Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Kedai Makan

Kisah ni kisah throwback tahun lepas. 
Malam minggu tu kami berempat; aku, mak, adik (Cupi), adik ipar (Shue) makan kat kedai makan 'K' di Subang Jaya. 
Bukan pertama kali makan sini, tapi dah berkali-kali. 
Tapi tak tahu kenapa kali ni kami hyper pulak. 

Deco kedai ni cantik, konsep klasik dan koboi. 
Ada meja yang kat kaki dia ada mesin jahit punya pemijak tu. 
Dari meja yang kami duduk tu nampak dalam kedai kat tingkat 2 tapi rupa bentuk dia macam loteng je. 
Kat loteng tu gelap, tak pasang semua lampu. 
Yang ada almari dan mesin jahit.

Bila nampak mesin jahit semua tu kami yang hyper terlebih gula tu sembang la buat lawak like "pesal ada mesin jahit kat atas tu, malam-malam ada kelas jahitan dengan hantu-hantu ke kat sini hahahah!?" 

Amboi mulut kau kan. 
Siapa pernah tgk Insidious 1 tahulah ada satu scene setan tu macam menjahit, lebih kurang gitu la kitorang sembang. 
Lama gak sementara makan tu kitorang gelak-gelak, siap usha belakang kedai masa nak balik.

Dah siap makan, balik la dalam 11 malam. 
Semua kepenatan, terus tidur. 
Mak aku suka tidur kat sofa depan tv. Letak badan terus lelap. Tapi dia tak tidur terlentang, dia tidur macam mengiring mengadap tv. 

So pagi keesokan paginya adik aku dah whatsapp. 
Lemah gak lutut aku bila mula-mula baca T_T



Tapi Alhamdulillah mak aku ok, takde kena gangguan ape-ape. 
Mungkin "benda" tu warning je kot jangan sebut-sebut nama dorang haha. 
Pastu tahun ni kami ada datang kedai ni lagi, siap bawak baby lagi, anak adik aku. 
Takde kejadian pelik berlaku sebab kami behave sikit. 
Cuma baby adik aku asyik mendongak pandang merenung ke tempat loteng tersebut macam sesuatu jek :p

Sekian, terima kasih :)

-aqiess-


2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sorry I didnt get the story.

jjjebat said... [Reply to Comments]

kedai makan tu apa nama?

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...