Instagram : @peejburhan

penuh kedukaan

penuh kedukaan la lately ni.
sebab tu emosi aku terganggu je.
satu cerita yang sekian lama jugak aku simpan sebab amanah yang di berikan untuk aku tak cerita kat sesiapa.
siapa yang follow ig n fb aku dah baca la kot.
yang pengasa tabita or now know as desi damayanti skincare, ibu desi dah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada isnin 12.30am.



aku memang ikuti update pasal ibu desi n sentiasa doakan dia kembali pulih.
kawan aku selalu share ngan aku pasal perkembangan ibu desi sejak dia jatuh sakit.
maybe dia selesa cerita dengan aku, knowing aku bukan jenis cepat melatah kecoh sana sini.

masa mula-mula tau pasal ibu desi jatuh sakit few months back.
rasa sedih Tuhan sahaja yang tau.
entah la kenapa, rasa dekat sangat di hati aku Ibu Desi ni.
pertama of coz sebab dah bertahun-tahun aku jual Tabita.
pembuka rezeki aku dengan meniaga online ni produk Tabita.

daripada aku tak kenal pun siapa la pengasas tabita ni, sampai kenal n berpeluang jumpa.
aku sempat jumpa dua kali.
dengan perjumpaan dua kali tu pun aku boleh tau yang Ibu Desi ni baik sangat orangnya.
pertemuan pertama masa di Jakarta last year. few days before Ramadhan.
aku yang bukan sesiapa ni di layan elok, n dia bagi tinggal di rumah dia.
Ya Allah baik sangat both ibu desi n suaminya.

kali kedua jumpa december last year, perjumpaan dengan agent2 dia.
aku macam biasa kan pemalu tak bertempat, tapi terharu je sebab ibu desi kenal aku.
mesra sangat dia, semua orang senang la ngan ibu desi.
seorang yang humble sangat, baik hati, rendah diri n macam-macam la.

masa tau dia sakit. aaaa sedihnya.
berdoa semoga dia kembali pulih.
sedih bila nampak pic dia. sebab macam tiba-tiba sangat semua jadi.

then sabtu lepas aku dengar pasal latest condition dia.
aku hanya mampu doakan apa yang terbaik untuk dia.
then isnin selepas subuh, aku check hp.
dapat whatsapp daripada kawan aku, cakap ibu desi dah meninggal dunia pukul 12.30am, dia dalam perjalanan nak terbang ke pulau pinang untuk urusan jenazah ibu desi.
dan di minta untuk aku tak hebahkan dulu pasal benda ni sampai urusan pengebumian selesai.

seharian aku emosi sangat.
asyik teringat je.
muda lagi Ibu Desi. sebaya suami aku.
tapi Allah lebih sayangkan dia.
selepas pembuluh darah di otak dia pecah, dia koma, dan akhirnya dia tewas.
ye, sakit dia sama macam papa. situasi sama, tapi Allah masih pinjamkan papa kat kita orang.
Allah bagi peluang untuk kita orang masih dapat spend masa ngan papa, cukup la sekarang papa bukak mata and respond dengan apa yang kita orang cakap, dah cukup happy kan kita orang.

tapi family ibu desi tak sempat semua tu.
benda berlaku tiba-tiba, then dia pergi.
ish macam tak percaya kan.
tapi yang hidup tetap akan mati, ajal dan maut di tangan Tuhan.

semalam aku tengok ramai mula share pasal kematian ibu desi.
bila aku tengok kawan aku tu dah share pasal berita tu, baru aku share jugak.
since ramai dok msg, komen n whatsapp tanya nak sahihkan berita.
so aku share, selepas urusan pengebumian selesai.
semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.

terlalu banyak kedukaan.
condition mak mertua aku pun tak ok.
darah terlalu tinggi.
kelmarin aku visit. 197/113. tapi dia masih kenal aku.
semalam pulak jadi terlalu rendah pulak, 122/67.
masa visit tu aku tengok dia tak kenal aku.
so sad la, tak nampak macam dia.

prob mak mertua aku, dia memang terlalu takut dengan hospital.
tak tau kenapa.
so sebab tu jugak agaknya tak stabil.
sebab dia stress memikirkan dia kat hospital tu.
tapi dorang tak tau apa penyebab macam tu.
hopefully ok la nanti.

update pasal papa.
condition papa ok stabil.
elok je if kita orang sembang dia dengar n response cara dia.
dah prepare kalau dah boleh balik.

malam kelmarin, tetiba noy facetime.
dorang bincang nak suruh papa stay rumah je.
loh pulak. aku pun confuse ngan dorang ni la.
memula aku agak bengang, sebab biar kita orang jaga, Insyallah boleh.
senang untuk aku n laki aku. sebab aku takkan ada masa untuk pergi sana pagi petang siang malam.
taknak nanti aku tak datang cepat ke apa dah mula ada bengang ke apa.

then dorang kata, biar kat sana.
dia kata kita tak tau condition papa.
maybe dia nak tengok rumah dia sendiri. tempat dia biasa.
atleast kat sana, if gerak2 kan papa, dia leh nampak sliding door, nampak permandangan luar.
if pusing sini nampak pulak ruang tamu, boeh dengar kita sembang or tengok tv ke.
if kat rumah aku kat bilik je, dia bukak mata hanya nampak 4 penjuru je.
if takda orang duduk bilik, dia sorang je nanti.
ada betulnya tu. ok la.

pasal timing. aku cakap aku boleh la shift malam jagakan.
lepas urusan kerja siap aku gi sana.
maybe ada hari2 boleh tidur sana, pergi kerja esoknya dpd sana je.
nak ulang alik sangat boleh tahan penat tu kan.
takpa aku rasa laki aku paham.

semalam aku kat office.
pagi aku dapat call daripada abang aku.
dia kata dia dapat panggilan daripada doktor.
huish berdebarnya.
dia cakap doktor call suruh pergi hospital.
dorang kena buat pembedahan kedua untuk papa. uwaaaaaa....whyyy? papa dah sedar tu..kenapa nak bedah lagi.
katanya kepala papa bernanah. so dorang kena bedah n buang nanah tu.
so kena sign surat kebenaran tu la.
Ya Allah sedihnya. aku just cakap ok. but make sure bagi tau mama.
sebab abang aku prefer tak bagi tau, taknak mak aku susah hati. mak aku pun tak sihat kan.
tapi takleh la kan, kena bagi tau. tak kisah la pahit macam mana pun, kena terima.

few hours lepas tu aku dapat call daripada suami aku.
dia kata doktor nak jumpa dorang adik beradik, nak cakap pasal condition mak.
aku suruh laki aku pergi.
dah jadi bergaduh. dia kata dia taknak pergi. dia suruh adik dia pergi.
laki aku ni ada satu perangai penakut jugak. bukan penakut apa, dia takleh terima berita2 macam ni.

ingat lagi masa arwah abah still hidup.
raya pertama masa jumpa abah.
aku dah nampak abah lain. hati aku dah dapat rasakan abah tak lama.
aku dah pernah nampak keadaan yang sama sebelum ni, masa dengan arwah maktok aku dulu.
bila aku cakap, abah dah nampak lain. rasanya tak lama.
amik kau sampai bergaduh la.
bila ada yang kata macam tu, memang dia amukan la. dia kata "apesal doakan macam tu? kau sapa? Allah yang tentukan...abah ok la!"
takda sapa doakan macam tu, tapi itu kenyataan.

macam kes papa, ada time-time semua orang sangat down, n cakap, kita prepare for the worst, apa-apa pun kita redha..n kena sentiasa bersedia.
again laki aku melenting, "takyah prepare apa-apa. papa ok la. ben tau papa ok. jangan risau. jangan cakap macam tu. papa tu kuat tau. ben tau papa akan ok."
so everytime ada laki aku, kita orang takkan cakap benda-benda negetif.

banyak kali tadi dia cakap, i tak boleh la benda macam ni.
i tak suka la.
aku diam je la.
even apa condition n latest news pasal mak mertua aku tak tau.
sebab if tanya laki aku macam marah lak. dia kata dia pun tak tau sebab dia tak nak tau.
then ok la. aku tak tanya. hope for the best je la.

aku ni pun tak berapa sihat.
matiklah muda lagi tapi terasa tua pulak.
iyolah ahkak ni pun berpenyakit kan.
nowadays kaki aku asyik bengkak je macam water retention tu. nyampah.
belum sempat aku nak pergi check why.
maybe sebab gemuk macam ke hapa, maybe sebab ubat darah tinggi penyebabnya, sebab asyik berjalan n duduk kaki tergantung, mungkin sebab buah pinggang ke. Wallahualam.

so sekarang almost everyday ulang alik sana sini.
memang kembang la kaki aku.
orang kaki kembang sebab mengandung. aku kaki kembang sebab mengandung lemak je lebih.
badan penat, kaki sakit Tuhan je tau.
tapi push gak diri.

kau tau la HKL tu besar macam mana.
letih ahkak menapak sana sini.
daripada parking menapak pergi tengok mak dulu.
then tengok papa pulak.
menapak balik.
then pergi rumah mama pulak. sebab sian dia. faham mama pun tengah jiwa kacau tu.
then balik rumah pun dah almost 12am.
online kejap. by 12ish usually dah tidur.
pagi bangun dah. siap2 pergi kerja balik.
petang rutin sama balik.

dah la petang jam kan.
tak sanggup nak redah.
so ajak laki aku naik motor je dah.
senang park dekat wad. jalan sikit je.
then nak tengok papa naik motor park sana pulak. haha.
tapi tu la now tiap petang hujan kan.
redah je la. janji cepat sampai n senang parking.
kelmarin hujan lebat melampau. dapat tengok mak je, nak tengok papa tak sempat. so sad.

semalam tengok mak kejap.
laki aku suapkan mak makan.
then tengok mak tidur, gerak tengok papa pulak.
elok sampai bertembung dorang tengah tolak katil papa untuk pergi OT.
sedihnya tengok. tapi tabah je la.

senang je dia cakap, procedure ni tak macam hari tu.
kita operate ni tak bukak tengkorak, kita cuma bukak kulit je...sedut nanah bersihkan then tutup balik.
amboiiihhh..je katanya. meh i bukak kulit u nak?
tengok dorang preparekan papa, transfer ke katil nak ke OT.
then kita orang keluar.

pergi beli air, sandwich n buah2 sikit.
dok makan tepi tembok.
then ke OT balik. duduk atas lantai tunggu habis.
papa masuk kul 7pm macam tu.
by 8ish dah siap. kejap kali ni.

ikut sampai ke wad. tengok papa, dia still belum sedar.
takleh stay lama pun. sebab bukan waktu melawat kan.
so today tengok lagi.

by the time sampai rumah around 9.45 pm.
plan nak pergi rumah mama.
tapi tak larat. kaki aku dah kembung macam ikan buntal.
so aku just kirim suruh pass barang kt mama melalui noy je.
balik rumah terus aku terbaring berselimut menggigil.
macam nak demam rasa. kena hujan kot. tah la.
mungkin demam urat pun ye, penat sangat mungkin.

nak tidur rasa bersalah pulak.
sebab sambil baring dengar laki aku dok keletang keletung.
mengemas rumah la tu.
memang tak sedar sebab tertidur.
terjaga balik around 11 lebih. sebab aku tanya sayang dah makan?
dia ajak aku makan. aku kata tak larat. dia kata dia pergi sorang.
ok la. rupanya bila aku tanya. dia kata tak makan.
aduhhh bersalah lagi. so kuatkan diri, bangun n pergi makan.
tapi tapau je. tak kuasa nak lepak. badan tak mengizinkan.

penuh kedukaan la lately.
semoga aku terus di beri kekuatan n ketabahan.
semoga di beri kesihatan yang baik untuk terus membantu mana yang boleh.
oh i miss my mother.
kan senang duduk rumah aku hari2 boleh jumpa.
walaupun tak jauh mana pun la, tapi if badan tak kuat tu...nak bergerak pergi depan pun tak kuasa.
eee overnya kau kak jah. gaya macamkan dah tua nau.

eh ok la.
akak nak buat kerja ni. banyak pulak kerja.
order banyak ni. ok ta-ta




untuk jadi agent Ellfie Beauty. email agent.ellfie@gmail.com
nak beli Ellfie Essence whatsapp/sms 013-2755197 atau boleh dapatkan daripada Agent Sah kami CLICK HERE


15 Comments:

Pn Qema said... [Reply to Comments]

Banyakkan bersabar ye Peej. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan.
take care ok.

kalau keje opis mn agen blh tlg mehlah pass kat agen2 ni..:)

sape nak order Ellfie blh wassap 019-2782041.

Pink Mama said... [Reply to Comments]

Akak doakan Peej kesihatan yang baik supaya dapat menjaga ahli keluarga sebaik mungkin.

norbashima said... [Reply to Comments]

DI doakan semoga segalanya di permudahkan untuk peej sekeluarga...aamiin

rohayaroy said... [Reply to Comments]

peej pegi jumpa doktor check condition u.. jangan tangguh2.. kaki bengkak ni banyak symptomnye.. kesihatan u pon kene jaga peej.. take care ya..

A.I said... [Reply to Comments]

Aduhaiii....bertabah ye beb. aku doakan yg terbaik utk ko & family. wei, risau la aku. kau tu..kene gi cek jugak ngan doktor. ko jgn amik sambil lewa je. at least kalau cek skang tau ape sebab kaki ko kembang gitu. boleh dpt treatment ke apa. ko gi klinik tau.

Intan and The Boys said... [Reply to Comments]

Pija jaga diri ye. Check keadaan kaki tu. Akak doakan uncle, auntie dan mak mertua pija dikurniakan kesihatan kembali.

Akak baca entri pija ni, terus rasa hiba. Pija anak yang kuat semangat dan baik hati. Jaga diri dik.

ummi_khalish said... [Reply to Comments]

kak peej...smoga Allah lndungimu...kena buat pemeriksaan..utk bg krgkn skit..semasa dlm toilet..rndm kaki dlm air suam...moga ok tu...

Anonymous said... [Reply to Comments]

che pija,
i am a silent reader of your blog, please check on your blood pressure medication. pernah kena dengan
saya, dr pun tukar ke pottasium based medicine. bengak pun turun. just check n see if its a cause
thanks

inderjeet kaur
jakarta

Riena Razak said... [Reply to Comments]

Sedih baca terasa betull. sabar dan teruskan berdoa. Saye doakan semuanya baik2 aje.

CikFa said... [Reply to Comments]

Peej, kalo tak sihat tu cecepat g klinik... kesihatan badan ni takleh memain.. kang ke hulu ke hilir tetibe pengsan plak.. hope Allah permudahkan dan sembuhkan uncle aunty dgn peej. Jaga diri peej. Sedih baca entry ni. :(

Super Nia Hana said... [Reply to Comments]

peej. ..
jangan putus doa,
hana doakan semua baik baik saja.
kadang2 kita seakan tahu bila masanya
tp hati menidakkan

hana paham perasaan MR ben tu

tabahlah..

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak peej kena sihat..usahakan...orang lain perlukan kak peej...
sama macam kita semua...

Miss Brenito said... [Reply to Comments]

Tabah yer, aku doakan semua kesabaran berkat keikhlasan ko menjadi sesuatu yg indah satu hari nanti. InysaAllah papa n mak akan sihat.

radiah hamdi said... [Reply to Comments]

kuatkan semangat ya

radiah hamdi said... [Reply to Comments]

kuatkan semangat ya

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...