke TV.  
Lepas tu Ani teringat..  

Ecah kan takde.  
Minggu tu ecah pergi Kem motivasi di sekolah.  
Habis tu.. siapa yang bercakap dengan dia tu..???????
terus ani duk dalam bilik tak keluar2. 
Study tidak. basuh baju pun tidak...

Ani cakap.  suara memang suara ecah.   
Suara ecah ni pesen sayup halus gitu..

tak tahulah malam tu sebenarnya siapa..






hehhehee......  lepas ni harap peej tak cuak nak basuh baju malam2  =)
susah sangat hantor dobi..


- queen-

1 Comments:

lia ummiirfan said... [Reply to Comments]

errkkk... alamakkk!

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...