Instagram : @peejburhan

Expose Mistik: Client Telco Blue

Hi Peej,

Saya silent reader Peej. Saya pun nak share jugak kisah seram ni berlaku pd tahun 2012 semasa appointment dengan client di Telco. Sy  just bg hint je ' Blue ' mesti uols boleh teka kan. 

Masa tu dah tengahari tp saya terpaksa parking dekat bangunan sebelah yang sudah lama terbengkalai sebab tak dpt CF. Basement penuh, outdoor parking space pun penuh. Takut nak parking bukan2 takut kena saman DBKL, dgn polis trafik. 

So saya pusing2 la cari parking, hmm memang tak ada. Finally, saya parking jugak kat bangunan terbengkalai ni, masa tu belum renovate dan belum ada tenant lg mcm sekarang.  So masa ni tempat tu dorang jadikan parking sebab tak cukup space. 

Masa masuk parking ni saya boleh dengar parking management pasang cd orang mengaji Quran kuat2,  Mesti ada something kan ?

Parking ni bertingkat2, jadi saya parking tingkat berapa? tak ingat dah. Katakanlah tingkat 3, kalau nak turun naik memang kena pakai lift. Lepas habis appointment, saya pun berjalanlah naik lift. Lupa nak bagitau keadaan dlm lift. Dalam lift tu lampunya sangat malap dan berkelip2, sekejap bukak, kejap tutup. Lepas tu saya sorang je turun naik lift tak ada orang lain, sebab time tu org tgh keje.
Nak tahu apa jadi dgn saya semasa dalam lift ?

Masuk dalam lift saya tekan butang turun, tapi dibawanya saya ke tingkat atas. ahh kenapa ni, dalam hati saya dah agak dah sesuatu tp saya tenangkan diri sebab kalau menjerit pun tak ada guna sebab tak da sesiapa pun kat bangunan tu melainkan guard dekat tingkat bawah sekali tengah jaga parking. 

Saya berdoa dalam hati semoga pintu lift terbuka, ye pintu lift terbuka entah di tingkat berapa. Saya terus keluar tanpa berpaling ke belakang dan turun cepat2 menggunakan tangga, bayangkan masa tu pakai high heels, tak tak kisah dah semua tu. Floor tu memang kosong sekosongnya tak da orang. Nasib baik tangga yg saya nak turun tu dindingnya glass wall jadi sy boleh nampak orang dari luar bangunan tgh jalan2 kat bawah dan boleh dgr cd mengaji.

Alhamdulillah selamat. Sampai ke hari ni saya tak sure masih pasang kaset mengaji ke tak, tp sekarang ni dah ada tenant. Kawan saya yg masih kerja di Blue bagitau some of the department kena pindah bangunan tu bgtau memang haunted, sometimes ada yg kena kacau.

Ok itu saja sy nak share. Selamat membaca 


Thanks and regards,

Linda 

........................................................

sesiapa nak share kisah expose mistik boleh email

nurhafiza.burhanuddin@gmail.com
sucject : expose mistik :...(tajuk)...

1 Comments:

Rai OurKizuna said... [Reply to Comments]

bangunan marinara lettew.. husband saya pernah kerja situ sebelum diorang arahkan tutup.. hehehe

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...