Instagram : @peejburhan

bernasib malang betul lah.

demam aku dah kebah.
tapi still ada batuk lagi.
tapi 2-3 hari ni tah kenapa pening kepala n rasa nak muntah.
berdiri je rasa macam tu.
tapi gagahkan diri ke office.
plus tah kenapa, sbb office sendiri kot, so seronok je nak pergi kerja.
cea cea.

semalam mood rajin, kemain melaram sakan pergi office.
tapi hari ni takda mood.
bangun awal pagi, sebab dah terbiasa bangun awal kan.
tapi liatnya nak bersiap pergi kerja.
lama aku bergolek kat katil, online sana sini.
tengok jam dah kul 10.30am. eh takleh layan malas ni.
bangun mandi.
rasa tak best sebab kepala rasa berpusing pastu tah loya semacam.
siap pakej muntah time mandi tu.

takda mood nak lawa-lawa.
sarung blouse n pakai seluar longgar, sikat rambut. muka comot gila.
bergerak ke office. time pun almost 12pm time tu.
malas nak pergi sarapan/brunch sebab loya.
so sampai office makan nestum oat. then buat maggi cup.
layan makan depan pc.

then buat kerja seperti biasa.
lunch keluar ngan elly,
aku rasa bandan banyak angin la.
sebab tu la rasa tak best je. kena urut ni. tapi nak pergi urut pun bercita aku ni.
eeeiii ingat lagi zaman bebudak dulu kena urut mama or arwah maktok dulu.
dah la sakit tangan...stress je.

me : apa ni angin2. pelik la ada angin.
mama : nanti kau dah berumur kau tau la.

maktok : terima kasih la urut. baru la boleh bernapassss. tadi tak bernapas.
me : tipuuu.. kalau takleh napas...mana boleh hidup.
maktok : iyeeee...ni baru lega.

eh boleh pulak takleh napas. tak logik sangat.
aaaaa sekarang baru tau.
memang takleh napasss..rasa sesak dada.
bila angin tu keluar baru kau rasa lega.
kalau tak memang rasa tersangkut je kat dada angin tu.
eeeii dasyat la.
memang ikut umur la.
dan-dan sekarang pun ada angin jugak.
tah mana datang je angin ni.
kata main bedal je semua makanan.
nanti elly n filla bebel la, "kau selamba makan kan. anginn tu..aku perati je."
hahaha lantak. malas layan dorang bebel.
tapi yang seksa laki aku la, tak senang dia..sebab aku paksa urut aku. hahahhaha

nway. bukan nak cerita tu.
aku kan suka melalut.
cerita aku pasal nasib malang aku.
tengah dok buat kerja bunyi door bell office.
ada agent amik stock.
tetiba staff masuk kata agent tu nak jumpa kak peej.

me : haaaaa? *terus tekup muka* alaaaa tengah comot ni.
farid : a ah dia nak jumpa kak peej dia cakap.
me : ye ke? alaaaaa. ke kak elly dia cakap?
farid : tak. dia cakap kak peej.

aaa terus stress.
sebab memang tahap ngeri comot hari ni.
ngan muka ngeri. sebab tah kenapa demam ni semacam muka berminyak bagai. me not like.
tapi pasrah je la, so jumpa jugak la...

sembang kejap.
then sebelum gerak panggil elly nak bergambar sama.
aaa amik gambar? matiklah comot ..helppp.
akak pasrah dik, nasib bukan artis terkenal.
kalau tak viral nanti, "muka artis tanpa make up."
eeeeiii ngeri.

ni mama baca bising ni.
mesti keluar ayat, "always look presentable once keluar daripada rumah."
abis acaner? kerajinan nak presentable tu datang sekali sekala ajo.
korang ni punnn. time kak jah lawa meletop takda sapa nak jumpa.
penat tau. hahaha.

ni kira ok la.
zaman berbusiness dari rumah dulu.
customer COD barang ada aku kisah? selamba aku pass barang ngan baju kelawar aje.
tak pun pakai seluar katok.
dasyat perangai ni.
tah bila nak berubah tah.

nanti mana tau satu hari nanti jadi jutawan kosmetik *wahhh nak jugakkkk* kena la meletop kan?
ke tetap macam ni?
kang viral lagi kat fb, "jutawan fb yang hidup serba simple" hjahahahha
wow berangan.

ok la..aku nak meratap nasib diri n membayangkan agaknya macam mana hazab la rupa aku kat camera agent Nadiah tu tadi.
*tekup mukaaaaa*

7 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

ko tidur pakai stoking x? elok jugak pakai stoking tu elak angin masuk badan malam-malam. sebab malam sejuk kn. selain daripada kurangkan makanan2 yg berangin. tu la kalau kat ofis ni kadang tgk ada yang urut siap sendawa banyak kali, siap transfer angin kat orang yang mengurut. lepas tu kat badan yang diurut tu merah-merah tanda angin kot.

Anonymous said... [Reply to Comments]

best nyee kak peej selalu update gini =)

Azean Azman said... [Reply to Comments]

kalau saya pun nak jumpa peej..nak gambar sama2..pedulilah presentable atau tak..yang penting dengan peej hokey hihi..

strawberi said... [Reply to Comments]

ehem..dh gi check klinik ke..kot ade good news..heeeee...take care yer

Anonymous said... [Reply to Comments]

kalo pijak kaki sakit tu,tandanyer memang banyak anginnnn ler tu..

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

Pregnant yeh

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej..try checklah...kot2 ada isi..sbb my sis ari tu pun angin mcm u tup2 ada baby

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...