Instagram : @peejburhan

darah setinggi gunung.

Aku baru sampai office ni.
Baru balik daripada appointment klinik.
sebelum buat kerja meh update sikit.

rasanya ada dah 2 bulan kot aku start pergi klinik.
hahaha amik kau. sakitnya dah 2 tahun, baru reti-reti nak properly check kat doktor.
selama ni aku mintak je ubat kat kawan.
jilaka sangat perangai.
pernah beli. tapi matilah mahal nak gila.
so baik mintak je.

sampai satu tahap takleh pergi dah.
sebab kaki aku start bengkak.
serammm. dah la orang kata bengkak boleh jadi sebab buah pinggang.
tak ke kau takut?
tapi mostly kata try tukar ubat, sebab ubat darah tinggi yang aku makan tu antara penyebab jugak.
so mana boleh sesuka hati tukar, kena la properly check up bla bla jumpa doktor bla bla.

satu lagi aku takut ada kisah aku dengar ni.
sebab kes orang tu sama macam aku.
ada darah tinggi, tapi makan ubatttt aje. beli sendiri.
taknak jumpa doktor sebab taknak nanti asal jumpa bertambah2 lak ubat.
tu yang tetiba boleh kena stroke or pembuluh darah pecah. aaaa akutttt.
ok lah. kak jah pergi la jumpa doktorrr.

tapi tu la dari sehari ke sehari nak pergi, takkk jugak pergi.
sampai la ada satu hari tu aku cakap kat laki aku nak pergi.
semangat dia bangun pagi n paksa aku pergi.
aku kata takyah laaa. dah lewat..yes typical alasan kak jah.
tapi dia paksa. so pergi la.

aku taknak pergi hospital.
sebab aku tau if pergi hospital, dia check bp aku...confirm warded nanti.
i dont like.
so mari pilih klinik kesihatan. hua hua.

aaaa tapi sumpah setiap kali check bp.
mesti mencanak la tinggi.
mana tak tinggi. daripada tenang boleh stress.
keluar rumah kena hadap jalan jam macam jilaka.
jarak yang selalu 10 minit amik kau dekat 50 minit baru sampai.
pastu nak carik parking pun naik lagi darah tinggi.
berpusing 3-4 kali.
pusing bukan dekat, jauh lak tu. fuhhh.

then menunggu giliran pulak. aaa stresss. apa ke slow sangat aku pun tak pasti.
masa memula dulu lagi la.
aku rasa aku dah datang tepat pada masa. tetap no giliran i no 66 ok. hoiiii.
apa orang yang dapat no giliran 1-10 tu dah start beratur selepas subuh ke apa?
kalah orang beratur nak beli iphone baru gayanya.

macam tadi aku gerak awal sikit.
awal tak awal la.
konon nak gerak 6ish am.
tapi tau la dah kata dasar starfish, harus layan mata tau-tau bangun kul berapa dah.
berdesup siap n gerak.
tetap jam, tetap berpusing cari parking.
tapi i dapat angka giliran no 20. huhu ok la kan. :D

ingat ok la.
tapi dapat no giliran. dia kata duduk dulu ye.
ok duduk.
lagi 20 minit baru dia panggil.
ye 20 minit!!!
ok la. rupanya menunggu 20 minit hanyalah untuk aku membayar rm1 tu. whattt??
pastu dia kata duduk dulu ye. jap lagi dia panggil nama awak untuk result darah.
ok tunggu.
nak tunggu dia panggil pun ada la lagi 15 minit.
dia bagi la balik card kita segala.
dia suruh pergi bilik B untuk amik tekanan darah n check gula.

tunggu lagi!
again ada la dalam 15 to 20 minutes tunggu.
ok check.
pastu dia stress la tengok bp aku tinggi.
berkali-kali check.
takyah check berkali2. memang itu la bacaannya pun.
abis stress aku bermula semalam ye.
stress memikirkan aku akan berjam setiap kali ada appointment, campur stress traffic jam, campur stress cari parking, campur stress tunggu giliran.

nurse : tinggi ni.

me : ye? *lakonan agak2 terkejut*

nurse : memang selalu tinggi macam ni ke?

me : entah. saya tak tau.

nurse : takda check kat rumah ke apa?

me : takda. *muka innocent dan sekali lagi lakonan best actress sebab aku selalu je check n memang tinggi*

nurse : awak takda ke pening2?

me : pening? takda. saya ok aje.

hahaha ni bukan lakonan.
ni memang betul pun. aku rasa aku ok aje.
tapi kalau pening pun aku tak tau kot.
sebab elok je rasa. entahhh.

ok settle bab tu kena jumpa doktor pulak.
againnnnnn tunggu.
kali ni lama.
ada dekat 30 minit kot. ke lebih. Wallahualam.
aku dah tak kuasa nak check.
tunggu kemain lama, jumpa doktor tak sampai 5 minit.
banyak menulis daripada bercakap doktornya pun.
rasa nak hentak kepala kat dinding. penat tau i tunggu.
tapi ok gak la doktor ni. dia dengar rintihan aku pasal kaki bengkak ni.
so dia bagi ubat lain bagi aku testing.
sebab 2 doktor sebelum ni tak layan i pun. bagi yang sama je ubat.
baik i takyah jumpa. teruskan je dapatkan ubat sama. :D

settle tu hantar card untuk next appointment.
then kena amik ubat.
hampir pitam sebab ramainya manusia.

:: pic panorama tak jadi. kesian nurse menjadi entiti sosok sosok kelihatan. ::

ikut no giliran jarak 11 orang je.
tapi tolonglah 1 number amik masa 5-10 minit. pitammmm.
ye time ni aku dah start rasa pening pening. patut time ni nurse tu tanya ada rasa pening tak?
memang aku akan jerit jawab YE!!!!!! sambil hentak meja.

sebab tetiba nanti no pangkal aku tak keluar.
dia keluar no pangkal start no 3 pulak. aaaaaa.
aku amik no kul 9.15 macam tu.
by the time turn aku dekat 10.30 macam tu.
helpppppp....apa ke lama nau.
orang ramai. tapi kaunter bukak 2 aje.
tu pun kejap2 hilang, tinggal la 1 je kaunter. muntahhhh.



hampir tertidur kak jah menunggu.
sampai terpikir n buat kiraan.
rasa nak tidur n set alarm kat phone.
so that takda terlajak tidur.

tu pun dalam pada tu masa amik card appointment dia cakap pukul 11am ada ceramah pemakanan.
hahhh?

nurse : ni awak kena pergi ceramah pemakanan ye.

me : tak boleh. saya kerja.

nurse : kena pergi. awak amik la time slipt.

me : hah apa tu?

nurse : slipt la bagi office kata awak ada sini attend class tu.

me : oooo (motippp? nak bagi sapa slipt tu? bagi elly? ke bagi diri aku sendiri je? tak payah) tak boleh la.

nurse : kena pergi ni dah ada surat ni dpd doktor. depan tu. kat lorong tu.

me : kat mana?

nurse : depan ni. masuk lorong kanan tu. bilik kat situ.

me : ooo lorong depan tu kanan. ok *sekali lagi buat muka serious tapi hanya lakonan semata-mata*

tak payahhh. cukup la bp aku tinggi sebab menunggu kemain lama.
nak bertangga kat kelas pulak lagi. tak kuasa ye.
aku dah tau apa dia nak cakap.
daripada aku remaja aku meneman mama kat hospital.
dia 1 to 1 session ngan dietitian. so i dah tau u nak cakap apa.
so don't want. i nak balikkk.

so tunggu la.
dapat ubat terus cabut.
pastu makan.
indahh. berjangguit ok tunggu.
dah la dah makan ubat. so memang pedih la perut kelaparan.
ceaaa lakonan dia tu. takdanya orang nak percaya.
see the body orang tau ni stock lemak boleh last seminggu tak makan. kah kah.



nak makan nasi. tapi menu lunch belum keluar la. cisss.
makan ni je la.
idok sedap. sebab ada terasa manis. not sure apa yang manis.

eh tapi serious kena la jaga lepas ni.
but dont know nak start mana.
serba serbi malas ni. ciss.
elly n filla dah bising. kata kena start balik masak.
dia kata makan luar tak bagus.
pffttt. a ah la kan. apa ke malas bebenor tah.
pastu kena senam. tapi acaner asyik nak membongkang macam starfish je.
baru bukak youtube zumba, baru tengokkk orang tu buat. aku dah rasa dada berombak.
dada berombak sebab penat..bukan sebab laainnnn.

tetiba teringat masa jumpa last appointment tu.
doktor leh tanya soalan lawak.

doktor : kamu bersenam??

me : hmm. tak.

aku macam...kau tengok badan aku ni ada ciri-ciri seorang yang bersenam dan fit ke? hahahah

doktor : kalau boleh amalkan gaya hidup sihat. senaman seminggu 3 kali. jangan makan nasi, kuey teow semua tu.

me : ok doktor *angguk2. ye gaya itu penting.*

so what now?
haruskah kak jah kembalikan impian zaman remaja untuk menjadi j.lo.
sambil meletop cun pom pom pom.
i jugak sihat dan menjadi idola page/produk kurus.
siapa berminat nanti dia kena sms whatsapp 1800-WOWKURUSNYAKAU.

ok bye.
i nak buat kerja.
order banyak ni.
ta ta titties.



18 Comments:

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

peej cuba amalkan teh mahadewa. it works for me kalau tak memang 140/100 okayyy gila tak tggi
now maintain 140/85 camtu

cuba jangan tak cuba :)

thenameisima said... [Reply to Comments]

sama la saya pon ade high BP umur lagiiii muda. ubat makan mmg orang tua pon seram kot tengok banyak. maka terpaksa lah sejam sikit2 and kurang portion nasi (yang ni sedih sebab memang kalau nasi tu tak 2 pinggan tak sah). hopefully your BP n mine will be normal.

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Hi Peej.. kesian plak akk membaca masalah BP Peej ni.. sbb akk tengok dlm gbr Peej taklah gems sgt. Mungkin Peej stress. Hsbnd akk ambil ubat darah tggi jugak dari klinik panel. So far, oklah.. tak tunggu lama sbb org tak ramai mcm gov kan. Peej, akk rasa klu Peej pegi klinik kesihatan gov ni takut makin stress & naik BP bila check.. cuba pergi mana2 klinik swasta biasa tu so masa menunggu tak lama dan taklah naik darah nanti. Tapi sbb Peej pun dah ada appointment kan.. cuba tnya doc tu klu Peej bleh beralih arah ke klinik swasta plak.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej. Aku nutritionist kat klinik kesihatan. Senaman bleh reduce bp. Ko beli je treadmil, try briskwalk hari2 atas tu 30min. Psl makan doktor tu ckp...silap tu. X setuju xmkn nasi semua. Rasa nk wasap je ko. Kalo ada customer ko y post add ke klinik tu, aku la orgnya.. I lap yu. Jaga kesihatan ek

Sha Siti Aishah said... [Reply to Comments]

Peej, minun air cincau bebapeej peej.

annapeje said... [Reply to Comments]

hahaha sumpah klaka baca bukan kesian tapi dah lawak gila ahahaah nonstop gelak dah neh

azreen said... [Reply to Comments]

Salam Kak Peej,

Saye selalu anta my mom tok check up die dkt HKL, sgt efficient. sbb dorg byk kaunter n doctor to incharge out patient. Selalu klu dtg pkul 8, amek no, da ade org attend. Mybe tggu jap tok jumper doctor. By 8 lebih da settle sume n amek ubat. Appointment pon sebulan or 2 bulan skali.. doctor akn bg stok ubat tok berbulan2 trus. mybe problem nyer adlah parking, kne ade org drop off kn. tp klu nk amek ubat, boleh drive through jer dekat farmasi. klu kak Peej nk transfer ke HKL, just mntak doctor klinik KK tuliskn surat referal jer.

Xuriana said... [Reply to Comments]

Wahhh boleh sgt la ni pija.. kita kan dr zaman MRSM berangan nak kurus.. Hehe.. At least aalah sorang dari kita merasa kurus, jadik la kan..

Nazia Mohd Zain said... [Reply to Comments]

Peej.. baik ko pg klinikbelah ptg.. aku selalu pg dlm kul 4.. org dah xramai.. blum kul 5 dah settle..

otter yh said... [Reply to Comments]

hai peej. sy rasa u patot try personal trainer. workout is fun. kalo jenis xde masa macam u better cari personal trainer. kalo nak geng ramai masuk JK1M yg kevin zahri anjurkan. memang fun. 1 jam x 3 kali seminggu. try lah. mana tau membantu. try tengok ig heya_fitness coach ni tak garang dan dia sangat cool. please trust me. -oren-

Anonymous said... [Reply to Comments]

hehehe so fani 1-800kurusnya kau.

achik dah redha ngan kegemukan ini. gemuk is awesome katanya


-dedalie

Fiza @ Zah said... [Reply to Comments]

Salam peej,

Saya x jual insuran tapi saya suggest kan peej beli medical insurans yg include sekali klinik.. Lepas ni x yah dah g klinik kerajaan. Just to let you know hanya prudential aje yg ada include klinik.. N jadi apa2 pada u .. Boleh terus ke swasta.. X mahal pun event hushband ai smoking just rm 161 sebulan .. Ai bukan agent ye... Just nak suggest pada u je.. U boleh rujuk kak elly kot .... Ai know dia mesti ada medical insurance..satu lagi ai nak suggest .. U beli treadmill.. Exercise kat umah..

Cik Da said... [Reply to Comments]

peej ramai sangat org huhuhu klu kita dah x g dah situ x sangup nak tunggu

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej,
Jgn amik ubat je w/out chek up tau.nt mmg bole rosakkn buah pinggang sume tu.pastikan makan ubat n rajin pegi cekup.

Take k peej!

Nazima said... [Reply to Comments]

Klinik UTC sentul ke tu?

dhr said... [Reply to Comments]

Peej monitor BP sendiri kat rumah je. Agak2 tinggi sgt br pg hospital. Makan yg healthy. rebus2, bakar2 je. Take care!

Farah Haslinda said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Peej,

cuba try amek cmd (concentrated mineral drops).. kte dulu pun sangat tingggi, normal 180/130.. if amek ubat pun kena double dose.. tu pun turun setakat 160 - 140 je.. last2 malas amek ubat.. dahla mahal, baik shoppingkan.. huhu.. tapi masa kena denggi tau pulak ada diabetes, pastu period jadi haywire..

so sebelum puasa aritu tekad utk try cmd.. sebulan amik cmd, terus period elok balik tapi senggugut teruk sebab 3 bulan sebelum tu dia kuar sket sgt.. pegi klinik sebab senggugut, tapi dr check jugak bp kan, dia cakap, bp cantik, 110/70.. terkedu kejap sebab dah dekat 10 tahun bp tinggi sampai everytime nk gi klinik sebab demam je pun tapi fobia tgk mesin test bp tu.. & fobia jugak nk jumpa dr takut kena marah sebab x makan ubat.. hehe..

mazz said... [Reply to Comments]

Peej...rendam asam keping sekeping beso dalam mug..tuang air panas. Amalkan minum tu..insyaallah boleh kurangkan BP..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...