Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: lembaga hitam & pocong

Assalamualaikum kak peej, nak kongsi pengalaman seram kita masa sekolah dulu.


Masa sekolah dulu, aku memang suka keluar malam lepak2 dengan kawan, nyanyi2,main gitar..
nak dijadikan cerita, satu malam tu aku keluar dengan kawan aku nama dia Ayu. kitaorang pegi port biasa yang kiteorang lepak. ada pulak sorang lg kawan aku. kiteorang panggil dia Angah. 

Lepas tu, angah ni ajak lepak kat balai raya. balai raya ni tempat die gelap2 terang.. sebab lampu jalan kat lorong2 rumah. bila dah sampai balai raya tu, kiteorang nyanyi2 la.. kebetulan angah bawak gitar. dah banyak lagu kiteorang nyanyi. pastu angah mainkan lagu kau yang bernama seri handyblack punya lagu.. kitaorang nyanyi lagu ni dua kali. masa kali kedua tu, bila part ' rela kan cintamu seri........ angah tiba2 berhenti main gitar. aku pandang angah 'ko pesal ngah..?' 'tu..tu.. sambil muncung tunjuk kat pokok besar tepi jalan. aku pandangla.. ya allah..memang kering darah aku kat situ tengok benda tu.. aku nampak ada lembaga besar hitam duduk atas pokok sambil badan dia kedepan kebelakang..macam menghayati pulak lagu yang kitaorang nyanyi. kitaorang memang x tunggu apa dah. masing2 terus cabut. esok nya aku dengar angah tu demam. tapi aku..alhamdulillah takk. kawan aku yang sorang lg tu, ayu dia tak nampak sebab dia membelakangi pokok besar tu. sejak kejadian tu aku memang tak keluar rumah malam2.. takutt

Ada lagi satu kejadian seram, kawan2 lelaki aku ni suka mendajalkan member lain. satu hari tu, dorang ni gila konon2 nak takutkan kitaorang yang perempuan ni. dorang buat pocong pastu gantung kat pokok. pastu bila dah malam, dorang ajak kitaorang pegi kat area pokok yang dorang gantung pocong tu. konon2 lepak kat situ la.. bila dah sampai, borak2la.. pastu kawan aku yang Ayu tu tiba2 menjerit2.. pastu dia lari. yang kitaorang ni terpingga2 la..pastu kawan  aku Mira pulak menjerit.. tapi dia tak lari.. dia tunjuk2 kat pokok tu. masing2 tengok kat pokok.. pastu masing2 bertaburan lari..yang lelaki pon lari jugak.. esok nya kitaorang berkumpul.. yang lelaki mengaku dorang pedajal kitaorang. dorang ngaku yang dorang buat n gantung pocong tu kat pokok tapi dorang cakap dorang buat n gantung SATU pocong je... malam tu kitaorang semua nampak pocong tu ada DUA..!! 

Sekian, terima kasih.

2 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Shit opo..cot.. takde benda lain nak mainkan org..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam..
tu yg ustaz kata mlm maghrib duduk dlm rumah. Dari senjakala tiba sampai tghmalam ke dinihari time syaitan bilis dan sepupu sekaumnya waktu melepak...sejukkan..siang siang lain punya gang...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...