Instagram : @peejburhan

perempuan oh perempuan.



rasanya semalam ramai dah baca pasal ni.
semalam ramai dok share.
aku pun baca. nak tergelak aku.
rasa lagi kelakar bila tengok kat bahagian komen ramai jugak yang share.
bila dorang test kat laki or bf memasing.

ok untuk yang tak faham meh i terangkan.
konsep dia macam ni.
biasa lah perempuan ni mostly penuh ngan sikap cemburu.
contoh suami or bf beria-ia la whatsapp/sms kata dia accident.
memang agak parah la...nasib ada minah (insert name) tolong bersihkan luka, tolong bawak gi hospital or apa2 je la.
tapi laki tu cerita la detail macam mana pun keparahan accident tu.
perempuan tak baca semua tu.
dia cuma tanya...siapa perempuan (insert name) tu.
hjahahahahahha...ok kelakar.

ni ada few contoh yang aku grab.





eh tak clear pulak pic bawah ni.
tapi nampak kan?
tolonglah lawak.

entah la kalau jadi kat aku.
kalau time bercinta dulu aku bukan jenis jealous sangat.
aku jenis tak amik tau.
sampai orang sekeliling aku tak kisah.
lantok la kau.

dah kawin ni ada la cemburu sikit.
tapi jenis tak melenting la.
aku jenis konsep senang. kau nak aku ok bagus.
rasa-rasa dah taknak boleh jalan ye.
sendiri pikir.
wah gitu kak jah. cas lawa sangat macam ratu cantik sangat perangai kan.

then aku tengok semalam..
ada la perempuan yang test kat laki or bf memasing.
tapi memang mostly laki tak heran la.
laki bukan jenis melenting bila kita up nama lelaki.
dia lebih concern pasal kecederaan tu...kata asal tak bagi tau..dia leh datang. bla bla.
bagusss.

but then again.
semestinya berbeza dengan aku la.
aku ni kan relationship jenis lain macam sikit.
sebab memang dalam kes aku, laki aku jenis terlebih jealous dia.
yang mana dari dulu sampai sekarang aku tak faham apa jadah yang dia nak jealous sangat tah.
lain la kak jah ni hot meletop pom pomm pommm.. *effect mesti lebih*
kak jah ni hanyalah pam pam pammm je..badan di pam2 katanya.

jangan la buat pasal aku nak test2 whatsapp konon ada jantan tolong ke apa.
mau amukan tebalik semua tempat dia serang nanti.. eee takut.
kang mau makan tahun, dia dok ulang ingat aku ada scandal dengan mamat (insert name)
so takyah buat pasal.

macam semalam la.
dia call aku.
tau la laki aku ni daripada dulu 11 tahun lepas. dia memang jenis call berkali2 sehari.
ye okkkk. rimas memang rimas la.
tapi if dia tak call risau la jugak. rasa pelik.
risau macam, 'eh dia ni hidup lagi ke tak ni? tah apa jadi lak ni'
padahal maybe dia busy sikit je la kot tak sempat call. gitu..
dia tu kalau call bukan nak cakap apa pun.

nak tanya, "kat mana tuuu?"
                    "buat apa tuu?"

hangin satu badan karang. macam dulu aku kat rumah kot.
kau call la setiap sejam pun. jawapan tetap sama ok...hahhaha tolonglah dia ni.
jadi hangin sebab aku kan guna hp nak salin segala alamat customer la apa.
so dia call tu gangguan ok. me not like.

paling tak tahan kadang dia call setakat nak tanya,

"oling tu atom ke pongi tu?"  (darling, tu masam ke wangi tu)

kau boleh call nak tanya tu je. eee sabar je la.
ok sambung.
so semalam dia call.
tapi aku takleh nak layan sebab ada orang kat depan nak jumpa.
aku cakap la ok dahhh. ada orang kat depan nak cakap pasal produk bla bla...lelaki...i kena jumpa ni..sementara tunggu elly.
punya panjang aku terangkan ...dia dengar perkataan LELAKI tu je!!!
terus suara dah garang2 tanya lelaki mana? apa dia nak jumpa u?
dia buat apa situ?
eh memacam la tanya pening kepala aku.
terus aku cakap...ooo orang tu nak jadi agent ellfie tu.
baru dia ok.
e eh gilaaa..dia ingat asal ada lelaki je nak ngorat aku kot.
pahaman mana la dia dapat tu.

so kalau suami/ bf korang macam laki aku ni.
tak perlu la mengada nak konon2 gurau2 konon nak up nama lelaki memana.
kang lain jadinya.
aku plak jenis malas gaduh ni. rimas n pening la.
so takda masalah, takyah la sibuk nak cari masalah.

korang pulak macam mana?
kalau husband/bf korang up nama perempuan secara tetiba korang jenis melenting tak?
heheh

eh ok la tu je.
i nak keluar beli stationary kejap ye.
ok ta-ta



11 Comments:

Xuriana said... [Reply to Comments]

ishh aku pun tak berani nak gurau sebut nama lelaki. ajib tu bukan betul. dia ckp kang tau-tau jumpa lelaki tu kepala dah tergantung kat kipas je. i dont like him. tsk tsk.

Liyana said... [Reply to Comments]

kami laki bini pulak sama2 jenis xde perasaan. huahua lagi haru acaner tu. jaga diri masing2 konsepnya behehe

Nazima said... [Reply to Comments]

ada orang pompuan try kat pakwe dia..cakap dia jatuh longkang. lepas tu asyraff tolong. laki tu sikit tak tanya siapa asyraff. hahahahaha..berbeza betul laki & pompuan punya tahap jeles.

haslina rusli said... [Reply to Comments]

kak.. hapdate lar gambar raya =)

Syuhadah Mazardin said... [Reply to Comments]

sangat la setujuuu la ngn u sis ... smalam pon ade pikir nak try test gak tp pikir 2 kali je terus decide xyahh arr kang die bukan pikir prank ke viral punye ke ...die tu pikir hati die nye bengkak je kang makan tahun kene hadap topik ni ulang2 kang ...haishh ...macam la ai ni pom pom bagai tu.. gemok gedempol kott !! uhuhuh

Intan and The Boys said... [Reply to Comments]

tolonglah pija. ben ni sama je mcm laki akak. cemburu mcmkan bini hot seperti che ta. pantang kalau akak keje dalam navy base, mesti suruh jaga mata jgn cakap ngan mat2 navy. adoi. kalau tak cakap mcm mana nak buat keje? u tell me???

Alia said... [Reply to Comments]

HAHAHA so true lah. Aku jenis dengki jugak. Almaklumlah, 12 tahun LDR, maunya tak develop hawk-eye. Lagipun memang ada sorang pompuan ni minat kat dia, so lagi la aku berFBI CSI bagai. I know he hates it sebab dia tak pernah kasi any reason for me not to trust him. He said jealousy is caused by lack of trust, and if your relationship has no trust, then your relationship certainly has an issue that needs to be dealt with.

Matikler dia berhujah pulak khaann.

On the other hand, kalau aku sebut nama laki lain, his reply would be "ooo hot. What did you guys do?"
Aku tak tau la samada dia ni memang jenis saiko atau aku ni mmg masam gila it's impossible to have other men like me.

hahahhhaaha

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

oo gitu rupanya cerita pasal diana tu. serius mcm clueless bila baca kwn buat status psl 'diana' kat fb hahaha. btw comel la korang ni. yang call tanya bau wangi ke masam tu hahahh. lucikly husband sy xde hantar msg whatsapp diana semalam :'DD

crescent said... [Reply to Comments]

Kecoh pasal Diana ni...tapi bila baca komen kat post tu sumpah lawak gila...ada yang menjadi ada yang tak sebab awek dia dah baca dulu...hahaha...tapi persoalan yang penting sekarang...siapa Diana???hahaha

Shida Idris said... [Reply to Comments]

hahaha..kelakar la ben ni.
tapi rasa bertuahnyaa dapat husbby macam ben. husband saya jangan haraplah, nok call ke, sms ke, whatsapp ke. non hadoo. kalau dia call maksudnya ada benda nak tanya

aritu sebulan dia kat kl, saya kat kelantan. pun tak call. adala call first week tupun sebab saya whatsapp bagitau anak rindu. dia pun call kejap.

kalau saya up ada laki tolong pun rasa dia tak kisah

Mimy Hamid said... [Reply to Comments]

aku melenting peej hahahahaah...ye aku saiko kiki

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...