Instagram : @peejburhan

Agar Papa tenang di sana.

Salam Jumaat,

Sorry lama menghilangkan diri.
Dah start orang bertanya kenapa tak update blog dan sebagainya.
aku belum ada kekuatan untuk update pasal papa.
nak update pasal lain. rasa tak best pulak before update pasal papa.
semoga aku tabah untuk update entry ni today.
aku rasa aku dah ok sikit.

maybe ada yang tau. maybe jugak ada yang tak tau.
sebab aku still dapat komen, whatsapp dan sebagainya.
cakap dorang tak tau. baru tau dan sebagainya.

memandangkan aku pun dah blogging since 2006.
tahun depan genap 10 tahun.
ramai jugak dah mengikuti blog ni sejak dulu.
ramai yang rasa macam dorang dah kenal aku n family aku lama..walaupun hanya di alam maya.
so tak fair untuk aku berdiam terus.
so semua event yang worth sharing, aku akan share dalam blog.

maybe some pembaca blog aku tak ikuti aku dekat fb dan instagram.
so tak tau.
so sini aku nak maklumkan yang papa kembali ke Rahmatullah pada Jumaat, 28/8/2015 lebih kurang jam 3 ptg.
hari ni genap 2 minggu papa tinggalkan kami.



Jumaat 28/8/2105 aku dapat facetime daripada mama jam 12.11pm.
aku tengah busy buat kerja.
aku jawab je terus mama arahkan camera ke arah katil papa.
nampak ada 4 orang berbaju jururawat warna biru tengah uruskan papa.
then mama arahkan camera kembali kat mama.

mama : pijaaa..mama risau. papa punya nafas pendek.
me : ok lepas tu?
mama : tu nurse ngan doktor tengah buat. kahak papa banyak. bp dia tinggi, pulse pun laju. dorang kata tak boleh la buat fisio. so dorang attend kahak papa supaya dia takda batuk ke apa.
me : ok abis macam mana?
mama : biar dorang buat dulu. mama nak bagi tau tu aje.
me : ok apa2 nanti bagi tau.
mama : mama risau. mama call adik, dia tak jawab. semalam dia balik lambat kerja.
me : try call dia balik.
mama : ok nak.

then aku terus buat kerja macam biasa.
around 1pm jonet datang office aku.
dia nak beli loose toner n cleanser Ellfie untuk adik dia.
dia abis kerja awal. so boleh la lunch sama.
before dia balik rumah parents dia petang tu.

duduk kejap kat office.
aku buat kerja itu ini. dalam pukul 2.15pm kita orang turun bawah makan.
order makan n sembang.
cerita condition papa.
jonet cakap selalu if symptom macam tu ada kuman tu kat paru-paru.
since papa kan tebuk leher, memang senang kena kuman jonet kata.

elok aku abis makan. tolak mangkuk kat tepi.
dapat call daripada noy.
sebab earlier tu aku ada call noy. sebab ingat nak ajak lunch sama.
ingat dia call sebab nak return call.
suara dia menangis teruk.

me : hello.
noy : pijaaaa..papa dah takda.
me : hahhh?
noy : papa dah takda pija.
me : noy kau jangan main-main.
noy : takkan la saya nak main-main benda macam ni.
me : ok saya balik sekarang.

terus bagi tau jonet.
jonet kata tinggalkan kereta. naik ngan dia je.
taknak la. kang lama pulak kereta aku kat office.
aku cakap takpa. aku boleh drive.
naik office dulu. time tu takleh fikir apa sangat.
terus inform elly. biar elly uruskan semua.
ye la kerja semua tak buat lagi untuk petang tu.

settle pass kerja. tutup pc aku semua.
terus gerak ke rumah.
time bawak kereta pun melayang je rasa.
aku tak tau nak ikut jalan mana. kejap nak ikut sini. kejap sana.
tetiba jonet call tanya aku nak ikut mana sebenarnya?
aku cakap aku pun tak tau.
aku suruh dia overtake aku. biar aku follow dia je.
tapi terpisah gak lepas tu.
sampai area umah mama aku pergi cucuk duit dulu.
aku tau mesti nak pakai duit ni.
jonet dah risau. sebab dia tau aku lepas dulu, asal aku tak sampai2.

sampai je baru sedih aku datang.
bila terpandang mama yang menangis.
n nampak jenazah papa terbaring kaku di tutupi kain batik lepas dan selendang putih tutup muka papa.
peluk mama terus nangis. 
mama suruh aku pergi tukar baju kat bilik.
terus sarung baju n selendang mama.

lepas tu terus ke depan duduk sebelah papa.
bukak selendang tu n tengok papa.
nampak tenang muka papa. macam dia tidur.
handsomenya papa. mancung sangat nampak hidung papa.
nanti aku selit tangan aku bawah bahu papa.
rasa panas lagi badan papa. 

then acu aku datang.
dia tanya dah bersihkan tak papa?
kita orang kata belum la.
acu kata bersihkan. supaya nanti orang mandikan jenazah dia dah bersih.
so tutup dengan kain batik lepas sekeliling jenazah papa.
kami uruskan bersihkan pampers n all.
time tu nangis sakan balik.
sedih memikirkan ni last uruskan papa.
selama 2 bulan rutin ni di buat.
time bukak plaster tampal bedsore tu pun sedih.
dah nak baik dah. daripada bedsore sebesar kotak rokok masa hospital serahkan kat kami, sekarang bedsore tu tinggal sebesar duit 10 sen je. nak baik dah.
lepas bersihkan tetiba abang aku bersuara.

p.g : noyy..pergi ambik pampers baru tu.
noy : ok jap.
acu : eh dah tak payah. tak perlu dah.
me : a ah la. papa dah meninggal p.g. dah tak payah pampers.

aku tengok p.g menangis.

orang makin ramai datang.
mama cakap nak uruskan terus. taknak tunggu.
elok terus uruskan. nak kebumi hari ni jugak.
taknak tunggu esok.
tak perlu tunggu sesiapa.

masa papa meninggal abang aku terus ke masjid setiawangsa untuk maklumkan.
dia tanya tentang khairat.
mana la kita tau. tak pernah tanya papa sebelum ni.
rasanya ada. tapi tu la tak pernah amik tau kan.
so orang masjid kata, pergi buat laporan polis dulu.

abang aku ayol pergi balai polis setiawangsa untuk buat laporan polis.
balai setiawangsa kata, kalau kematian kat setiawangsa tak boleh buat sini.
kena buat dekat balai polis jalan tun razak.
tak masuk akal sikit punya jauh. dah la petang. jumaat pulak tu. nak meredah sampai ke tengah KL.
bodoh sangat aku rasa.
dah la amik masa lama.

then by the time sampai semula ke masjid setiawangsa dalam pukul 5.15pm macam tu.
orang masjid cakap, "tu la awak lambat. office dah tutup. office tutup so kita orang tak boleh nak uruskan hari ni. esok boleh la. patut datang la awal sikit."
eh ada ke macam ni? tadi pukul 3 dah bagi tau kot ada kematian.
so memang akan buat la. so kau prepare je la. tunggu je la laporan polis tak kisah la hantar pukul berapa tu.
bukan tetiba kita nak cancel cakap, "eh tak jadi la kebumi...jenazah tu dah bangun balik la."
tak masuk akal sangat aku rasa system dia.
boleh pulak ikut office hour.
apa kau ingat time malaikat maut nak tarik nyawa tu boleh pulak kau sound malaikat cakap, "eh jangan la tarik sekarang. kalau boleh ikut la office hour ye."
sakit hati pulak bila fikir. 
kata orang masjid, patut dia lebih tau kan hukum seeloknya percepatkan proses pengebumian.
tak elok di lambatkan.
biarlah. dia jawab nanti. Amanah yang Allah bagi kat dia tu.
aku rasa lepas ni dorang kena consider la. jangan ikut office hour ke apa.
buat la macam klinik, maybe lepas office hour bayaran lebih ke apa. orang bayar la.
janji fardhu kifayah tu kau laksanakan n percepatkan.

bila jadi macam tu terus laki aku uruskan.
dia kata dia takleh tengok mama nangis macam tu. papa dah pergi.
orang sesuka hati tolak taknak buat hari tu jugak.
terus dia call kampung dia. tempat arwah abah n mak di uruskan dulu.
surau sana kata takpa. dorang boleh buat. Alhamdulillah.

itu pun ada ke masjid setiawangsa kata suruh pakai van batu caves.
abang ipar aku sound, kata takkan la pukul 6 ptg macam ni nak patah balik bagai.
pakai je la van masjid setiawangsa hantar ke sana.
baru dorang ok. tapi bayar la kan.

van datang n ambik jenazah papa pukul 6pm macam tu.
pic aku dapat dpd fb mama, ada jiran tag.




nasib ada family friend pesan.
suruh lock semua.
dia kata kang semua pergi. bahaya.
so make sure sorang tinggal untuk lock.
so aku biar semua pergi. aku stay untuk make sure lock semua.

then ke surau kg baru batu caves dengan kereta jonet. pergi sekali ngan filla n elly.
tapi walaupun last bergerak. tapi paling awal sampai.
wah jonet ni bab pecut kemain terel.

sampai batu caves cerita lain pulak.
memula persetujuan urus mandi dan solat jenazah kat situ.
kebumi dekat batu caves. aku lupa nama tanah perkuburan tu.
tapi area belakang giant batu caves tu.
sampai kat surau, kubur tu kata tak boleh jugak.
sebab dah lepas office hour!!
seriouslyyyy???

then abang ipar aku jumpa ketua kampung ke apa.
cakap nak kebumi kat tanah perkuburan selayang lama, tempat arwah mak n abah di kebumikan.
Alhamdulillah boleh. 
nasib abang ipar aku kenal budak2 gali kubur tu sebab arwah mak pun baru je meninggal kan 2 bulan sebelum ni.
terus pergi rumah budak2 tu n cakap kena gali jugak malam ni.
cergas bebudak tu. Alhamdulillah.

then mandikan jenazah papa.
kami 4 beradik uruskan. halfway someone pimpin mama n mama pun sama join.
Ya Allah sedihnya. badan papa lembut je.
macam dia tidur je. macam selalu kita orang lap dia tiap kali uruskan dia.
ni kali kedua aku mandikan jenazah.
Dulu sekali masa arwah maktok. ni kedua Papa.

Settle mandi dan kafan time untuk cium jenazah.
last dapat cium papa. 
then selepas solat jemaah isyak, solat jenazah.
kami bergerak ke tanah perkuburan.









Sampai sana liang lahad belum siap lagi. 
baru gali sampai paras pinggang.
so tunggu dulu dalam kereta since mama tak boleh berdiri lama.
Nasib ada kawan-kawan mama ada yang datang bawakan makanan.
sebab mama/noy semua tak makan seharian.
sebab baru nak lunch papa dah pergi.
so dapat la alas perut.
sedap pulak tu. sempat kak jah tumpang sekaki.
kak jah bab makan harus pantas. :D

around 11pm baru siap liang lahad.
Alhamdulillah by 11.30pm settle semua bertemankan seketul cahaya mentol menggunakan generator.



Alhamdulillah urusan papa selesai di hari yang sama papa pergi seperti yang mama nak.
Thanks pada suami aku n adik beradik dia yang banyak menolong.
tak terucap sayang aku kat ipar duai aku.
budi pekerti setiap sorang ipar duai sangat tinggi.
syukur Alhamdulillah, Allah temukan aku ngan suami aku. biar la kami susah ke apa..janji kami bahagia..family pun bersatu n saling sayang menyayangi.

Malam tu tidur lewat.
adik beradik papa dari Melaka datang tidur rumah kami.
bersembang hingga pukul 4 pagi.
pukul 3 pagi aku balik rumah aku untuk mandi, tengok kucing n sebagainya.
then kembali semula ke rumah mama jam 4ish am.
around 5am naik atas tumpang tidur bilik noy.

esoknya kami buat tahlil.
plan memula nak buat masjid je semua.
sebab tau mama tak sihat kan. dengan kesedihan lagi.
tapi since mama dalam edah sebab kematian suami tak boleh keluar.
n senang kawan-kawan papa semua dah tau rumah. decide buat rumah aje.
catering n khemah arif uruskan.
ayol n suami aku uruskan permit kubur n tengok kubur papa.
buat tanda takut nanti tanah mendap kubur tak nampak.
yang lain kita orang uruskan kemas rumah.

sabtu siang tu nasib filla datang membawa makanan.
memang kau tak ingat nak makan ke apa.
aku memang tahap lapar rasa nak marah semua orang dah.
dengan kena uruskan call sedara mara n teman rapat bagi tau pasal papa n pasal tahlil malam tu.
stress kak jah.


ajak mama selfie.
mama tengah baca komen n orang pm fb kat dia.
aku memang tak bukak. lepas 2-3 hari baru bukak.
sebab nanti baca aku tau aku kan nangis.
mama pergi baca. memang sedih la kan.
yang anak sibuk ajak selfie.
pastu berkali2 aku suruh jangan la muka macam tu.
nampak sedih sangat tu.
duhhh..memang la sedih kan? saiko jugak aku ni.





hari pertama sedih.
ustaz yang lead tahlil adalah kadi time aku n noy kawin.
dia personally kenal papa.
dia kata papa nampak uzur tapi bersemangat nak nikahkan anak dia.
time papa jatuh sakit tu memang sedih. sebab sempat dia nikahkan anak perempuan dia.
dalam uzur tu bersemangat dia nak nikahkan noy. anak bongsu dia.
semangat papa nak naik atas pelamin n amik pic family. 
tak lama papa sempat kenal arif. tapi kami tahu, papa lega noy dah selamat nikah dengan arif.

hari kedua buat kat rumah jugak.
since again last minute plan. takda la order katering.
aku order daripada kakak ipar aku.
nasib dia ok, walaupun inform last minute.
aku order nasi lemak then order telur mata, sambal sotong n rendang daging.
tolonglah sedap aku type ni pun telan air liur.
ramai tetamu dapat bungkus bawak balik bungkus.
aku siap beli polistrine utk bungkus tu.
aku baru cakap, "aunty nanti balik bungkus tau. ada banyak lebih tu."
terus dorang jawab, "kita orang dah siap bungkus dahhh. sedappp sangat la."
woow. tapi memang sedap pun.
aku, noy n lina cousin arif dah macam meniaga nasi lemak dok pack2.
untuk tetamu bawak balik.
rasa macam perniagaan laris sangat.

btw, kak jah dah selfie berpisah tiada.










thanks to lil red farah sebab bawak brownies on tahlil day 2.
thanks for coming.
sedap sangat brownies dia ni. hilang ingatan makan.
dia bawak dua kotak, dalam masa 1/2 jam sekotak licin orang makan.
tengok pic ni telan air liur lagi.




tahlil day 2 ustaz lain.
sedap sangat ustaz tu baca.
menusuk ke kalbu bacaan dia.
dah la muda sangat ustaz tu.
terpegun aku ngan lunak dia baca tu.
nasib sedar diri dah kawin. eh.

Alhamdulillah selesai tahlil 3 hari isnin tu.



Isnin tu aku sebak lebih.
tah kenapa tengah baca yassin tu sungguh2 aku nangis.
rasa sedih tak sangka papa dah takda.
sedih nampak kawan baik papa, terbayang papa dulu berdua je ngan uncle tu.

aku ni kalau depan orang memang nampak relax je.
nanti bila sorang, melayan perasaan mula la.
mula la nangis bagai.
aku layan baca whatsapp papa bagi aku.
papa rajin whatsapp aku time dia sihat hari tu.
sedih pulak tengok 2 whatsapp terakhir sebelum papa jatuh sakit aku tak balas.
sebab time tu aku dah sibuk nak uruskan office Ellfie nak bukak.
papa ucapkan anniversary aku ngan MrB.
yang last tu whatsapp papa ucapkan tahniah bukak Ellfie office, n papa doa n harap persahabatan kita orang bertiga kekal. dia kata jangan gaduh. ada masalah bincang.
Insyallah pa, pija akan pegang nasihat papa tu.
sorry pija tak balas whatsapp papa.

masa papa sebelum sakit, mama ada kata papa cakap..lamaa pija tak datang. selalu dia datang bawak makanan. :'(
mama kata anak tengah sibuk tu bukak office. nanti dia datang la tu.
aaaa so sad.
memang pun. bukak office 5 may. papa jatuh sakit 7 may.

aku ingat nak delete semua acc ig papa n fb papa.
tapi bila layan sorang. mula la nangis menggila.
pastu aku cakap jangan delete.
biarkan. aku rindu, aku nak bukak.
aku suka baca caption dia. sebab tu dari hati dia.
pic apa dia upload semua.

nanti sebelum tidur aku suka layan tengok untuk lepaskan rindu.
rindu sangat. baru je 2 hari sebelum papa pergi aku dok cakap kat elly n filla.
aku rindu nak sembang ngan papa. rindu nak usik dia sampai tergelak n tersenyum simpul.
aku memang suka menyakat orang.
dah lama tak sembang ngan papa. lebih daripada 100 hari selepas dia jatuh sakit tu tak sembang.
nak dengar suara papa aku bukak video.
nasib ada aku simpan. aku memang suka randomly amik video kalau tengah lepak2 ngan mama n papa.

ok back to detik permegian papa.
lepas doktor uruskan papa bersihkan kahak semua.
papa dah ok. takda batuk. n nafas elok je.
dalam pukul 1.20 pm mama bagi papa susu.
lepas susu elok papa tidur.

dalam pukul 2pm, mama call noy, cakap mama nak mandi n solat zohor.
suruh noy turun pulak.
noy pun baru lepas mandi. so dia siap apa semua then pukul 3pm turun.
turun bawah noy tengok mama tengah solat.
terus ke katil papa.
nampak mata papa terbuka sikit. macam tidur.
terus noy cakap, "DADDDYYYYY."
aku n noy memang suka panggil papa, daddy kalau nak manja.
nanti bila panggil mesti papa bukak mata dia cari arah suara kita orang. comel je.
kadang sampai aku tak sanggup panggil. sebab nampak macam papa semangat je cari aku kat mana..macam happy sangat la kalau tau aku balik ke apa.

lepas noy panggil daddy..tengok papa tak bangun.
2-3 kali noy panggil.
tiada pergerakan. papa tak bukak mata.

noy : daddyyy? daddyyyyyy? bangunnn la daddy. bukak mata daddy..

noy letak kepala dia kat dada papa. tiada lagi bunyi degupan jantung.
tiada lagi nafas papa turun dan naik.
pegang tangan kiri papa. tangan papa lembut dan jatuh terkulai tidak bermaya.
tangan kiri papa stroke. sebelum ni memang jemari keras, tangan pun tak boleh luruskan.
tapi tangan kiri tu jadi sangat lembut tak macam sebelum ni.

terus noy menangis sorang2 kat situ.
tak terus panggil mama.
dia sorang kat situ.
mama abis solat keluar senyum pandang noy.
dia nampak noy terlompat-lompat sebelah papa.

mama : kenapa noy?
noy : papa taknak bangun.
mama : biarlah papa rehat. papa tidur tu. tadi dia tak sihat.
noy : tak mamaaa..papa taknak bangun. papa tak nafas dah.

bergegas mama pergi kat papa.
check memang dah takda.
cepat-cepat mama rapatkan mata papa.
ikatkan ibu jari kaki dengan ribbon.
suruh noy panggil p.g kat atas.
dorang bertiga bacakan Al-Fatihah bertiga.
then noy call aku. n p.g call kan ayol.
time tu la aku dapat berita tu.

rasa? tak tau nak rasa apa.
tipulah tak sedih. Tuhan je tahu.
tapi aku takleh tunjuk sangat kesedihan.
kena tunjuk kuat kat mama.
mama terasa sangat kehilangan papa.
abis mama kata tahun 71 mama dah kenal papa.
love of her life.
dia kata akhirnya mama bercerai mati.
tak sangka papa pergi dulu tinggalkan mama.
sedih bila tgk acc fb/ig papa, dia masukkan pic mama n bg ucapan romantik cakap semoga dia bersama mama hingga ke akhir hayat. :'(
ingat lagi time papa sakit last year mama cakap.

mama : papa, kalau mama pergi dulu papa duduk ngan pija ye. biar dia jaga papa.
papa : *buat tangan no-no-no* papa pergi dulu.

rupanya memang betul.
takpalah pa. kami Redha.
mungkin ini yang terbaik.
tak puas bermanja n sakat papa. tapi Allah lebih menyayangi papa.
dia taknak papa sakit lama.
aku selalu cakap kat mama. kita tak tau dalam sakit ni apa papa doa ma.
kadang nampak papa pandangan dia jauh je.
takpa la. papa pergi pun pada hari yang baik. Alhamdulillah.

memang tak sangka.
sebab papa nampak progress dia elok sangat.
papa ni kuat. he's a fighter. tapi Allah lagi sayang dia.
lepas settle kenduri mama cerita.

khamis malam jumaat sebelum papa pergi.
mama memang pukul 3am bangun bagi papa susu.
time bagi tu mama bau area katil papa wangiiii sangat.
tergerak dalam hati, "eh malaikat ni jenguk laki aku ke, dia nak amik laki aku ke?"
time tu noy n p.g kat meja makan buat air panas cicah biskut sebab lapar.
tapi mama tak cakap apa. sebab noy ni tak boleh sikit.
dia ni tahap penakut melampau.
so mama diam je la.
tak sangka memang esoknya malaikat datang menjemput papa.

papa ni sepanjang hidup memang baik sangat.
belum pernah aku dengar orang cakap buruk pasal papa.
kawan-kawan yang datang visit papa semua puji papa.

"dia ni baik ni. mana pernah marah ke apa. senyummmm je. uncle jenis kepala angin. dia tak. relax je."

memang pun. macam masa aku sedih jonet pesan, "jangan ingat benda sedih. ingat yang indah-indah je."

memang semua pun indah. aku tak jumpa kenangan aku ngan papa yang tak elok.
if tak elok pun sebab perangai aku ada la.
sepanjang membesar. papa tak pernah marah or pukul pun.
takkan dengar papa tinggi suara. mencarut ke apa jauh sekali.
tak pernah aku tengok dia marah2 mama ke apa.
suami isteri mana tak bergaduh. if gaduh pun time memuda aku kecik..mama bising ke apa..papa muka tenang je n tak bercakap apa.
baik sangat la.
papa ni tahap kesabaran dia tinggi ni.
patut aku contohi. Insyallah.
tapi aku ni campuran papa n mama. so sabar ada. tapi kepala angin tu ada jugak la sikit.

sekarang hanya tinggal kenangan.
nanti duduk2 aku layan tengok pics.
yang tinggal hanya kenangan je.
kenangan yang indah.










some pics kenangan yang ada. ada banyak lagi. 
tapi tak sanggup. lagi layan lagi sedih nanti.
i'm glad i'm a blogger. so banyak aku amik pic n cerita semua aku simpan.
duduk2 nanti aku layan la blog aku baca label family affair. happy.
rasa macam papa ada je lagi.

aku tengok noy ada banyak pic selfie ngan papa.
aku takda.
noy manja ngan papa. dia bongsu kan.
dia memang daripada papa sihat sampai la sakit 3 bulan kebelakangan ni.
dia suka sembang ngan papa bila balik kerja. cerita pasal semua.
macam aku tak. aku suka sakat, tak manja sangat.
aku memang keras sikit bab-bab PDA ni.
so bila papa takda ni..tengok pic selfie noy n papa. rasa jealous.
rasa menyesal aku dulu tak selfie ngan papa.
so aku layan iphoto aku kat macbook ni. tengok pic semua.
Ya Allah betapa happynya aku bila jumpa pic ni.



satu-satunya pic aku selfie ngan papa. :'(
Ya Allah happynya Tuhan je tau.
ingat lagi. ni kat open house rumah acu raya 2 tahun sudah. papa sihat lagi.
aku baru beli camera aku. boleh selfie camera tu.
tu yang ajak papa selfie tu. :D

aaaa rindu.
sekarang tinggal mama je untuk aku jaga.
dalam masa setahun semua takda.

Arwah abah pergi 17 Aug 2014
Arwah mak pergi 16 June 2015
Papa pergi 28 Aug 2105

aku still tak boleh biasakan diri or bila dengar orang address papa sebagai arwah.
rasa macam papa still ada je.
kadang datang down tu.
impian aku berkerja keras sebab nak bantu both parents n parents in laws aku.
sekarang semua takda.
aku harap Allah bagi aku peluang untuk berjasa dengan mama lama. Aamiin.
yang lain aku hanya mampu untuk bagi sedekah Al-Fatihah kepada mereka.


semoga papa di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Burhanuddin Bin Che Dah
16 April 1953 - 28 Aug 2015




43 Comments:

cikpuanfairul said... [Reply to Comments]

Al Fatihah.....menitik pulak air mata baca

Cik Puan Eka said... [Reply to Comments]

AL Fatihah untuk arwah papa kak peej. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yg beriman. Sedih n sebak. Selalu ikut love story uncle n auntie kat blog auntie. :(

lilRed Farah said... [Reply to Comments]

aku kat office, sampai sakit kepala tahan air mata
aku sempat sekali je peeja, borak dengan papa
dan apa yang kau cerita tu semua xda yang tak betul
not saying kau penipu ke apa.
but he indeed has a very loving heart
sedihnya nauzubillah
kawan kawan aku pon slowly parents start pergi
aku selalu ingatkan diri aku. bila agaknya giliran aku merasa
semoga aku kuatlah hendaknya bila tiba masa sendiri nanti

take care peeja
salam pada mama, noy, n ben

munimato said... [Reply to Comments]

Al fatihah. ..silent reader I am...semoga tabah

Xuriana said... [Reply to Comments]

al-fatihah to papa.
sayang kauuu. sayang satu family. *pelok kuat-kuat*

beat said... [Reply to Comments]

semoga dicucuri rahmat..

CuTeNyer@Ku!!!~~ said... [Reply to Comments]

Pija...even i just kenal u tru blog since i start blogging too..i sgt terkesan dgn this latest entry...everytime u update blog...i sgt teruja membaca even i jugak seolah rasa apa yg u rasa...harini finally i dpt baca entry bout ur papa...u beruntung sgt sbb sempat membalas budi papa sbg anak...tak semua dpt laluinya...i lost my papa since 8 years old...hope u sekeluarga tabah..i know its hard..tp kita boley cuba kan...??? keep strong dear....

syuhadaa said... [Reply to Comments]

Kak Peej, semoga roh Papa dicucuri limpahan rahmatNya. :')

(Saya la tu followers yang follow blog je sbb tak aktif fb & insta)

Boneka Di Pentas Dunia said... [Reply to Comments]

peej..tearsdrop...semoga tabah..doa selalu doakan ur papa..kerana doa anak soleh/solehah ni dimakbulkan ALLAH..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Al Fatehah.. moga Arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
Takziah Peej. Allah lebih menyayangi nya...

shuweet said... [Reply to Comments]

al=-fatihah...berjurai2 nangis baca entry nih...same goes to entry blog auntie...

BaTiK_PiNk said... [Reply to Comments]

AlFatihah.....sebak. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan dijanjikan syurga. Amin ya rabbalalamin.....

Anonymous said... [Reply to Comments]

Innalillah. Semoga uncle ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, mak akak pergi keesokan harinye 29.8.15...rindu tak terperi ..utk kurangkan rindu akak bzkan diri di opis...

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam takziah. mengalir airmata ni tak henti2 sambil membaca.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sedekah padanya alfatihah..bila rasa sedih ke teringat ke...supaya dia tenang di tempat baru..

alhamdullillah...syukur dia dah selesai...
memang susah bila teringat. .apalagi mak awak... yg dah hidup bersamanya...

ayu rani said... [Reply to Comments]

sad..be strong sis :'(

Filla said... [Reply to Comments]

tersekat-sekat napas aku baca.. sebak :( takpe peej, aku tau kau kuat.. walaupun kehilangan tu sangatlah berat untuk ditanggung, tapi kena redha kerana dunia hanya sementara.. bersyukur banyak kenangan manis dengan papa.. bila rindu boleh ingat balik semua tu.. dan aku percaya arwah bangga ada anak macam kau peej.. doakan arwah selalu.. tak nak sedih-sedih sangat ok? kalau rindu sebut je nama pilla.. hehe.. terbayang ko terus jawab "Oh Mannnnn.. No Fillaaaaa!" i love u friend. *hugs*

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

aamiin.

JohnJenin said... [Reply to Comments]

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu
Semoga Allah mengampuni segala dosa arwah dan menerima semua amal kebaikannya....

Anonymous said... [Reply to Comments]

Alfatihah moga arwah tenang di sana, I am reading ur blog and ur mum blog for number of years and it is so true though tak pernah jumpa tapi rasa mcm family .....please convey my deepest condolence to ur mum give her big #hugs# on behalf all of her anak anak cyber her writting really inspire us moga diberu kekuatan dan ketabahan .... she is one strong lady


ummi_khalish said... [Reply to Comments]

alfatihah..semoga syurga tmpt uncle..in shaa allah...

Alia said... [Reply to Comments]

Pija you are so strong. I don't know if I can ever be as strong as you. Takziah for you and your family. <3

sHieRa cAkAp said... [Reply to Comments]

Peeja...... Sebak baca. Aku da lame follow blog kau dr first time g. So aku rase mcm da knl sgt family kau. Aku suka mcm mana arwah treat mama kau Peeja. Suka sgt. Aku selalu pk papa kau akan jaga mama mu sampai akhir hayat mama kau. Dia lah tulang belakang mama kau. But then bila die sakit aku sedih jugak la tgk kegigihan die. Aku mmg terkejut baca status whatsapp kau. Tak sangka. Sungguh tak sangka peeja tp mcm kau ckp Allah lebih sayangkan die. Semoga rohnya dicucuri rahmat insyaallah...

eiz said... [Reply to Comments]

tersedu sorang2 di dapur..teringat arwah abah..kuatkn semangat..tabahkn hati..ble rindu kirimkn Alfatihah buat papa..InsyaAllah redha akan menyembuhkn sakit sebuah kehilangan..

Fazleyatul Aini said... [Reply to Comments]

salam takziah peej
i pon dah lama baca blog u since i mula blogging lagi
so kenal alam maya gitu
semoga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman dan beramal soleh di sisiNya
alfatihah

Riena Razak said... [Reply to Comments]

Al-fatihah, meleleh air mata bila baca post ni, saya baca blog akk n ur mum, mmg suke sgt, mcm famly members plak yg x de, Kuatkan semangat, speechless la plak, x tau nk ckp ape dah, sedih plak aku ni.. Hope aunty and family tabah.. life must go on...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Al-fatihah.. pija jaga mak bebaik ya.. kite pun xdpt byangkan kalo pisah dgn suami... kirim salam kat auntie nani.. rasa xsanggup nak mesej kat blog auntie.. sedih..

LiZa DyZa said... [Reply to Comments]

salam takziah peej dan family.. abah sy pun sakit mcm uncle .. sedih sy bile baca.. semoga peej dan family kuat lalui sume ni..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Semoga Allah swt mngampunkan segala dosa papa.. baca blog mama & Peej sejak sekian lama mmbuatkan terasa kalian semua dekat di hati. Papa sentiasa ada Peej..

Super Nia Hana said... [Reply to Comments]

peej..salam takziah/..
watashi doakan roh papa peej dicucri rahmat.
tak dapat baca habis airmata non stop keluar

redhalah.tabahlah.kim salam mama kamu

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sedihnya. Menangis2 baca post ni. My dad passed away last year, November. Dalam keadaan sihat. No one with him at that time. Bila post ni teringat arwah baba. Anyway semoga uncle tenang kat sane.

Semoga the whole family tabah. Anyway, jgn tinggal aunty sorang ya. Utk few months dia mesti akan terasa and menangis.. My mom x tido malam berbulan2 menangis. Dia sunyi sebab sorang2..

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Salam takziah peej. Semoga peej, nonoy, aunty dan yg lain tabah ya..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bertuah ayahanda kalian memiliki keluarga yg bahagia dan penyanyang...moga segala kebaikan yg kalian lakukan, menjadi saham utk beliau di sana.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Al fatihah and takziah kak peeja. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sedih sangat baca post ni.

Anonymous said... [Reply to Comments]

slm takziah dr saya.. semoga akak sekeluarga tabah ya.. pesan sy utk akak dan diri sy jgk.. kalau betul sayang kan arwah ayah akak.. tutup la aurat akak sebaik mungkin.. jgn biarkan dia terseksa di alam sana kak.. al-fatihah..

A.I said... [Reply to Comments]

Al~Fatihah :(
..teringat saat2 akhir dgn arwah abah aku. beb, abah aku pun nampak ensem giler masa meninggal tu. hidung nampak mancung & muka berseri2. malam arwah meninggal tu aku tidur kat atas tilam bekas letak arwah sebelum kebumi. huhu..rindu giler!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam takziah buat peej, nonoy, aunty serta ahli keluarga yg lain..
Saya hanyalah silent reader blog peej & aunty.. tp saya rs mcm kita sedara.. saya rs mcm dah kenal lama dgn korang..
Sedih baca coretan peej.. menitis air mata tanpa sedar..
Saya doakan smg uncle ditempatkan bersama org2 yg beriman.. amin.
Smg peej sekeluarga sabar & tabah menghadapi ujian ini..

Phonetics Parlour said... [Reply to Comments]

I know how you feel...me too...I only accepted my dad referred to as "arwah" since 3 years back. My dad has passed away 7 years back. It takes time to heal...of course each time I told stories about my dad to anyone, I'll start cry. Semoga you and family tabah hadapi dugaan ini. Take care and Al-Fathihah to your father.

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

takziah peej. been reading your blog since 2008 so mmg rasa dekat je u and family to me walaupun di alam maya je. too bad tak penah berkesempatan jumpa ur parents. insyaAllah one day i will visit ur mom sbb dah pindah kl. insyaAllah.

semoga tabah peej and fam. jaga ur mom baik2 k.
take care

Tashya said... [Reply to Comments]

Kak peej.. sy silent reader.. pernah beli tabita.. follow blog kak peej dh 3 thun rasanya.. byk thu psl fmly kak peej.. kdg2 jengah kt blog aunty.. suka baca psl aunty n arwah uncle dlu2.. dorg kn loving couple.

Ari ni bru thu uncle dh x ada.. bru bukak blog kak peej..
Tp sy nangis mcm sy kenal sgt ngn arwah uncle.. sedih sgt2.. :'(
Semoga arwah uncle, arwah mak dah ayah mentua kak peej damai d sana..
Dan ditempatkan di antara org2 yang beriman. Aamiin..
Salam takziah kak peej, noy, pg, abg ayol n aunty..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Nanges kita baca ni. Takziah kak peej n family. Al-fatihah..

Tny said... [Reply to Comments]

Baru baca ni Peeja..mmg selalu fllow progress..tp bru tbca ni.. Salam takziah utk ko & fmly. Al-Fatihah.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...