Instagram : @peejburhan

stress di mana-mana

uitsss tolong. sedar tak sedar dah nak dekat setahun aku pakai kereta ni.
kejap je rasa. teringat lagi kisah sedih aku menunggu dapat kereta ibarat buah tak gugur woih.
tapi tu la sedar tak sedar gak tetiba dah kena renew insurans ngan road tax.
lap peluh. ni bukan lap peluh je ni. lap segala celah.
padan muka hari tu sibukkkk nak kereta idaman kalbu. now rasakan.
dah la kena renew time-time baru abis raya ni. eee seram.

nasib dah settlekan kejap tadi.
buat pakai MyEG je. lega lepas satu perkara.
kalau tak selagi tak buat hidup aku tak tenang.
sakit kepala darah tinggi terpikir-pikir.

tolonglah aku ni mana la tak darah tinggi.
ok gemuk tu satu hal la kan. hahaha.
tapi aku suka stress ngan benda2 kecik.
contoh barang dah post, sekali tengok ehhhh ada nama tertinggal tak post.
ye!!!! aku akan stress. tak tenang hidup aku.
yang elly cakap, takpa la..esok je post. cakap la tertinggal.
memang boleh. tapi aku suka pikir, alaaa nanti orang tu tertunggu2. siannya.
nasib mood laki aku ok, dia kata boleh je dia post lagi.
fuhhhh lega. lapang rasa otak aku. kalau tak stresssss.

pastu nanti kata la printer aku apesal takleh guna.
so benda tu nanti aku stress.
segala benda aku google untuk troubleshoot masalah tu.
sampai tahap aku jumpa video printer dalam bahasa thai pun aku tengok.
takpa tak faham, janji aku tengok video tu. hahaha.
tapi dah katanya video thai, harap maaf, masalah masih belum selesai.
so selagi tak selesai, aku terpandang printer ni sebelah aku, aku rasa tangkap otak stress aku tu.
eeeeiii bodoh sangat ni perangai tu.

tu takpa, tu takpa.
macam SQL utk acc tu.
ada 2 user. satu untuk pc aku la.
seminggu boleh guna. now takleh.
reason sebab pc takleh nak network ngan pc server tu.
pc aku ni eksyen ke apa aku tak tau la. tapi server tu tak nampak pc aku, pc aku pun takleh nampak server tu. e eh kau.
tapi pc elly elok lak nampak.
tolonglahhhh. i stress u knowwww.
dah jadi kerja nak buat kerja acc aku kena guna yang server tu. benci.

pastu seperti biasa, aku pun ye-ye la google sana sini how to network computer la apa.
macam pandai bebenor la. padahal tetap tak berapa nak cerdik. hahaha.
gaya konon-konon pakar IT tu ada la sikit2. huhu. tapi tak berjaya.
tengok la nanti nak suruh kawan aku tengokkan.
tapi tu la kalau nak suruh kawan, kena datang malam pulak office, or weekend.
tak nak..dah tahap nak muntah asyik melekat kat office je kan.
baik lepas ni bawak toto, bantal, baju semua tidur office je la.
yang pasti kepala i sakit memikirkan stress-stress masalah tak penting begitu.

oh nway, tadi aku gi kwsp.
sebab nak bukak acc kwsp. hahaha keji gila dah tua pun takda kwsp.
apa la nasib, selama ni bekerja sendiri kan.
pastu confident la pergi nak bukak account kan?
sekali dia kata aku dah ada account ok. woooowww.
aku pun tak tau aku ada account. hahaha.
cuma duitnya kosong la dalam tu sebab takda caruman.
then ingat balik a ah la aku pernah buat dulu papa bawak.
sebab apa bukak pun aku confuse.
aku pernah ke kerja dulu? dasyat tahap hilang ingatan ni.
ada la kerja dulu kejap. aku tak suka. time lunch aku keluar nak makan konon, i terus cabut lepak klcc bergathering ngan kawan-kawan sekolah.
syabas mere bette. hahahahaha

kak jah lapar ni.
menunggu delivery ayam penyet sampai. wooow dap angat ni.
sarapan tadi tak sempat nak singgah beli or makan memana.
so breakfast makan maggi cup je. dah agak pening kelaparan ni.

ehhh dah sampai makanan i. ok byeeeee



6 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

aku rasa dulu ko buka kwsp masa ko keja company call centre ke apa entah. yg lepas tu ko cabut time lunch sbb tak suka huahuahua.

Lynd said... [Reply to Comments]

Hooooo.. bila stress lapar.. bila kenyang menyesal..

zella y said... [Reply to Comments]

hi peej...peej drive honda jazz kan? Ok x honda jazz? Boleh review sikit x? huhuhu

linda said... [Reply to Comments]

Hahaha why pija whyyyyy? Don't stress for those simple thingy. Bole je setel tu InsyaAllah...

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

bukan printer tu ada cd dia ke..kalau masuk kan cd tu nanti dia install semua...eh!!macam pandai pulak nak ajar orang..hahahah...baik cari orang je yang buat dari pening2 kepala..heheh

Ms Owlolol said... [Reply to Comments]

heheh, sama lah kak peej. Dah rasa taknak kerja, lunch jea cabut balik. Esoknya tak datang dah. hee

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...