Instagram : @peejburhan

Expose Mistik : Nak saya teman?

Ya Allah lama sangat meninggalkan blogging ni hampir lupa pulak pasal segment Expose Mistik ni.
ni tetiba teringat.
elok pulak ingat tu memang kebetulan hari khamis lak tu.
so apa lagi pantas bukak folder Expose Mistik tengok if ada email kisah2 yang reader kongsikan.
e eh ada satu.
so mari publish.



*******************************************

Assalamualaikum.

Ini cerita kawan aku bernama akma. Waktu tu minggu studi. Macam biasa, studi waktu malam. Sunyi2 baru senang masuk kepala otak.

Waktu tu pukul 12 lebih nak ke pukul 1 juga. Sebab mula studi start dari pukul 8, otak dah start tepu. So, akma decide nak ke toilet. Berhenti sembahyang dulu. Aku sambung studi macam biasa.

Tengah aku kusyuk studi, aku dengar orang lari. Jantung dah berderau. Siapa pula main lari2 malam2 ni. Tak kelakar ok. Time ni la aku teringat kisah-kisah tengah malam bunyi orang berlari, then ada bunyi orang ketuk pintu. Bila buka, kat luar pintu ada budak kecil sengih-sengih sambil tanya baju dia cantik ke tak. Itu cerita blok sebelah. Takkan dah berjangkit ke sini. Sial la...

Then bunyi tu makin dekat.. Aku serius tak nak pandang pintu.. Mata aku cari2 mana aku letak yasin..

Pang! Pang! Pang! Bunyi orang ketuk pintu dengan telapak tangan...

Aku hampir nak jatuh dari kerusi. Tangan kaki ketar memang tak reti nak describe. Jantung aku dupdap dupdap dari tadi.

Then pintu dibuka.

Akma.

Dia masuk bilik. Tutup pintu. Kunci.. Tercungap2. Aku pandang dia dari atas. Nak komfemkan lagi.

Komfem muka dia. Aku jadi lega.
Then terus aku tengok kaki. Harap2 dia tak melayang... Fuhh.. Lega.. Ada kaki..

Then aku tengok atas balik. Mata aku berhenti kat tangan dia yang pegang selipar.

"kau pehal?" aku tanya dia. Dia bg signal suruh aku sabar. Dia guna selipar dia untuk bagi signal tu.. Dapat bayang tak macammana rupa org bagi signal suruh sabar guna selipar pegang kt tangan? Aku tahan gelak juga waktu tu.. Aku pergi dekat dengan dia. Then duduk atas katil aku.

"aku kena kacau lepas aku ambik wudhu tadi" dia start stori.

Aras kitaorang toilet ada 2. Satu hujung hadap jalan, satu hujung hadap hutan. dia pilih pergi toilet belah yang dekat dengan hutan. Sebab nak bagi mata segar jalan jauh sikit...

Waktu tu ada sorang akak tengah basuh kain.. Dia tengok atas bawah dulu. Nak komfemkan betul ke ni orang.

"ni akak ni.." akak tu kata.. Dia sengih2 pada akak tu then masuk bilik air. Lepaskan hajat dulu. Dalam 3 minit lepas tu (dia agak2.. Dia yang kata), bunyi orang basuh baju dh stop. Suasana jadi sunyi sepi.. Dia rasa tak syok sebab dah sunyi sangat.. Cepat2 keluar dari bilik air pergi ke sinki..

Dalam toilet tinggal dia sorang.. Dia ambik sinki paling tepi dekat pintu. So that senang dia tengok if ada orang masuk.

Dia start ambik air sembahyang.. Time dia nak basuh muka, sinki sebelah start terbuka.. Dia tak terfikir lagi yang dia kena kacau waktu tu.. Dia tutupkan balik... Kasi ketat2.. Then sambung ambik air sembahyang.. Next, sinki sebelah pada sinki tu pula terbuka.. Dia dah start rasa lain macam... Dia tunduk pandang sinki.. Tak mahu pandang cermin.. Dia biar je sinki tu terbuka.. Dia sambung ambik air sembahyang.. Then sinki yang tadi terbuka balik..

Time ni dia beranikan diri.. Pandang kanan.. Depan dia... Ada sorang perempuan senyum pada dia.. Tapi senyuman dia tu bukan senyuman yang mesra manis seangkatan dengannya.. Tapi senyuman yang menyeramkan.. Dia dah macam yakin ni bukan orang sebab tak nampak sorang pon masuk toilet..

"ambik air sembahyang ke?" perempuan tu tya.. Dia angguk kepala perlahan.. Time dia angguk.. Dia pandang kaki.. Tengok2 perempuan tu terapung.. Dia tengok cermin.. Takde dalam cermin..

Akma waktu tu kaki dah start lembik.. Dia pandang muka perempuan tu.. Perempuan tu sengih lagi..

"saya teman.." perempuan tu kata..

"ok" akma jawab.. Makin ketar dah.. Time tu sinki sebelah satu lagi start terbuka lagi.. Yang perempuan tu dah start humming. Lagu apa ntah. Yang dia dengar melodi seram je.  Dalam hati dia harap-harap takdelah lampu nak main kelip-kelip pula. Dia dah tak pandang perempuan tu.. Dia beranikan diri.. Sambung ambik air sembahyang.. Lepas dia basuh kaki kiri.. Dalam ketar2 dia... Dia capai selipar dia kat lantai tu.. Aim pintu.. Dalam hati harap2 perempuan tu tak blok dia kat pintu..

Dia terus lari selaju yang boleh.. Tp smpat dia dengar perempuan tu tanya dekat kat telinga dia

"nak pergi mana tu? Nak saya teman"

Dengar perempuan tu tanya macam tu.. Lagilah dia pecut... Terus masuk bilik kitaorang and kunci..

Aku serius terdiam dengar dia cerita..

"serius?" aku tanya dia.. Dia angguk kepala..

"serius la wehh.. Takkan aku nak tipu benda macam ni tengah malam buta macam ni.." akma kata pada aku sambil tunjuk ke arah aku guna selipar..

"jap2.. Aku pelik satu.. Aku tak faham"

"apa dia? Kau tak faham apa? Cerita aku simple je" akma tanya aku macam samseng.

"er.. Pasaipa ko cabut selipar sebelum lari?"

Akma pandang selipar kat tangan dia.. Then pandang muka aku..

"dah kalau aku lari pakai selipar, selipar ni basah aku ambik air sembahyang tadi.. Aku jatuh macam mana? Licin kot" dia soal aku..

Aku tahan gelak. Sebab takut kalau gelak ada yang ikut gelak sekali.. Tapi akhir malam tu.. Kitaorang tak tidur until lepas subuh baru berani tidur.. Pasang yasin semalaman.. Dengar cerita.. Akak yang basuh baju malam tu dah lari awal sebab kena teman macam tu juga..

Sunyi agaknya hantu tu...

Sekian.. antara cerita zaman belajar dulu.. 

-Nik- 


*******************************************

eeeeeee serammmm i don't like.
ini menguatkan lagi alasan aku untuk hand wash baju aku yang sebakul tu.
takuit i tetiba nanti ada yang nak teman.
ewahhh alasannnn. kata je la pemalas abadi. huhu.


Kalau korang ada kisah Expose Mistik nak share. boleh email aku yea.

email : nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
subject : expose mistik : ....tajuk....


9 Comments:

Ummi Zara said... [Reply to Comments]

Tgn gatal nk bukak jgk nk bace memalam cenggini dah xblh tdo. Choiii

iduraz said... [Reply to Comments]

gilerrla takuttt...nak saya teman..hukhuk

intandayani said... [Reply to Comments]

Jangan la aku dok bgn mlm buat susu anak ada yg tegur..tak sanggup mak

norey said... [Reply to Comments]

huhuhu.....serammm..kalau diri sendiri kena...harus pengsan terus..

nurul asiken.apandi said... [Reply to Comments]

serammmm....habis berdiri bulu2 semua...hahaha

cikpuanfairul said... [Reply to Comments]

setakat ni,cite ni yg paling seram rasa nya...

Didi Kar said... [Reply to Comments]

Alamak. Byk pulak komunikasi dgn hantu tu wuwuwuwu serius seram

Anonymous said... [Reply to Comments]

Pembaca
soalan..
kenapa benda benda ni only banyak berlaku di negara kita?
Negara islangm lagi.

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Kah kah kah kah...aku x takut baca cerita ni, tp aku berdekah2 gelak sb jln cerita dia funny sgt....best lah budak pompuan yg taip cerita ni, sampai ke hati aku kelakar dia..hehehehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...