Instagram : @peejburhan

malu nak mengaku

salam tengah pagi,

2-3 hari ni tak sihat.
so selalu tertidur awal.
tapi masalahnya terjaga pulak lewat malam.
pastu merasa terkebil-kebil payah sikit nak tidur.
dah la tak dinner ni. boleh tahan lapar rasa nak tampar orang.
tapi takda sapa pulak nak tampar. biadap sangat kalau nak tampar laki sendiri.
dah la siang tadi aku makan 1 meal aje around 11ish am. helpppp.
takpa...update kejap. later tidur la lupakan lapar ni.
esok pagi je makan. :D

lately ni dah 3-4 kali jumpa readers.
excited sangat jumpa. dorang la excited.
aku seperti biasa kaku sikit. hahah. tapi cuba la sehabis baik untuk mesra.
aku memang macam tu la. tah bila nak berubah tah. tak reti betul.
tadi sembang ngan elly, dia pun cakap. aku ni memang memula macam sombong.
dia kata first time jumpa aku, dalam blog kelakar kemain...tapi jumpa senyap je e elehhh berlagak.
percaya la i tak berlagak. tapi i memang hampeh bab PR ni.
so harap faham.

ok sambung cerita.
jumpa readers.
dorang kemain cakap blogger ni..blogger tu.
tolonglah everytime orang address aku as blogger aku dah rasa malu je.
ye la blogger apa kau, blog bersawang kemain.
entah la weyh. kadang tu tahap rasa nak delete je blog ni.
abis macam dah takda function je.
tapi tu emosi sangat tu weyh.
tapi tu la. sayang la jugak kan. sebab dah 9 tahun weyh blog ni.
gila kau. kalau anak tu dah darjah 3 weyh. muahahahah.
so bertabah la korang bukak blog yang ada hidup segan mati tak mahu tu.

sekarang ni i memang takda masa langsung.
bunyi macam poyo kan. tapi tu la hakikatnya.
memang ada je kerja nak buat weyh.
tau kan produk baru daripada Ellfie dah keluar.
kita orang baru launch Ellfie Gold Serum. LINK HERE.
so lagi bertambah busy la weyh.

sekarang tak macam dulu.
dulu takda kena buat account semua.
sekarang semua nak detail.
esok accountant nak datang.
kau tak tau aku punya debar macam mana. hahaha bodoh sangat tau.
padahal baru orang account. kalau nak audit nanti tak tau la macam mana aku.
sebab last week ada homework...i tak siapkan lagi. aaaa akutttt.
ye la selama ni aku jaga account kan. so nak pass kerja.
yang 1st task dah siap. ni next task pulak. phewwwww.
semoga berjaya.

pagi masuk kerja sibuk ngan kerja office.
lepas lunch terus hadap benda2 untuk post pulak.
tau-tau dah petang je. dah time nak balik.
balik dah kepenatan plus kesakitan.
laki aku la tiap hari dok melayan segala sengal-sengal sakit sendi segala.
kalau larat ke rumah mama. kalau tak larat memang lepas laki aku urut aku ngan balm semua, aku tertidur. eeeii dasyat perangai macam umur 50 tahun. cisss.
rasa bersalah sangat.
pastu if pergi rumah mama, tengok papa...mula la aku sedih.
dia banyak improvement.
response pun ok. hari tu dengar dia cakap.
MrB tanya papa, papa ok tak?..sekali papa cakap, "sejuk". hahahha comel je.
tapi aku tak boleh pandang mata papa. mula la mata berair n sebak.
sebab kurussss sangat papa. reaction muka semua macam baby je.
rindunyaaaaa nak sakat papa.
tapi sekarang pun aku sakat jugak kadang.
macam raya hari tu bagi duit raya, aku cakap..papa nak duit raya tak? kalau nak kelip mata.
kemain berkali-kali2 kelip mata. hahaha comel je.
tak kisah la macam mana keadaan papa, tapi kita orang satu family bersyukur sangat Allah pinjamkan papa lagi untuk kita orang tumpang kasih sayang.

kadang tu duduk-duduk nanti sedih lagi.
sebab teringat kat arwah mak.
sedar tak sedar dah nak dekat 2 bulan mak pergi.
cepat sangat mak pergi. tak sangka.
rindunya nak dengar mak gelak, lepak ngan mak, mak peluk.

* e eh tau-tau tertidur la semalam. hampeh sangat. so bersambung, salam tengahari pulak ye*

ok sambung. nak sambung mana eh?
ok sambung tentang emosi diri.
tah la dah kertu ni selalu emosi tak menentu.
rindu semua orang. dah la busy tak dapat nak spend masa ngan orang-orang tersayang sangat.
tapi la slow-slow kan.
business baru nak bertapak. so kena bersusah-susah dahulu.
nanti Insyallah kalau ada rezeki, pekerja dah ramai baru boleh relax sikit kan.

semalam pukul 3 ptg noy facetime. dia n arif ajak keluar lepak makan.
e eh gila. dia lupa ke ahkak dia sekarang wanita bekerjaya. wahhh. hahahah puihhh.
since launch gold serum order boleh tahan banyak.
memang idok la keluar.
siap dorang sound, "e eh kata boss. boss boleh la keluar."
tak payah nak boss sangat ye. ni boss yang tak berapa nak boss lagi.
boss/pekerja am jugak ni.
lama tak jumpa punya pasal. aku suruh dorang datang office je. :D

so gigih dorang berdua datang office Ellfie. :D



pastu terkejut tengok muka dia terpampang kat banner sebesar alam kat depan tu. hahaha.
tapi lepak dalam sejam begitu je.
lepas tu kena gerak sebab nak post barang.
tolonglah lama sangat tak lepak bersama ke sana sini.
loser sangat kita orang ni.
memasing busy. ariff pun dah start fly sana sini.
rindu nak lepak.
aku lagi la lama tak kemana-mana.
ada sekali tu pergi pavillion ngan elly n filla.
lama dah sebulan lebih lepas kot.
pastu aku nampak johnny rockets ada situ. aku macam. wahhh dah ada johhny rockets kat sini.
yang elly dok kata, "peej tolonglah..dah lamaa la ada. nampak sangat kau dah lama tak keluar ni."
haaaah? ye ke. a ah la..mmg lama tak keluar. menyedihkan betul ni.
but seriously aku pun takleh ingat bila last aku keluar melepak ni. sedih betul.

i ada banyak sangat benda nak cerita.
tapi tu la..takda masa la.
n malas pun ye nak transfer pics ke apa.
sbb if ada masa terluang, aku akan habiskan dengan berehat n relaxkan diri.
kesihatan pun tak menentu.
dah la filla n elly asyik bebel je.

filla : peej pergi la hospital. kau ni degil la. darah tinggi bahaya tau. boleh collapse. macam arwah adik aku tu *mata berair*
elly : betul. kau jangan ye. boleh stroke. kang tetiba kau stroke kat office aku takut ye.
me : ahhh takda..kalau jadi apa-apa kat aku korang suka kan? bestlah korang bahagi dua je keuntungan kannn?
filla n elly : ehhhh takkkk.. *sambil gelak besar*

ye aku memang suka make funny of every situation. tapi dorang memang keji.

filla : tak la.. aku taknak nanti impian kita nak bercuti pantai kau takda. sedih nanti.
elly : tahhh. nanti aku ngan filla sedih.., "ni impian peej ni..dia yang nak sangat datang sini. tapi dia takda." takpa la kita realisasikan impian dia.
me : tipuuuu.. kau suka kan sebenarnya....
elly : ahahahha a ah suka..akhirnya sampai. walaupun sedih tapi aku tetap berenang-renang.
filla : a ah aku pun walaupun sedih tapi tetap selfie sambil pakai topi besar ngan sunglass.

kurang ajar sangat.
tapi akhirnya ahkak sedar...nanti dorang amik percent business ahkak..lalu pantas kak jah membuat appointment doktor.
semoga lepas ni akan lebih sihat n bertenaga.
letih aku berbadan lemau ni.
padan muka sapa suruh gemuk.
tah bilanya nak kurus tah?
memang takkan. so lupakan saje.

eh ok la. nak sambung buat kerja.
ada rajin akak share story mory yang dah basi kat sini.
kalau takda nasib lah.

di akhiri nya gambar kak jah yang cas lawo.
andai kata ada yang merindui. xoxo



14 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Canteknye liptip. Nak jugak. Brand apa n bape rm?

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

peej, kita pun ada hypertension and takut jek nak mkn daging tapi makan jugak. sbb ada ubat katanya hehe.
yg penting rehat kena cukup and jgn skip mkn ubat. bahaya kalau tak makan tauuu.

take care of yourself alright! :)

peej said... [Reply to Comments]

@f.i.e.z.a hahah tu la kan. terpaling favourite daging. how la kan.

peej said... [Reply to Comments]

@Anonymous Lipstick MAC. Honey Love. harga tak ingat sebab dah lama beli. rasanya Rm60++ kot

Anonymous said... [Reply to Comments]

Jaga kesihatan Peej.. kita nak terus baca celoteh Peej

Seri Kandi Tanah Jauhar

nuui said... [Reply to Comments]

Wah! Cantikkkkknyaaaaa......... *pengsan!*

Juliana Abdul Rahman said... [Reply to Comments]

moling abang kandar cantik! #bukanbodek

Flying Fish said... [Reply to Comments]

terkekek kekek ketawa hahaha kelakar je k.peej and the gang.
teringat awal2 blogging dulu k.peej relaks je selalu free sebab time tu xde permanent job lagi kot. skang kemaen bz. time flies so fast. seronok tengok macam mana kehidupan seseorang berubah.
semoga k.peej terus berjaya with ellfie. kalau ade keje kosong gtau ye. eh :)

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

rindulah jgk, peej. jarang2 nye update blog. we want entries!! eh :D

honey bedazzled said... [Reply to Comments]

Ko merepek meraban cm ni aku suka baca.baca psal kehidupan seharian yg mcm ni xfake. Muka ko kemas bersih cam fresh baru lepas mandi make up

skbc said... [Reply to Comments]

assalamualaikum..lawa nye peej..kulit bersih. lebih bersih dari kulit kak elly..eh!!! maaf tcakap pulak. tapi uols betiga memg the BEST.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

kepenatan itu pasti berbaloi!!

Ms Owlolol said... [Reply to Comments]

Oit Kak Peej, mmg seronok baca blog ni. hee. Ayat dia melantun-lantun jea pergi. Takda nya nak berbasa basi. Saya ni penakut, tapi selalu baca bahagian expose mistik dekat blog ni. Pastu mula lah takut sendiri. hihi. Suka ayat last sekali "di akhiri nya gambar kak jah yang cas lawo. andai kata ada yang merindui. xoxo". Eh, siap kopi. heh, maafkan diri ini ((:

A.I said... [Reply to Comments]

take care tau beb! ... dah sakit macam aku ni, payah tau :'(

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...