Instagram : @peejburhan

Tangisan

Patut ada kerja nak buat ni.
tapi tau la perangai aku ni, buat kerjanya tak seberapa..melencong je lebih.
so kali ni melencong.
nak cerita sebelum aku terlupa n penyakit malas datang.
so baik aku update malam ni jugak.

hari ni nak masuk 3 weeks papa pergi.
lepas pada 2 dua kali dah pergi tengok kubur.
pertama sehari selepas papa pergi.
dorang benteng kayu tu.
supaya if tanah mendap ke apa. takda la hilang nanti kubur.
takut nanti if takda orang datang jenguk ke apa.
tu kadang kita pergi tanah perkuburan, ada some kubur tu kau terpijak sebab langsung takda tanda.
tenggelam jadi sama rata macam tanah lain.
second suami aku pergi ngan adik ipar aku betulkan kubur papa.
memang mendap n senget.
patut nak pergi sesama. ayol lak keluar tak balik2. kata ke kedai je.
pastu call, hp dia tinggal rumah pulak.
rupanya tayar kereta pancit dia tukar sendiri. sian.

so laki aku taknak lewat dia pergi ngan adik ipar aku.
tak kasi aku ikut.
so since today kan cuti hari malaysia.
suami aku ajak pergi tengok kubur.
dia kata if baru meninggal kena rajin pergi sebab tanah akan keep on mendap.
so kena selalu tambak.

so kami pergi bertiga. aku, MrB n ayol.
mama suruh ajak P.G.
tapi taknak la. nak tunggu bangun la, mandi apa nanti lambat pulak.
so bergerak la kita orang pukul 3pm macam tu.

sampai terus ke kubur arwah abah n mak dulu.
Alhamdulillah rezeki tempat sama 3-3. senang pergi sekali.
kubur mak n abah ke dalam.
so dah banyak rumput n lalang naik tinggi.
last time aku pergi takda macam tu.
maybe time abah meninggal dulu time raya.
mak pulak 2 hari sebelum puasa.
so dorang baru lepas bersihkan kubur..ramai visit kan time2 macam tu.
so elok je la.
pergi tadi tak kemas sangat.
so kita orang bersihkan sekeliling tu.


aku sempat beli bunga2 tu kat melawati lepas lunch earlier.
beli 3 bungkus utk tiap satu.
lepas kemas kita orang bertiga sedekahkan al-fatihah beberapa kali.

settle kat situ ke depan balik n attend kubur papa pulak.
Alhamdulillah kali ni elok pulak takda mendap ke senget ke benteng tu.
cuma tambak sikit2 je tanah supaya next visit ok.


ok so begini kisahnya. jeng jeng jeng.
time nak habis tu.
aku dah jirus air n tabur bunga.
aku tunggu tepi position aku amik pic ni.
ayol pulak hujung sana.
MrB pulak kat belah kanan tengah tambak belah kanan.

aku dengar macam bunyi anjing melolong.
aku biarkan je la.
takda rasa apa.
bunyi tu macam berterusan je.
then aku dengar bunyi macam bertukar.
still aku buat tak tau.

tetiba aku tengok muka ayol berubah. kepala tertoleh2 tengok belah dalam hujung2 sana.
terus aku berderau. uikksss. adakah dia dengar apa yang aku dengar?
btw, bunyi yang aku dengar memula macam anjing melolong tu bukan anjing ok.
actually dengar betul2 kau dengar macam bunyi perempuan menangis.
menangis yang terlolong2 n penuh perasaan tu.
aku bayangkan gaya nangis tu macam orang yang betul2 sedih n histeria tu meratap tepi kubur.
sumpah seram ingat balik.

aku pun tengok ke arah dalam tu.
memang takda sapa la.
memang kita orang je ada kat situ.

aku tengok muka ayol lain macam.
dia datang ke arah aku.

me : kau dengar jugak ke?

ayol : *geleng2 kepala tanda tak bagi aku cakap apa*

me : jom balik la.

tapi laki aku masih gigih ngan cangkul.
bunyi tu still ada.
aku pakai spec aku, (aku letak atas kepala sebab peluh kan) n pandang lagi ke arah bunyi tu.
memang takda kelibat apa pun kecuali ada 2 ekor burung bertebangan..n pokok2 di tiup angin je.
sayup je bunyi perempuan menangis tu.
macam jauh sangat.
time tu aku seram sebab teringat la korang dok share expose mistik selalu kata, if bunyi jauh maknanya dia sebelah kau. kalau bunyi dekat maknanya dia jauh.
woiii kurang ajar i is seram ok.
padahal time tu pukul 4ish pm macam tu je baru.

aku ajak laki aku balik.
dia kata ok jap.
dia letak cangkul n dia mulakan baca al-fatihah kuat-kuat.
aku n ayol yang memang dah start cuak sama-sama baca kuat jugak.
bila dah baca kuat, so memang tak dengar apa kecuali suara masing2 la.
baca 3 kali n laki aku bacakan doa apa bagai.
then gerak la.

dah jauh sikit. aku tanya la.

me : kau dengar apa ayol?

ayol : relaxxxx la duluuuu.

MrB: dengar apa?

harap maklum ayol ni agak penakut.
sama je la dia. noy lagi gone case la.
so dalam adik beradik dorang berdua ni penakut over.

dah jauh lagi nak masuk jalan besar.

me : tak yol..kau dengar apa?

ayol : aku dengar suara perempuan gelak.

me : gelak ke? aku dengar nangis.

ayol : memula macam gelak..pastu nangis la.

me : haaa aku memula dengar macam anjing melolong. aku biarkan je la. tetiba aku tengok muka kau gelabah pandang2 aku pastu ke sana...then dengar balik aku dengar nangis tu la.

MrB : apa benda ni? dengar apa? nangis kat mana?

me : kat kubur tadi la.

MrB : apa u merepek ni ja.

ayol : abang tak perasan kot. abang mengcangkul tadi.

MrB : dia sedih tu sebab dengar kita sedekah Al-Fatihah. dia takda sapa sedekahkan.

me : kannn. tu la i terpikir. i takda la takut ngan kubur ke apa. tapi pikir balik ye la bermacam orang kan kebumi situ. background yang berbeza, mungkin orang yang ada ilmu ke, tah-tah yang ikut dia ke...tak tau kan.

MrB : takda la jaaaa...u ni ke situ pulak. i takda dengar apa pun.

me : i ngan ayol dua-dua dengar kot. u sorang tak dengar. so memang ada la. bukan perasaan.

MrB : bunyi macam mana?

me : *buat bunyi yang aku dengar tu* haaa macam tu. i n ayol nak balik. tapi u sibuk cangkul. pastu kita baca Al-Fatihah kuat2 tu..lepas tu takda dah bunyi tu.

MrB : ye ke? *terus tadah tangan* *baca ayat kursi*

bertiga kita orang baca kuat2 dalam kereta.
sebab seram, jangan la ikut ke apa. huishhh.
harap maklum laki aku ni konon je berani.
dia memang berani, kau hantar la ramai orang berparang, bersenapang, berpistol dia hadapppp..
kau cerita hantu sikit dia punya takut tu makan tahun weyh. hahahahha.
tak sukerrrr.
tu yang dia paling lebih2 kuat baca ayat kursi tadi.

balik je cerita kat mama.
seperti biasa noy yang penakut lebih.
tapi mama suruh kita orang balik ni mandi.
before maghrib.
sampai rumah harus laki aku pantas je mandi. huhuhu.

tapi serious.
bunyi apa tadi tu.
bunyi je dengar. takda nampak apa pun.
apa-apa pun dalam kata konon i is berani.
tadi kejap ni pergi kencing tetiba i is seram.
tetiba terbayang yang tak sepatutnya. cissss.




13 Comments:

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

Allah Allah..mungkin dia nak suh sedekahkan alfatihah juga tu..Alfatihah....-seram juga...dahlah dok tiga beranak di rantauan ni..sob sob...

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Ok fine. Mmg seram!!!!

intan said... [Reply to Comments]

seram....

Afidah Azmi said... [Reply to Comments]

adalah tu...biasalah kan..p kubur..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Aaaa... dah rasa seram nak pi toilet ni Peej... huhu

-serikanditanahjauhar

Anonymous said... [Reply to Comments]

Saya rasa benda ni betul Peej. Tapi bagus la u all baca Fatihah and ayat2...

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

biasanya kalau roh2 ni lepas meninggal, terputus dh hubungan dgn dunia manusia. so may b yg ko dgr tu sama ada qarin dia atau mainan syaitonn. tp kelakar la pulak bila terbayang korg bertiga baca kuat2 dlm kereta tu. yg penting abaikan aje. kt rumah aprtment kitorg ni tiap2 hari ada je bunyi benda main guli kt atas. sabarkan je la.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Pija aku dah terfikir seksa kubur je..ntah2 pompuan tu kena siksa kubur x. Tu yg nangis melolong tu.. Ngerinye pijaaaa...

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej... benda2 tuh mmg ada..
masa saya kecik2 dalam umur 4@5 tahun mcm tuh saya penah lalu kubur... nampak ada anjing.. belakang anjing tuh ada kak ponti...
masa tuh saya nak cari abah saya... apa lagi saya berlari sampai kat bengkel kereta abah saya (masa tuh kereta abah saya tengah baiki)... lari2 masuk dalam kereta punya takut.... sampai tertido2...
huhuhu

Anonymous said... [Reply to Comments]

eh must be syaitan kot..
ni pasal adik I ..few years back .. ni masa dia baru sekolah rendah nak naik menengah.

Ikut bapa gi mesjid.. jemaah lepas tu orang tengah belajar ugama sementara nak tunggu isyak, dia lepak kat kereta hisap rokok dengan sepupu. kereta letak tepi jalan keliling dengan kubur.

tengah tengah hisap rokok.. lepas tu dia dua orang terdengar bunyi macam orang mengilai lepas tu melolong and menangis teresak esak.

dia dgn sepupu kunci keta cabut.. lepas tu serik..



lain cerita kawan saya dia duduk asrama ..saya duduk luar. Dia ingat bulan puasa coast clear..takde hantu setan(spt biasa kita selalu silap anggap.)

ni masa form 4.
Dis duduk dibilik belajar sampai past midnite thinking ok.
Tiba tiba anjing liar kat bawah menyalak. melolong...
lepas dia kata bunyi orang menangis kuat....sangat..

lepas tu dia kata dia tunggu dlm study room berdebar debar kecut... tunggu sampai menangis lega... baru dia cepat cepat balik dorm. esoknya dia kata serik dah tak nak stay up lewat sorang sorang....

menda tu boleh buat bunyi orang lain tak dengar.....orang tertentu sahaja boleh dengar.




Anonymous said... [Reply to Comments]

orang kata kalau ayam berkokok tu..sayup sayup dekat ..so dulu i rajin menelaah sampai pukul 5am. so dari pukul 12 mlm tu sampai pukul 3 pagi ayam asik berkokok sayup sayup aja...
so tak tau la tu cik pon.

dua tahun lepas di negeri omputih..jiran complain di terjaga mendengar ayam berkokok pukul12,1- 2 pagi. kawasan tu kawasan perumahan moden ..takde org bela ayam ..
mengamuk mem omputih gile tu.

lepas tu dia kata ada bunyi lagi few times.

heran la pulak kita tak mendengarnya dah tu bilik i belakang ngadap garden.

dia bilik depan ngadap jalan raya.. facing flat rumah orang tua tua..

so ....tak kan la kot cik pont??

Anonymous said... [Reply to Comments]

uish seramm ni kak peej..cam jiran saya pulak,die pergi zirah kubur mak die...time tu lepas asar...sekali mendapat nmpk cik pon bertenggek atas pokok...die igt ranting pokok berjuntai..sekali dongak,tengok2 rambut cik ponnn daaa...

Juliana Abdul Rahman said... [Reply to Comments]

SERAM jugak pengalaman u peej.
Kite kadang selalu lawat kubur arwah Abah. Bersih and Tersusun. USJ 22
Tapi tulah, kadang tu betol2 tghari and sorang je kt tengah kubur. Kot2 laaa ternampak ke kan. Terdengar ke kan.
Takleh imagine. hahaha

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...