Instagram : @peejburhan

Mood raya

macam mana semua?
mood raya dah mari ke?
aku biasa-biasa aje.
langsung takda feel raya.
takda langsung beli apa pun untuk hari raya.
lantak la.
takda sapa dibenarkan datang raya rumah aku. hahaha keji gila.
ye la. takda ciri2 rumah nak beraya pun.
sapa nak raya jumpa aku, bagi tau awal.
so aku suruh datang raya rumah parents aku je. mueheheh.

baju raya apa pun takda.
pakai je la apa ada.
raya ni yang aku prepare pun kuih raya je.
tu pun semua kat rumah mama. rumah aku ilekk.
dan excited sebab nak makan raya nanti je.
tu pun memula mama kata taknak masak.
hoiiii mana boleh. takpa kita masak bersama.
kalau mama taknak meh aku masak.
walaupun mungkin tak sesedap mama masak. tapi tak kiraaaa.
nak jugakkkk makan...so i sanggup masak.
aku siap cakap mama takyah masak banyak...buat nasi impit ngan sambal daging je sudah.
uihhhh sedapnya...dah terbayang ni.
rendang semua takyah. memang since last year aku dah order je.
kat pakcik pasar juadah danau kota tu. nyam nyam.
senang sikit la. letih weyh semua nak masak kan.

aku tak sabar nak tunggu korang balik kampung ni. hahaha kong ajo.
ye laaa. balik nanti lapang sikit KL kan.
gila kau sekarang ni jam sesajo kat mana-mana.
hari tu daripada rumah aku nak ke rumah mama amik kau sejam setengah baru sampai.
selalu 15 minit leh sampai. gilaaaa.
aku memang idok le nak pergi shopping mall ke apa.
laki aku ajak pergi berbuka luar pun aku buat pekak je.
tak sanggup aku tengok kereta bersesak masuk bagai tu.
tak payah ye.

tolonglah sana sini orang update raya.
apesal i tak feel tahun ni?
maybe tahun ni lain sangat kot.
tahun pertama tak beraya dengan both abah ngan mak mertua aku.
kedua-duanya pergi dalam tempoh tak sampai setahun ni.
arwah abah pergi masa tahun lepas 3 minggu raya.
arwah mak pulak baru je lagi 2 hari sebelum ramadhan hari tu.
Ya Allah bezanya raya tahun ni.
selalu setiap tahun aku beraya dengan mak dulu.
nanti around 2pm macam tu baru dengan parents aku.
tahun ni tak tau la. ada dengar macam suami aku adik beradik nak kumpul rumah kakak dia.
tapi dengar gitu je la. laki aku takda cakap apa.
aku tengok dia pun banyak diam je.
aku dengar lagu raya pun dia tak berapa nak layan.

rumah parents aku pulak papa sakit kan.
mostly kami semua tak berapa larat nak meriah sangat raya.
tambah lagi keadaan papa macam tu.
cukup la makan2 raya sesama sendiri je.

baju raya pun ahkak tak beli uolls.
konon nak pakai apa yang ada.
tapi tersedar bebaju tu aku tak basuh pun. hahahah
dasar pemalas gemuk takleh harap.
konon nak basuh tangan la bebaju tu. hampehhhhh.
jadi mari kita pakai baju mix and match je esok bagai kan aku la fashionista tersohor. kah kah.

tolonglah dengan rambt berbelang macam harimau belang ni.
malasnya nak pergi kasi betul. tolonglah dah tua ni.
mak aku hari2 berzikir tepi telinga aku suruh pakai tudung.
auuwww debar2 nya i.
dah la seram. hari tu filla datang rumah i bagi shawl 1 bag.
dia tu pantang kalau aku dok sebut2 pasal tudung ke apa.
tau-tau nanti dia bagi aku anak tudung, nanti dia ajak beli brooch, beli pin la.
helpppp...
takpa..doakan kita di beri kekuatan ye.

eh ok la.
aku nak jemur baju tu.
baju ada 2 load kena basuh.
nak lipat sebakul tu.
pastu nak semenggahkan rupa sendiri.
tak tahan tengok filla n elly eksyen persiapan mencantikkan diri memasing.
abis dorang je nak cantik? aku ni? takkan nak beraya dengan misai macam lelaki tua yang gatal?

ok bye.
nantikan selfie raya kak jah.
kalau nak muntah pergi jejauh ok.


8 Comments:

Dils said... [Reply to Comments]

Selamat Hari Raya Peej. Moga your father continue to be better.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Hi peej selamat hari raya to you n your family😃pasal pkai tudung tu kan i pun mmg ada niat nk pkai tp pkai mcm xbiasa pastu dah xleh pkai baju n sluar sesuka hati adala sedikit changes kan.. Tp xpe hopefully one day kan we nver know just doakan yg yerbaik.. Moga ur dad will rcover soon.im so happy bila u update..

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

selamat hari raya, peej!! xD

soleha aj said... [Reply to Comments]

Selamat hari rays peej

Cik D momy the ZAs said... [Reply to Comments]

Selamat hari raya peej :)
Me & family doakan uncle bob cepat sembuh n boleh beraya bersama uols later insyaAllah

Khalid Kyle said... [Reply to Comments]

Selamat Hari Raya ye buat sis peej sekeluarga :)

Fara said... [Reply to Comments]

Selamat Hari Raya Peej...lamanyo tunggu ko hapdet story..papa uoll mcm mana skrg dah semakin kuat ke..mamanya sihat ke...ape pun semoga semua baik2 hendaknye...
i start pakai tudung 2 tahun lps kawin sbb hubster x larat layan parents dia bebel kat dia. mula2 pakai mmg la ala2 kene paksa2 kan. lama2 Allah bagi keselesaan dan keyakinan alhamdulillah skrg ni dah rasa biasa n rasa tak kena je klau x pakai sbb kadang2 tu hubster yg request keluar dgn dia xyah pakai ishh bley plak dia tuh. org dah tuko niat pakai tudung kerana Allah taala kott.
semoga Peej berkeyakinan dan selesa berhijab soon! xoxo

Anonymous said... [Reply to Comments]

lama sangat mood raya nye sis.. bila nak tukar mood lain.. haha :)

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...