Instagram : @peejburhan

tenanglah mak di sana.

terlalu banyak nak cerita.
tapi takda masa sungguh nak berblog nowadays.
tambah pulak sekarang bulan puasa kan.
office pun tutup awal.
so siapkan kerja awal-awal.
balik terus post, then balik rumah kejap rehat dalam1/2 jam keluar balik beli juadah berbuka puasa.
puasa ni aku berbuka rumah mama..lepas berbuka terus kat sana.
sahur, then lepas sahur baru balik rumah.
macam tu la hari-hari buat masa ni.

tah la jiwa sekarang rasa kosong je.
daripada berdua asyik mengadap muka laki bini aje.
baik spend masa ngan family.

siapa yang follow instagram n facebook aku mostly dah tau.
tapi tak semua follow kan, so ramai jugak yang tak tau.
2 hari sebelum menyambut puasa, ibu mertua aku pulang ke rahmatullah.
terlalu banyak aku nak cerita pasal arwah mak.
tapi aku belum berkesempatan untuk update panjang.
tapi aku amik masa sikit ni untuk update.

kita orang di maklumkan mak meninggal pukul 3 pagi selasa 16 jun lepas.
kebetulan hari tu aku tidur agak lewat. dalam pukul 2am baru nak tidur.
suami aku pulak main komputer kat bilik sebelah.
padahal kalau tak selalunya 12ish macam tu dah tidur.
aku rasa macam baru tidur kejap, tetiba kena kejut.

him : ja..bangun ja. mak nazak.

me : hah?

him : mak nazak. ni hafiz hantar whatsapp *hulur phone kat aku*

rupanya laki aku baru nak tidur time tu.
jam time tu around 3.05 am.
terus dalam mamai tu aku sarung baju n seluar. sama ngan laki aku.
terus keluar daripada rumah menuju ke hospital.
baru separuh perjalanan, sekali lagi hp suami aku berbunyi.

him : jaaa..mak dah takda ja. mak dah meninggal ja.

terus meleleh air mata.
then kita orang berdua sedekahkan Al-Fatihah untuk mak.
laju aku bawak pergi hospital.
nasib tengah pagi, jalan lengang. parking pun lengang.
terus ke wad mak.

sampai tengok nurse sedang uruskan mak.
cabut semua wayar, drip, segala alatan kat mak.
kita orang berdiri tepi tunggu n nangis beramai-ramai.
time tu yang ada hanya keluarga adik ipar aku hafiz n kami suami isteri

bila dah siapkan mak. terus pergi tengok mak.
Ya Allah sedihnya, macam tak percaya sangat. rasa macam cepat sangat semua terjadi.
tapi aku tak stay lama, aku bagi peluang untuk suami aku n hafiz situ. ruang kecik wad tu.
aku ke tepi sambil pegang auni, anak buah aku yang berumur 3 tahun lebih.
tengah aku leka tengok suami aku, sambil baca Al-Fatihah tak henti tetiba auni bersuara.

auni : aunty ija, tu sapa tu?

me : sapa apa auni?

auni : tu *sambil tunjuk ke arah jenazah mak* yang kita tengok tu.

me : tu nenek auni. nenek dah takda tau auni. nenek dah meninggal.

auni : hah? nenek? bukannn la.

me : yeee. tu nenek tu. nenek dah meninggal tau auni.

auni : tak la..tu bukan nenek. nenek kat situ la. *sambil tunjuk ke kanan satu ruang kosong tak jauh dari tempat mak *

me : *berderau darah* eh tak la. nenek dah takda. nenek dah meninggal. tu nenek tu *sambil tunjuk jenazah mak*

auni : bukan la aunty ija. nenek ada kat situ. *sekali lagi tunjuk ke arah yang sama*


Wallahualam, tak sure apa yang auni nampak.
mungkin dia kecik lagi, maybe dia nampak roh arwah mak ke apa kat situ.
sedihnya time tu. 
sebab auni memang rapat sangat ngan nenek dia ni.
kesayangan la sangat. :'(

aku tak tunggu lama.
aku turun ngan auni sebab budak kecik tak elok kan lama2 kat hospital ni.
sambil tu tina dah sampai.
dia nak tengok arwah mak.
so aku turun bawah tolong tengok2 kan anak dia kat kereta.

lama jugak urusan semua.
aku tunggu kat bawah tu.
dalam pukul 5.30am macam tu aku ngan MrB balik rumah untuk mandi dan tukar baju.
dalam pukul 6.40am sekali lagi ke hospital.
kita orang decide untuk mandi dan kafankan mak siap-siap kat hospital.
supaya nanti bila di surah tinggal solat jenazah dan boleh kebumi terus.

suami aku dan adik beradik uruskan jenazah mak.
aku duduk dalam kereta tunggu.
lama menunggu tau-tau aku tertidur dalam sejam.
dalam pukul 9am MrB call cakap dah siap.
now bergerak ke surau.

mamai toksah cakap la. ye la tak tidur betul kan.
so terus ke surau.
masa perjalanan ke surau, suami aku cakap jenazah mak senyum.
aku just dengar macam tu je la. 
tapi masa kat surau, aku tengok mak, terkejut. sebab memang jenazah mak senyum. 
ishhh sedihnya type ni. 
maybe sebab hati mak memang baik, so mak pergi, terpancar kat muka kan. Wallahualam.
tak lama pun kat surau dalam 1 jam je macam tu, then terus solat jenazah dan kebumi.




























Alhamdulillah mak di kebumikan jam 11 pagi selasa tu jugak.
sorry untuk yang whatsapp ke apa semua.
aku memang tak dapat reply.
sebab kul 9am tu memang hp aku abis battery.
aku bawak power bank. tapi wayar tak bawak. syabas sangat utk diri sendiri.

sedih sangat.
terasa sangat kehilangan mak.
sebab rapat kan ngan mak. memang dekat sangat la di hati.
suami aku jangan cakap la. kejap2 aku pandang nampak dia tengah cebek2 nangis.
tapi aku tak tegur. tah la jiwa kacau kot. senang je dia marah. so aku selalu biarkan je.

faham, sebab mengejut sangat kan.
mak takda sakit apa selama ni, biasa la orang tua ada la sakit sikit2 tapi takda yang kronik la maksudnya.
masuk hospital 25/5...condition mak asyik menurun je.
dalam masa 3 weeks mak pergi.
dah la tak sampai setahun yang lalu arwah abah meninggal kan.
so laki aku n adik beradik dia semua memang sedih sangat la kan.
macam arwah abah sakit lamaaaa...so macam in a way kau sentiasa dalam keadaan ready kan.
ye lah, ajal dan maut di tangan Allah.

aku pun terlaluuuu sedih.
sebab aku rapat jugak ngan mak.
Ya Allah sayangnya kat mak.
mak ni baik sangat aku tak tau nak cakap macam mana.
dia tak pernah campur urusan perkahwinan anak.
tapi dia sentiasa nasihat.
dia tak pernah mengata pasal orang.

ingat lagi if MrB kisah hidup mak masa muda-muda.
mak just senyum je, diam je.
dia takkan ye atau tidakkan.
dia takkan cerita keburukan orang ke apa.
mak memang mak mertua terbaik la, mak yg baik, orang yang baik.

sebab tu aku tengok segala urusan mak dipermudahkan oleh Allah.
Alhamdulillah.
Masa abah meninggal dulu mak pernah cakap, mak harap nanti mak terus meninggal...mak tak sakit lama, mak taknak susahkan anak-anak.
Allah bagi apa yang mak minta.
mak sakit 3 minggu kat hospital dan Allah ambil mak.

banyak kenangan manis dengan mak.
tapi ada dua benda aku terkilan tak dapat buat untuk mak.
pertama yang aku pernah cakap kat mak nak bawak dia jalan PD or melaka.
tak dapat aku tunaikan. sedihnya.
tapi tu la memang takda masa kan, aku sendiri tak kemana-mana.

second ialah duit.
aku memang tiap bulan bagi mak duit.
tak banyak tapi cukup la bagi dia happy.
boleh la if dia nak shopping ke apa.
so baru ni ada duit sikit. aku ada niat nak bagi mak lebih.
tapi by the time dapat tu mak dah jatuh sakit.
memang sedih sangat la pikirkan tu. sama gak ngan papa.
tapi papa punya aku serahkan kat mama.
balance pulak aku belikan katil hospital tu.

dah niat dalam hati kalau tak dapat bagi mak duit tu.
takpa la maybe boleh guna buat beli peralatan n kelengkapan mak kalau mak keluar hospital.
tapi tu la, tak berkesempatan...duit yang patut bagi mak tu aku serahkan kat MrB untuk bayaran uruskan jenazah mak dan buat kenduri.
sedihnyaaaaa. menangis kalau teringat tu.
terbayang muka happy mak kalau sempat bagi duit tu.

life is so short.
benda berlaku sekelip mata je.
one moment elok sihat, sekejap lagi jatuh sakit n meninggal.
so sebab tu kalau boleh selagi ada hayat ni nak happykan parents n family je.
diri sendiri boleh tolak tepi dulu.

aku pernah cerita pasal ni dulu.
ada jugak dapat few emails yang cakap dorang tersedar, n nak biasakan bagi parents duit.
selama ni rasa macam tak cukup je nak bagi. rasa kedekut je.
samaaa, aku pun dulu macam tu, tapi suami aku yang didik n biasakan aku buat macam tu.
kalau pikir memang rasa takleh bagi, tapi cuba bayangkan duit tu tak wujud.
contoh gaji kau rm2300, kau anggap la gaji kau rm2200 sahaja.
so rm100 tu kau bagi la mak kau.
terpulang la nak bagi berapa. masing2 la.
macam aku memang tolak tepi untuk mama, papa n arwah mak.
then ada pulak yang cakap, perlu ke bagi kat mak suami? bukan tanggungjawab kita.
ye betul. tapi jangan pikir macam tu, pikir niat kita nak gembirakan hati orang tua, takat mana yang kita mampu.
macam tu la.

kadang duduk-duduk tu tetiba nangis je.
nanti laki aku lak yang pujuk aku.
tapi nanti dia sedapkan la hati, kata takpa mak happy..u selalu bagi mak macam-macam.
ye la rasa macam kejap je berpeluang untuk happykan mak.
hopefully la selama jadi menantu mak, mak happy.

semoga roh mak di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
n i hope mak temui kebahagiaan mak dia sana.
Aamiin.

sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu mertuaku.

Aminah Binti Mat Arif/ Aminah Binti Temah
(1953 - 2015)







29 Comments:

intandayani said... [Reply to Comments]

Mata masuk habuk..Al fatihah untuk arwah semoga tenang di sana

f.i.e.z.a said... [Reply to Comments]

peeja, kita baca ni pun sakit dada rase. sedeh sangat.
semoga syurga tempatnya. amin

Shuriana Khamisan said... [Reply to Comments]

Takziah kak peej dan keluarga

Anonymous said... [Reply to Comments]

So touched dgn entry u kali ni peej. Nangis i baca. Mulianya hati u Peej. Bulan mulia ni, i doakan u sekeluarga dilindungi Allah. Moga papa u cepat2 sembuh jugak. Moga dibukakan hati jugak utk berhijab supaya u sentiasa terpelihara. Take care Peej.

Allene typicalmommy said... [Reply to Comments]

al fatihah....

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Innalillah...Semoga dipermudahkan segala urusan arwah disana.
Ditempatkan dikalangan org2 yang beriman...
dijauhkan dari fitnah kubur serta padang masyar.
Al Fatihah.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bergenang air mataku. Alfatihah

cikpuanfairul said... [Reply to Comments]

Al Fatihah untuk ibu mertua kak peej...sabar ye kak....

Alida Abdul said... [Reply to Comments]

Alfatihah....

Anonymous said... [Reply to Comments]

sedihnya...huhu.. takziah kak peej..

Pn Qema said... [Reply to Comments]

Takziah Peej dr saya sekeluarga..
semoga arwar di tempatkan dikalangan orang yang beriman... Amin..

!EFIL said... [Reply to Comments]

Takziah peej.. *Hugs*

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bergenang air mata.. jenuh ku tahan namun jatuh juga. Al fatihah buat ibu mertua mu peeja.

Za Mirza

Anonymous said... [Reply to Comments]

Bergenang air mata.. jenuh ku tahan namun jatuh juga. Al fatihah buat ibu mertua mu peeja.

Za Mirza

Seri Kandi Tanah Jauhar said... [Reply to Comments]

Sedih Peej...

Al-Fatihah

CikYoi said... [Reply to Comments]

Takziah dari saya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. Terimakasih atas nasihat kat paragraph yg last last tu.

Ikin Gomez said... [Reply to Comments]

Allahuakbar....

Al-Fatihah buat ibu mertua peja.. Sedihnye baca... bile tgh gambar lagi la mengalir airmata...
Semoga tabah ye

Zuhannisa said... [Reply to Comments]

Alfatihah buat ibu mertua kak peej.. semoga tabah...

Anonymous said... [Reply to Comments]

ibu mertua sy 'pergi' sehari sblm puase..kebuminye pada 1st ramadhan...masuk hospital 21 mei...lebih kurang sama pengahiran mertua kite..sy sempat jaga dia kat hospital 3 hari.... :'(

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

alfatihah..semoga syurga tempatnya..in shaa Allah..amin....

Noor Hasnita said... [Reply to Comments]

Pija...you are the great daughter in law👍👍

wani ezryl * said... [Reply to Comments]

tgk gambar yg last tu sedihnya sy peej. salam takziah kpd peej, ben sekeluarga. be strong ok. Allah lebih sayangkan mak korang. semoga tergolong di kalangan beriman dan beramal soleh.

Didie Kamila said... [Reply to Comments]

Takziah Peej..:)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Waduh sedib aku baca awak punya kisah...
takziah pada u n husband and keluarga. Semoga roh ibunya aman di sana...
jgn bersedih... ini bukanlah pengakhiran... sebab semua aka berkumpul di alam akhirat.. padang mahsyar.
jaga diri semua...

Anonymous said... [Reply to Comments]

Patut tanya auni ..nenek buat apa auni..

FZ said... [Reply to Comments]

Masa baca part budak tu meremang bulu tengkok akak.

Moga roh arwah tenang di SANA. AMIN.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum

Knowing ur loved one died with a smile makes it a lot better. My infant son died and he too left with a smile. Mesti Ada kebaikan nye kan. Byk bersabar. Qadr Allah. Sedih tetap sedih kan. Sungguh tahu perasaan itu. Tapi kita redha.

Take good care. Selamat berpuasa. Smile always.

Nura

Anonymous said... [Reply to Comments]

akak baru baca... terimakasih peej kerana jujur bercerita.. semoga apa yang peej luah menjadi tauladan buat diri kakak yang kedekut ini... kadang-kadang kita niat saja..masa nak bagi sayang... last orang yg rapat nge kita dah tak ad.menyesal..

Anonymous said... [Reply to Comments]

mmmm

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...