Instagram : @peejburhan

persediaan

assalamualaikum semua pembaca tercinta.

wah tetiba rasa muslimah pulak pembuka entry hari ni kan.
banyak sangat nak update.
tapi masa tak mengizinkan.
sibuk uruskan itu ini.

pagi masuk office kadang kena keluar ngan elly untuk urusan luar.
then lepas lunch masuk dah nak mengadap order pulak.
tau la musim dah dapat gaji ni, order harus banyak setinggi gunung.
Alhamdulillah.

then terus pergi post.
lepas post balik rumah kejap rehatkan badan dalam 1/2 hour.
then terus merempit ngan MrB pergi hospital visit papa.
update progress papa pun aku tak sempat update properly lagi kan.
thanks semua untuk yang mendoakan papa.
Alhamdulillah papa dah bukak mata.
bila bercakap ke apa dah ada response.
tangan pun kemain kalau genggam ke angkat sana sini.
cuma belum bercakap.
takpa, slow-slow yea pa.

then pagi semalam pukul 1am.
mak mertua aku pulak dimasukkan ke hospital.
sebab darah tinggi sangat.
sian sampai dah meracau, tak ingat apa semua.
tinggi masa masuk tu 240/130 ke apa macam tu. huish.
nasib mak pun masuk HKL.

so petang semalam tengok mak dulu.
dapat visit kejap.
then aku mintak diri ada lagi 1/2 hour pergi tengok papa pulak.
sedih la. tengok dua-dua ni.
aku ni dah la cepat emosi.
i'm so sadddddd.

yang buat aku menangis sangat time nak tidur bila pikir pasal duit.
ingat tak aku pernah cakap dulu, yang dapat duit keuntungan Ellfie aku niat nak bagi parents aku n mak mertua aku lebih sikit.
itu je la aku mampu bagi kan. nak balas jasa, memang tak terbalas la.
then tengok papa jatuh sakit. then mak pulak. uwaaaaaaaa...sedih sangat.
takpa, doa semoga dorang sihat. so aku boleh bagi nanti.
untuk papa, aku bagi mama la.
mama kata takpa, duit tu mama guna buat beli barang keperluan papa nanti. :'(

Alhamdulillah duit keuntungan pertama akan dapat ni.
punya la 2-3 hari kemain kak jah ngan culculator dok pikir nak buat apa.
tolak itu ini, konon nak beli itu ini.
pastu rasa macam, oihhh banyak lagi ni. apa lagi nak buat ni?
ahahahah tampar muka tu kang. berangan je lebih.

then semalam masa kat hospital.
dorang kata papa boleh keluar dah.
sebab dia stabil, cuma dorang akan ajar macam mana nak uruskan semua la.
punya la bincang, nak letak mana papa.

memang daripada mula papa sakit, suami aku dah cakap biar papa n mama duduk rumah kita orang.
sebab dia dah biasa uruskan arwah abah dulu, so dia tau.
tapi mama taknak. katanya rumah aku ada kucing la apa.
tak elok untuk papa.
mama kata nak duduk rumah dia aje.
siang tu dia n P.G uruskan.

mak aku tu pun sakit. memang dia takkan larat la.
n aku tak berapa yakin P.G tu boleh uruskan.
yang lain dah tentu kerja kan.
aku n laki aku pun.
takleh expect pepagi nak pergi sana ke apa.
boleh datang pun nanti lewat petang kan.

so aku dah bincang ngan suami aku.
takpa biar mama n papa kat rumah aku.
takpa dapat duit ni nanti aku beli sangkar besar.
kucing semua letak luar. maybe sekor dua je kat dalam gilir2.
then bilik office aku tu boleh kosongkan.
barang office boleh bawak ke office ellfie ni.
sebab aku pun dah tak guna pun office kat rumah, dah ada office sini kan.

so nanti kosong aku nak pasang aircond situ.
then nak beli katil hospital n segala peralatan tu.
apa taknak boleh buang.

dorang ada kat rumah aku senang.
office aku n MrB pun tak jauh.
tengahari boleh balik jenguk.
pagi pun kita orang tak keluar pagi sangat.
boleh uruskan papa semua, then baru pergi kerja.
Ya Allah bersyukur sangat kawin ngan MrB ni, dia tak berkira pun.
even aku tengok dia lagi take care parents aku lebih dpd kita orang adik beradik.
semoga Allah je yang mampu balas kebaikan dia.

takpa la ok rasanya
aku pun dah start kerja.
so aku punya timing pun now dah ok.
tidur awal, bangun pun awal. wahhh.. hahha.
so lepas ni kalau rajin boleh start masak balik.
tak pun if tak larat kita beli je kan.
semoga Allah permudahkan semua.

so bertambah busy la nak uruskan n prepare rumah ni untuk mama n papa duduk rumah aku.
eh ok la takleh lama la.
kerja bertimbun hampir muntah.
wooow wanita berkerjaya sangat sekarang ni. hahaha.
tampar muka tu kang.


untuk jadi agent Ellfie Beauty. email agent.ellfie@gmail.com
nak beli Ellfie Essence whatsapp/sms 013-2755197 atau boleh dapatkan daripada Agent Sah kami CLICK HERE

21 Comments:

ease elias said... [Reply to Comments]

semoga yang terbaik utk peej and family..bagus peej..ada rezeki lebih..niat pun murni..insyaallah..diberkati..

Anys Amyra said... [Reply to Comments]

Semoga Allah mudahkan urusan kak Peej, Mr. B dan keluarga untuk jaga uncle dan sihat tubuh badan semua.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Semoga di permudahkan urusan.

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

salam kak peej..moga Allah mudahkan segalanya..sejuk hati uncle auntie punya anak2 yg baik..alhamdulillah..:-) takecare kak

Anonymous said... [Reply to Comments]

Salam kak peej. Boleh cari akar bunga tanjung rebus and bagi mak minum airnya. Mak saya dlu pon teruk. Tpi pas minum turun terus. Tapi air tu sangat pahit

Anonymous said... [Reply to Comments]

peej, aku doakan semuanya dipermudahkan dan moga bertambah rezeki nkau..

cikpuanfairul said... [Reply to Comments]

semoga papa kak peej kembali sihat....

Miss Moon said... [Reply to Comments]

Peej moga semua di permudahkan peej ...be strong

Peej , katil n segala keperluan ley loan dari Hospis Peej . Incase nko ada nak cari katil n tilam yg ley kembang kuncup utk peredaran darah bed ridden patient

akiss. said... [Reply to Comments]

semoga dipermudahkan segala urusan k.peej, insyaAllah. semoga semua baik-baik aja

A.I said... [Reply to Comments]

Alhamdullilah sangat2 kan peej. Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan utk ko & family. semoga ko dimurahkan lagi rezeki.. :)

rohayaroy said... [Reply to Comments]

As Salam peeej... Terharu nyeeee baca.. Semoga Allah SWT permudahkan urusan peej and auntie nani sekeluarga.. moga uncle cepat sembuh.. InnShaaAllah..

Anonymous said... [Reply to Comments]

Moga sentiasa berada dalam perlindungan Allah.

annapeje said... [Reply to Comments]

salam peej moga dipermudahkan Allah untk menguruskan papa n mama peej ..n moga uncle cpt sembuh spt sediakala

Hani said... [Reply to Comments]

Sebak aku baca entry ni peej. sebut mak ayah memang sensitif. merekalah syurga kita.
sementara ibu bapa masih ada kita berbaktilah kepada mereka walau apa cara sekalipun kan
peej, bersyukur dapat ben suami yang bertimbangrasa dan bertanggungjawab
aku doakan semoga papa peej bertambah pulih.

I am muslims~ said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah...syafakallah utk uncle....fast recovery ye uncle!

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah.....
Uncle dah bukak mata n ada movement.

Aku sokong sgt cadangan ko peej utk jadikan bilik ofis lama tu sbg tmpt istirehat uncle.
Setuju..setuju..
Menjaga kedua org tua dgn baik. Melayan mereka...Ya Allah...seronoknya baca
bila ada anak dpt menjaga dan bertolak ansur dlm menjaga keperluan org tuannya.
Moga apa yg ko usahakan bersama shuben dirahmati olehNYA.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Terbaik peej. Kasih ibu and ayah mmbawa ke syurga. Tambah pula dgn suami yg considerate ya amat. Syukran

anyss said... [Reply to Comments]

assalamualaikum,
semoga uncle cepat sembuh, semoga auntie juga diberi kesihatan yang baik.

Anonymous said... [Reply to Comments]

Semoga dipermudahkan segalanya utkmu nurhafiza burhanuddin :-)

Anonymous said... [Reply to Comments]

Dear Peej aku ni silent reader yang dah bertahun tahun baca blog korang tiga plus auntie... Moga dipermudahkan segala urusan

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

semoga semuanya dipermudahkan..Alhamdulillah Peej dapat suami yang boleh faham dan sedia nak jaga mak ayah..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...