Instagram : @peejburhan

Projek Iqra' : Shopping Raya 2015

Program Shopping Raya kembali lagi untuk tahun 2015.
dah few years aku share pasal program shopping raya daripada Projek Iqra' ni.
so this year aku share lagi yea.
Bagi yang dah biasa baca every year tu tau la kan.
untuk yang tak tau, meh sini cerita sikit.
i copy paste tau. maklumlah masa mencemburui ku kaedahnya :)


APAKAH SHOPPING RAYA 2015?

Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk  menmbantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran kami.
Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA untuk melaksanakannya.
STATUS TERKINI SETAKAT 19/6/2015:
APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.
Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.
Ringkasnya, melalui acara ini, kami berhasrat untuk;
  • Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
  • Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
  • Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
  • Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.


BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MEMBANTU?



Pembaca budiman dijemput untuk menaja seorang anak yatim/komuniti bagi program ini;
selain itu kami akan umumkan nanti pendaftaran untuk;
  • SUKARELAWAN MEMBAWA ANAK-ANAK
  • SUKARELAWAN FOTOGRAFI
  • SUKARELAWAN VIDEOGRAFI
  • SUKARELAWAN SEMASA PROGRAM
  • SUKARELAWAN BLOGGER (UNTUK SIARAN EVENT INI DI BLOG ANDA)


so kalau rasa tak dapat membantu dari segi wang ringgit untuk taja, boleh je jadi salah satu sukarelawan macam yang di listkan di atas. :) 

kalau rasa berkemampuan untuk taja, at the same time nak jadi sukarelawan pun boleh. 



BAGAIMANA WANG TAJAAN INI AKAN DIBELANJAKAN?




untuk tau lebih detail pasal program Shopping Raya 2015 ni boleh tengok sini


macam mana cara nak donate untuk shopping raya ni semua ada yea.
kalau korang ada blog, atau any medium social media boleh la share pasal program ni.

ok tu je.
selamat berbuka puasa semua.

p/s: kalau free tengok youtube program shopping raya tahun lepas, ada kat link aku bagi atas tu. paling bawah video tu. mesti tersentuh hati tengok kegembiraan anak2 tu bershopping. hishhh i cannot la, makin tua ni makin mudah tersentuh hati ku ini. 





0 Comments:

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...