Instagram : @peejburhan

cuti-cuti happening la sangat.

wah rajin sekarang kak jah kan?
rajin-rajin paksa jugak la ni.
ikut mana rajin la mana nak update ke apa.
banyak cerita ada pic tapi tak rajin update. nanti la akan rajin kan diri.

first of all. thanks atas komen n nasihat kemain banyak.
sorry i tak sempat nak reply semua lagi. yang personally whatsapp semua.
al maklum akhir bulan. so very the busy.
pulak tabita kan today last day harga biasa tu. CLICK HERE
so semua berebut pakat nak beli.
so memang tak menang tangan.
macam2 suggestion ada. tapi aku berminat ngan 2 supplement ni.
kagum dengar dia cerita pasal reading bp dia daripada 220 turun 130 ke lower macam tu.
va va va. cuma nak mencari tu la tak tau nak tuju mana.
akan di usahahan.

ok tu cerita lain.
kali ni nak cerita pasal percutian ngan elly n filla ke PD.
dah berbulan gak la book ni.
dorang la semangat.
pastu konon kesian sebab aku need rest katanya.
sebab aku kan mana ada kemana.
memang tak kemana la. shopping mall pun lama tak pergi. sedih sangat ni.
takda masa sangat.
so dorang kata lets ke PD.
aku dah macam..haahhh PD? macam tak best je.
PD kot. aku membesar kat PD dulu.
last time pergi was 10 years ago kot. macam takda apa je.
plus bila kau dah biasa pergi pulau, kau adalah sedih je bila nak layan laut PD.
dah la ingat dulu yang last aku pergi PD tu. elok berenang kat laut, sebelah aku elok ada tulang ayam KFC berenang jugak sebelah aku. hahahah hampeh sangat.
me not like.
tapi dorang kata jom la. kita lepak kat resort je.
apa2 aje la ye. jom.

percutian semua perempuan je. suami tinggal kat rumah.
dah la dorang paling seram time aku nak mintak kebenaran tu.
sebab laki aku kan ikut mood. so far dia tu asyik nak melekat aje.
so kemain atur strategi time bila baru cakap.
tengok mood dia ok baru cakap. hahaha. sekali laki aku bagi. kah kah.
apa lagi cecepat filla book hotel.

dah la dia paling excited tak boleh blah.

filla : wahhh tak sabarnya nak cutii..mesti happening gila.

me : omaigod filla...PD je kot.

filla : ok aku akan aturkan apa nak buat.

elly : filla nooo. takda siapa lantik kau jadi urusetia. aku cuti nak tido ok. aku nak rehat.

filla : no elly, tak boleh tidur. tidur baik duduk rumah.

elly : eh suka hati aku la nak tidurrrr...takda ye, kau jangan nak buat program itu ini. takda siapa nak layan.

filla : eeeiii dia ni. takpa peej layan filla kan? peeeejjjj...

me : *aku start pening bila filla panggil nama aku berjela macam tu siap effect sengau* eeee semangat sangat dia ni.

filla : suka laaa. best ok. kita swim, makan sama2. pastu kita pergi pasar malam PD. bestnyaaa *tepuk2 tangan*

me : wahhh bestnyaaaa *tepuk2 tangan*

filla : haaaa kan? *sambung tepuk tangan*

me : no filla noooo. aku perli kau la. memang tak happening la percutian pergi pasar malam. gila ke? kat sini pun aku tak pergi pasar malam, tetiba nak pergi pasar malam PD pulak.

filla : ooo ye ke? jahat tau. aku ingat kau memang excited.

eeee tolonglah dia ni. hahaha.
pitam jugak aku memikirkan aktiviti yang dia bakal aturkan.
filla ni semangat lebih. lawak pun ye aku rasa.
excited terlebih. again..PD je kotttt. hahaha.

so sampai la ke hari yang di nantikan.
pergi naik kereta aku.
so aku gi amik elly kat rumah dia.
then straight ke rumah filla.
cissss, dah la rumah filla jauh n harus sesat kalau takda waze.
tapi elly ye-ye jadi co pilot ngan waze dia. tolonglah pakai waze pun berpusing gak salah masuk lorong.
hampeh elly ni. pastu dia salahkan waze. hahha.
nasib sampai gak.

memang dah plan nak lunch rumah filla.
so suruh dia masak.
nyum nyum.

lepas makan baru gerak.
ikut plan memang filla drive.
hahaha. harap maklum aku kan dewi pemalas ni.
memandangkan filla paling semangat ngan percutian ni. biar dia drive. hahah.
elly memang takleh harap. dia memang tunggu masa nak tidur je tu.


dah la stress.
sebab katanya percutian santai dan pantai kan.
relax je la kan. tapi dorang ni melawa sangat kenapa ni?
tengok aku muka selenga je. 
dah tergerak dah pagi tu, eh nak make up ke? dorang ni suka amik pic.
tapi dah kata dewi malas n memikirkan ala, cuti di pantai..takyah la nak lawa nau.
sekali betulll. asyik nak amik pic je. stress ahkak.

kau tengok la elly tu siap ada bawak baju bergantung siap gosok bagai.
aku takdaaaa.. filla pun masa sampai hotel siap mintak iron siap iron baju gantung bagai.
jadi gelisah aku, rasa macam eh aku pun kena iron ke apa ni?
rasa macam...aku takda ke baju nak gosok ni?
masalahnya mmg takda la semua aku bawak tshirt gitu. *gulp*
macam mana aku stress tgk dorang dok prepare memacam, agaknya macam tu gak dorang stress tengok aku comot memanjang. haha.
kami saling menglengkapi antara satu sama lain. ;p

sampai tu tersalah jalan.
instead ikut straight jumpa round about dekat marina tu.
kita orang ke kanan.
wah jalan baru. tak pernah ikut.
sekali nampak ramai lelaki berbaju melayu baru balik solat jumaat.
terus rasa wahhhh ni rekrut ni. askar semua ni.
terus teruja.
teringat zaman dedulu.

tetiba lalu sebelah kem PLR tu.
hamagad terus semangatttt.

me : ehhhh aku ingat tempat ni. time aku kecik dulu. dulu bapak aku TOIC (ok aku tak tau ejaan dia) sini. aaaaa aku ingat lagi dulu ada pembarisan ke apa. bapak aku bagi arahan ke apa jerit2 semua. aaaa. 

elly : kau ingat peej.

filla : wahh gaya kau tu macamkan cerita tu 18 tahun lepas. macam lama bebenar.

me : lamaaaa la. time tu aku darjah 1 ke 2. *tambah tolak kira2* ye laaaaaa! cerita 25 tahun lepasss ok. aku ingat lagi!

filla : e ehhh memang lama la. aku ingat kau over.

elly : eh kau boleh ingat semua. dasyat la otak kau ni.

me : ingatlah. dapat bayangkan lagi.

terus rasa sedih je. teringat kat papa. :(
ingat sebab last time ke PD kita orang masuk kem tu.
even siap ada orang kat kem tu recognize papa.
dia kata time tu dia rekrut. sekarang dia dah pangkat apa tah lelaki tu.
kita orang masuk dalam tu tengok rumah duduk dulu, pergi tengok mass kat situ.
then tengok daripada mess (eh sebenarnya eja macam mana ni? mass ke mess?) nampak laut kat bawah.

ingat lagi time aku kecik dulu time tu tadika kot.
nanti daripada mess tu ada tangga turun ke bawah.
so kita orang ikut situ ke turun n pergi ke laut.
ingat2 lupa time aku duduk situ sebab kecik sangat.
tapi time papa kerja PLR tu aku dalam darjah 1-2 tu aku still ingat lagi la.
sebab seperti biasa ada papa punya CO tu anak lelaki 3 orang.
harus kekecik dah gatal kita minat abang tu.
hari keluarga jumpa. siap mandi laut bersama. hahahah.
sekali terkejut masuk MRSM abang tu n adik dia ada kat situ gak.
pastu terkejut sekali abang tu macam tak handsome je. hahahah.
gelappp mendung semacam je.
eh maknanya adakah di saat itu memang minat aku sebenarnya dah cenderung ke arah lelaki tall dark n handsome (wah nak jugak) hahahhahaha.

eeee aku ni suka cerita melalut-lalut tersasar kan?
abis bilanya entry nak abis kalau dah macam ni gayanya.
so anyway, alang salah jalan tu. mari takyah check in dulu.
kita lepak dulu.
filla ajak starbucks. tapi elly taknak sebab kat KL pun ada katanya.
dia ajak bercendol n rojak.
so ke sana kita.
dekat area sebelum sampai round about pekan PD.
belah kiri tu ada deretan gerai orang jual memacam.
kita orang pergi gerai paling hujung.

sedap cendol dia.
sebab cendol buat sendiri lembuttt je n rasa fresh.
n suka sebab cendol dia sesedap rasa.
takda la manis berdengung ke apa.



rojak ok2 aje.
pastu filla tanya, rojak dia ni takda kuih keras tu ke?
aku tak suka yang lembik ni.
ehhh siapa suruh sibuk snap pic sana sini kecoh sembang sana sini.
yang sedap keras semua laju2 aku ngap. hahahhaa.
nasib la siapa suruh nak kongsi makanan ngan perempuan gemuk. miahahha.

then check in.
kita orang duduk Avillion resort n spa eh nama dia.
entah. semua urusan filla buat.
kita orang bagi duit je memasing.
semua duit kumpul n filla pegang.
so kat sana asyik kenakan dia je.
bila part bayar filla la bayar sebab duit dia pegang kan.
nanti aku n elly, "thankkkss belanjaaa."
saje cakap kuat2. supaya orang rasa..wah kaya pompuan tu belanja kawan2. hahaha.
tapi terus betul filla tu, nanti aku n elly nak belanja kata nak beli ice cream ke, nak apa ke..dia tak bagi ok. dia kata no no no.
e ehhhh..duit sendiri pun takleh guna. kedekuit ni.
tapi bagus gak sebab balik tu balance banyak gila lagi.
aku kata instead bahagi2 balik. suruh filla je simpan.
nanti next cuti-cuti malaysia kita top up aje duit tu.
kira macam simpanan bercuti malaysia la kira. huhu.

sampai sana takda apa pun.
aku n filla duk sembang la apa.
elly seperti biasa tidurrrr je kerja dia.
aku n filla dok melayan tengok air pasang.
wah so cepat kan. rasa macam ada orang bukak paip tetiba baik naik air. hihi.


aku ni nama je angkut camera gedabak.
tapi atas ni la satu2 pic yang aku amik pakai camera.
hahahah malas gilaa weyh.
aku tinggalkan je camera kat bilik.
lain semua pakai phone je. ahhh lagi senang.
so pic aku memang tak variasi langsung.
semua berunsur makanan dan selfie aje. miahahah.

malam jumaat tu tak kemana.
makan kat coffee house dia je.
amik buffet.
which aku rasa tak berbaloi sebab mahal tapi takda choice apa sangat.


tapi kari ikan tongkol dia sedap baq ang.
tolonglah halfway makan aku siap bangun angkat pinggan n tambah nasi, tambah kariiii kasi penuh kat nasi tu. sedappp sangat ni.
elly siap amik kari buat cicah ngan french loaf.
dasat perangai masing2.


aku lak roti tu makan ngan butter. pastu tabur gula.
sedappppp. hahaha lupa daratan kan bab makan.
tapi serious best rasa macam zaman kecik dulu.
korang biasa tak makan macam tu? sedap kan?


then booking tempat kareoke kat situ.
ada kat situ. since jumaat tak ramai lagi.
kita orang booking kul 11pm.
tapi since dinner awal. so masuk awal aje la.

sementara tu selfie sat.
selfie pun tak senang.
ada je penyibuks.
dah sibuk tu takpa la jugak.
tolonglah tiap kali nak tengok hasil.
bila lawa semua approve baru boleh masukkan. eeeiii tolongggg.
aku gak tak kisah, lantak la buruk ke apa dalam camera orang. malas nak tengok.
sebab aku memang daripada awal tak suka orang nak amik pic pun.
sebab tau hasil mesti buruk nanti. tapi pasrah je la.
dah kata akak berdua ni memang blogger tegar kan. sup sap sup sap tangan dorang keluarkan camera snap sana sini. scary sangat perangai.







tengok la berkali2 i kena snap tau.
last pic bawah ni baru dorang approve. tah pape tah.
aku tengok yang atas tu semua ok je pun. apa yang tak kena tah kat mata dorang tu.

tapi time kareoke aku n elly je layan.
filla memanjang taknak nanyi.
nervous la apa. e eh gila. bertiga je pun nak nervous.
kelakar. aku nyanyi lagu najwa latif ngan sleeq tu.
lagu senang kan. ajak la filla nyanyi sama.
aaa dia tak keluar bunyi.
dia cuma nyanyi part...hey je.

aku nyanyi nanti filla...heyyy...untuk dia..heyyyy...
aku tahan je nak gelak. semangat dia dok hey.
tapi aku tak gelak sebab taknak patahkan semangat dia. hahahha

tapi malam tu seksa.
si elly memang awal2 dah tido.
tu dasyat gak perangai asyik tidooo je.
aku lak by 12ish dah ngantuk gak la.
sebab kata sekarang dah biasa tidur awal kan.
tapi filla tu bising betul la.
paksa2 tak bagi tidur.

filla : boring betul la elly ni. tidur awalll. boringggggg!

me : nguapp.. nguappp.

filla : kau jangan nak tidur ye. bercuti ni.

me : eh cuti nak rehat la.

filla : tak remaja la korang ni. aku kalau cuti ngan geng radie tu. kalau tak pukul 5am memang tak tidur la kita orang. so kau jangan nak tidur ye.

eeeee bisingggg.
tapi layan gak sembang memacam.
tapi aku rasa elly tension sebab bising.
kejap nanti berdengus2 dia.
pastu nak tukar positon tu kemain pergerakan macam nak ajak bergaduh.
yang filla kalau bercerita n gelak kemain kuat suara.
hahah mesti stress elly.

paling takleh blah. aku dah rasa segar n seronok sembang.
tetiba nak dekat kul 3am tu.
filla dah dalam selimut.

filla : eh dah la..bising la kau ni. tidur laaaa *sambil nguap*

me : oooo macam babi kan. aku nak tidur kau tak bagi kan. bila kau nak tidur boleh kan?

filla : hahhahahaha diamlah. ok good night.

eh ada ke orang perangai macam ni weyh?
dah la aku susah nak tidur.
sebab tetiba macam seram malam tu. 
sebab aku tidur kan katil tepi tu.
so daripada situ nampak cermin ke toilet.
toilet dia kat shower tu terbukak atas.
tetiba terbayang kalau la ada bertenggek atas bumbung tu. haha bongok sangat.

pastu malam masa sembang tu filla ajak duduk balcony.
aku taknak sebab seram.

filla : asal lak seram.

me : taknak cerita la. tapi laut is not good ok esp malam.

filla : merepek la. asal lak.

me : ye laaa. aku tau la..esok la cerita.

filla : eleh nelayan tu elok je malam2 pergi laut.

me : nelayan keluar pagi ye. malam ada tgh malam.

filla : adddaaa la.

me : ok memang ada. tapi kau ada ke kawan nelayan? takda kan? so takda la kau dengar cerita ke apa. memang tak bagus la laut malam2.

filla : ye ke.

aaaaa aku memang paranoid dah tua2 ni.
pastu time nak tidur dalam nak lena tu asal tutup mata keluar lembaga ala2 slender man (sila google) tapi takda la pakai suit. dia pakai serba putih.
pastu slender man tu asyik ikut aku.
dah la khayalan aku tu bersambung.
contoh aku berjalan daripada cafe nak ke bilik.
dia ikuttt je. nanti aku terjaga.
bersambung area swimming pool. tetap dia ikut.
pastu nak sampai bilik dia tetap ada ikut.
aaaaa takut.
nasib takda apa n khayalan aje. elok je aku tidur malam tu.

then esoknya bangun sarapan.
pun stress ahkak jah.
sebab dah la tidur lambat. kena bangun pagi.
bising betul si filla tu.

"wake up..wake up...heloooo. heloooo. helooo looo looo looo"

"diammmmm lahhhh"

pastu dia diam. pastu dia bising lagiiiii.
pastu aku pusing nak peluk bantal terasa kerasss. 
bukak mata dia sebelah aku ok!!! sengih je muka.
ceng ceng cengg *effect bunyi menakutkan mcm tgh pegang pisau*
rupanya yang keras tu lutut dia. tolongggggg.
nak tak nak terjaga gak. pastu aku pergi toilet.
keluar tanya dia kul berapa? dia kata dah kul 9am.
ok la bangun sebab nak breakfast kan.
duduk balcony smoke kejap.
masuk dalam check rupanya baru pukul 8am.
kong ajaq sangat menipu kan.

pic ni aku chilok daripada ig filla.
nampak kan aku malas nak layan dorang ni bergambar.
tapi asyik nak snap sana sini.




breakfast dia best.
banyak choice makanan. i loike it.

lepas breakfast kita orang swimming.
pergi kat adult pool.
so tenang la.


tapi kak jah sentap.
sebab baru semangat nak swim kena sound ngan mamat bangla jaga pool tu.
sebab aku sarung singlet kat atas.
dia kata tak boleh. kena bukak.
agak2 la. takkan nak bukak..kang ramai pengsan sebab menawan sangat.
sama ada tempat tu bebetul strict sebab sarung atas singlet pun takleh.
atau dia mendambakan nak tengok aku pakai bikini top. hahahha. pantekkkk.

terus kak jah down n duduk di tepian aje.
nasib ada kawan datang jengok.


ni la dia.
kemain bersantai tepi pool. berjalan keliling resort.
tak dapat swim, i terus selfie layan perasaan.


sambil selfie sambil mencarut. carutan di tujukan kepada penjaga swimming pool.
then abis swim terus mandi.
tolonglah toilet dia best sangat la resort ni.
macam hujan betul la.
feeling sangat. nasib rumah aku tak banglo. kalau tak buat toilet gitu.
walaupun kemungkinan bakal di intip musang kalau berlobang macam tu shower.
tapi lantak lak. janji time mandi feeling.

sambil tu order room service dalam bilik.
dah la elly poyo.
aku cakap aku lapar, dia buat muka, "kau laparr? aku ok lagi kenyang."
sekali makanan sampai dia paling menggelupur makan 1st, siap sound aku n filla sibuk amik pic.
e elehhh. poyo sangat perangai tu.






tapi portion makanan dia besar gila.
if ever korang ke sana n order makanan. satu makanan tu boleh kongsi dua orang tau.
sebab sumpah besar sangat portion tak masuk akal.
dah la memasing tamak order sorang satu.
pastu siap order pizza buat tambahan.
amik kau. makanan sendiri pun menangis nak abiskan.
pizza langsung tak sentuh. hahahah.

settle makan memasing tertidur.
filla again tak puas hati n memekak je tak bagi tidur.
takda sapa nak layan. lantak la kau.
kata bercuti. orang nak tidur ye.
last2 dia tewas n tidur gak. hahah padan muka.

tapi aku n filla tidur kejap je.
elly tu tidur kemain lama.
dia jaga la kejap. pastu tidur balik.
aku dok makan la pizza tu ngan filla.
pastu dorang gelakkan sebab masa dorang tidur tu, time terjaga nampak aku senyap2 makan pizza.
abis tu takkan nak makan sambil terjerit2 lak. diam2 je la. huhuhu.

ingat nak lepak minum2.
elly kemain berkeras siap hentak2 lantai, "tak nakkkk minummmm..i nak tidur."
eh eksyen la dia.
lantak la. dia tidur kita orang sembang lagi.
sekali dia bangun petang tu terus, "eh jom minum petang. i lapar n haus."

eleh tadi kemain hentak2. tetiba bangun tidur tau kan lapar.
so siap2 n mari ke cafe n minum petang.










again portion tak masuk akal.
dah la tamak memasing order sorang satu.
tak patut la waitress tu tak bagi tau.
dia kata ingat kita tau, sebab berbaloi ngan harga.
dia bukan macam tu. sebab kau hotel, of coz harga mahal.
tapi portion tu gila kot.
abc tu boleh kongsi 6-7 orang ok dia punya banyak tu.
dia pakai mangkuk orang buat letak nasi selalu tu. gila kau.
even pisang dia pun kemain la gemuk.
naik seram aku tengok pisang goreng tu.
sampai aku upload orang ingat tu ayam la.


kak jah dan angle.
kemain orang dok kata kurus.
takda makna ye. tengok pic atas2 tu. kemain macam batu bersurat badan aku.
tapi dah kata selfie. harus la terbaik kita carik angle. hahahahha
jangan mudah tertipu ye.


lama gila tersangkut kat cafe tu sebab hujan lebatttt bagai nak gila.
seram.
daripada duduk luar transfer ke dalam la.
then dah reda hujan balik bilik. takleh masuk sebab access card rosak.
hujan punya pasal. nak menapak punya la malas. jauhhhh.
nasib ada no phone. call reception dia pakai hp.
sebab hotel lain la tiap floor kat lift ada phone kan.
sini mana ada. nasib bijak n carik no phone hotel n dapat. heheh.

malam plan makan luar pulak.
nasib elly selalu pergi PD n dia rajin carik makan.
so dia tau mana makanan sedap.
so makan seafood.
kau jangan tanya sangat la aku tak reti sangat.
tapi tak silap aku dia ada signboard tulis hotel pantai ria kot.
belah kiri. dia atas lagi dari teluk kemang.
tapi sebelum sampai segala hotel2 apartment apa semua tu.
tengok kiri je la korang. besar signboard dia.
tulis chinese muslim kot. eh lupa.
pepandaiii.


time order tu budak tu kata nak small ke regular.
kita orang kata u rasa mana ok?
dia kata regular tu puas makan la.
ok la regular semua.
pastu terkejut oiii apa banyak sangat ni.
kita orang bertiga je kot.
mampossss.





tapi habisssss licin weyh makan.
tolonglah aku rasa percutian kali ni adalah percutian yang makan menggila namanya.
tapi sedap gila la kedai ni.
aku terbayang kesedapan siakap stim nyonya tu.
sedap sangat.
dah la balik tu memanjang terkentut n sendawa memasing.
anginnn bersepah keluar. hahahah.

then balik tu karaoke lagi.
padahal dah tak larat. tapi sebab dah book n bayar.
tapi perempuan hampeh ni. dia sampai terus tidur ok.
eeiii buruk perangai sangat.


tapi booking 2 jam.
tak sampai pun aku n elly decide nak gerak.
tak larat dah nyanyi. dah kenyang n ngantuk.
dah la sampai bilik dah tentu ngantuk nak tidur.
filla tak bagi. e eh eh sedappp je...dia dah puas tidur. kita nak tidur tak bagi.
taknak layan. aku n elly tidur terus.
dia kata ingat memula aku bebuat tidur. sekali dengar aku dengkur...baru dia tau kekecewaan dia adalah realiti. hahahah

dah la malam tu terjaga banyak kali sebab nyamuk punyaaa la banyak.
aku siap bangun cakap sorang2 sebab stress nyamuk banyak.
nak spray mana ada kan. aaaaa.
merata kena gigit, kat tangan, kaki, bontot semua kena. tsk.
rupanya esoknya bangun tau kenapa banyak nyamuk.
filla la ni pergi toilet tak tutup pintu balik. penakut la tu.
dah tentu toilet dia kan terlapang atas tu., tu nyamuk masuk kot.



ahad tu takda apa.
bangun pergi breakfast.
eh aku suka sangat la konsep katil tepi ni.
rasa nak buat aje.
tapi celah mana lak aku nak buat kan.
ni lawa la nampak laut.
rumah aku paling best pun belakang tu nampak hutan la.
memang lawa n aku sukaaa.
tapi aku takut kang ternampak benda lain lak celahan hutan tu.
eeii tak mo.


aku makan memacam breakfast tu.
tapi aku snap ni je. cehhh.
lain takda apa.
balik tu tidur again.
then pack.
then gerak balik.
sebab hujan lebatttt gila nak balik tu.
so tunggu reda baru gerak.
nasib boleh late check out.

sebelum gerak makan dulu kat coffee house.


balik pun filla bawak.
tapi boleh tahan slow perempuan tu bawak.
gerak daripada PD pukul 3.30.
aku sampai rumah aku 6.10 ok. eh gila apa.
dia kata aku yang lembab. takda ye.
dpd rumah filla ke rumah elly n aku laju gila kot aku bawak.
siap kena sound ngan elly, "slow2 peej..takda apa nak kejar."
so confirm filla yang slow macam siput tau bawak kereta.
gila kau PD - KL dekat 3 jam.

ok dah. itu je.
i malas nak ulas panjang details.
nak cerita version lain n pic lebih variety pergi tgk blog filla. CLICK HERE.
elly belum update. korang tunggu la.
boleh tahan siput kau elly. hahahahha.




6 Comments:

intandayani said... [Reply to Comments]

Panjang kemain entry baca siap sambung2..hahaha

Jueliza Jamani said... [Reply to Comments]

panjang betul citer.. sis peej.. u punya kulit muka cantik.. suka tgk.. tak mekap pun tetap lawa tau.. yang dedua sis elly n sis filla tak payah cakap depa memang cantik sgt2..

CIK PUAN ZUGHAI said... [Reply to Comments]

Haha gelak2 baca. Seronok bila peej update panjang2 :)

Nway yg TOIC tu rasanye 2ic kot. Means 2nd in charge ke 2nd in command gitu la

Cik Da said... [Reply to Comments]

panjang cita tapi baca gak memg kelakar si peej ni hi2

noryda jaafar said... [Reply to Comments]

lawa la spec...banyak kali kite belek belek..hehe..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha banyak je gambar si peacock tu enter frame :DD

roti sapu planta lepas tu letak gula memang win! fave zaman sekolah dulu ok!
kalau pi hotel pun kadang buat roti bakar camtu je. tak yah jem2. lagi sedap.

haha teringat dulu berwataniah kat kem PD tu. jalan kaki jauh gile kot nak keluar ke pintu dpn tu. pastu jln lagi jauh siap bawak beg 20kg dgn senapang nak pergi ladang kelapa sawit sbb nak 'bertempur'. so kadang kalau orang nampak askar2 marching balik solat tu kadang bukan je askar betul, tapi ada jugak group2 peg tadbir diplomatik yg tgh kursus wataniah. sekarang ni xtau la diorang masukkan lagi dalam modul ke tak untuk kadet baru.

PD tempat pelancongan 90s kids :DD

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...