Instagram : @peejburhan

Ramadhan 21, 2015

hahaha matiklah dah ramdhan 21 baru mampu nak update.
ni pun saje gedik sebab semalam macam special sikit lauk.

aku mmang almost everyday akan beli lauk untuk berbuka n bawak ke sahur untuk rumah mama.
sebab aku buka sana. tidur sana..nanti sahur baru balik.
mama nak masak memang tak larat la. sebab siang jaga papa kan.
so aku cakap takpa, aku beli.
if aku buka luar je then aku pesan kat adik beradik aku belikan mama lauk berbuka..aku tak pergi sana.

tapi sepanjang bulan puasa ni rasanya 3 kali ke pergi pasar juadah.
tak larat la nak meredah manusia. aku rimas.
plus if pergi pasar confirm hangus duit, tamak semua nak.
bukan aku...tapi laki aku. pastu if aku tegur sentap 18 jam.
so tak payah pergi.

nasib kat atas rumah aku ni ada akak tu jual lauk.
memang tahun2 sebelum ni pun aku selalu beli.
kena tekak aku la masakan dia. sedapp.
family aku pun suka. mama pun suka. so ok la.
akak tu masak macam lauk masak kat rumah. sedap.
pastu harga pun murah je.

aku terkilan kot ada sekali tu pergi pasar juadah beli lauk rm4.
aku tengok portion lepas la sorang je makan ye! what the hell.
ada sekali tu pulak order kari daging..aku mintak la rm4.
aku tengok macam sikit. aku kata kak tambah la lagi rm1. jadikan rm5.
time tu dia tengah isi kuah kari tu.
lepas tu dia ikat. aku macam eh dia tak dengar kot aku suruh tambah.
pastu laki aku cakap la, kak tu nak rm5 tau. pastu dia jawab, haaa ni rm5 la.
apaaaa??? kau tak tambah pun. tambah kuah je pun.
aku tak expect banyak kalau kau tambah 3 ketul daging lagi pun la utk rm1 tu aku rasa ok.
ni takda tambah apa. menyampah la weyh.

so tak payah. baiklah aku beli kedai kak jah.
beli memacam siap air 4 bungkus tak sampai rm30 lauk.
kadang tu rm22 gitu je. cukup ok makan 1 family aku bawak ke sahur. halal la dia jual. dah la sedap.
tapi tu kalau aku yang beli la. kalau laki aku join sampai rm40++ beli lauk.
semua dia nak.
nafsu ganas sangat di bulan puasa.
maksud aku nafsu makan ye, bukan nafsu lain.

btw ni lauk semalam.
tapi 1 aku lupa amik. paru sambal. tolonglah sedap pedas, enak di ratah.
btw lauk lain adalah.


:: kari daging dan kentang pekat melekat nyam nyam ::


:: masak lemak pisang dan ikan bilis pun sedap woihhhh ::


:: asam pedas ikan tenggiri menikam kalbu ::

memacam lagi la lauk sedap dia.
ayam percik sedap.
ikan cenceru sambal sedap.
kari ikan sedap.
masak lemak telur itik sedap.
tempoyak daun kayu petai sedap.
sambal bilis petai sedap.
semua sedap la kak jah.
i lap u lah kak jah.
oh btw, nama akak tu kak jah.
bukan aku mencakap i lap u kat diri sendiri ye.
ye la kan sekarang i suka menggelarkan diri kak jah jugak.

semalam tak beli lauk banyak.
sebab laki aku dah bagi tau yang nak pergi rumah kak shida.
kak shida ada buatkan tempoyak.
walaweyyhhhh. itu i like.
tolonglah sedap sangat lemak tempoyak ikan bilis petai kakak ipar aku ni.
last week ada buat bukan puasa reramai dia buat. so ada lauk ni.
balik semua sibuk pack, aku pack sikit je. pastu semua kat rumah aku tergeleng2 kepala makan sbb sedap. pastu habis. sedih.
agaknya sebab tu laki aku request kat kakak dia buatkan lagi.

so semalam beli lauk kedai kak jah.
then terus ke rumah shida kat batu caves.


tengok ni pun i telan air liur tau.
sedap sebab pedas. certain orang buat manisss. manis aku kembang tekak makan.
ni manis buah tambah pedas.
tak perlu makan ngan nasi...cukup kau calit kat tangan jilat la jari kau. meratahhh.

laki aku kurang ajar.

him : kau punya ni terbaik shidah...mertua aku suka.
shida : ye la sbb tu aku buat ni. kalau tak asyikkk la mintak kau ni.
me : ulang-ulang ke?
shida : haaa ulang2 dia call akak nak tempuyakk..tempuyakk..
me : hahaha.

him : bukan aku shida. bapak mertua aku yang mintak. dia suka shida.
shida : eh mana dia boleh makan la.
him : boleh...dia mintak ok. so terpaksa kita orang masukkan ikut tube susu dia tu. masukkan tempoyak kat situ.

hahaha bongok sangat laki aku ni.
nak terkencing kak shida gelak.
tapi kurang ajar sangat tau masuk tempoyak kat tube susu papa.

aku cerita kat family aku. gelak semua.
aku cakap..kalau betul masuk tempoyak kena buang terus tube tu. ngeri nanti kuning.
pastu ayil, "tu takpa lagi. nanti nak tukar pampersss amikkau bau tempoyak petai nanti."
eeee jahat dorang ni semua.


ni pun shida bagi semalam.
tolonglah lazat.
siap bagi asing ikan bilis goreng n sambal tu.
dia kata nak makan nanti baru gaul. supaya fresh rangup ikan bilis tu.
memang pun rangup i likeeeee.



ni pulak air semalam.
sirap bandung cincau.
semalam tak beli air so buat sendiri.

tolonggg. now aku lapar dan kehausan ni.


5 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, kedai lauk kak jah tu dekat maneeeee? Jangan kate sedap sedap sedap namploh kali tanpa bagitau location katne.. Boleh mengundang org menjadi hulk...murah yg penting.. Lauk bazar semua sampah.. Belum berbuka pun dah berbuih.. Nangissss.. Hehehehe.. Pls bgtauuuuuu.....

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Alamak.. acane nak masak tempoyak ikan bilia tu ek???

intandayani said... [Reply to Comments]

Lamenya tak makan tempoyak petai pucuk mcm2 tu

Anonymous said... [Reply to Comments]

menyesal baca..air liur menyimbah nyimbahh..>.<

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

rindunyaaaa entry juadah2 ramadhan ko. paling best tu berbuka satu family. meriah. x)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...