Instagram : @peejburhan

masa itu emas.

aku suka layan tv series.
banyak la aku follow.
aku suka layan movies jugak.
ni baru sampai rumah jugak ni.
tadi pergi rumah mama.
nak la tolong apa patut.
sedihhh. sebab raya kali ni takda masak apa. tsk.
sentap tengok korang yang sakan upload pic daging sambal tau.
mama kata takda sapa nak ke pasar kan. so takda la masak.
iyolah. robek hatiku sangat tau.

but anyway, takda adegan masakan.
so layan mama tengok movie je la kat astro.
elok nak gerak pukul 11ish tu tengok next movie adalah gone girl.
tanya mama dah tengok ke? mama kata belum.
ok mari tengok sesama. sebab senang nak explain kat mama, andai kata ada tak paham.
cerita tu kan berbelit sikit.
tapi serious tak suka cerita tu. rasa saiko n nightmare aku berapa malam tau.

settle tengok movie baru bergerak dari rumah mama.
tanya MrB, if nak tidur situ je. tapi dia nak balik.
dia mana leh tinggal kucing2 dia tu. ceehhh.

otw dalam kereta tu dok berangan la itu ini.
tah macam mana teringat kawan lama yang terpisah.
terpikir dah berapa la anak dia. tak tau cerita.
teringat pulak tetiba name card dia dulu masa memula start keja.
bawah nama dia tertera structural engineer.
wah kagum. sebab tu adalah pekerjaan michael scofield?
tau tak sapa tu? haaa sapa dulu tengok cerita prison break mesti tau punya lah.

tetiba teringat la tv series prison break dulu.
best sangat.
satu perangai aku, aku kalau tengok tv series best mesti try paksa somebody else untuk tengok.
sebab nanti syok kalau sembang.
tapi kemain payah je nak paksa orang.
selain paksa, if cerita best mesti aku akan share ngan mama n papa.
akan suruh dorang tengok jugak. hahah memang kaki paksa aku ni.

so teringat dulu gigih belikan dvd so that dorang boleh tengok.
mama n papa both suka cerita tu.
siap dulu gaduh ngan mama, sebab aku suka adik dia, michael scofield.
mama lak kata abang dia lagi handsome. eh sapa nama abang dia?
lupa lak aku.

tetiba terasa nak layan balik cerita tu.
hampir lupa jalan cerita dia.
then tetiba sedih pulak.
teringat papa suka jugak layan tv series. gigih sangat beli dvd n layan berdua ngan mama.

teringat cerita game of thrones.
pun mama n papa suka.
rajin mama n papa tunggu every week tengok kat hbo.
sebab nak beli dvd lambat kan.

last season papa tak tengok.
sebab papa jatuh sakit.
ingat lagi aku cakap kat papa, "paaa game of thrones dah start. best tau. nanti papa sihat kita tengok sama-sama yea."
papa tak sempat tengok pun.
aaa rindunyaaaa.

entah la. kesedihan aku dah kurang.
maybe sebab nowadays everyday pun sibuk kan.
n entah kenapa rasa macam papa ada je lagi.
terngiang2 je gelak dia yang cheeky tu kalau kena sakat.
bersemangat kalau bercerita sampai kembang2 hidung tu.
nanti aku sound, "lubang hidung tu kenapa macam tu?"
daripada marah terus tergelak papa.
rinduuuuuu.

takda geng dah nak sembang pasal tv series.
sekarang geng ngan mama je layan movie.
rasa nak spend time 24/7 ngan mama.
but obviously tak dapat.

andai korang masih bertuah ada both parents.
spend la masa ngan dorang.
kalau sekali jumpa tu, spend la masa sembang ke apa.
jangan sibuk ngan gadget je ye.






2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

bawa la mid week dia tinggal di rumah awak few nites a week. then siang hari bawa dia pergi office..

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Mata ada pasiaqqqqq

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...