Instagram : @peejburhan

ampun maaf di pinta

sempena ada raya lagi ni aku nak mintak ampun dan maaf ye.
hahaha baru reti kan. padahal dah berapa syawal dah ni.
mintak maaf kerana menyepikan diri.
amboi kemain korang kan sound kak jah sana sini sebab tak update.
ahkak bukan apa. dengan busy tahap melampau ni...dengan pemalas lagi...dengan tak tau nak cerita apa lagi la.
korang ni tak buhsan ke dah berapa tahun ni hah aku blogging. samo ajo ceritanya.
aku ni pun dah bosan. korang tak bosan ke? cerita sama je pun ulang2. hahah.
eh esok 31/7 kira genap la aku blogging selama 9 tahun dah ok.
gila laaaa lama.
tapi apa la nasib sejak kebelakangan ni takda mood dah.
nak mengaku blogger pun dah tak sesuai sangat.

ni ada masa sikit sebelum office tutup.
mari update light-light ye.
nothing much. kehidupan macam biasa.
sibuk ngan kerja n all.
sekarang jadual aku dah berbeza.
dulu aku team burung hantu.
sekarang aku team membosankan hahahha
pepagi dah bangun masuk kerja. then kerja.
petang rehat kejap. malam pun tidur awal.
ni pun rasa bersalah ni 1-2 minggu ni aku jarang ke rumah mama.
satu sebab penat sangat berduyun sangat order masuk.
banyak betul duit korang ni kan. aku ingat lepas2 raya ni sepi...tapi Alhamdulillah ok la. banyak gak order everyday.
kadang tu balik kerja konon nak rehat kejap. tau2 tertidur je.
tau-tau elok macam starfish terkangkang je tidur.

pastu paling letih sebab tolonglah la banyaknya laundry nak buat.
akhirnya semalam siap gak la.
hasilnya 1 load basuh. 2 bakul aku lipat baju.
tu pun ada 1 bakul baju yang konon nak 'hand wash' puiiii. berabad elok dalam bakul.
ada aku campak je semua dalam mesin nanti. hahahaha.
dah la laki aku tu mengalahkan budak kecik pakai baju.
aku rasa baru je aku buat laundry...tetiba nanti...jaaa takda baju la..jaaa..spender takda ke nak pakai.
eiiiiiiii....padahal ada je. ke maksud takda dia tu adalah baju n spender kegemaran dia takda?
tu baru hidup laki bini je tu.
kalau ada anak mau 4 load baju aku kena basuh kot.
al pitamsss.

i is stress u knowww.
when i stress u tau la kan. mesti i makan untuk menggembirakan hati i.
tapi rupanya tak gembira..sebab lepas tu stress balik.
sebab bila timbang berat hampir pitammm. hampir je la. tapi tak pitam lagi la..
sebab kang pitam mau aku terdampar je situ..takda sapa yang sudi nak angkut..kata berat melampau kan.
kesian i kan..nak pitam pun kena pikir sekeliling.
by the way..i pitam kerana berat bertambah hampir 10kg.
huahauahahauahauahgkjnskjvn sknvgwotu0]9234irjmkf nmi *gelak sampai terkentut-kentut*
serious weyh patut la baju n seluar i semua ketat. helppp.
tapi makan sedap how la?
diet memang idok le kak jah ni. selalu diet pun bertahan la 1-2 minggu je. keh keh.

oh cakap pasal kentut.
tolongglahhhh. sekarang aku takda lagi adegan kentut surprise.
tahap angin dalam badan tak terkawal..aku kentut je bersepah.
laki aku memang pasrah je la. tapi nampak la berkerut2 muka dia setiap kali aku kentut.

"jaaa...dulu u burp pun cakap excuse me..sekarang ni kentut pun tak cakap apa.. *muka kecewa*"

alaaaa sorryyy laaaa.
belum lagi tiap malam nak tidur tetiba takleh.
sebab takleh napas sebab dada sesak sangat.
kena la laki aku letak balm pastu urut2 kasi lepas angin.
baru boleh tidur.
eh dasyat betul la penangan  gemuk melampau meningkat usia ni.

eh ok la.
dah kul 5.
i nak balik.
nanti kalau masa mengizinkan i update lagi yea.


1 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam..jgnla kata begitu..tanpa blog memang mahal advertisement.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...