Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : bunian dan bomoh

Sambungan dari cerita yang lepas..
Pasal nenek kena sampuk tu
Kali ini saya nak cerita pasal sepupu dan kawan kawan dia yang kena ganggu dengan bunian di rumah arwah moyang

Sebelum masuk ke cerita tu, rumah arwah memang jauh dari orang,sunyi dan dah lama tak ada orang duduk, kecuali hari raya...

masa arwah baru meninggal, ada la atuk saudara saya rajin datang nak mengemas kawasan luar rumah... kebiasaanya, atuk tu akan datang nak mahgrib..
Ada satu hari tu, atuk tu tengah menyapu dekat laman tu..
Dia terdengar suara "balik balik dah maghrib"
Dia buat tak tahu.. dia kata mungkin perasaan dia je ..

dia dengar lagi sekali "balik, dah maghrib" dengar je suara tu, dia terus campak penyapu start motor terus balik...
Start daripada tu, dia datang berteman. 

dan akan make sure sebelum maghrib dia dah balik..

Okay kisah sepupu saya plak.
Sepupu saya ni dengan geng geng dia, ada lah dalam 7 orang.. konvoi naik motor dari kl ke melaka..

mula mula dorang plan nak tidur rumah mak saudara saya, tapi mak saudara saya tak kasi sebab ramai kan. tak kuasa dia layan makan minum ramai ramai tu...
so sepupu saya ni pun ingat nak tidur rumah moyang.
dia datang ambil kunci dari rumah nenek.
sebelum dia gerak pergi rumah moyang, nenek dah pesan, "dah ramai ramai jangan bising, nanti 'orang marah'.."
Tahu jela kan, dah ramai ramai, jauh pulak dari orang, memang riuh rendah la jadi nya..

dorang keluar ronda ronda malam baru dorang lepak rumah arwah moyang.
balik je rumah moyang, dorang letak helmet atas meja dekat anjung luar.
sebelum tido biasa la mesti borak borak, dah semua lelaki kan, kalau gelak tu memang kuat la bunyi kan...

Esoknya tu dorang bangun pukul 7 pagi, tengok tengok helmet dorang yang dorang letak atas meja dah ada dekat lantai
Yang paling dorang seram, ada banyak lilin yang menyala dekat lantai.! 

Dorang pakat la tanya sesama dorang ada ke semalam korang nyalakan lilin... dorang semua tak ada... dan dan tu jugak dorang siap2, keluar dari rumah tu..
Dorang pergi rumah nenek, nak pulangkan kunci, sepupu saya pun cerita la dekat nenek apa jadi.

nenek marah dia, "Kan aku dah kata, mesti korang ni buat bising tengah malam kan? aku dah cakap, nanti ada 'orang' marah".

Cerita kedua


Pasal akak saudara saya yang baru kahwin, duduk serumah juga dengan nenek lepas dia nikah...

ada orang hantar "barang" nak panaskan dia laki bini...
mula mula nenek yang perasan perangai kakak saudara saya ni berubah...
yela, selalu orang baru kahwin nak melekat je 24jam kan, kakak saudara saya tak ! 
Dia layan suami dia marah marah, muka bengis je, suami dia tanya baik baik, dia melenting, ada je benda suami dia buat tak kena dekat mata dia..
even waktu malam pun, dia tidur dekat hall...

so start dari situ, nenek tanya tanya siapa reti tengok kan apa jadi dekat kakak saudara saya ni...
makcik saya pun recommend orang jawa ni,..
So lepas beberapa hari, makcik saya datang bawa bomoh jawa tu..

nenek cerita la dekat bomoh jawa tu, apa jadi...
lepas tu, bomoh tu pun tanya kakak saudara saya, kenapa tak suka ke dengan suami kau tu? 
Kakak saudara saya cakap, "tak suka..rasa sakit hati tengok muka dia..."
then start la sesi berubat, apa dia jampi jampi entah... ada la dalam setengah jam.
bomoh tu suruh masuk bilik.
then kakak saudara saya, makcik saya and bomoh tu masuk bilik tidur kakak saudara dengan suami dia.
dia selok tangan bawah katil.. kakak saudara pun ikut apa dia suruh, dia raba raba, jumpa botol...
Memang terkujat la kakak saudara dengan makcik saya tu, tengok ada botol dengan kain kuning...
Lepas tu pula, bomoh tu suruh pergi dapur pula, suruh ambil "benda" dekat kabinet dapur tu pulak, kakak saya jumpa bungkusan kain kuning..
Then dorang berkumpul balik dekat hall.

nenek tanya la apa semua nii...pelik kot, padahal kabinet dekat dapur tu nenek selalu je buka, sebab situ simpan beras, susu pekat, tapi tak pernah nampak pun..
bomoh tu cakap "memang orang biasa tak akan nampak walau buka almari tu beribu kali pun, orang tertentu je boleh tahu." 
Nenek tanya la apa benda tu semua...bomoh tu kata,"dalam botol ni, air mani(lupa pula air mani apa, nanti saya tanya nenek balik) dalam kain ni pula gumpalan rambut (lupa juga rambut apa/siapa) dengan gigi kongkang,"

Memang terkejut laa semua kan, apa hal plak air mani, gigi kongkang bagai..
Bomoh tu kata memang ada orang tak senang dengan perkahwinan kakak saudara saya ni..orang tu tak suka, dia tak suka tengok kakak saudara saya dengan suami dia..

Kakak saudara saya tanya siapa yang hantar benda benda tu semua, bomoh tu bagi clue. 

Bomoh tu kata "orang dia gemuk, jalan dia ada gaya (sebab dia gemok, dia jalan macam orang tempang), orang tu ada dekat saja"
Teettttt..kakak saudara saya dah tahu siapa yang buat..kakak ipar dia sendiri !

Lepastu kakak saudara saya tanya, bila benda tu dia hantar..
Bomoh tu kata"selesai kau nikah, dia terus hantar"

Kakak saudara saya nak confront la dia kan, nak tanya apa dia tak suka sangat dengan dia sampai nak hantar benda tu semua, tapi bomoh tu nasihatkan jangan !
Sebab takut nanti dia hantar lagi teruk.
So start dari situ, kakak saudara saya dah tak ngam dengan ipar dia...
Dapat tahu, kakak ipar dia tak suka adik dia kahwin dengan kakak saudara sy sebab dulu sebelum kahwin, adik dia selalu ambil berat pasal anak anak dia, bagi duit, bawa jalan jalan anak dia, dia takut lepas adik dia kahwin, adik dia tak layan anak dia macam dulu, tak rapat macam dulu...
Pelik kan? 

Padahal, kakak ipar dia yang kenal kan adik dia dekat kakak saudara saya...
oh ya, kakak ipar dia duduk depan rumah nenek saya je ...
Padahal dulu baik je dengan nenek, sekarang dia bermusuh dengan nenek,  kakak saudara saya,adik dia sendiri sebab hati busuk dia tu...


Nanti kalau teringat cerita lagi,saya email lagi...

Till then,
Cucu nenek ......

2 Comments:

intandayani said... [Reply to Comments]

rindu segmen seram kt cni

Receh Buck said... [Reply to Comments]

http://ceritateladan.com/2016/01/26/bomoh-saikologi/

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...