Instagram : @peejburhan

shift malam

it's 4 am in the morning, n here i am..still tak tido lagi.
maybe some dah tau daripada ig n fb seperti biasa la kan. aku update situ.
papa dah balik rumah since isnin lepas 22 june.
bestnya sebab hilang penat kena berulang alik pergi hospital.
penat woih...ulang alik setiap hari. tambah pulak bulan2 puasa ni.

tapi seronoknya bila dah ada rumah ni papa ada depan mata.
seronok akhirnya ramadhan ke 5 hari tu papa finally ada kat rumah.
rasa lengkap.
kalau tak 4 hari puasa tu rasa sedihhh je, terasa sangat papa takda.
asal aku beli lauk or kuih kegemaran papa, mesti mama nangis.
dia kata papa suka tu. sob sob.


tapi tu la, bila dah ada kat rumah ni almost semua tanggunjawab nak uruskan papa jatuh ke bahu kita la kan.
selama ni semua hospital uruskan, kau datang visit je.
now semua buat sendiri je.

untuk 2 hari pertama tu memang penat tak tau nak cakap.
sebab masing2 tak biasa n tak pernah ada experience jaga pesakit yang conditon macam papa kan, bed ridden.
papa dah sakit banyak kali, tapi sebelum ni papa still boleh duduk, bergerak apa semua.
cuma kita uruskan bab bagi susu, n assist tolong pimpin or monitor je kan.
now memang 100% segala kita kena buatkan, daripada bagi susu, changing diaper, bersihkan, alihkan, treat bed sore, sedut kahak semua la.

siang memang mama, p.g uruskan..if noy n arif tak kerja dia uruskan.
malam pulak shift aku, ayol n MrB.
masa memula aku tolong apa patut je.
sebab satu tak larat. n aku agak penggeli.
dalam rumah ni, yang paling tak penggeli is noy.
dia memang, kau bagi la penyakit apa pun, tak kisah la manusia ke..kucing ke..memang macam nurse bertauliah dia ubatkan.
tapi bila dia dah kerja, takda sapa nak buatkan..aku nak taknak kena la jugak beranikan diri.
plus takkan nak tengok je. sampai bila..Alhamdulillah aku dah ok.

tapi tu la kelakar bila cerita ngan adik beradik.
kata la elok uruskan tukar pampers semua.
nanti tengah duduk tetiba terhidu sana sini..hidu baju la apa.
sebab terbau-bau lak. hahha padahal takda. huhuhu.

so far bab pampers n alih2kan papa dah terel.
aku n noy buat berdua pun dah boleh.
sebab kan every weeks few times nurse akan datang.
so dia ajar cara nak uruskan dengan betul.
pastu kalau aku n noy berjaya buat dalam masa singkat. terus kembang2 hidung bangga macam terel bebenor je rasa.

masa mula-mula tengok luka bed sore papa...sedihnyaaaaa.
2-3 hari aku terbayang-bayang.
masa memula tau dia ada bedsore, tak tau teruk macam mana rupa tu.
sebab time kat hospital dorang tampal kan.
bila sampai rumah n tengok...uwaaaaa sedihnya.
dapat bayangkan sakit dia tu.
terus cepat2 whatsapp jonet n tanya macam mana nak treat.
jonet bagi tau apa kena beli, n apa kena buat. terus dapatkan barang n treat.
masa memula buat tu papa relaks je. maybe tak rasa apa kot, sebab kulit dah mati ke apa.
gigih aku google la pasal bed sore tu.
masuk hari ketiga, Ya Allah sedihnya. agaknya makin ok.
so tiap kali treat bed sore tu, menangis-nangis papa.

tapi satu benda aku still tak sanggup buat n tengok.
iaitu sedut kahak guna suction machine tu.
sebab nampak seksa sangat.
pun sama menangis n buntang2 mata.
tapi tak buat pun tak boleh. memang kena buat.
so selalu bahagian tu p.g n ayol la buat.

penat toksah cakap la. memang penat.
usually petang balik kerja, aku terus ke pasar juadah belikan lauk berbuka untuk family.
sebab tau mama pun tak sihat, memang sakit badan dia uruskan papa siang kan.
lepas berbuka memang aku stay terus kat rumah mama sampai sahur.
settle sahur baru laki bini balik rumah.
kadang tu dapat tidur, kadang tu tak tidur langsung.
amik turn la atleast sorang berjaga ke apa.

then balik rumah baru la aku tidur dalam few hours.
nasib la elly n filla memahami.
selalu aku masuk office dah kul 11 gitu.
ye la baru nak tidur lepas subuh kan.
then esoknya rutin yang sama lagi.

penat, sakit badan, tak cukup tidur, campur tak sihat, campur gemuk tak sedar diri lagi... berapa kali la check BP aku tingggggiiiii gila.
malas nak bagi tau..kang ramai lak bebel2 kat i. penat dah dengar sana sini bebel. hahah.
aku nak gi jumpa doktor pun tak sempat2 lagi.
abis siang tidur, tengahari kerja..tau la bulan puasa memang kerjaaaaa banyak...order meletop2.
malam sibuk ke sini pulak kan.

tapi apa-apa pun happy, sebab family bersatu padu main peranan masing-masing.
even suami aku tak berkira jaga papa, same goes to arif suami noy.
so bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
woooowww berpetatah kak jah, maklumlam BM A1 uolls. *ehem2 berlagak dalam iman di bulan puasa* hahahha lempang sedas kang baru tau.

happy jugak Allah pinjamkan papa lagi untuk kita orang.
walaupun papa keadaan macam ni, tapi nakal dia tu ada jugak.
sempat dia kenakan mama.
masa memula papa balik, mama semua benda cepat panik. pastu bising terjerit sana sini.
noy cakap la.."paaa..mama ni bising kan? asyik bebellll je."
kau tau papa buat apa? tangan kanan dia naik ke atas, pastu buat tangan macam mulut itik tu.
macam gaya mulut bebel. hahahhahahahahha. terkejut semua.

pastu mama kata, kan rumah sebelah ni meniaga bazar ramadhan.
so daripada kul 9 pagi dah bau macam2 lauk dia masak.
so mama amik sapu tangan letak kat tube leher papa tu.
taknak papa batuk tersedak ke apa. menusuk kan.
pastu mama keluar siram bunga.
mama masuk dalam balik, sapu tangan tu dah ada dalam lubang hidung papa.
hahahhaha dia amik n sumbat dalam hidung ok.
lawak sangat ni.

so sad. tapi tabahkan hati.
setiap orang lain ujiannya.
nanti aku dah tua tak tau macam mana.
kalau sempat tua la kan.
hari tu sembang ngan mama.

"pija pernah cakap kat noy..kalau ben mati dulu, pija pulak takda anak..pija akan paksa noy jaga pija. noy kata ok. tapi tu kalau noy ada. tapi kalau semua orang dah mati, pija panjang umur...macam mana? duduk rumah orang tua la kot."

mama, "jangan cakap macam tu. semua Allah menentukan. rezeki seseorang kita tak tau. mana tau Allah hantar n bukak hati orang, tiba-tiba ipar duai nak bela kau, tak pun anak buah nak bela. kita tak tau. kadang ni orang ada anak pun, dah tua belum tentu anak nak bela mak bapak. semua Allah dah tulis."

kesat air mata.
betul jugak kan.
umur panjang, blogging masih wujud, nanti kak jah ceritakan la ye. huhu.

doakan je la kami sekeluarga di beri kesihatan yang baik dan umur yang panjang untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kami.
doakan jugak supaya kesihatan papa bertambah pulih.
Insyallah.




26 Comments:

Azrine Aziz said... [Reply to Comments]

Insha Allah semoga papa peej semakin sihat & dipermudahkan segalanya. Mmg berat tapi besar ganjarannya berbakti kpd org tua kita. Alhamdulillah peej n adik beradik diberi kesempatan, berbaktilah pd mereka selagi hayat masih ade. Sy doakan yg terbaik buat peej n family, semoga uncle sembuh suatu saat nanti. Ameeennn

Xuriana said... [Reply to Comments]

Takpelah pija, kalau aku sihat, meh aku bela kau. Hahaha.

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

hye peej. be strong! dulu my dad penah sakit kejap jek pun dah nangis2.
u jaga kesihatan jugak k. i pun ada hypertension so jgn lengah2 jmpa doctor.
i doakan all is well for you guys sefamily :)

Norhashima Znila Ilaaz said... [Reply to Comments]

huhu..sedih...sama tang pernah alami bab jaga arwah abah masa dia sakit...dan sama gak tang xde anak..huhu...

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Aduhai.. tak tahulah hujung2 meleleh lak airmata baca ayat Kak Jah... semoga dipermudahkan dlm segala urusan Peej skeluarga. Tentu byk ganjaran yg Allah beri kerana itulah kamu diuji.. salam buat semua.

Filla said... [Reply to Comments]

last part tu ai is sad berkaca mata.. ko jahattttt suka buat orang sedih.. tapi betul auntie kata, Allah dah tentukan semuanya, tak perlu kita pikir jauh sangat ke depan peej.. nanti BP ko naik aku pusing kerusi mengadap ko.. bebel non stop ko tekanan pulak.. hehe

Lynn Hamzah said... [Reply to Comments]

huwaaaaaa...pagi pagi dah sedih...huhuhuhu...

Isteri said... [Reply to Comments]

happy for your papa sebab dia boleh respond with his surrounding. Alhamdulillah. rajin2 communicate, picit2 sikit kaki n tangan supaya darah bergerak lancar.....dan selalu tanya2 simple question supaya dia berfikir.

Miss Moon said... [Reply to Comments]

Peej, mmg penat kay tapi benda macam ni la kita akan kenang. Aku teringat masa zaman arwah Norma dulu setahun jugak dia bedridden. Bab tgk luka bed sore tu mmg sedey sebab kita kena pisau sket pun kemain sakitkan. Tapi bagus la korang ada ramai ramai ley uruskan sama sama. But nko pun kena rehat tau Peej...kang enkau sakit hilang dah petugas shift malam hiks. Insyaallah pasti ada hikmah atas setiap apa yg berlaku dan pasti ada ganjaran dari Allah SWT dan moga Ramadhan kali nih memberi seribu erti buat Peej n family ...hugssssssss Peej ketat ketat

..nOWa.. said... [Reply to Comments]

semoga papa pija sembuh dan allah memberi balasan yang baik kepada pija dan keluarga..aamiin

akish ali said... [Reply to Comments]

hyeeaaaaaa....mate masok habukla peej!
muge ayah bonda kite sehat cargas semula!

Anonymous said... [Reply to Comments]

Semoga ayah Peej cepat sembuh. Besar pahala Peej adik beradik dapat jaga ayah masa dia sakit ni.
Sy pun pernah ada pengalaman jaga ibu mentua kena macam ayah Peej juga, tebuk di leher. Kena suck keluar kahak semua tu setiap hari. Memang tak sampai hati nak tengok.
Dapat rasakan Peej adik beradik sedang buat yg terbaik. Moh kita berbakti dekat ibu bapa selagi mampu.
Apapun, jaga kesihatan Peej juga ya.

Anonymous said... [Reply to Comments]

salam pej... arwah mak I dulu pun ada bed sore besar kat belakang, lebih kurang besar tapak tangan... mcm2 ubat kitaorng try buat... Akhirnya dr pakar suruh try sapu madu manuka beli kat farmasi... Alhamdulillah ok... n luka jadi kering... I dulu pun mcm u jaga arwah mak jd nurse kat rumah selama 11 bulan... Tp puas hati lar dpt jaga diorng kannn smpi akhir hayat mereka...

intandayani said... [Reply to Comments]

Kesian tgk uncle.Dari aritu nak tanya bebudak kucing tu cane kat rumah?

Anonymous said... [Reply to Comments]

beruntung papa peej.. anak menantu sume baik-baik, x berkira pun.. ntahla, rasa sebak pulak

mokjadeandell said... [Reply to Comments]

bergenang air mata makcik baca posting ini.Isya Allah,bakti yg Peej curahkan pada ibu ayah pasti menerima balasan yang baik buat Peej suami isteri nanti.

Malinda said... [Reply to Comments]

jaga orang sakit memang penat tapi besar pahala yg menunggu peej dan adik beradik semua ...sabar ye

ease elias said... [Reply to Comments]

mula2 baca n3 ni tergelak..then part last berkca mata..me faham..bapak saya pun kena strok masa dia umur 48 tahun..masa tu saya baru umur 24 tahun then paling tragis sy ada 5 lagi adik bawah saya..alhamdulillah semuanya dapat membesar dgn debabnya biarpun makanan dulu x semewah mana..paling sedap dpt makan bontot ayam..yela..gaji time tu basic 1400..bayar rumah..bayar keta..adik sekolah lagi..skang alhamdulillah..bapak saya still minor strok-pelat bercakap..saya dah kawin..alhamdulillah dapat husband yg membantu and tak berkira...harap peej tabah..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

semoga Allah balas kebaikan korang semua menjaga uncle & hope uncle cepat sembuh. kalau BP tinggi boleh try mkn VCO, untuk bantu stabilkan BP. yg penting ko jangan stress2. kalau stress je bukak la video beyonce. sambil menari buntuit skali. hihi

mama liza said... [Reply to Comments]

yer la peej , my father pun dah tak sehat...
selalu fikir mcm mn nak take care dia bila dia dah terlantar nanti...
i pun mcm U penggeli....

tabik kat noy....

haslina rusli said... [Reply to Comments]

kak peej.. sedeynye crita akak..

Fiza Darwish said... [Reply to Comments]

Peej...kenapa sedih sangat ni..peej baik
..ending pun mesti baik.in sha Allah

Fiza Zasmi said... [Reply to Comments]

Semoga Allah permudahkan urusan sis peej menjaga papa..aamin..

Farahzin Shaklee said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum kak Peej.
Sy ni kira silent reader akak Peej since few years back. Memang berminat sesangat baca kisah akak. Dari situ kenal seluruh family akak, sampai la kawan2 rapat akak, (kak filla, kak elly, jonet) :)

Bila akak selalu post sedih-sedih lately, saya pun terasa sama. Kadang-kadang tetiber je nak nanges sebak bila baca blog akak and aunty nani. Sobs..

Kita doakan agar akak sekeluarga dipanjangkan usia, dipermudahkan perjalanan, dimurahkan rezeki dan kekal bahagia sampai ke syurga.. Insyaallah..

FARAH

zulkhairi Korie said... [Reply to Comments]

Banyak bersabar sesungguhnya datang dugaan Dari Allah Dan dia tahu kita mampu tempuhinya..

Suriya Majid said... [Reply to Comments]

follow blog ni dari zaman ayah peej sihat lagi, eray doakan ayah peej kembali sihat. Allah sayang orang yang jaga & sayang orang tuanya.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...