Instagram : @peejburhan

Assalamualaikum dan Selamat Pagi Ellfie

hollaa peopleee..
bersiaran daripada office ni.
kembang kuncup hidung sebab orang pertama sampai opis.
tapi kembang kuncup sorang2 la kau sebab kata takda sapa lagi kan. hahaha.
walaupun terkangkang nak membukak shutters tu. hu hu.

tadi ada appointment kat klinik untuk amik darah.
takleh jadi.
sampai awal pun tetap berjangguit nombor.
the  last time amik darah sampai kul 8.10 am macam tu..no aku no 60 ok.
cissss. berjangguit menunggu.
so tak leh jadi.
mari ikut cadangan korang untuk keluar awal.
gigih aku bangun awal keluar rumah awal.

kul 6.45am aku dah keluar rumah oiii.
amboi awal ni. gelap lagi luar.
wah best sangat ni kul 7.15am dah sampai.
va va va.

parking pun senang jumpa.
terus naik,.
mostly yang ada adalah warga emas dalam 65 ke atas kot.
tapi kerek betul aunty2 cina ni.
boleh kau kat lift aku tengah tunggu siap langgar aku nak berdiri depan aku.
e ehhh. macam ni pun ada ke?
suka kau la aunty.
dah tentu dia kalau kat depan..kau masuk dulu.
dah tentu ke belakang la kan.
kak jah depan. bukak je lift pecutttt.
hahaha bongok matiklah ngan orang tua pun nak lawan.

tapi ganas orang tua ni semua..
tahap dorang nak cepat tu sanggup potong line.
kalah remaja yang semangat nak pergi tengok konsert gayanya.
hasil datang awal n di potong line orang sorang dua warga emas.
aku dapat no 9. hahahaha


wah hebat.
baru ahkak tau yang rupanya by 7.30am dorang dah bukak pintu n boleh amik no giliran.
ok dah tau trick.,
maybe lepas ni lepas subuh lak keluar.
biar dapat no 1 pulak. kah kah kah. matiklah semangat sangat kan?

hari ni tenang sikit.
so comel je tengok sekeliling.
tengok orang tua-tua la.
sebab mostly aku tengok pagi2 ni ramai orang tua yang datang.
ada yang datang ngan kawan.
ada yang anak bawak ngan wheel chair.
macam gaya ada.
ada yang kecoh.
ada yang semangat pakai baju matching ngan seluar siap tuck in. keh keh.

no giliran amik awal.
tapi still start kul 8 pagi.
nasib amik darah aje.
so takda la lama.

tapi stress tiap kali amik darah ni.
sebab lengan besar kayu balak.
kemain payah nak jumpa urat tu. eh urat ke?
sampai nurse tanya, "eh takda ni..selalu amik macam mana?"
aku jawab je memang susah..aku part tu problem.
sampai bergegar la klinik kalau dorang dok tampar2 tangan aku ni. hahahaha. apa la nasib.
carik belah kanan takda.
aku cakap last time belah kiri, so dia tengok belah kiri. jumpa gak la.
aku bab amik darah ke, inject semua takda takut.
i tahan sakit sikit bab tu.
aku pernah dorang cucuk tarik tak dapat darah, selamba jarum dalam tangan aku lagi dorang kona kan jarum ke arah lain.
ewahhh..sedap kau je cungkil gerak2.
nasib tahan sakit n penyabar jugak aku ni, dapat kat laki aku silap2 kena tumbuk nurse tu. ;p

settle amik darah. terus boleh balik. yeay.
terus la kak jah ke opis.
hebat sangat ni kul 8.30am dah bukak office.

tu yang ceria di pagi hari kasi up entry pembuka hari isnin.
ok now what?
sarapan ada ni..tapi tak lalu nak makan pulak,.
ada-ada aje.

ok la. ta - ta.
rajin kita bertemu lagi di entry akan datang.
:D



2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bayang abg ben tumbuk nurse tu sambil bebel buat moling dia gitu. Hahaha

-zuera

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hehehe.. tak menahan betul.. potong masuk lift awal.. mmglah ke belakang.. hahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...