Instagram : @peejburhan

tuanya kau ni

kaki aku sakit ni.
semalam tidur tetiba pulak cramp.
sakit gila betis mintakkk nyawa.
huihhh dia punya sakit tegang tu membawak ke sekarang. gilaaa la.
hahah tolonglah dah tua.
ingat lagi masa memula kawin laki aku complain kata aku kuat pakai aircond..cramp2 kaki dia tak tahan sejuk.
memang takda la aku heran.. e elehhh kampung sangat perangai ni..pakai aircond pun nak cramp2 kaki. tah papeeee tah.
sekali amik kau. sekarang aku dah paham.
memang sakit gila kan..
padan muka dah tua.

tu baru cramp.
sekarang lagi la. almost everyday dah angin satu badan pulak.
dulu time kecik, kejap2 mama ke arwah maktok suruh urut dia.
kata takleh napas sebab angin. bila urut nanti baru cakap, "haaa baru lah boleh bernafas ni."
time tu rasa macam ishhh menipu sangat ni. asal lak takleh napas? if takleh napas dah mati kot.
sekarang dah rasaaaaaaa!!!
salah makan sikit. mula la nak tidur sesak nafas.
laki la jadi mangsa kena urut dada n belakang aku.
sampai lega, baru boleh tidur.
tapi tu pulak masalah...aku ni tak pandai keluarkan angin.
urut la macam mana takda keluar apa.
nanti dah abis urut baru lepas 15 minit macam tu baru keluar angin.
tu takpa la lagi.
sambil urut laki aku lak beria-ria keluar angin.
konon amik angin aku.
suka kau la nak amik angin ke apa.
tapi masalahnya dia keluar angin atas bawah. grrrrrrr.
pastu dok cakap, "angin u la ni jaaa.."
nampak sangat menipu tu kan.

sedar tak sedar dah 18 ramadhan kan.
kejap je masa berlalu.
tak sampai 2 weeks lagi dah nak raya.
aku takleh puasa ni. heheheh.
ni tengah tunggu nandos delivery. woooowwww. hahahhaha
lambat pulak. iolls lapar ni tau.
e eh panjang umur budak nandos. baru type tetibe tetttt tettt dia hon dah sampai.
takpa siapkan entry pastu makan :D

macam mana preparation raya semua orang?
berjimat ke? raya sakan ke?
rasa macam sakannn je uolls. sebab aku tengok kemain shopping complex area umah aku ni sesak je semua.
sampai takda parking la.
aku nak pergi shopping mall nak beli barang penting pun pikir banyak kali.
aku ni bab sesak2 ni memang tak gemar.
tapi kena pergi. aduhhh bila nak pergi tah.

aku memang tak buat apa la raya ni.
kecuali beli kuih raya sikit2.
tu pun sebab aku nak makan. hahhaha.
aku memang dah pesan kat fam laki aku jangan nak raya2 sangat rumah aku.
dah la rumah aku tak semenggah. pastu takda buat apa pun kan.
aku dapat rasakan aku mesti kat rumah mama je. ye la papa sakit.
memang dah jadi rutin la ke sana untuk tolong uruskan apa patut.
so if nak raya terus ke sana je la yea.
rumah kau tutup. huhu.

baju raya memang idok le aku beli.
nak beli apa nak pergi mana pun tak sempat.
plus alaa baju berlambak ada yang baru pakai sekali je.
so pakai je apa ada yea.
laki aku lagi la sedih kan.
ye la tahun lepas both parents ada. tahun ni takda.
so tak tau la macam mana. aku tak dapat bayangkan.
Ya Allah tolonglah rinduuuu sangat kat arwah mak.
terdengar2 je suara dia.
macam tak sangka dia takda dah.
rindu je moment setiap awal bulan semangat mak nak jumpa aku.
sebab dia tau nak masyukkk. hahah laki aku suka sakat mak.
nanti mesti mak peluk ketat-ketat pastu cakap bye banyak kali. comel je.
aku ni pulak memang bukan jenis peluk. aku tak reti.
orang peluk aku akan kerasss je. selalu orang suka peluk aku. empuk mungkin.
tapi serious i miss pelukan mak.
tak dapat bayang raya tahun ni.

dah 3 years raya pagi raya jumpa mak dulu.
duduk sampai 2pm macam tu baru pergi rumah family aku.
mak tak masak raya, sebab anak-anak usually beraya sana sini dulu baru jumpa mak.
so usually aku n MrB akan beli apa2 utk makan sesama.
kita orang bertiga je.
sebab adik beradik lain petang macam tu baru ke rumah mak.
since aku tau dah few years macam tu.
so last year malam raya aku bagi mak nasi impit suruh rebus, then aku hantar rendang daging, limpa n ayam sekilo setiap satu. so that pagi raya ada something to eat.
mama pun dah tak larat nak buat rendang..tu aku order untuk mama..alang2 order sekali untuk mak.
tak sangka that will be our last raya together. aaaa sedih.

raya tahun ni maybe pergi kubur dulu la.
then ke rumah kakak n abang MrB.
then ke rumah parents aku.
kita orang pun raya sini je la.
dah bertahun pun macam tu kan.
memang tak kemana. biar orang berkunjung je.

eh ok la.
lapar tak leh berfikir pulak.
korang baca la entry pendek ni yea.
ada masa kak jah update lagi.
tapi ni semua janji palsu..sebab sememangnya kak jah mana pernah ada masa.
sendiri sedih sebab baru tersedar ig aku pun tak sempat berupdate.
hari2 ku sibuk dan penat dan tak kemana.
ok bye.

5 Comments:

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

kadang tu bila tgk orang berurut pun mcm heran jgk, macam mana boleh transfer angin badan org tu ke badan org ni? dragon ball sangat tau :'D tu la raya tahun ni macam simple-simple je kan tak macam sebelum ni. may be sebab tak sempat nak fikir preparation sgt. teringat blog ko yang entry2 dulu.. time ramadhan, raya memang meriah. macam mana pun kita celebrate raya tahun ni yang penting dengan satu keluarga. :)

!EFIL said... [Reply to Comments]

Banyaknya pahala peej and suamijaga ayah di bulan ramadhan ni. Be strong peej

Permatamama said... [Reply to Comments]

Salam Takziah.. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang Beriman..

FZ said... [Reply to Comments]

Tiba2 air mata akak menitis baca cerita ni. Sedihnya........

Izyan Alias said... [Reply to Comments]

macam simptom pregnant je tu kak peej. ce buat UPT....

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...