Instagram : @peejburhan

Tips membeli kereta tanpa payslipt kerja.

hello hello, tengah bulan ni kak jah free sikit. sikit je la.
so mari kita blog sikit.
sementara elly pun tengah on the phone gossip sakan.
meh kita bergossip sini,
takda nak gossip sangat pun la. malas nak gossip benda tak berfaedah.
kutuk sana sini, orang tu tetap macam tu dengan kehidupan dia. kita ni?
wah gitu tazkirah kak jah di hari jumaat ni.

nway, semalam aku buat MyEg tu kan.
wah kagum kau. buat online semua kan. dalam kul 1.30 pm macam tu.
sekali kul 3ish macam tu bell office bunyi.
woooww dah sampai weyh roadtax kereta.
amboi cepat sangat ni. tak sangka.
kalau 1 working day aku paham la. ni lepas 2 jam je kot.
wah hebat sangat ni.
tapi terkilan tau, kalau tau cepat macam tu. takda aku renew kemain awal.
sebab road tax aku mati lagi 2 minggu. cisssss.
dah la belum gaji ni. *lap peluh*

ok dah kembali kepada topik seperti tajuk di atas.
actually aku dapat banyak email yang bertanyakan pasal macam mana aku beli kereta tapi aku tak bekerja, takda pay slipt. hanya meniaga kecil-kecilan sahaja dengan online business.
aku pun tak sure aku reply ke tak.
aku rasa ada yang aku reply, ada yang tak kot.
ikut kesibukan diri. tak pun kadang baca, konon nak reply. last-last lupa terus.
maafkan kak jah, sejak meningkat usia...memang terus jadi melayu mudah lupa. hahahah.

*ok aku ingat aku free last friday, rupanya sibuk lepas tu. tsk. so tak dapat siapkan entry. maka bersambung hari ni yea*

ok sambung.
since baru-baru ni ada tanya. aku dah reply.
tapi senang lepas ni korang refer sini je la yea berkenaan ni.

apa yang perlu ada untuk beli kereta tapi tanpa payslipt kerja?

macam aku. aku time tu memang guna satu bank aje. maybank.
tapi ada 2 account la. satu savings account. satu lagi current account.
so aku pergi bank n aku mintak bank statement.
dorang mintak bank statement selama 6 bulan.
amik kau memang berjela dan tebal bank statement aku, sebab kata everyday ada transaction kan.

tapi walaupun macam tu, aku takda la dapat loan 100%.
tak ingat dapat berapa. tapi aku bayar downpayment dalam rm12,000 time tu.
sebab tu aku beli tak full spec, if full spec downpayment kena rm20,000..sebelum aku terkena cirit birit sebulan tanpa henti, lupakan je la full spec ye. hahah.

oh n jugak since perniagaan aku ni idok la keuntungan berjuta-juta.
so bank nak aku ada guarantor. so aku amik la nonoy :D

so far itu je la.
Alhamdulillah ok n lepas.
maybe jugak sebab salesman tu kenal manager bank. tu tak sure.
sebab salesman tu ada cakap, ada kes ni sorang kakak ni dalam bank ada ratus ribu balance..
transaction pun banyak everyday, cuma transaction dia macam tiap kali masuk dalam rm10, rm30..
kakak tu tak lepas loan dia. tak sure kenapa.

macam aku lak..dalam account balance idok la banyak. sendu gak la.
tapi maybe sebab transaction memang sekali masuk beratus-ratus kot.
Wallahualam.
time itu la. dah la time tu tak plan nak membeli kereta bagai kan.
so takda la aku mencaga statement tu supaya kelihatan cantik ke apa.
belanja je ikut suka. gitu.

ada tips kawan aku bagi.
cantikkan statement tu. asal ada duit je masukkan ke situ.
biar nampak banyak duit masuk situ.
duit keluar dorang tak pandang. dorang nak tengok duit masuk je.
n if korang ada simpanan asb or lain simpanan boleh je bagi statement jugak.
untuk tambahan la. tapi dorang tak mintak then tak perlu la.

so far aku guna tu je la. bank statement untuk 6 bulan tu je.
n guarantor. tu je la. :)


macam yang mostly tau. aku ni mana la pernah kerja yang ber-payslipt ni.
meniaga online pun kecil-kecilan je. suka-suka n untuk membantu suami n family takat mana yang mampu.
since kereta lama buat hal, nak tak nak kena jugak beli la. tu menggelupur tu.
lama gak dok survey sana sini nak pilih nak beli kereta apa. haha.
tapi akhirnya decide nak beli honda jazz. idaman kalbu sejak abis sekolah. tapi of coz tak mampu. huhu.
so try la, mana tau lepas kan. :) Alhamdulillah lepas.

hari tu ada orang tanya amacam pakai Jazz best ke?
jawapan? best la. sebab dah kata kereta yang aku suka kan.
satu perangai aku, aku tak reti bawak kereta panjang2. hahah.
kena biasakan diri baru ok kot. entah. tapi aku tak suka la.
kereta bapak aku yang panjang macam kapal tu, dah 10 tahun kereta tu, sekali pun aku tak pernah bawak. aku takut. haha bodoh sangat.

aku suka kereta kecik.
kereta kesukaan aku yang kecik, biar kecik macam jazz, myvi, swift, kancil..paham? yang kontot terus.
or kalau tak kontot, aku suka 4wd.
but then again, kalau nak cirit birit berterusan selama sebulan...beli la 4wd. harap maap..ahkak tak mampu. so tak dapat 4wd, aku pilih kereta kecik.
i selesa senang parking, senang nak cilok sana sini. :D

so far Alhamdulillah ok la.
sebab aku pernah merasa bawak kereta yang kurang laju kan ie si kancil.
perasaan emosi bila orang beam kau pastu kau kena ketepi.
sekarang sorry ok. orang duk cucuk belakang lagi aku tekan minyak.
time tu volvo 4wd. kemain dia ke kiri nak potong aku.
sorryyyyyyyyyy aku pecut. dia takleh overtake..sebab dia takut kot..padahal senang je kalau dia nak overtake...yang pasti akhirnya dia menyerah kalah kena duduk belakang aku balik. padan muka.

so dari segi laju aku suka la.
kadang kat traffic light. hijau je terus aku tekan minyak.
pastu tengok rear mirror terkejut tengok oit jauhnya kereta belakang.
tengok meter padahal tak sampai 100 pun aku tekan.
maybe sebab body kecik so laju kot.
kau jangan la tanya aku pasal kereta.
aku tak tau, janji boleh bawak aku kesana sini, selesa sudah la kan.

so far aku tak pernah la roadtrip jauh2 ngan kereta ni.
balik-balik aku ulang alik rumah mak aku ngan rumah adik beradik laki aku je.
hahaha sekangkang kera je pun.
tu yang dah setahun pakai kereta baru masuk 10,000 mileage. hahah.
serious paling jauh pernah pergi nilai kot. wedding adik jonet awal tahun hari tu.
lain takda ye.
abis nak berjalan kemana pun. 1 malas nak drive. 2 sebab takda masa nak bercuti sangat la.

lain apa eh?
servis ok kot.
aku dapat 6 kali free service. baru guna 2.
next month ni next service.
tak mahal pun, yg first hari tu free sebab takda apa.
second hari tu kena rm200 kot. tukar segala minyak hitam apa semua.

minyak pun ok la. jimat je rasa.
tapi aku pun takda kemana sangat kan.
selalu isi full tank tu seminggu tahan la.
abis pusing2 pun ulang alik tempat dekat2 n yang sama je.

so itu je la kot.
ok dah la tu.
tolonglah aku menaip dpd kul 12 tadi. sampai ni baru siap.
abis asyik terstop je buat kerja.
ni nak kena stop lagi. dah pukul 3. kena kerja balik.
ta-ta.


7 Comments:

beat said... [Reply to Comments]

cool tips. intallment brp?

peej said... [Reply to Comments]

@beat saya amik 7 years so dalam rm900++. if amik 9 years dalam rm700++

Aishah Hani said... [Reply to Comments]

Hi peej...remember me? Tula..baru renew roadtax jgk ni..mcm skejap je tetibe dah setahun

peej said... [Reply to Comments]

@Aishah Hani yes still ingat. mana boleh lupa. rajin layan time diriku tengah gundah gulana

Nadia Isa said... [Reply to Comments]

Bole bg contact orang yang handle peej tu tak..abang kita susah nak beli kete..sbb keje sndri..tq peej

Nadia Isa said... [Reply to Comments]

Bole bg contact tak..abang kita nak beli kete susah sbb tade payslip

Nadia Isa said... [Reply to Comments]

Bole bg contact orang yang handle peej tu tak..abang kita susah nak beli kete..sbb keje sndri..tq peej

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...