Instagram : @peejburhan

selamat pagi Ellfie

tajuk macam mintak lempang je kan?
memang pun.
sebab seawal pagi kul 8ish aku dah sampai office.
di hari sabtu pulak tu. hua hua.
terngiang-ngiang je kat telinga laki aku ngutuk orang yang kerja on weekends, "bangla je yang kerja hari sabtu ahad ni".
time tu aku hanya mampu gelak.
sekarang pun gelak. gelakkan diri sendiri je la.

selama ni kan aku yang jaga account.
ye poyo tu bagi kat aku.
macamkan hebat sangat nak handle account.
pastu masuk bulan ke 3 handle rasa menggelupur.
ye la..tau la..company Sdn Bhd ni bukan leh buat main.
nanti time audit seram.
sebelum merepek..mari la kita amik accountant part time untuk handle account company. mih mih.
so tu la sebabnya aku ada kat office di hari sabtu.
sebab nak pass segala "account" yang konon2 aku buat selama ni kat accountant tu. muahahha.
geli perut den.
tapi kira ok la. nampak macam accountant tu paham je hasil kerja lama dulu.
walaupun ada certain benda dia mintak menggelupur baru terkial-kial nak carik.

tolonglah i is penat.
bukan penat apa pun.
penat sebab bulan lapan ni apesal ramai nau orang nak kawin ni?
tiap minggu bersusun weyh.
time bila i nak rehat ni?

macam ni pagi kat office.
malam ada wedding. ngan keadaan yang jalan tutup kat KL weekend ni.
petang silap2 dah kena gerak dpd rumah dah.
rupa aku dah la tak semenggah.
rambut macam sakai.
tolonglah nak urus diri sendiri pun ala-ala takda masa je sekarang ni.
ingat lepas settle kat office nak la ke saloon.
tapi tu la. macam malas. tapi sebab malas la rupa macam sakai. helppp.

esok pun ada wedding jugak.
memang musim betul la.
why eh?
bukan selalu orang kawin musim cuti sekolah ke?
next week pun ada wedding *ok pengsan now*

tahap keletihan n kegemukkan. sekarang kemain awal aku tidur.
kadang tu kul 11 dah tidur.
tapi bagusnya bangun pagi la kan.
hebat kak jah kadang tu orang pertama sampai office.
tapi tunggu dalam kereta je la.
sebab takda kunci office. hihi.
berbeza betul kan.
kalau dulu selagi tak subuh memang tak la tidur.
sekarang tak larat.

pastu now kerja kemain la banyak.
dulu aku meniaga gak.
tapi meniaga ikut suka sendiri kan.
janji sales meletop dah happy dah.
sekarang ni baru nampak dengan terang.
sebab semua record. which is lagi bagus la sebab tersusun je kerja.
tapi tu la. bertimbun jugak la kerja kan.
rasa macam cepat je masa berlalu.
tak tersiap kerja.
sibuk dia tu macamkan handle projek juta juta jutaaaa.. miahahahah.

eh aku ngantuk la.
tolong baru kul 10.30.
lamoooo lagi den kat office ni hah.
dah la kejap2 kena panggil dia nak terangkan something or tanya something.
kalau takda takpa. boleh la aku tidur macam starfish dekat bean bag tu.

ok ls bye.
nak berlakon pura-pura busy ni


2 Comments:

FZ said... [Reply to Comments]

Selamat Hari Raya kpd Peej & famili.Moga sukses dlm bisnes.

Lynd said... [Reply to Comments]

Wahhh.. sejak ber Ellfie life ikut waktu pejabat dah.
Goodluck.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...