Instagram : @peejburhan

Resipi Sambal Daging

Siapa dah baca blog aku lama mesti tau our signature dish untuk hari raya mesti Sambal Daging.
kalau tetamu datang pun mesti akan cari sambal daging.
sebab tak dapat kat mana-mana. rumah kita orang je ada.
rendang memang orang tak pandang sangat.
sebab maybe rumah lain semua ada.

tolonglah sedap sangat.
siap kalau hidang tetamu datang kemain adik beradik aku sound, "eh sambal daging takyah hidang banyak2. tu untuk kita je makan. hahaha."
gila la weyh buruk perangai.
tapi memang pun. kau bayangkan 6 kilo masak selalunya by malam raya pertama tu memang licin dah la. Ya Allah sedap sangat.

raya hari tu kemain elly mengecek nak sambal daging.
so bagi dia sebekas.
filla pun taknak mengalah nakkkk jugak.
so mama asingkan dalam bekas. masukkan freezer.
lepas seminggu tu filla datang bagi kat dia.
jonet pun gigih raya pertama datang sebab nak sambal daging.
aku lak kenakan dia,

me : ahhh takdaaa...sambal daging untuk orang rumah ni je. tetamu tak boleh.
jonet : ahhh tak kiraaa..aku punggah dapur rumah kau.
me : eee tak malu. takda. kat dapur pun takda. kita orang sorok kat rumah jiran.
jonet : kau jangan. takda sambal daging aku amuk lagi teruk daripada amukan kat low yatt hari tu. hahaha
me : hahaha eeee dasyat.

filla n elly baru first time rasa, so dua-dua tu ketagihan la.
terus mintak resepi sebab nak masak sendiri.
elly sampai sekarang ni tiap minggu kena buat sekali, sebab win mesti request nak sambal daging.
tapi aku bagi resepi yang biasa aku buat.
untuk buat sekali makan je la.

so tetiba baru-baru ni filla kata mak dia mintak resepi.
sebab hari tu masa filla bawak balik tu mak dia rasa jugak.
so mak dia suka. dia kata elok gak buat masakan tu untuk raya.
asyik rendang je boring jugak.
so filla mintak aku resepi.
eeeiii serammm.
macam la aku terel benar.
aku kata takpa. nanti aku mintak mama yang bebetul punya.
sebab mak filla nak buat untuk raya hari ni.

so tadi aku mintak la mama resepi.
mama tanya untuk berapa kilo nak masak?
filla kata mak dia nak buat dua kilo.
so mama bagi resepi.
alang-alang ada tu.
so aku abadikan la kat sini yea.
sebab ramai gak asal keluar pic sambal daging beriya mintak resepi.
nasib la korang dapat orang pemalas macam aku ni?
permintaan korang tu bak angin lalu je aku tak layan. hahahhaha. *petirrrr*

aku pernah share dulu resepi sambal daging.
tapi tu untuk sekali masak tu.
tapi aku tengok resepi tu boleh tahan rasa nak tampar diri sendiri.
ala-ala tak ikhlas je. siap suruh orang kira sendiri berapa bijik bawang aku guna.
kira daripada gambar tu je. kah kah.

so here it is.
aku copy paste daripada msg mama.


RESEPI SAMBAL DAGING





2 kilo daging (di hiris ikut suka, dadu atau nipis2) Basuh bersih2 lalu mati kan air Padam api
Bawang kecil 1/2 kilo Bawang besar 1/2 kilo Bawang putih 3 atau empat labu 1/2 belacan bulat melaka Blend dgn air sikit saja
Cili kering yg dah berblend 6 senduk
Tumis blended bawang2 and belacan hingga wangi Masukkan blended cili Goreng hingga keluar minyak Masukkan daging dan Bancuh air secawan asam jawa tu segenggam je Atau agak2lah, jgn banyak nanti masam pulak Garam ikut rasa lah
Tutup api sebelum pekat.
Resepi sambal mama memang pakai bawang banyak, tu sbb syedappp Kihkihkih
Selamat mencuba dan selamat hari raya korban.

.......................................................................................................................

amboi kemain mama sempat puji diri sendiri. haha
tapi memang sedap sangat pun. nyam.
btw, yang part atas tu kan kena rebus n matikan air tu kan?
haaa tu sebab if kau masak banyak n untuk raya ni ke apa.
so that tahan lama tak mudah basi la.
macam kalau aku masak sendiri untuk makan, guna daging sekilo ke setengah kilo ke.
takda la aku siap matikan air bagai. tak perlu.

so resepi atas ni untuk 2 kilo daging.
if korang nak masak kurang daripada tu, or lebih ke.
pepandai la gak ye.

aaaaa sedap.
ok tak sabar lagi berapa hari nak makan ni. la la la.

[edited: ramai tak tau matikan air ke? maksudnya masukkan dalam periuk daging tu. n bukak api. daging kan berair. so matikan air tu maksudnya sampai air daging semua kering. nanti daging tu akan jadi macam halfway dah masak la. daripada warna merah pink macam tu, daging bertukar warna macam pucat tu. nampak macam daging rebus. gitu la. eh faham tak explanation aku ni? ke tak faham jugak? ]


17 Comments:

intandayani said... [Reply to Comments]

Orang Melaka je kot yang pernah masak sambal daging

CikFa said... [Reply to Comments]

Peej, matikan air tu cemana? Rebus sampai air kering ke?

Nor Syara said... [Reply to Comments]

Assalam sis, matikan air tu camne?
Sori tak paham

Unknown said... [Reply to Comments]

Kak peej,lauk raya kami daging dendeng tapi ala2 camni la..x kering mcm minang style punye.yg beza nye kami letak kicap.memang jadi buruan time raya sebab semua pun boring asyik rendang je kan.hehe

intan said... [Reply to Comments]

sedapnye peej... kalo raya kat segamat pun, rumah mak i wajib ada sambal daging selain rendang lodeh sume tu.. thanks untuk resepi.. boleh masak untuk raya haji nih & bawak balik umah pil..

aida aidanisme said... [Reply to Comments]

perghh ni klu tak buat rasa mcm berdosa je ni.. nak buat lahhhhhh

Anonymous said... [Reply to Comments]

Thanks peej.. Baru terang dan jelas resipinye.. Raye haji ni nak buatlh..

CikFa said... [Reply to Comments]

Hahahahah. Tq peej. Dah faham dah.. rasa cam tu. Cuma tak penah denga terms matikan air. :)

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Resepi klasik ni...sedap.

Wuhuu Mommy said... [Reply to Comments]

Oooo maksud matikan air tu, jangan la direbus lagi dgn air. Biar air daging tu keluar sendiri. Cmtu ke? Hahaha blankk

peej said... [Reply to Comments]

@Wuhuu Mommy yes betul tu. maksudnya masukkan daging dalam periuk n bukak api. sampai kering air daging tu. bukan rebus.

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

wahh dah boleh buat berniaga ni, peej.

mokjadeandell said... [Reply to Comments]

Peej,
Assalamualaikum.
Makcik nak cuba hari ni masak resepi ni.Thanks a lot.

charmine said... [Reply to Comments]

Kak Peej, mak saya dah try masak ni ya Allah memang sedap sangat, tekiu atas resepi :D

Norhafezah Mohd Zain said... [Reply to Comments]

Akak bawang besar tu bawang holland atau bawang besar yg merah tu

Norhafezah Mohd Zain said... [Reply to Comments]

Akak bawang besar tu bawang holland atau bawang besar yg merah tu

peej said... [Reply to Comments]

@Norhafezah Mohd Zain bawang besar merah tu

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...