Instagram : @peejburhan

payah jugak ASB ni kan

hari ni aku masuk office lepas lunch hour.
sebab pagi aku bawak mama untuk urusan bank sebagainya.
nak tutup account papa, urusan ASB semua.

dah la aku cakap why meee? kan ramai lagi.
mak aku relax je cakap, "kau je la anak mama yang pandai sikit macam-macam, yang lain bengong sikit. kau la mama harapkan."
hahaha biadap sangat kan mulut laser.
ok la.
so aku cakap aku masuk lambat today.

dah la seram semalam balik kerja aku tertidur petang tu.
then pergi rumah kawan aku ada urusan jap.
dia lak hidang nescafe. aku memang seram.
aku suka coffee ni. tapi aku tau aku takleh.
tapi dia kata takda la ok.
banyak la ok. memang pun aku minum secawan kecik je.
amik kau sampai 4ish am mata aku takleh lelap.
helllppppp.

merasa tidur berapa jam je semalam.
pagi aku dah bangun.
siap apa semua kul 9am aku gerak dari rumah.
sampai rumah mama tak siap lagi.
tau la dia pun tak sihat lately ni.
ngan bersedih la apa bagai.
tapi by the time sembang n mama siap apa semua.
dekat pukul 11 jugak la keluar rumah.

mintak tolong p.g drive kan.
senang dropkan je aku pergi ngan mama.
kalau tak takut takda parking.
kang sian mama berjalan jauh pulak.

so memula pergi bank la. utk nak tutup acc, pasal asb la apa bagai.
tolonglahhh payahnyaaaa.
akhirnya dia kata takleh buat.
kena pergi mahkamah, dapatkan surat kuasa untuk anak dulu.
baru boleh uruskan tutup apa semua.
kalau tak tak boleh. whattt?

sampai aku terpikir adoi begini punya payah, baik la kau ni tak berharta.
takda pening kepala nak kena uruskan macam-macam.
mama kata tabung haji senang.
pergi cakap je dah meninggal. isi satu borang je.
terus dia kata lagi 3 hari macam tu, dorang akan masukkan duit tu ke acc kita.
wah so easy.

terus mama kata tak payah la asb ni nak. payah betul.
ye memang.
ok la tunggu awal tahun nanti, aku nak keluarkan semua masukkan tabung haji je.
then ada duit nak bayar loan aku tu. buat pening kepala je nanti.

tu aku rasa kalau takda segala ni semua lagi senang la.
lawak sebab kau nak buat full settlement pun tak boleh.
kena ada surat kuasa bagai. ee eh gilaa.
buat menyusahkan betul.

then lepas urusan kat satu tempat.
bawak mama ke maybank pulak.
nak dapatkan cop pengesahan untuk nanti pencen papa masuk acc mama.
then alang2 kat sana buatkan mama maybank2u semua.
selama ni pakai papa punya. ni dah takda n nak tutup acc kan.
so senang nak bayar bills ke apa lepas ni mama ada maybank2u.
ikutkan aku punya pun boleh.
tapi takleh nanti bercampur duit dlm acc i, i is seram.
kang tetiba feeling macam kayo je. walaupun nan hado sebenarnya. hahaha.

lama gak urusan kat bank ni kan.
tau-tau dah kul 1ish pm.
lapar tak makan apa dpd pagi.
so pergi makan kat kedai tepi tu je.
kedai mamak, tapi kedai tu ada orang melayu letak lauk kot utk tengahari.
wah sedap gila lak tu. meletop2 sambal belacan dia. i like.
dah la murah. makan berdua ngan mama rm16.30 je.
tu pun dia kata 30sen tak payah.
dia sian tengok mama kot.
siap mamak tu tanya.

him : 30 sen tak payah. itu u punya mak ka?
me : oh tak payah? ok thanks. a ah saya punya mak.
him : ooo muka ada sama macam u punya mak *sambil senyum*

sedih lak aku.
tolonglah i cannot ok. sekarang ni semua benda pun rasa emosi je.
dah la mama asyik mengeluarkan ayat2 sedih.

"tak tau la berapa lama baru mama dapat ikut papa."

"awal tahun nanti mama nak tutup semua acc mama jugak la. senang nanti. kalau sempat. tah-tah tak sempat tunggu awal tahun mama pergi."

why mother why?
dont la like this. i is very sad u know.

mama so far still sedih.
aku pun. tapi aku ok lagi sebab aku kerja kan.
so if busy aku boleh la lupa kejap.
macam mama 24/7 kat rumah kan.
dulu papa hidup 24/7 bersama.
tu yang kejap2 aku tengok asyik nangis je.
semua benda dia terkenang.

dia kata kadang siang tu dia cakap la sorang.
sebab dah biasa kan dulu semua benda bercakap ngan papa.
even papa sakit, mama suka cakap.

"paa, mama nak buat milo ni."
"paaa, mama nak makan la pa..mama lapar la..belum makan lagi."

so sekarang even nak makan n minum dia kata dah terbiasa macam tu.
tapi cakap la sorang2.
mula la nanti dia cembeng lagi.

so sad lah.
i is cannot.
sebab tu aku kadang orang still bagi aku ucapan takziah ke apa.
kadang aku tak bukak. sebab some tu ayat menyentuh jiwa.
i cannot. nanti aku sedih.
sebab aku tgh cuba untuk ok kan diri.
aku satu lagi perangai suka tunjuk kuat.
so nak emo ke apa biar time sorang2.
so taknak la nanti aku baca ke apa, aku emo lalu nangis.

macam sekarang ni, aku tak terasa lagi.
aku rasa macam papa kat hospital je.
rasa macam papa tengah warded ni.
nanti papa balik la tu.
walaupun hakikatnyaaa....

eh ok la.
i nak sambung buat kerja yea.
kang lagi layan. lagi emosi pulak.






12 Comments:

BaTiK_PiNk said... [Reply to Comments]

Peej,

FYI, kalau ada akaun ASB...better tinggalkan below 10K dalam tu incase ada urusan kematian. Macam arwah mak Yani, sebelum sakit dulu memang dah rujuk pihak ASB. Dia cakap tinggalkan below 10K sebab kalau lebih dari 10K memang leceh prosedurnyer...tapi nak tak nak kena uruskan juga segera. Kalau tak, kalau diperam lama-lama duit ASB arwah tu, ASB akan masukkan dalam Amanah Raya, laaaaagggiiii payah nak dapatkan balik. Macam Yani aritu, lepas arwah mak meninggal, pergi uruskan penutupan akaun ASB arwah mak, isi borang lepas tu dia pindahkan ke akaun ASB waris yang masih aktif. Kena tunjuk bukti certian dokumen la...

onen80 said... [Reply to Comments]

sedihnya.... :(

Anonymous said... [Reply to Comments]

Skrg ada sistem hibah. Bayar anually dlm 100+. Memang kadang2 fikir ada harta pon susah. Kesian waris naknuruskan leceh. Tapi even dah pakai hibah tu pon watis ken sediakan duit utk byr sblm dpt balik duit dlm asb tu

Iela said... [Reply to Comments]

Saya pun sama kak peej..ayah meninggal tiba2..so urusan untuk yg takde penama semua kena naik court tuk dapatkan surat wakil kuasa..sebab saya anak tunggl mak pun dah meninggal,nak tak nak kena guna lawyer sebab tak nak guna amanah raya..nanti lmbat & fee tinggi..maybank saya transfer je sendiri sebab bila nk tutup acc above 5k diorg suruh pegi amanah raya jugak..skrg ni tggu nak naik court..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

dah dah xnak emosi2. and sy pun xnak emosikan ko dgn komen2 beremosi hihi.
ASB tu elok jugak keluarkan next year, dapat dah dividen tahunan. kalau keluarkan sekarang nak dekat hujung2 tahun dah ni. tp xtau la kalau ada certain tempoh pulak diorang nak pindahkan duit ASB tu ke mana2, amanah raya ke etc. semoga urusan korang dipermudahkan. insyaAllah.

farisha said... [Reply to Comments]

Salam kak..sbnrnye pe yg akak ckp 2 mmg tul..dl wktu ayh sy meninggal almost 10month nk setelkn sume ursn peninggalan die (saham/asb/car/motor/personal acc) sbb T&C from their side sgt xm'bntu..nk complaints pn xde spe yg nk lyn,huhu..sbr jelh kak..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam Peej,

Ada kenalan saya hubungi Wasiah Shoppe http://www.wasiyyahshoppe.com.my/ver2014/

Semua urusan wang/harta peninggalan arwah, InsyaAllah boleh diuruskan dgn mudah oleh mereka. Tak perlu lagi ke bank/mahkamah/amanah raya/PNB...semua dilakukan oleh mereka.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi peej.ayah sy mnggal thn 2009.smp skng 2015 pembahagian harta x setel2.duit tbg haji je yg da dpt.kwsp ke bank ke trust fund semua x setel lg.semua kna naik court pki lawyer.dpt lawyer plak mcm siput.lg arwah ayah ade 2nd wife.pastu thn lps 2nd wife mnggal pulak.lg susah.my advice cr lawyer yg bagus & setelkn cpt2.sbb kalo da msk amanah raya ade percentage x psl2 dpt kt dier.

AfZaN bAsIr said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum peej,
i'm 1 of your silent reader tp hari ni i nak share dgn peej n readers yg lain bout harta peninggalan.i pun pernah hadapi situasi yg sama when my dad passed away suddenly in 2008.mula2 memang kita rasa susah nak setelkan harta peninggalan arwah.tapi selain daripada Amanah Raya n going to Court, kita boleh uruskan juga dengan Pejabat Tanah kalau harta benda,savings,saham etc bernilai RM2 juta ke bawah. kalau lebih dr 2juta baru kita engage lawyer utk dapatkan surat pembahagian harta di High Court.info n borang semua ada di website.boleh google pembahagian pesaka kecil.dia amik masa pun xlah lama sgt.paling lama if katalah ada dokumen xlengkap or anything pun it takes 3-4 months.xperlu guna lawyer semua.kita uruskan sendiri. admin fee pun xde banyak.
hope this can help.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalammualaikum peej. Betul kata Afzan. Peej boleh buat sendiri urusan harta pusaka arwah di pejabat pusaka. Kalau kawasan selayang di pejabat tanah daerah gombak. Urusan sedikit leceh tetapi akak buat dalam tempoh setahun dah settle. - kak ena silent reader.

Fazleen Zainal said... [Reply to Comments]

Yup peej.. kalau arwah ada rumah@tanah, boleh uruskan dgn pej tanah je.. download borang harta pusaka kecil dr website pej tanah.. dkt borang tu boleh declare semua harta yg ada rumah,tanah, kereta, saham & duit simpanan di semua bank.. nanti pej tanah akan panggil bicara & akan bg surat kuasa.. sy dh uruskan utk 3 org, senang, murah dan cepat..

Anonymous said... [Reply to Comments]

memang agak susah.. sebab kami pon ada kes yang sama.. yang lagi berat semua my day passed away 1 year after my mom.. xsempat amik hak tanah dan duit ASB mak.. then, bila my dad meninggal lagi laa susah kami adik beradik nak amik kuasa sebab kami semua perempuan..so,.. kene minta semua sijil dan surat beranak mak dan adik beradik arwah abah. dah 5 years semua masih tergantung.. terlalu banyak procedure.. untuk tanah rumah kereta duit dalam ASB dan sebagainya..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...