Instagram : @peejburhan

Lawa sangat ke masalahnya?

gigih kak jah angkut laptop datang office sebab nak update punya pasal.
aku tak biasa sangat update pakai desktop office.
office punya if update sembang boleh la.
kalau ada pic i selesa pakai laptop, sebab semua pic pun ada dalam ni.
hahaha kampung sangat perangai. lantak.

btw, hari ni rajin so nak update pasal Ellfie Gold Serum.
tau kan sekarang kita orang dah ada Gold Serum, tak silap baru 2 minggu di pasaran.


gold serum tu apa?
nak tau details boleh baca sini. CLICK HERE.
aku tak berapa rajin nak buat penerangan panjang lebar. hahah. dasarrrr.
aku memula pun tak tau apa tu fungsi serum ni.
sebab seumur hidup tak pernah pakai kan.
bila dah pakai baru rasa macam wah wah wah..best rasa dia tu.
sebab rasa tegang n lembab je kulit.
esp bila bangun pagi esoknya tu.

aku masa memula Elffie skincare keluar aku tak pakai terus tau.
hahaha jilake sangat perangai.
sebab set skincare lama aku ada lagi. takkan nak buang kan.
so aku pakai campur. haha. aku pakai cleanser n toner lain, creams je Ellfie punya.
tu pun sesuka hati kejap pakai, kejap malas. perangai sangat.
sampai kena bising ngan filla n elly, baru i gigih pakai.

selama ni rasa kulit i ok aje.
ngeri sangat ke?
sebab even sebelum ni pun, sejak 1-2 tahun kebelakangan ni aku takda la rajin sangat jaga kulit.
aku pakai cleanser je, lelain malassss.
tapi i rasa ok je.
sekali semalam scroll la pic kat gallery phone.
nak clear n delete mana tak perlu.
hamagadddddd...aku jumpa pic ni.
harap maklum ni kulit akhir tahun lepas ke awal tahun ni macam tu.


helppppppp!!!! *lari tangan ke atas ke kiri ke kanan langgar dinding*
seriously macam ni ke? dengan confident kak jah ke sana sini muka tak make up.
amboi confident level over the top katanya.

kening ulat bulu kau tok sah cakap la.
konon nak konsep kening tebal ala nora danish konon, puiiiii.
misai dato K aku pun aku pinjam nampaknya tu. hahahhaah cisssss.

mata lebam memang ngeri la. kata geng burung hantu kan.
tapi tu memang takleh di tolong.
aku pernah pergi skin specialist dulu, dia tanya apa concern aku?
aku cakap dark circle je, dia kata tu tak boleh nak buat apa, tu berkenaan lifestyle.
kalau lifestyle tak ubah memang dark circle tu kat situ la duduk dia. ok foineeee.

pastu apesal banyaknya parut jerawat?
aku pun confuse apesal banyak sangat time tu?
aku pun dah lupa la.
eishhhh ngeriiiiii.
ngan kulit gelap lagi.
tapi gelap tau la kenapa. sebab akhir november tu aku pergi pulau mabul kan.
so memang kulit garing bak bajau laut dah rupa.
tolonglah sekarang ni aku kalau tan, amik masanya nak cerah kembali.
faktor umur ke hah?
tapi aku suka tan, cuma bila tak bersiap ni...lebih teruk dari dayang senandung ghupe aku.

tu takpa, tu takpa.
so aku start pakai Ellfie Essence full set since April gitu la.
memula tu i campur2 sesuka hati.
so bagi yang kadang tanya aku perlu ke dia rehatkan muka before pakai Ellfie Essence...jawapan adalah..entah. 
sebab kulit orang berbeza.
macam aku, terus je campur then pakai..Alhamdulillah takda apa.
tapi kang aku cakap kat korang, korang buat tak ok kang. tak pasal.
so sendiri punya kulit. kena la paham sendiri.

so aku dah pakai Ellfie Essence since April n Ellfie Gold Serum dah 2 weeks la.
aku pun sendiri tak tau ada beza ke tak...eeeii bengong sangat.
sebab aku perasan Ellfie ni effect dia takda la cepat macam produk lain.
sebab maybe bahan-bahan mostly from natural ingredients.
so memang aku sendiri tak perasan. rasa macam takda beza je kulit aku.
tapi orang dok la tegur nampak kulit elok la apa.
kulit makin bersih n cerah sikit.
ok la kot kan.

sekali semalam saje la selfie.
dah kata apa lagi pun kan, perasan lebih memang suka la selfie.
pastu teruja, rasa macam ehhh macam banyak dah improve la kulit kak jah.


hidung maintain jambu air. sorry. huhu.
tapi ok la kan?
takda la meletop2 pom pom pom.
tapi ok la, kira nak keluar muka tak berapa nak siap pun semenggah la jugak.
mungkin jugak di tambah faktor sedar diri muka takkan jadi lawo, walaupun kening berkonsep tebal nora danish...so aku dah kasi cantas. so nampak clean sikit la muka.
mata tetap lebam, tapi better daripada lama,..sebab sekarang dah hidup teratur seperti manusia biasa. hahahhahaha.

kulit muka aku ni jenis sensetif tak tentu hala.
kadang ok je elok. tetiba nanti eh keluar gatal seketul besar 20 sen kat dahi, e eh dah kenapa?
tapi sama..kulit aku ngan mak aku sama je.
nanti tetiba esok lusa hilang. 
kena habuk sikit mula la gatal2 satu muka.
pastu ok balik. tah apa-apa muka aku ni tahap sensetif dia.
so kalau jadi macam tu, aku rehatkan la muka. aku just pakai cleanser je.
so far cleanser n toner Ellfie ni aku ok, sebab dia soft n very mild kan.
so selesa pakai.
harap pakai berterusan kulit kak jah akan bertambah meletop persis kulit sis elly. hahaha.

siapa belum try Ellfie Essence boleh la try.



Harga 1 Set Ellfie Essence Skincare
RM120 (Semenanjung Malaysia)
RM130 (Sabah/ Sarawak)
*free postage

Harga 1 Box Ellfie Gold Serum
RM130 (Semenanjung Malaysia)
RM140 (Sabah/Sarawak)
*free postage
*untuk membeli loose sebotol Ellfie Gold Serum boleh dapatkan dari AGENT SAH kami

nak order terus daripada HQ boleh whatsapp/ sms 013-275 5197

if nak tengok testimoni pengguna Ellfie boleh follow ig n fb kita orang.

Facebook : Ellfie Beauty
Instagram : @ellfiebeauty





5 Comments:

Jan@Afzan said... [Reply to Comments]

dah semakin bersih dan sekata dah muka peej... kita mempunyai masalah kulit muka sensitif yang sama rasanya. Dan perangai sangat bila nak pakai secara konsisten..hahaha, Jan pun still baru dalam ellfie, pakai April 2015... dan betul ellfie punya improvement tak secara cepat mcm produk lain. Tapi kita nampak perubahan. Wlupun org lain tak habaq kat jan kata dah cantik kulit dan sebagainya. hehe. Tapi jan rasa ellfie lah yg paling jan suka dan sesuai dengan muka sensitif ni.... cleanser dan nite cream memang awesome sgt!

Allene typicalmommy said... [Reply to Comments]

wow... ketara perubahannya...

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

nampak beza nya dulu dan sekarang..kulit makin cantik..

Lynd said... [Reply to Comments]

wahhhh.. ketara berbeza

Anonymous said... [Reply to Comments]

Agent Ellfie Wssap 0129448022. Free postage..COD area Damansara, TTDI, Selayang, Gombak, Batu Cave, Keramat dan Setiawangsa...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...