Instagram : @peejburhan

hai mambang

kisah office.
al maklum sekarang dah duduk office.
poyo asyik nak cerita officeeee je kau ni kan. hahahha.
abis dah itu je kerja aku sekarang.

nanti la masuk gaji i nak shopping baju kerja.
kata tak pernah ke office.
macam aku ada la baju office ni kan. takda ye.
so taram je pakai apa suka.
nanti elly masuk office. dia je lawa mana boleh. nak la lawa meletop gak.
awas ye.

so anyway sambung kisah office.
meja aku kat belakang.
sebab aku nak belakang aku dinding.
senang aku nak susun barang perniagaan ku yang lain. hahha.
walaupun elly kong ajo siap cakap, "kau nak letak ephyra ngan tabita kena bayar sewa ye"
hoiiiii...
tapi aku tak kisah letak gak.

aku taknak meja depan sebab bebetul sebelah aircond.
kang ada adegan tidur atas meja kang.
sebab sepoi-sepoi bahasa je muka di tiup a/c kang.
bila tah boss aku ni nak beli bean bag or tilam kecik.
syok wo kalau dapat tidur macam starfish if hari-hari tak busy tu.

ish suka melalut kan.
lain nak cerita ni.
nway, so for the past few days aku dok dengar kat belakang tu pintu asyik berbunyi.
tau kan bunyi kuak pintu tu?
selalu jadi if engsel pintu tu tak letak minyak ke apa.
so dok la dengar eeeeekkkkkkkk...ekkkkkkkkk.

memula dengar aku rasa macam oh angin kot. so pintu tu bergerak.
rasanya selang half n hour dengar macam tu.
aku buat tak tau je la.

then semalam ada lagi.
aku biarkan je.
tengah dok sembang dengar lagi.
aku tanya la.

me : awak dengar tak apa saya dengar?
him : aaaa dengar...

kita orang teruskan sembang trying to ignore.
then ada bunyi lagi.
mata aku terbeliak.

him : saya hisap rokok kat belakang tu takda pulak dengar.
me : dia kejap2 la bunyi.
him : ada la tu kot. dia belum kenal kita lagi. orang baru masuk.
me : saya rasa office sebelah la. dorang keluar masuk toilet dengar.
him : ni konkrit ni kak *sambil ketuk2 dinding* mana boleh dengar kak.

babiii aku seram.
betul la. sebab memang konkrit kot.
sebab asal pintu je aku dengar?
punya ramai la staff belah sana mana dengar suara ke apa pun.
tapi hati aku kuat mengatakan tu pintu office sebelah.
tapi bila dia ketuk2 konkrit tu aku jadi lain. lain lak pikir. me not loike.

aku sedapkan hati kata angin tu. kan tingkap toilet tu terbukak.
angin kompressor a/c tu kot.
masalahnya tingkap kecik n takda la terbukak lebar pun.
plus pintu toilet selalu tutup!!!!
uwaaaaaaa.

semalam aku tgh buat kerja sorang.
berbunyi lagi melompat aku ke depan. aahhaha.
tau takut kan kau kak jah. kemain kau expose mistik bagai tiap minggu kat blog.
padan muka.

then beranikan diri check pintu satu-satu.
bukak pintu bilik office takda bunyi.
pintu surau takda bunyi.
of coz la. pintu baru kan.
bukak pintu toilet... ekkkkkkkkkkkkkk...
meremang terus bulu roma aku.
bunyi sama. tu la bunyi dia. pantekkkk betul.
tapi masalahnya pintu tu tutup rapat. motip nak bunyi bagai?
haiii mambang, kau main pintu mambang???

then malam semalam lepak rumah mama.
aku cerita la kat mama.
yang mama kata, kata nak panggil ustaz? buat la doa selamat sikit ke apa.
iyooo lah. sabarrrrr...
tetiba laki aku bersuara.

MrB : orang sebelah la ja. dorang keluar ke belakang tu. dorang hisap rokok belakang tu. i nampak la. ramai.

terus lega hati iolls.
so hari ni bunyi la kau banyak kali pun i tak heran.

walaupun aku tak tau la kalau suami aku cakap macam tu sebab dia nak sedapkan hati aku.
sebab belakang tu macam balcony kecik.
bahagian utility area. ada compressor a/c bagai.
maybe la dorang punya compressor tak letak situ kot.
n ada dinding kot situ, dah macam mana lak laki aku leh nampak?
macam menipu jewwww.

nasib la aku tak keseorangan kat office ni.
ada rakan sekerja.
next week elly lak masuk.
kalau aku sorang la, bunyi lak mambang main pintu.
selamat tinggal Ellfie. sorry la aku nak semangat n gigih dok sorang situ.

jap lagi nak beranikan diri jenguk balcony belakang pulak la.
betul ke ada orang smoke situ.

6 Comments:

Jueliza Jamani said... [Reply to Comments]

kak peej oiihh seram kak oiii.. aduhhh.. ok lagi tak dengar org main guli.. kalo main guli ya ampun... lagi sakit jiwaaa

Afidah Azmi said... [Reply to Comments]

saja tu dia nak berkenalan dgn amoi Ellfie..

skuterlady said... [Reply to Comments]

dah jengah belom?...hehe

Juliana Abdul Rahman said... [Reply to Comments]

hahahaha kelakau..
expose mistik peej. patut tajuk N3 kena letak expose mistik jgk.
hahaha....

Anonymous said... [Reply to Comments]

kak peej serius sy gelak besar baca apa akk tulis wakakakka

aweq_dini

FZ said... [Reply to Comments]

Peej, ni kelakar ke seram??? Akak baca gelihati. Cuba tunggu kejap kat tempat yg berbunyi tu sambil baca ayat kursi ke. Tgk apa jadi. Lepas tu pasangkan ayat2 quran dlm ofis tu biar bergema.

Akak masa pindah rumah bertingkat pun boleh dengar org ke apa main guli, seret perabut hari2 lepas tgh mlm. Lelama hilang.

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...