Instagram : @peejburhan

memancut lava gunung berapi

ini kisah minggu lepas.
tak berkesempatan nak blog about it.
cea ayat tu macam blogger tegar sangat.
dah sememangnya dah lama menyepi pun kan.
tapi tak kisah aku nak cerita gak.
sebab memang geram gila time tu.

sedar tak sedar dah 4 bulan lebih kak jah jadi wanita berkerjaya. chewahhh.
berkerjaya la sangat. hahah tak maksud aku dah jadi manusia normal la bangun pagi pergi kerja bagai kan.
nway, nama je dah 4 bulan tapi baru minggu lepas rajin n memaksa elly jom pergi buat season pass.
ye! selama ni gigih tiap hari bayar full hoi parking. baziaq betul.
bukan payah pun nak buat. tapi kemalasan memuncak.
tapi buatkan lagi stress sebab setiap kali nak balik tu time nak keluar, gila jammm weyh.
nak keluar parking je kadang makan 20 minit. ahkak ni dah la mudah stress.
kalau ada season parking punya card boleh keluar ikut laluan pantas.
tapi elly lagi ngeri, sebab dia selalu keluar lunch tu amik anak balik sekolah.
so dia bayar parking lagi berganda2. tetap malas nak buat. hahah.
so takleh jadi. mari lah kita buat.
so akhirrrrrnya kami ada access card masuk parking.
hari tu pakai, rasa kembang2 hidung bangga.
bangga sebab akhirnya ada kan. kalau tak gigihhhh sangat berderet panjang nak keluar parking.

tapi bukan nak cerita pasal tu sebenarnya.
aku nak cerita kisah lain.
so anyway, parking kat belah atas ni agak limited.
ada parking basement tapi orang kurang gemar guna kot. entah.
so parking atas ni kalau penuh memang kadang orang double park la. or park tepi tempat tak sepatutnya.
as long as tak ganggu laluan ok la kan.
aku so far takda masalah bab parking.
sebab aku sampai awal pagi. wah cerita macam awal sangat kan.
ok takda la awal sangat.
tapi untuk area tu kira awal la sebab kedai semua tak bukak lagi.
so memang banyak la parking space. takda masalah nak cari parking.
unless aku ada kerja luar. kena keluar.. then takda parking. aku akan park basement la.
tak suka basement sebab aku ni kan ada masalah trauma rompakan ke apa.
takda choice baru akan ku guna basement parking.
tapi aku benci gak kalau parking tepi ke apa.
sebab trauma kereta kena gesel ke apa.

oh aku takda cakap kan sini.
aku adalah bengang dalam few months back la.
nak balik tengok kereta aku calar teruk kat bumper depan.
mesti orang tepi parking or orang parking belah depan tu tak reti budget ke apa seret kereta aku. cisss.
sekarang aku kalau parking memang aku reverse kebelakang rapat2.
so that dgn harapan orang takda la langgar ke apa lagi.
tapi kalau orang carik parking mesti bengang.
sebab confident dia ingat kosong. sekali tengok ada kereta park. tak nampak sebab kereta tu parking belakang gila. hahahah padan muka.

nway, sambung balik. aku suka melalut jauh.
so last week tu..aku balik petang tu.
aku tengok ada budak india naik motor.
pakai vest tulis security.
yang bonceng tu kemain angkut besi clamp tu.
merayau-rayau ngan motor.
dalam hati dah, uiksss dah ada clamp tayar ke kat sini?
ah lantak la. nak balik dah pun.

tapi laki aku kirim belikan rokok.
so aku nak stop la kat 7 eleven beli kejap.
alaaa confirm takda parking la.
so aku double park tepi 7-e tu.
jalan situ besar. petak parking memang ada kiri n kanan jalan tu.
then kalau la kau double park belah kiri n kanan parking tu pun still ada ruang untuk kereta jalan.
lori pun lepas.

so aku park tepi. berlari la ke 7-e.
ada lak 2 customer tengah bayar kat cashier.
boleh lakkkk budak cashier tu lembab pulakkkkk.
duit tergolek la. duit change takda baru nak keluarkan daripada laci la. jilakeeeee.
aku nak cepat ni.
sambil2 tu aku toleh tengok luar.

sampai giliran aku.
ok dah beli rokok. bagi duit.
eh takda small change pulak. aku bagi rm100.
sementara budak tu nak balikkan duit.
aku toleh ke luar.
aku tengok geng india tu ramai tengah nak clamp kereta aku.
kiwoookkkk betul la.

terus aku tinggalkan je duit n rokok. aku cakap kejap eh.
terus keluar cakap kejappp laaa. aku masuk x sampai 5 minit kot.
dan-dan tu cecepat dia clamp n ketip mangga clamp tu.
e elehhh kong ajar gila.
pastu boss dia datang kata sorry takleh bukak. sebab dah clamp.
nak bukak kena bayar rm50.
e eh biadap. tadi kau belum clamp kot. aku dah cakap kejap la.

him : sorry tak boleh kak. kalau sudah clamp memang nak bukak kena bayar. nak bukak rm50.

me : ah takdaa. tadi belum lock kot. saya dah kata kejap kot. saya bukan park pastu masuk office ke apa. saya beli barang je kot kat 7 eleven.

him : ok la sebab first time. kasi discount. bagi rm30 untuk bukak.

me : taknakkk. saya bukan orang luar yang datang sini sebab nak beli barang ke apa. saya kerja kot sini dah lama.

him : sorry kak memang tak boleh. kalau kejap pun akak park sini kereta boleh lalu ke?

me : BOLEHHHH!!! tu kereta lalu ok je. *sambil tunjuk kereta elok je lalu*

him : ok la kalau lori 3 tan?

me : BOLEHHHH!

him : 3 tan tau? mana boleh.

me : ahh selalu boleh je. kejap je kotttt. bukan saya memang tinggalkan kereta park berjam ke apa. sekejap je. bukak la.

him : tara boleh la. ok la 30 ringgit je. nanti kami bukak. once lock memang tak boleh bukak.

me : tadi belum lock kot. saya dah kata tunggu la kejap. tapi cepat2 budak2 ni lock.

time tu aku memang dah menggigil marah.
rasa macam if boleh nampak agaknya dah nampak lava gunung berapi memancut atas kepala aku ni.
aku ni jarang nak marah tak tentu hala. 
tapi aku rasa macam gelabah gila kot.
sumpah kejap tak sampai 5 minit kot.
in fact bebudak yang lock angkut clamp tu tadi nampak kot aku park n masuk 7-e. cibaisss.

him : ok la kak rm30.

me : ah takda..u punya pasal saya tinggal tau barang n duit kat dalam. sebab u baru nak lock. tapi u lock jugak. dah la saya nak amik balance duit kat dalam.

masuk dalam aku terus call laki aku.

me : yang dorang clamp kereta i.

him : haaa macam mana pulak kena clamp?

me : i masuk 7 e la beli rokok tengok dia clamp. kejap je kot.

him : i dah sampai poslaju la yang. takkan nak patah balik. u bayar je la.

me : I TAK NAK BAYARRRR LAAAA!

him : dah la bagi i cakap ngan dia. kurang ajar clamp2 kereta bini aku.

aku pass hp kat boss dia tu.

him : siapa?

me : suami saya. u cakap la.

aku tak tau apa laki aku cakap.
aku tengok terkulat-kulat muka mamat tu.
lama gak la bercakap.
pastu dia pass balik phone kat aku.

him : ok la bukak la. tak payah bayar.

pastu bebudak tu terus bukak clamp aku.
muka tak puas hati je.

him : lain kali takleh ye.

me : takda lain kali pun. saya pun tak pernah parking sesuka hati. baru petang ni pun u start kan? kalau tak boleh saya pun takda nak berhenti 7 eleven ni. saya pergi kedai luar je.

him : ok.

va va va.
aku tak tau jampi apa laki aku bagi.
tapi rasa kembang2 hidung aku tengok dorang bukak clamp tu.
rasa macam kakak kawasan sangat. hahahhaa.

sebab time tu serious ramai orang keliling tu.
sebab aku bertekak kat situ.
yang orang tepi2 tu suruh aku bayar je la.
eh suka hati aku la taknak bayar.
kau nak bayar meh sini duit kau bayarkan utk aku.
aku rasa aku tak salah kot. 
macam aku cakap. lain la aku double park then elok je aku masuk office.
sampai ganggu kereta nak keluar or ganggu lalu lintas ke apa.
ni tak sampai 5 minit kot.

hahha mesti orang sekeliling tu terpikir siapakah gerangan ahkak gemuk ni?
sungguh hebat dengan satu panggilan telefon lepas lak dia.
siapakah di sebalik call itu?
wooow rasa macam padayappa pulak.
naik kan jari prapppppp...terus selesai masalah. hahha.

tak tau la apa laki aku cakap.
ke dia seram sebab masa amik phone aku tu aku tengok dia pandang phone aku.
ternampak pic laki aku kot.


sama ada dia seram sebab macam abang kawasan.
atau dia ingat tu geng dia. hahahha.
matiklah kena petir sempat carut laki sendiri. ;p

aku balik tu aku tanya gak apa dia cakap.
tapi laki aku ni bukan betul.
kadang saje je lebih2 kasi best dengar cerita tu.

tapi yang aku tangkap dia suruh orang tu kasi muka sama dia.
u bukak itu clamp, jangan sampai saya patah balik, saya patah balik nanti lain jadi.
eeeiii seram.
nasib tak sempat jadi apa. mueheheh.

apa-apa aje la ye.
tapi i tetap bengang sebab sesuka hati clamp kereta kak jah.
tak patut. atleast letak la warning kata parking salah akan kena clamp ke apa.
so orang lebih berhati-hati. ni angin takda. ribut takda tetibaaa je.

yang pasti i lap u abang kawasan. heheh.
tapi lap lap pun aku still musykil ape ke hal la mamat ni suka benar selfie pelik2.
aku nampak dia tanpa segan silu send pic ni ngan whatsapp group laki bini ellfie.


eeeiii abang kawasan tapi nak pout.
kau dah kenapa??


6 Comments:

Riena Razak said... [Reply to Comments]

hahaha tengah2 stress pagi2 ni baca akk punye cite terus gelak guling2.. u make my day, ok nk basuh pinggan

Suhaila abd manap said... [Reply to Comments]

adoii...aiii...gelak sorang2 depan pc ni peej baca hang punya cerita...akak pun mcm nak tau jugak apa la laki hang dok ckp ngan mamat clamping tu smpi depa bole bukak without bayar...hebat...hebat...!!..abang n kakak kawasan sangat ni....hahahhaha

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

hahaha..terbaiklh abang kawasan...hihi

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kitorg pernah kena clamp kat apt sebelah tu, park bukan tmpt visitors kata ye. Nak cari org nk suh bukak saja dekat 1 jam, sebab guard kata yg clamp2 tu lain punya geng. Diorg x campur

FZ said... [Reply to Comments]

Hi sis, elok la dah ceria balik 😀. Dah jadi kakak kawasan pulak....hee....hee...

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej...hilarious. .jatuh kerusi. .you r the max babe pasal2 kelakar ada kelas ni...u boleh jadi actress dalam cerita dark comedy gitew..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...