Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Bukit Fraser

Salam Peej

Saya Ati dari Kuantan. Nak kongsi cerita pasal lawatan kami sekeluarga ke Frazer hill dlm 5 tahun lepas. Tapi sampai sekarang masih teringat sebab kami 1 family kena kacau malam tu.

Kisah nya bermula bila kami 3 biji kereta bercadang naik ke Fraser hill dan bermalam di sana. Kami menginap di apartment syarikat kakak ipar. So dapat la 2 apartment. 1 apartment ada 2 bilik. Tapi antara 2 apartment tu jaraknya hujung ke hujung. So kalau anak2 buah ni nak pergi ke apartment saya jauh la skit. 

So malam tu mmg kecoh la skit. Sebab masing2 kepenatan, almaklumla jalan naik ke atas tu mcm ular kena palu. Bila sampai2 je kat atas, xde ape pun yg menarik sbb dulu org cakap ada tasik yg cantik, skali dengan taman bunga tapi semua dah kering kontang. Menakutkan jugak la.

Kami sampai ke atas tu dah maghrib. Pas check in semua duk makan n lepak2. Malam tu anak buah sorang ni dia sibuk ajak ayah dia turun bawah. Dia kata ada rumah hutan cantik. Padahal depan apartment tu semua hutan. Ayah dia pun rasa semacam dah. Beria dia paksa anak dia naik atas. 

Malam tu saya tido awal. Pukul 10 dah tido. Org lain ada yg tgk tv lagi. Pastu bila saya terjaga dlm pukul 2-3 pagi tu sbb nak kencing. Tgk org lain semua dah tido. Masa nak bangun tu saya terdengar kecoh sgt kat luar. Mula2 bunyi kereta sampai, dlm 2-3 biji sbb bunyi bising. X lama lepastu bunyi orang berlari. Tapi berlari atas tingkat kami. Saya terus bangun tanya mak. Sib baik mak x tido, dia pun dengar bunyi yg sama. Mak ckp org kat atas baru sampai kot. Masalahnya kami la tingkat atas skali. Xde orang lain dah. Pastu masing2 ketakutan. Saya cakap kat mak nak tido kat tepi katil dia. Mak ok je.

Esok paginya saya terus bukak cerita. Rupa2 nya abg saya yang duduk di apartment 1 lg pun kena kacau. Dia kata ada sesuatu cuba bukak pintu dia. Kuat jugak. Tapi sib baik lepas tu diam. Kami semua rasa ape2 perbuatan yg kami buat masa mula sampai tu "menda" tu akan ulang balik. Sbb pagi tu kami tanya akak yg jaga apartment tu ada ke org lain sampai tengah malam tadi. Akak tu cakap xde. Kami tetamu terakhir sbb tengah malam jalan naik ke fraser hills dah tutup. 

Kami pun ape lagi. terus kemas2 barang dan tunggu trip turun ke bawah. Terpaksa tunggu sebab jalan fraser hills ni ada masa boleh naik sahaja dan ada masa turun sahaja. Jadi itulah kenangan yg x dapat dilupakan oleh kami 1 family. kalau tanya semua, mesti dah serik nak pergi balik sbb masa turun tu semua pakat muntah ramai2.

hehehe

Sekian...

0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...