Instagram : @peejburhan

Awak kacukan ke?

Cuti Hari Malaysia hari tu takda ke mana sangat.
seperti biasa aku akan ke rumah mama je la pun.
aku ni dah lama gila laki bini tak berjalan ke sana sini.
ye la sebelum ni papa sakit, mak mertua sakit.
so dok berulang ke hospital.
then papa dah balik rumah, berulang ke setiawangsa je.
now papa dah takda, mak pun takda. so tak kemana.
ke setiawangsa untuk tengok2 mama je.
n lepak la sana sampai ke tengah malam baru balik.

so cuti hari malaysia hari tu sama la rutin ke rumah mama.
sebelum tu singgah la ke wangsa walk.
fuhh lama je rasa tak keluar terangkan mata.
rasa segar. hahah over sangat dramatic tu.
tapi tujuan pergi sana pun sebab nak letak battery jam.
sebab hari sebelum tu ke rumah mama, mama bagi jam tangan papa kat menantu-menantu dia.
so MrB dapat satu, satu lagi bagi kat Arif.
since papa sebelum jatuh sakit pun, dah kena stroke pun setahun kan.
dah takda keluar sangat. so jam pun dah kena letak battery baru.

so ke kedai jam kasi letak battery.
e eh lama pulak. dah la i lapar rasa nak tumbuk orang ni.
settle hal jam terus ke kedai makan.
since aku lapar sangat, taknak la ke kedai makan yang nak order, tunggu masak apa bagai. aaa lambat.
so mari makan fast food. so ke a&w la kita.
tapi sangkaan kak jah meleset. rupanya a&w bukan fast food.
boleh tahan la lembab. so mari labelkan sebagai lembabfood.
bila masuk order baru dia nak masak. so memang lambat la.
hanginnn.

ok tapi bukan nak cerita pasal tu.
nak cerita pasal laki aku.
hahaha aku ni kalau tak mengata laki kat blog, nak cerita apa lagi kan *petirrr*
e eh tengok perkataan petir tu rasa seram lak. kalau typo tu lain jadinya. hahahahah.
btw, siapa lagi aku nak cerita. dah kata hidup berdua je kan. balik2 tu je la kehidupan aku.
eleh tapi bukan mengata memburukkan laki ke apa.
mostly cerita pasal kerenah dia n cerita lawak.
he is so funny at times rasa takleh blah.
aku ni dah la jenis malasssnya nak layan pelik2 ni.
so selalu aku memang muka toya je la.

so hari tu memang dia datang angin merepek dia.
dia asyik nak speakinngggg je. eeiii rimas.
laki aku ni english agak broken la.
tapi tahap confident dai tu tak boleh blah la.
dengan kemain nak speaking ngan slang dia.

contoh macam sekarang kan musim jerebu.
cakap je la jerebu.
tapi asal ada topik jerebu orang kata sakit tekak ke apa ke.
dia akan cakap, "tu laa.semua pasal haze ni kan."
e elehhhh. haze konon. jerebu je sudahhh.
mesti dia baru tau perkataan haze tu. asyik nak cakap haze je.

so hari tu masa kat a&w tu dia sibuk nak speaking je.

cashier : makan sini ke take away?

MrB : having here.

me : *pandang hujung mata* eleehhh.

MrB : *senyum simpul*

then amik air. duduk dulu. later dorang hantar.
sementara tu laki aku sibuk amik sos la apa.
tah apa dia cakap ngan bebudak situ.
semua speaking yea.
suruh top up sos, sos abis la apa la.
mengada betul dia ni.

then makanan sampai budak ni hantar ke meja.
tetiba budak tu bersuara.

waiter : awak ni kacukan india ke?

suara budak tu kelakar. macam suara singh dalam upin ipin tu. haha.
tapi nampak la budak tu macam slow sikit.
time budak tu nampak laki aku muka berubah sikit.

MrB : hah?

waiter : awak kacukan india ke?

MrB : eh takk. melayu.

waiter : ye ke? takda kacukan apa2?

MrB : eh no..takda. pure malay.

waiter : ooo sebab awak sangat tinggi dan besar. selalu orang melayu takda macam awak ni. saya ingat awak kacukan,

MrB : ohhh ok. *senyum*

aku dok menaham je gelak.
budak tu gerak je..amik kau gelak sakan aku.
MrB buat bibir kebawah masam sebab aku gelakkan dia.

MrB : tampai ati elakkan ite tu(sampai hati gelakkan kita)

me : haaa padan muka. mengada nak speakinggg je kan. haaa dah dia ingat u india. hahahah tapi ada la rupa sikit. dengan rambut macam tu. kerinting macam tu.

MrB: aaaa hahahhahahahahah. *betulkan rambut*

me : tak payah la. memang ngeri rambut u. ngan kulit macam tu. speaking lak. selalu india memang speaking. "awak ni kacukan india ke" (buat suara budak tu). hahahhahaa.

MrB : tell ama.. (tell mama)

me : hahhahaa. kacukan india ke moling?

MrB : hahahhaha

lawakkk.
lagi rasa lawak sebab cara budak tu cakap.
tapi aku rasa budak tu takda niat apa.
sebab memang nampak macam lurus sikit budak tu.

tapi tolonglah...aku memang rimas rambut laki aku tu.
dia jenis kerinting ala p.ramlee tu.
pastu taknak ngaku lak tu. aku cakap rambut u ni kalau panjang mesti afro kan?
dia kata takda la, i kalau simpan..rambut i akan jatuh ke bawah..sebab ikal.
Ya Allah, mengaku ikalll pulak.
takdanya ikal ok.
dah la if suruh potong rambut, aku suka if dia botakkan. kira guna mesin tu pakai no 1 ke apa.
kemas sikit.
tapi dia suka nipis keliling tapi atas tu tinggalkan. tolonggggg. tak suka.
dia ingat ni masih zaman MC Hammer ke apa? dia masih di zaman tu ke apa?

kena perli pun dia buat tak tau je.

filla : apesal rambut kau tu ben?

elly : Ya Allah bennn, tinggi sangat rambut tu. not niceee.

mama : tu bercucuk tanam apa tu *tunjuk rambut ben* segar semacam. hahaha.

banyak lagi la.
tapi dia tetap rasa ok.
pastu dia tanya adik dia.

MrB : tak elok ke rambut abang yed?

Farid : eh ok.

me : u tanya memang la dia kata ok. korang adik beradik semua rambut sepesen, sama la u, farid, najib pun aku tengok sama. eeee pelik je fesyen apa ni tah.

tapi sebab dah bertahun bersama.
aku pasrah je la.
suka dia la.
dah rambut dia kan.

ok la tu je.
i nak siapkan kerja.
hari ni office tutup awal.
esok raya uolls.

selamat hari raya aidil adha.
kenangku dalam memakan daging sambal yea.
xoxo


4 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

hahahha kelakar je. mesti gempak dia speaking2 tu kan :DDD
pesen rambut apakah itu. tapi zaman ni memang pelik2 pesen rambut lelaki. suka sangat sagat tepi lepas tu biarkan kat atas. yg serupa pesen si pekan batu belah batu bertangkup pun ada. hahaa

norasiahnasir said... [Reply to Comments]

selamat hari raya peej..lawak la korang di..

aku doakan korang bahagia samapi akhir hayat dan cepat2 di beri zuriat yer..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hahahaha.. yessss! Peej dah kembali dgn cete2 MrB yg kelakau.

hsbnd akk salu jugak org ingat India. Lagi parah ada yg ingat Nigeria. Bila dgr dia ckp melayu, nt org tnya, are you malaysian? Adehhh.. sedih tauuu

-serikanditanahjauhar

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku benci sgt rambut diaorang. tapi nak buat mcmane. redho jelah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...