Instagram : @peejburhan

berdengung kepala den

hari tu kan aku cerita permasalahan darah tinggi tu.
macam2 suggestion menarik ada.
tapi aku tertarik ada sorang ni personally whatsapp cakap dia pun ada darah tinggi.
sangat tinggi even tinggi daripada reading aku.
then dia start amalkan makan habatus sauda dan olive oil capsule.
lepas amalkan tu, memang stabil n normal reading dia.
menarik. tapi aku memang tak tau la nak beli mana.
tanya dia, dia kata dia pun tak tau sbb selalu mak dia belikan stock.

so takpa la.
sampai la few days back, filla kata mak dia makan capsule tu..n bagus.
terus aku cakap nakkkk.
aku nak try.

so dah dapat la.
tapi yang mak filla belikan tu dia terus 3 benda dalam tu, habbatus sauda, olive oil n apa eh satu lagi?
lupa lak aku. baguih..senang sekali aku makan. takda la banyak2 nak telan.
baca kat botol tu dia kata kalau penyakit ringan sekali makan 2 biji..
if penyakit kronik makan 3 biji.

yang aku lakkkk. tah kenapa tak berfikir panjang..terus aku telan la 3 biji.
dah memang kronik pun aku ni.
tapi masalahnyaaaa...kot ye pun try la adjust dulu.
try sebijik dulu. then naik sebji lagi ke kan?
sebab aku ingat kawan MrB sorang mmg dah lama amalkan habbatus sauda ni.
kadang lepak dia makan, kawan-kawan nak rasa.
dia bagi try half je. dia kata sebab utk permulaan tu kesan dia drastik sikit.
ada certain orang bertenaga. ada melepek, ada yang takleh tidur. macam2 la.
tu setengah ye.
aku bantai sampai 3 biji tadi. hahahha. ok tak kelakar. motip gelak?

yang pasti kepala aku sakit n rasa berat macam nak pecah ni. eiii seram.
tapi aku suka sebab dari siang tadi non stop asyik aku burp je..
memang best la asyik keluar je angin.
walaupun burp tu..tekak kau terasa je bau pil tu.
sebab dia kan macam herba2, ke jamu apa. so boleh rasa je kak tekak. keh keh.
nasib dah tua,n tekak boleh terima walaupun ngeri je bau dia.

tu takpa. aku memang sejak demam hari tu batuk tak betul2 clear lagi.
ada la sikit2 lagi.
so lepas makan pil tu. tetiba rasa macam aku batuk tetiba berkahak pulak.
makin lama makin banyak.
sekali tetiba aku kat toilet tengah buang air kecil, aku terbatuk..automatic lak keluar kahak.
padahal takda lak aku memang nak keluarkan ke apa.
dia macam terus je keluar.
terus ni takda batuk ke apa dah.
aku dah macam, e eh..sebab pil ni ke? gila bagus. dalam masa tak sampai 12 hours memacam terjadi ni.

kita tengok n monitor macam mana yea.
harapnya memberi kesan positif kat iolls.
tapi tu la aku rasa esok aku nak start dengan sebiji siang, sebiji malam la.
pastu sikit2 baru naik dos dia.
biar badan rasa biasa n tak terkejut.
yang pasti lepas sebulan, nurse n doktor terkejut sebab woooww hebat ni darah tinggi dah hilang.
hahaha harapan sangat. ;p

tapi serious kepala i sakit sangat sekarang ni.
rasa macam berdengung je.
rasa nak ketuk2 kepala pakai tukul ke apa bagi rasa lega.
tapi aku ketuk sendiri la, bukan orang ketuk..orang kalau ketuk, bocor kepala aku nanti.




10 Comments:

Allene typicalmommy said... [Reply to Comments]

Wah... Bagusnya... Makanan sunnah gak mujarab.

Anonymous said... [Reply to Comments]

tengok org jgk kak peej mkn pil habbastuss tu..saya pon ada darah tinggi. last cek 120/110.utk umur saya 30 ni mmg doc bising la..sbb tiap kali saya perasan saya mkn pil tu saya sakit kepala.. berat je rasa..mebi tak sesuai dgn saya. panas. saya mkn pon sbb nak buat supplement utk susu bdn. rs susu bdn mcm sama je takda beza byk pon. terus buang pil tu..syg byk lagi..beli mahal jgk..huh..mebi tak sesuai dgn saya..hrp kak peej cpt sihat ye..;)

nadrahfihil said... [Reply to Comments]

assalam. boleh share brand ubat tu? mak saya pun ade darah tinggi. boleh recommend kat mak saya. tq

Truly_me said... [Reply to Comments]

assalammualaikum...

tanda2 mcm tu just "healing crisis" je , lame2 nnti hilang. Just teruskan makan n insyaAllah akan bertambah baik.

atas pengalaman akak le tu..hehe.

take care peej. Akak silent reader je.

Isteri said... [Reply to Comments]

saya pun darah tinggi. saya tak sesuai makan habatus sauda. dia akan jadi pening pening dan pening. lepas tu kena minum air masak banyak2 untuk cleanse dari body system. lepas tu baru hilang pening.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, mak saya amalkan minum air daun pandan untuk darah tinggi.. baru ni check tekanan darah dah ok so doctor pun dah kurangkan dosage.. daun pandan tu rebus dalam 5 helai dalam periuk amalkan minum air tu..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej share apa nama kapsul tu. Tq

Azee Aziz said... [Reply to Comments]

boleh bagi nama porduct tu..ingat nk bagi emak cuba untuk penyakit darah tinggi

aida aidanisme said... [Reply to Comments]

peej, minum air kosong banyak2. 3 liter sehari. nurse kata klu pengambilan air cukup, boleh kawal darah tinggi.

Suriya Majid said... [Reply to Comments]

takpe2 mana tahu lepas pening berdengung tu, terus makin kurang darah tinggi kan. nak sihat kena sakit dulu. oh try minum air 2 liter sehari.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...