Instagram : @peejburhan

blogger dan blognya

hari ni ada relax sikit.
so dapat la surf internet.
terlalu sibuk sampai nak online sangat pun takda masa.

ni pun ada masa sikit kita curi.
lepas solat jumaat karang aku kena keluar ada urusan sikit.
then petang rehat sikit. malam ada appointment lagi.

masa bukak dashboard blog, nampak benda ni.



aku start blogging sini tahun 2007.
sebelum tu blogging thru blog friendster back in 2006. heheh.
gila lama woih. sedar tak sedar dah 9 tahun berblogging.
dalam masa 9 tahun tu, blog ni pageviews dah 13++ juta kali orang masuk, dah 3856 posts di published...banyakkkknya.
sebab tu la sekarang ni tahap sendu lain macam.
lama sangat dah aku blogging ni...

plus zaman dulu tak sama macam sekarang.
time mula-mula blogging umur baru 23 tahun.
hah 23? hamagaddddd mudanyaaaaaa. nak muda balik pleaseeeee!
zaman tu semua kau cerita tanpa sebarang masalah.
cerita la semua apa kau rasa nak cerita.

tapi tu la. time tu umur muda. mana ada kau berfikir sangat.
sekarang dah dekat 10 tahun berlalu.
sebab tu la pemikiran pun dah lain.
kau bila cerita kena jaga sensitiviti orang lain.
nanti ada la yang cakap, saya suka baca blog awak dulu. sekarang macam dah tak best.
banyak dah tak cerita bla bla bla.
masalahnya sekarang, iolls dah tak tau nak cerita pasal apa uolls?
balik-balik rutin aku sama je.
aku mengadap muka laki aku, laki aku mengadap muka aku.

dulu zaman blogging aku takda kerja.
aku duduk rumah atau pun keluar bersuka ria.
sekarang ni dah jadi wanita bekerjaya uolls, nak bersuka ria pun takda masa.
tolonglah last aku pergi KLCC tah berapa bulan sudah, macam tu jugak ke pavi.
last aku pergi area curve, ou apa semua lagi la dah lupa tah bila. silap2 setahun lepas kot.
takda masa uolls.
duduk la terperuk kat rumah sambil menangis di sudut katil.
ok tipu. takda katil. so menangis di sudut tilam.
balik kerja mesti dah penat. selalu bermalasan je la kat rumah.
kalau cergas n sihat, rajinkan diri ke rumah mama.
macam tu je la for the past year.
sedih sangat ni.
so nak cerita apa pun kan? unless entry aku bermalas n tidur macam starfish pun korang nak hadap.

dulu kalau orang dok up kata-kata yang looking forward for weekend.
hari jumaat happy. hari isnin stress...aku macam tak faham.
sebab aku ok aje. rasa sama je semua.
aaaaaa sekarang aku dah faham la.
nanti rasa macam aaaa dah nak isnin ke? aaaa esok kerja.
dah pandai bebel kat noy kalau dia bising asal aku tak tidur rumah mama.
sakit badannnn la. dah la kerja, so weekend nak la tidur tilam selesa pastu bangun tengahari.
lama sangat rasanya aku dah tak bangun tengahari. hahahha.
sekarang bangun awal weyh. paling lambat rasanya 9ish kot. kah kah.
paling takleh blah bile weekend pun automatic terjaga awal macam hari2 pergi kerja tu. huhu.
tapi now dah ok sikit. bila weekend mula la i tidur lewat sikit.
layan tengok movie online ke apa.
but still paling lewat bangun mesti kul 11ish gitu la.
sebab selalunya malam sebelumnya tu pun by 2 ish am aku dah ala2 ngantuk. wah wah.
sekarang orang ajak lepak malam pun aku takleh nak sampai ke pagi.
penat lah. matiklah dah tua.

sebab tu aku rasa blog pun dah ikut tuan blogger.
pun sesama di mamah usia.
cerita pun dah ala-ala lemahhh je tak cergas. hahah.
ingat lagi masa aku budak dulu, jumpa makcik yang cerewet n kecoh or tak cool mesti menyampah je.
pastu berazam kat diri sendiri konon nanti aku dah tua aku nak maintain cool.
nak maintain up to date.
wahhh gitu katanyerrr.

tolongggg sekarang aku dah umur 32 tahun. aku rasa aku macam ada ciri-ciri nak jadi mokcik cerewet n not cool je ni.
helpp. nanti anak buah i tak suka i macam mana?
sangat tak cool ok iolls.
dapat whatsapp/ sms daripada customer yang guna bahasa pelik memang rasa nak maki je.
tapi takda lah maki sebab customer is always right la konon.


tapi aku mesti akan reply, "sorry tak faham la. nak apa sebenarnya?"
hahahha mesti budak tu rasa macam, e eleh kampung gila akak ni.
ye biarlah, janji aku tak stress memikirkan apa kau nak sebenarnya?
abis dah bahasa ...

"akaq, sy nax odew bleh kew? akaq adew jual tabita kew? 9t bg acc num okex."

kau tak rasa nak penumbuk?
akak tak paham dikkkk. akak ni dah tuaaaa.
walaupun mungkin profile pic whatsapp akak macam akak ni very young, cool n hip (nakkkk jugak!) tapi hakikatnya akak dah kertu n tak paham bahasa korang.
dah la ada darah tinggi. memang mengundang sangat.
hahaha tolong la loser sangat perangai ni. 


hahahha. manis di mulut.
tapi di dalam hati penjual, hanya penjual yang tau.

belum lagi bab lain.
ingat lagi zaman remaja kan jiwa memberontak.
rasa macam orang dewasa ni tak sporting, tak paham kita.
tolonglah...kita dah besar ok.
tapi ni bila aku dah di kategori orang dewasa, aku takleh tahan tengok remaja2 ni.
eeehhh apa ni kecik2 dah mengeletis ni? rasa nak cili.
tak boleh tahan tengok manusia gedik2 ni.

macam aku makan ngan laki aku.
nampak ada sorang student cina ni. perempuan la.
gila gedik okkk. kat gerai makan tu dia lepak kat dalam gerai kat jantan2 tengah masak n lepak tu.
eh kau dah kenapa?
tak tau apa dia nak. ke hulu ke hilir tergedik2.
confuse aku laki bini.

me : eee apesal gedik sangat tino ni?

MrB : ishhh ni mesti bawah tu dah kena gigit semut api tu.

hahaha bongok sangat perangai.
tapi memang la.
tahap mengelinjat tu lain macam la.
maybe sebab zaman aku dulu pun aku bukan jenis gedik.
so dulu, kini dan selamanya aku takleh terima perempuan gedik.
jenis cakap nak kuat-kuat macam attention seeker, suara nak manja2.
eh kau ni kenapa?

pastu kita orang keluar makan lagi. tempat lain lak.
e eh ada lagi pompuan tu.
aku perasan la. tapi buat tak tau je la.
again ngan aksi tergedik2. ngan geng-geng student jugak.
mostly lelaki la. dia n sorang lagi je pompuan.
yang sorang pompuan tu ok. dia tetap la gedikkkk. tolongggg.

yang laki dok usha banyak kali.
yang aku menunggu laki aku nak order apa ni.
aku nak tulis.

MrB : ehhh..ni bukannn ke...

me : yeeee. si semut api tu la. cepat la nak order apa?

MrB : aaa hahahha si semut api tu.

pastu laki aku order aku tulis.
sementara tu menanah la telinga dengar dia tergedik2 suara kuat kemain.

MrB : ni bukan sebarang semut api ni. ni dasyat ni.

me : ni kerengga la.

MrB : tak la. lebih dasyat daripada tu.

me : semut api afrika ni?

MrB : tak ni semut api ipoh ni. kalau kena tu bisa.

me : hahaha ye ke? ipoh lagi dasyat daripada afrika ke?

MrB : haaa.

hahaha memang kerja mengutuk je laki bini.
then tu takpa. bertambah pening sebab meja satu lagi pun bingit jugak.
sebab penuh bebudak rempit belasan tahun ni.
helppp. kecoh pastu jenis pelik2.
aku dah pening dah.

then tengah lelaki reramai dalam 8 orang lepak.
datang sorang budak perempuan bertudung datang.
bawak adik kecik dalam umur 5 tahun macam tu teman.
perempuan tu takda la gedik suara kuat ke apa.
dahhh lelaki2 tu pulak gedik n mengelinjat.
semua nak cakap kuat tunjuk hebat sesama sendiri nak tunjuk best depan awek tu kot.
pastu perempuan tu ngada kemain la nak selfie tetiba.
eh peliknya perangai kau.

terus wonder. adakah zaman kita orang remaja dulu orang pun perati macam tu?
tapi aku yakin aku idok le kategori gedik.
tapi kategori semua budak lelaki lepak, aku sorang perempuan tersesat ada la. haha.
tapi tu la kan. zaman remaja sentiasa rasa diri tu betul je.
sama la macam aku jugak.
sebab tu zaman memula blogging dulu, walaupun bukan la remaja lagi.
tapi peringkat awal dewasa la.
rasa diri best n cool n terbaik la konon.
padahal biasa2 je pun.
tapi time tu kau blog pun ikut suka hati je.

now dah tua takleh la.
semua kena pikir berkali-kali.
n pikir jugak orang sekeliling, kalau dorang rasa tak selesa aku share kisah dorang.
aku takleh la.
macam dulu tak kisah pun.
tak suka?? siapa suruh keluar ngan i? sebab keluar ngan aku memang semua aku snap pic n nak cerita.
begitu la.

so kena la paham kenapa kadang setengah blog tu takda macam dulu.
so jangan la nak keluar ayat macam, alaaa tak bestnya. dulu baca blog u best je...sekarang semua macam cover-cover je.
memang cover pun. bukan blog aje, even in real life.
tolong jaga hati dan perasaan orang lain, rasa tak perlu cakap..or benda nak cakap tu banyak tak elok daripada elok...tak payah la cakap ye.
bersangka baik la sesama insan.

hahaha confuse sangat aku ni.
tadi kat atas kemain kutuk sana sini.
tetiba bawah ni mood alim tetiba. hahah.
sempena hari jumaat uolls. *betulkan selendang*

ni tunggu jonet datang ni.
dia habis kerja awal kot. takda pesakit nak check dah kot.
dia call tadi ajak lunch sama.
tetiba teremo pulak.
ingat lagi 4 jumaat yang lepas.
situasi sama je. jonet call datang office n ajak lunch.
time jonet call tadi pukul 12.10 pm macam tu.
tengok jam, teringat jam yang sama aku pandang masa mama call inform papa tak sihat n mama alihkan camera facetime tu ke arah papa.
nampak orang tengah attend papa.

kejap masa berlalu.
dah 4 jumaat berlalu.
lagi 2 hari genap sebulan papa pergi.
rinduuu.
tapi hati tetap rasa papa pergi kejap je hospital tu.
nanti discharge la tu.

ok la.
taknak layan perasaan.
entry ni patut, entry yang happy2. :)




1 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

haha tu maknanya peej hidup ni ada improvements. time teenagers and muda-muda dulu ye we had the best time of our lives, then dah meningkat usia ni dia selari dgn kematangan fikiran.. gitu :DD
sama la dulu punya la sempoi kan pi main skate la tengok xgames la. kalau blogging tu even benda yang tak de mengait macam gambar awan, gambar kasut, gambar action figures semua nak masuk dalam blog and semua jadi bahan cerita hahaha.
now dah kerja, ada family semua, more responsibilities so benda-benda yang kita pernah buat dulu, even yang gila-gila, slow2 kita let go. walaupun wah seronoknya life zaman remaja dulu but tak kurang seronoknya jugak zaman dah dewasa ni, jyeah. kira make the best of it.
dari dulu sampai sekarang, tak pernah jemu ok baca blog ko. biarlah ko nak kata sendu ke apa.. ai akan tetap setia menanti di depan skrin komputer ni hahahaha over sangat.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...