Instagram : @peejburhan

kebas

ngeri sangat tahap bersawang blog ni.
dapat lak tuan blog pemalas. memang macam rumah tinggal tahap sawang ni.
nasib takda hantu bermastautin kat situ.
eh ada la. hantu expose mistik tu la.
sebab orang asal bukak blog ni nampak tu je kan. hahahha.

sumpah kak jah busy uolls.
tak tau celah mana yang free nak mengadap blog entah.
hari jumaat lepas ada la free sikit pagi tu, konon nak update blog.
tapi cucuk iphone kat pc, matiklah satu hapa tak keluar. kosong aje. hahaha.
sorry aku memang dah lamaaaa gila tak pakai pc.
last 3 tahun lepas kot harap maklum.
selama ni dok pakai macbook je.
so konon nak update blog pakai pc office, tak reti kau nak transfer pic macam mana.
mungkin jugak dah kena sumpahan elly, tak menggalakkan perangai mengular di dalam office kot.
since takleh transfer pic memang tak kuasa la nak update.

so sekian la.
lepas waktu kerja memang idok le aku nak ada masa.
habis kerja post, balik post rehat dalam 1/2 hour terus merempit ke hospital.
now papa dah tukar hospital. amik kau 2 hospital kot kena pergi.
then kadang pergi lak jumpa mama.
by the time gerak dah almost 12am.
sampai rumah dah 12.30am gitu.
cuci muka online kejap, by 1am macam tu tidur.
pagi bangun gi office balik. itu je la pusing pun.
memang takda masa i nak bersuka ria. ngan penat lagi.

tapi ini malam terasa nak rajinkan diri.
sebab aku nak bebel n melepaskan rasa nak muntah ini.

tadi seperti biasa pergi hospital tengok mak.
sebelum pergi dah gaduh sikit laki bini.
dia ajak naik kereta. aku kata nak naik motor.
tolonglah, jam kot. aku tak sanggup la nak naik kereta.
pastu dia kata dia penat. masalahnya aku pun penatttttt.
pastu dia kata if penat biar dia pergi sorang.
ikut penat aku, nak je kata ok.
tapi aku tau perangai mat sentap dia tu, kang mau drama 7 hari 7 malam aku tak pergi tu.
so heret la diri pergi.
melawat itu ini. then tiba waktu balik.

siapa biasa ikut bulatan pahang tu tau la tahap jam dia.
esp kat jalan tun razak masuk bulatan tu, then kau nak ke sentul.
jam macam harem jadah.
naik kereta memang hazab la. if naik motor ok sikit la cilok2.
walaupun seram je tahap cilok laki aku tu, aku rasa ada aku mati terpelanting kena langgar or terperosok bawah bas.
naik motor ngan dia memang mulut aku memanjang mengucap je la.
andai kata jadi apa-apa, konsep dengan harapan mati dalam iman la *muka senyum mcm p.ramlee*
tapi sebab aku yang selalu paksa nak naik motor, so pendamkan je la dalam hati dan berdoa lah banyak-banyak.

ok sambung.
so tadi balik la.
elok nak keluar simpang jalan tun razak daripada jalan hospital tu.
tetiba laki aku pusing.
dalam hati aku, *e eh dia ni*
pastu dia cakap, "hish takleh bulatan pahang ni. jammmmmm. takleh ikut situ."
aku diam. sekali lagi dalam hati, *so? naik motor kot. apa sangat la jam. mana ada jalan lain nak balik  rumah*

pastu aku tengok dia pusing.
pastu masuk balik hospital.
lalu la dalam hospital.
then dia keluar kat exit ke arah chow kit tu.
sambil tu dia tunjuk la ke arah bulatan pahang jalan seberang tu pun jam gila.
aku diam.

then aku tengok dia jalan ke arah chow kit.
then belok kanan..then dia straightttt je.
tau-tau dah sampai area the mall, pwtc tu.
dalam hati dok berkata lagi, *ni nak gi mana pulak ni. tolonglah takda kena mengena kot jalan. lagi jauh kot.*

then tetiba dia tunjuk2 apa tah.
aku tak dengar. hati bengkek. badan penat ni.
tapi taknak cakap apa, sebab dia bawak motor lagi penat kot.
then tetiba dia berpusing tah mana. tau-tau keluar jalan besar apa tu.
alaaa kalau straight boleh sampai dataran merdeka ke kiri, ke kanan pergi jalan parlimen tu.
aaaaaaa stresssss.
terus bersuara, "u nak pergi mana ni? u salah jalan ke apa?"
dia angguk kira mengaku la salah jalan.
helpppppppppppppppp....

then dia corner masuk ke jalan sultan ismail tu.
then dia belok kiri ke jalan raja laut.
then straight je dia ke kanan.
wthhhhh. sampai chow kit balik.
kau paham tak tahap stress kak jah?
then dia masuk lorong2 celah bedah belakang chow kit mana tah.
tau-tau keluar kat sebelah bus stand kelang tu.
aku stress tahap nak lompat daripada motor rasa macam, baiklah aku mati dari terus terseksa jiwa dan raga aku ni.

then aku tengok dia u turn bawah fly over tu.
masuk celah bedah sekali lagi.
tau-tau dah ada depan balai polis sentul.
u turn, masuk sentul apa segala, keluar la jalan sentul ke jalan pahang tu.

then terus berdesup la merempit sampai rumah.
paham tak dia nak elakkan jam dpd jalan tun razak tepi hospital ke bulatan pahang, sampai ke area sentul tu.
dia punya elak tu, terus amik masa 45 minit nak sampai rumah woiiii.
kalau dia redah je la jalan tadi tu. 15 minit kot dah sampai rumah.
aku tertekannnnnnn *sambil keruk2 gembangkan rambut*
patut la aku ni ada darah tinggi tahap maksima.
dah la darah tinggi satu hal.
paling takleh tahan by the time aku turun motor memang kengkang kaki aku.
pastu cikpek aku kebassssss!

terus penat taknak kemana dah.
esok lak pergi tengok papa.
penat helpppp.
ok la.
if rajin i update lagi.
tak rajin kalau tunggu la ibarat menunggu kucing bertanduk kaedahnya.

ok ta-ta.
nak tenangkan jiwa layan orange is the new black season 3.
mari marathon.

13 Comments:

miss eimanhikmah said... [Reply to Comments]

hikhikhik kelakar bab pusing jalan2 tu sebab sy pun lalu situ..kalau jem sgt, sy lalu ampang..hahaha

SaraGurL said... [Reply to Comments]

Hahaha
Ingatkan apa yg kebas.
Cikpek rupanya.
Dah lama x merasa cikpek kebas weh.
Kikiki

Farzen Fasihah said... [Reply to Comments]

hahha...stress gila kan kak..sabo je lah...

fathen yaya said... [Reply to Comments]

terima kasih menceriakan pagiku.. ;)
btw, takziah peej.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej. Aku simpati dgn bz ko. Tp cerita ko buat aku gelak dlm meeting. Eh?

sueMY said... [Reply to Comments]

hahahaa..tut kebas...lawaks
tp dh smpai area bus stand kelang tu hamboiiii jauh benor sesatnya si Ben ni..hahahahah

akuleya said... [Reply to Comments]

kihkihkih... sakit perut gelak baca n3 u ni peej.. tahap macam rasa ikot bergayut belakang u .. feeling sekali tiap lorong yg u lalu... wakakakaakakak...

Malinda said... [Reply to Comments]

kahkahkah...sori peej tergelak....bukan akak tak faham tahap tekanan ko tu camne...akak faham tapi bila ayat pat *cikpet kebas* tu aku tak bole tahan guling2 gelak...sabo banyak2 ye kang darah tinggi naik pulak...nasib 45 minit je sesat kalau tiga empat hari lagi kes naya....sabau ye

ease elias said... [Reply to Comments]

salam takziah peej dan ben serta seluruh famiy..baru tgk fb elly tadi..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Mmmm...penat baca...janji update jahhhh....

Anonymous said... [Reply to Comments]

babe..tabik spring..you r hilarious. .love your posting. .always..

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Motifff dari Jalan pahang nak balik setapak sampai bas stand klang kt pasar seni?????????
Masuk jelah laluan alternatif kt lorong tasik titiwangsa keluar sblah BP je instead.
Stressssss mak nam tau!!!

I-am-Cheeky Kitty said... [Reply to Comments]

Hahaha...sabau ajerla...kelakar posting Kak Peej nih...keep them coming...

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...