Instagram : @peejburhan

Living Their Dream, katanyerrr.

berapa bulan lepas tetiba dalam group whatsapp filla bagi tau ada wartawan nak interview kita orang bertiga pasal Ellfie.
aku dah macam? hah interview apa? tak nak laaaa.
dorang ok la. dorang memang dah biasa keluar masuk majalah ni.
aku mana pernah. so i is seram ok.
berkali-kali dok cakap, kalau aku ni belakang tabir je takleh ke?
tak boleh! dorang kata. hishhhh.

eiii debar-debar ni. i dont like ok.
dah la magazine canggih siap omputeh bagai.
aku ni english pun dah berkarat.
abis tu??? kata cakap melayu 24/7
ingat lagi dulu zaman sekolah boleh gak la harap.
ingat lagi time form 6 dulu. kawan baik aku indian girl.
memang english most of the time la.
then ada this one girl baru masuk sekolah gak.
dia mix indian n mak dia korean. english boleh tahan la.
tapi time MUET (Malaysia University English Test) tak silap nama dia. kau nak masuk U kena ada MUET tu.
sekali markah MUET aku tinggi kemana-mana daripada budak tu. tak puas hati dia.
siap jumpa cikgu.
wooow kembang hidung kak jah time tu. rasa hebat sangat ni.
tapi zaman berlalu. kawan pun semua malay...kang tetiba kau nak feeling speaking sorang-sorang mau kena kutuk berbakul. biarlah dia berkarat di situ.
sekarang kalau kena cakap english, rasa nak terkentut-kentut senak perut ni.

zaman dulu aku yang membetulkan english si noy.
sekarang ni kerja dia banyak pakai english, english dia lak jauh lagi hebat ke mana-mana.
takpa la. teruskan la menjadi melayu ye kak jah.

ok sambung.
so masa dorang kata nak interview tu adalah seram.
tapi terpaksa la kan.
dah la ikutkan kita orang nak bagi je pic yang dah ada.
sekali time wartawan tu datang, dia tetap bawak photographer.
oh mannn. aku dah tahap comot gaban.
boleh je balik rumah bukan jauh, tapi takyah nak over sangat la kan.
so lantak la, aku pasrah.


hahaha nasib gambar turn out ok. ok la bagi aku.
i've seen worst. hahaha.
terima kasih buat filla n elly yang mengepit aku, kelihatan kurus lite-lite kak jah. hahah.
walaupun hakikatnyaaaa...

time interview pun lawak. tergelak wartawan tu tengok perangai masing-masing.
aku daripada takut-takut..tetiba bolehlah menyuarakan pendapat. wooow sangat ni.
walaupun time tu muka rasa panas n kebasss je. hahaha i dont like.
tolonglah. baru majalah je kot. kalau masuk tv aku terus pitam kat situ jugak.
jenuh orang nak angkut nanti.
so lupakan je la.

kelakar sangat time tu wartawan tu mintak kita orang describe perangai masing-masing.
haaa first time la baru dengar kan.
bagi aku, elly ni seorang yang tegas.
kalau dia start tegas tu i is seram u know.
n elly ni jenis seorang yang organize, dia nak semua benda ikut jadual...semua kena tersusun.
dia ni jugak kuat pengaruh, dia akan pengaruh kau macam-macam.
tak kisah la dari segi masakan ke, tempat mana makan best, barang apa best.
n usually hasil hasutan dia mesti aku n filla terpengaruh nanti. hahah menyampah tau.
n hati dia sangatttt la baik. n sangat tak berkira. 

filla pulak dia jenis manja. tolonglah naik pening aku melayan.
tapi aku layankan aje. layan-layan keras la style aku.
pun aku dah biasa sebab aku ada adik kan. so noy perangai pun macam tu.
lantak kau la nak manja ke apa. aku layankan aje. 
filla pun blur. dia ok. tapi kalau datang blur dia, aku n elly rasa nak tikam diri berkali-kali.
kemain la bincang itu ini. ok semua paham n bersetuju.
tetiba nanti malam rasakan elly nak pitam dia call sebab tak paham topik yang di bincangkan earlier tu.

ingat lagi mama tanya blur sangat ke filla tu?
aku kata blurrr!! macam nonoy. so mak aku faham la.
aku takleh lupa dulu kita orang ada keluar reramai including noy la.
pastu tah cerita lawak apa, semua la tergelak besar termasuk filla n noy.
tengah gelak2 tu.

noy : hahaha tapi saya tak fahammm.
filla : noyyyyy....abis gelak kenapa.
me : omg noyyy.
radie : eleh dia ni gelak lebih. kau tanya dia, dia tu paham ke tak *tunjuk ke arah filla*
me : kau faham kan filla.
filla : hahahahhaha ...takkkk! aku pun tak faham sebenarnya..aku gelak je.
radie : haaa kan aku cakap.
elly : e elehhhh fillaaa.

omg tolonglah.
agaknya kalau aku n elly kena layan filla n elly sekali gus dah lama masuk hospital kot.
pengsan woih.

pastu dorang describe pasal aku.
dorang kata antara bertiga aku yang paling tenang.
kadang-kadang aku terlalu tenang n relax dorang stress gak.
tapi kadang aku jugak penguat dorang. bila dorang stress or kelam kabut.
tengok aku relaxxx je macam takda apa berlaku, dorang pun jadi relax.
hahaha pitam la korang nampak orang yang terlalu bertenang ni.

ye la. aku mana la biasa hidup aktif ni.
hidup aku selalu relax n bermalasan je.
sekarang ni la dah cuba tukar sikit-sikit.
sekarang bangun awal siap sarapan uolls.
pastu no more lepak tengah malam makan menggila.
sekarang awal je tidur.
kalau tak tidur awal pun ada kat rumah je rehat.
kadang dorang ni malam-malam pun sibuk pasal business.
nanti aku, "ok dah pergi tidur. dah malam ni. esok kita sembang pasal ellfie yea."
hahahha. betul la kan. balik rumah takyah pikir sampai pening2 sangat.
luangkan masa ngan family kan.



masa keluar tu awal pagi kawan geng BBGS aku geng parti pisang dah whatsapp dalam group.
wahh apa lagi menggelupur la suruh radie beli.
keluar dalam majalah UNRESERVED, dia majalah sisipan dalam newspaper the malay mail.
masa wartawan tu interview dah kata majalah tu di terbitkan 40,000 je tak silap.
n tak semua malay mail ada. dia punya target area more the the elite areas. woooow. hahhahaa
elite kata kau.
tapi memang la, sebab dia ada dekat area bangsar, hartamas, damansara semua tu la.
amboiii belah-belah kita orang ni takda.
since radie kerja that area, so kena la dia belikan untuk kita orang.
pastu bila tengok dia share pic kat whatsapp apa lagi. kembang kuncup hidung.
keh keh.
pastu aku suka sangat tulisan wartawan ni.
menarik sangat. n dia bukan je kupas daripada apa yang dia interview kita orang.
dia amik jugak isi daripada blog kita orang bertiga. sebab bila baca artikel tu..kita orang perasan sebab ada topik yang time interview hari tu takda pulak cakap pasal tu.

aku nak share article tu kat sini tapi tak snap pic la.
aku tengok elly ada amik dia share kat fb dia hari tu.
ingat nak cilok situ.
tapi apa ke berterabur nau dia susun article tu, pastu ada yang hilang. haih la pompuan tu kan.
tengok la rajin nanti i snap yea n share sini. serious menarik.
thanks to wartawan itu, kat artikel tu tulis nama dia aina ahmah..tapi time jumpa hari tu nama lain.
nama pena mungkin? huhu. but u know who u are. andai dia baca la blog sendu aku ni. :D

article tu berkenaan persahabatan dalam business.
sebab mostly orang kata business n persahabatan ni takleh campur aduk.
ada betul dia. tapi takpa kita try to beat the odds la.
tipu la kalau semua indah.
ada time mesti ada adegan berselisih pendapat. 
masing2 ada pendapat masing2. tapi dalam business takyah nak ego sangat la.
kita give n take. sebab kita nak yang terbaik.
selalu aku paling tak kisah. aku ikut je memana. if betul2 tak suka je baru aku cakap.
kalau takat tak berkenan sikit2 tu lantakkan je la. pejam mata kan.
sampai kadang dorang bengang je asal tanya aku, aku cakap..tak kisah la. aku ok je memana.
hahaha ye la kan? i nak memudahkan. taknak sulit2. 3 kepala bukan senang ye.
so i ok je memana. janji ok, i onnnn je. :D

aku takda tips nak bagi ke apa.
kita orang pun masih baru, masihhhh jauhhhh perjalanan.
cuma selalu berdoa untuk jauhkan perasaan hasad dengki kat orang lain, doa jugak jauhkan hasad dengki orang kat kita, jauhkan rasa tamak dan riak. pasang niat kenapa kau buat benda ni.
macam aku, takda lain..niat aku nak bantu family aku n adik-adik ipar aku mana takat aku mampu.
orang kalau ada duit berangan macam-macam kan? kalau kau tanya aku..mesti kau kecewa hahahah.
ok tipu la aku takda berangan. semua orang berangan n pasang angan-angan.
berangan nak kereta besar, nak rumah besar...nak beli benda itu ini.
pastu nanti aku terpikirrrr..eh membazirnyaaa. baik duit tu buat itu ini. gitu la.
tah la lain orang, lain kot kegembiraan dia. aku jenis bila dapat gembirakan family aku, aku lagi gembira.
Allah bagi aku rezeki lebih, untuk aku happykan family dulu kan.
semoga di permudahkan semua. Aamiin.

thanks untuk semua yang sentiasa support business kecil-kecilan kak jah.
tanpa korang, aku pun tak dapat menunaikan impian aku nak bantu family n diri sendiri ni. huhu.
hishhh. motip mood syahdu tetiba kan.
aku just mampu doa yang persabahatan dan business ni berkekalan. Insyallah.
semoga dijauhkan daripada hasutan syaitan, manusia lain, iri hati, tamak dan sebagainya.
Aamiinnnnnn. 

*betulkan selendang*



9 Comments:

intan said... [Reply to Comments]

In shaa Allah peej... saya sokong kamu bertiga.. mudah2an semuanya berjaya.. saya pengguna tegar ellfie essence.. sangat happy dgn produk ellfie nih... semoga boleh pergi lebih jauh... aamiiinn

peej said... [Reply to Comments]

@intan happy dengar. Aamiin. thanks sebab support Ellfie. xoxo

beat said... [Reply to Comments]

tahniah!mantappp!

Shahrizat said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah dah tahniah. Semoga terus maju dan berjaya.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

kecil-kecilan boleh jadi besar-besaran..

peej said... [Reply to Comments]

@beat tq :D

peej said... [Reply to Comments]

@Shahrizat thanks. Aamiin.

ruBen said... [Reply to Comments]

* betulkan selendang * tue yang win :) goodluck in future undertaking kak peej.....

aziekz said... [Reply to Comments]

Takziah utuk k.peej sekuarga.harap.bersabar..moga arwah tenang di sana.ameen

Silent reader :)..sedih dgr kbar..moga mummy tabah

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...