Instagram : @peejburhan

aturan itu.

it's 1.21 am, aku still belum tidur.
baru lepas feed papa pukul 1 pagi tadi.
malam memang shift aku.
so tahan mata untuk bagi susu.
tadi pukul 12.30 am mama terjaga dari tidur, terus tanya dah bagi papa susu?
aku cakap belum..pukul 1 karang.

risau mama. sebab before discharge hari tu dia kan kena ulser kat perut.
so taknak biarkan tak bagi lama. takut nanti luka lagi perut dia.
susu bagi setiap 5 jam.
if 4 jam macam cepat sangat. selalu nanti masa tarik sisa sebelum bagi susu akan keluar sisa ke apa.
so 5 jam just nice.

tapi semalam ada kes.
Alhamdulillah papa banyak sangat progress dia.
macam-macam la respon dari dia.
tangan kemain kuat bergerak sana sini kanan tu.
kalau kita hulur tangan kemain genggam.
kalau tanya soalan kalau ye, dia kelip2 mata.
kalau taknak tu kemain tangan tu kekiri kekanan tunjuk isyarat taknak.
pastu mama kata kemain kepala sekarang boleh geleng la, kadang tu senyum.
aku tak dapat tengok lagi. dengar cerita je la.

kelmarin 1st day papa start fisio.
orang tu kata elok tangan n kaki papa semua lembut lagi.
selalunya orang yang dorang fisio keras.



tangan kanan papa yang kuat tu memang kita orang ikat kat katil.
sebab kalau tak laju je dia cabut feeding tube kat hidung tu.
pitam weyh kalau asyik cabut. sekali panggil doktor untuk pasang kena rm100++
ada sekali tu lagi la dia cabut tube leher tu ok.
tu memang kena panggil ambulan la bawak gi hospital terus pasang.
tau la ambulan ni harga boleh tahan.
kereta takleh naik. sebab papa kepala dia tengkuk tu tak kuat.
macam baby baru lahir tu. so risau lak kalau kita orang nak angkut ke hulur ke hilir naik kereta ke apa kan.

so anyway, kuat betul tangan papa. kau ikat tau-tau nanti tangan dia dekat je area dada la apa.
woi seriau. kalau lepas atas dada harus menjerit nanti...tangan papa tuuuuu. hahhahaha.
semalam memula aku tengok eh apesal tersenget ke kanan badan papa ni.
macam melurut ke bawah. position time tu macam 45 darjah la.
aku pergi nak betulkan. elok ok aku tengok scarf ikat tangan tu dah nak ke siku..tangan dia elok tongkat kepala dia baring senget. hahaha sabar je la.

aku betulkan position papa bagi straight balik n ikat bebetul tangan supaya takleh naik tinggi.
dah few times ok kena..dia takleh angkat tangan dia sbb kena ikat, dia sengetkan badan dia nak cabut tube. amboihhh.
then 1/2 hour lepas tu..aku tengok menyenget lagi teruk badan menyenget sangat sampai dah kena railing katil.
terus panggil ayol suruh betulkan. aku tak larat nak angkat.

then lepas tu noy lak facetime. layan sembang kejap.
kul 1 lebih aku kata nak bagi papa susu la.
aku buat susu kat belakang. pergi depan bukak lampu.
nak tengok tube belah kiri ke kanan selit..nak tarik meja ke situ.
yang tinggal hanya selotape aje ok. tube takda!!!

tangan aku ikat kuat kot.
kau tauuuu...tangan kiri dia yang baru fisio sekali tu elok ada tube tu.
whatttt??
harap maklum tangan tu memang hardly move sebab stroke tu kan.
so memang tak perlu ikat.
kau tengok la kuat tak kuat papa ni, baru sekali dia dah leh gerakkan tangan n selamba je dia cabut tube.
pastu aku bising la bebel sambil pegang tube tu.
tanya..ni macam mana ni? nak bagi susu macam mana ni?
apesal cabut?
relax je dia jeling tajam ok. hahahhaha sabar je la.

kita bukan apa. kita kesian kat dia la.
bukan ada makan ke apa. harap susu je kan.
kul 1 pagi kot.
last bagi susu time tu 8.30pm kot.
nak tunggu pagi baru orang boleh datang pasang tube tu. haih la papa.
nakal bebenor.

tapi seronok la tengok banyak improvements.
aku dah dapat tengok papa geleng n anggguk kepala dia.
macam aku cakap, panasss la rumah ni paaa...papa nak pija pasang aircond? kemain dia gelek.
hahaha seronoknyaaaa..terkelip2 mata dia.

pastu tadi aku ada bagi susu pukul 9 pm
masa tarik susu tu tube tu merah coklat macam darah. berderau jap.
sebab agaknya semalam tu kan tak minum susu 12 jam gitu sbb tube tu dia cabut.
perut dia luka la kot.

yang mama biasa la menggelupur terjerit2.
kata panggil ambulan bawak hospital.
hamagadddd. bertenang boleh tak.
aku uruskan. teruskan bagi susu.
yang mama still bising takut takutt.risau risau.

sambil bagi papa susu aku bebel.

"lain kali takyah la bagi tau mama. cepat panic la dia tu. pastu bising terjerit-jerit...bising betul la mama ni kan pa?"

kau tau papa buat apa?
beria-ria dia angguk 3-4 kali.
hahahhahahahahahah.
cerita kat mama sentap je mama. sebab papa setuju dia bising. hahaha.

so tadi aku cakap kat mama.
kita buat bagi papa susu every 4 hours pulak la.
bagi perut dia ok sikit.
sebab sensetif kan perut dia.
so tu yang tadi around 1 am aku bagi susu lagi.
tengok ok. cuma tak hadam betul sangat.
tapi ok la takda darah ke apa tu.
maybe kalau 4 jam setengah just nice kot. see how.

so tadi dok bancuh susu.
tersenyum je aku.
sebab sebijik macam susu budak. ngan scoop nya apa semua.
air panas, air suam..itu ini la.

sambil bancuh tu terpikir.
kalau ada anak macam ni la kot.
pepagi kena bancuh susu bagai.
then terpikir, Allah tak bagi aku rezeki anak, so aku tak tau cara nak uruskan anak..tapi Allah gantikan pulak dengan uruskan papa.
sama je..siapkan susu, tukar pampers, uruskan itu ini.

ketentuan Allah ni kita tak tau.
aku terbayang tadi..kalau aku ada anak, let say kalau selang 2 tahun aku ada anak..maybe aku dah ada 2 anak..kalau rezeki Allah bagi tiap tahun beranak..dah 3 anak aku.
kalau aku ada anak, walau sorang pun...mesti masa, duit aku dah sibuk ke arah anak aku.
maybe aku tak dapat nak bantu sangat family aku.
tapi mungkin jugak rezeki anak, maybe bertambah2 rezeki aku..aku mampu nak handle both anak n parents aku. Wallahualam.
Allah lagi mengetahui. Dia lebih tahu tahap mana kemampuan aku, dengan kesihatan aku ni.
kalau semua nak handle. pitam berkali2 mungkin.


apa-apa pun. walau penat. tak cukup rehat. takda masa untuk bersuka ria sangat sekarang.
i'm so grateful Allah masih bagi peluang untuk kita orang bersama papa. menyakat dia semua.
bersyukur jugak family aku semua bersatu padu give and take masing2.

semoga kami terus di beri kesihatan dan umur yang panjang dan di murahkan rezeki.
eh dah macam ucapan hari jadi standard ni. heheheh.

ok la chiow. i nak tidur.
kang nak sahur. pastu nak balik rumah.
pastu nak kerja dah.
nak masuk awal la esok. masuk lewat, nanti selalu kejap je i dapat bersembang ngan elly.
sebab sibuk buat kerja n busy.

ok nite people.


15 Comments:

Mr. Ambassador said... [Reply to Comments]

Salam ... sorry to read about your dad. Well this is what we found out while taking care of my dad for the last 3 weeks at PPUM. Untuk pesakit yang selalu cabut tiub, nurse akan pakaikan diaorg special gloves yang ada bantal. Tangan pesakit ble gosok mana2 parts badan tapi tak ble cabut tiub sebab pergerakan jari dihalang oleh bantal tu. Gloves bentuk 4 segi and ada bantal tebal kat tapak tangan.

Hope this will help you.

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Semoga dipermudahkan semuanya...

FIZA said... [Reply to Comments]

ayah saya dulu pun suke jugak cabut tiub...kesian mak...sbb xtahu mcm mana nak bg susu kat ayah....kne lah bawk ayah pergi klinik desa ke...klinik swsta ke......yelah ayah mmg xselesa...kami faham...tapi kami terpaksa...sbb itu je yg boleh diminum....last2 ade seorg brother yg keje kat klinik gov..die ajar mak mcm mana nak pasang tiub tuh sendiri.....ayah kene pelahan2 telan tiub tuh....tangan mmg xyah ckp lah...mmg sentiasa kene ikat...terpaksa sngt...kdg2 kesian....tapi alhamdulillah...skrng ayah x pkai tiub dah...sbb boleh dah telan makanan sendiri....ayah sy dah 7 tahun strok...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Dear Peej, Allah belum bagi lagi rezeki anak tapi dia bagi rezeki jaga ur Dad, u should be proud of urself tak semua orang boleh buat ...

Siti Khairiyah said... [Reply to Comments]

Kak Peej, saya teringat masa jaga arwah nenek saya... Sama jugak cara macam kak peej buat. Buatkan susu tukar lampin semua tu... Rindu betul kat nenek saya...

norey said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah dah ada peningkatan..
Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat auntie & uncle serta peej.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to Comments]

besar pahala peej...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Kak Peej, I really think that you a very sincere, wise and nice person. You are unique in your own way. I hope everything goes well. In shaa Allah.

Zuhannisa said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah..Semoga semua urusan dipermudahkan...and hope uncle cepat sihat..

!EFIL said... [Reply to Comments]

Kalau ada anak maybe u tak sempat nk jaga papa peej.. Perancangan Allah terbaik.. Banyak pahala u

asmah said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Peej, u are such a wonderful, kindhearted lady. I sincerely adore you kindness toward your parents. Without your knowledge you are actually sending good vibes to your reader. My du'a for both you and your parents.I wish I can be a good person, full of kindness and love like you. Please pray for me too in your du'a.

Super Nia Hana said... [Reply to Comments]

Peej.jgn rs penat. Jgn rs beban. Enjoy it. Senyum ketawa depan papa kamu.
hana dh lalui semua ni. Pengalaman yg oaling tak boleh dibeli.berbanggala mampu berbakti od org tua kita

Tak semua org mampu

Suriya Majid said... [Reply to Comments]

wahh, banyak progress, moga uncle kembali sihat macam dulu

LiZa DyZa said... [Reply to Comments]

Tumpang tanye dimane saya bole beli bantal tu sbb ayah sy pun baru kena stroke dlm 3 minggu..baru seminggu kuar wad dan dh 5x g ulang alik klinik kesihatan utk psang blk tiub tu.. ksian tgk dia stiap kali nurse nk pasang tiub tu..

Mr. Ambassador said... [Reply to Comments]

@LiZa DyZa

Sori ... i dun know where to find it. Maybe u can just ask the nurse or DIY

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...