Instagram : @peejburhan

debaran seorang pengkayu

ni tengah lunch hour.
tunggu elly sat lagi then pergi lunch.
ingat nak order apa-apa n makan kat office je.
membawa hati yang sepi. amboii dramatic sangat.
tapi ni elly kata lunch sama. so lets.
sementara tu mari kita update blog :)

aku berdebar ni.
sebab esok ada photoshoot.
plan asal photoshoot hal produk n model sahaja.
tetiba dorang kata alang-alang tu photo shoot kita bertiga sekali.
HAAAAHHHH?!!!!
dorang kata senang lepas ni if masuk majalah ke apa, if nak buat artikel ada pic bertiga.
aku dah macam, aaaa perlu ke? takleh ke aku belakang tabir je.
dorang kata TAK BOLEH!! kita bertiga.

tolonglah i is tekanan perasaan.
aku memang segan n malu la bab2 ni.
tahap confident level tu kan agak rendah.
walaupun orang dok kata blogger la apa. patut ok.
sebab tu aku selalu cakap kat reader aku, aku ni penyegan.
orang tengok memang nampak sombong. tapi aku segan sebenarnya.
sebab tu la aku pun setakat menulis blog je la.
kehidupan aku di balik komputer.
kalau aku ni suka berdepan orang, dah lama i jadi pengacara rancangan ke apa.
amboi impian...hahahhahahahah.

so faham tak konsep tu?
konsep tak suka tu.
sebab tu amik pic pun aku tak berapa suka.
setakat selfie tu boleh la. pun idok le selalu.
takda la selfie 20 kali sehari upload.
kalau orang amik pic pun, takda aku tengok balik ke apa. sebab nyampah nanti bila tengok.
eh saiko sangat kau ni kak jah.
ye memang saiko. saiko sebab tak sanggup tengok diri sendiri yang rupa batu belah batu bertangkup tu. cisssss.
tapi saiko je la. kurusnya tak pernah pun. hahhaha.

dah la bila jumpa sedara mara ke apa, kemain memasing kata aku besar.
ye tau! tak perlu bagi tau lapan kali.
semalam pun ipar aku dok cakap, uihhh makin segar bugar...penuh je muka.
cipetttt betul. hahahahhhahaha.
pastu coverline cakap, takpa la..suami sayang.
whatever ok. ingat iolls tak stress ke baju n seluar hampir sendat semua.
tapi like i said, aku ni takat stress je la puin.
takdonyo tetiba konon nak misi diet.
tolonglah nak muntah ngan diri sendiri.
sejak di zaman remaja nak diet. takdanya berjaya.
cintaku kepada makanan lebih daripada cinta kepada badan kurus. hahahaha.

eh macam melalut je tetiba. suka lari topik.
ni kalau jadi pengacara rancangan gossip ni meriah la. ok tetiba. hahahah
nway, aku stress nak photo shoot tu la.
dah la dorang dua orang kurus letop2. kang tetiba iolls je macam batu betangkup kat situ.
aaaa dah la aku ni bab pose kayu. i dont like ok.
teringat lagi masa photo shoot kree dulu untuk raya 2 years back.
photographer stress aku kayu. aku lagi stress sebab dah memang kayu, tapi di minta menjadi selembut sutera. tak reti la ahkakkk ni woihhh. tolonggggg.

dah la rambut aku tak sempat color ni.
boleh tahan macam harimau meninggalkan belang ghupe aku.
ingat nak color today, tapi kerja kan.
balik kerja nak pergi hospital.
malam ada appointment lain.
merasa la ngeri rupa aku nanti.
uhukkk-uhukkkk.

doakan kak jah berjiwa tenang ye esok.
doakan jugak tetiba aku hebat gila tetiba lepas photo shoot di lantik menjadi malaysia's next top plus size model sebab hebat sangat beraksi.
wahhhhh nak jugak kau ni kan? hahhahahaha

ok bye nak lunch.


untuk jadi agent Ellfie Beauty. email agent.ellfie@gmail.com
nak beli Ellfie Essence whatsapp/sms 013-2755197 atau boleh dapatkan daripada Agent Sah kami CLICK HERE

8 Comments:

ease elias said... [Reply to Comments]

x la peej..awk kena confident..kulit muka awak cantik kut ..awk x yah senyum..amik gmbr muka serius pun da cantik..believe me...kita beli ellfie pun sbb awk kata bagus n nak jadi kulit muka mcm awk..

Afidah Azmi said... [Reply to Comments]

akak...gemuk ke kurus ke..itu dah memang Allah bagi..kalau kurus pun orang kata laki tak bagi makan pulak..gemuk pun org kata gak..macam fida..dulu memang makan hati ulam jantung..tapi sekarang ni Fida buat bodo jer..asalkan kita sihat..ada gak mak cik2 kat kampung tu duk kata gemuknya hang...pastu Fida jawab,.,.hati senang kan..biasala..lagipun laki bagi cukup makan..hehehe

Alueyah said... [Reply to Comments]

Kak peej..
Walau bdn kita chubby jgn selalu low confident. Stiap wanita tu dh mmg cantik n sexy in their own way..cuma subjektif di mata yg melihat saja..so just carry your own self in proper way..jgn sbb kita gemuk end up dgn jd selekeh..dress cool n of courselah jgn tunjuk sgalalemak2 kt bdn ..hihi
Once u feel down, just remember u hv family n husband who loves u no matter how u looks n god bless u with your beauty face n brains..do well tmorow..luv u

zella y said... [Reply to Comments]

peej..nak tanya..muka i ade kesan2 jerawat dari zaman skolah..means my kulit xrata...kalau pkai ellfie..ok x? boleh x hilangkan parut2 jerawat tu?

FZ said... [Reply to Comments]

Nampak gambar Peej & the gang kat instagram takda la kayu sangat....make up sweet ye, mcm pengantin. Tgk baju Elly wow......

Mazlila Mazelan said... [Reply to Comments]

peej, jangan lupa share gambar photoshoot nanti.

Aye Ahmad said... [Reply to Comments]

Cik puan tokey...org belakang tabir pun sekali sekali kena duk depan jugak.
Relaks ok, jgn gabra...Kasi up skit confident level tu.
Ha...amacam photoshot kelmarin ada ok x???
Teaser skit pls... nk gak tgk team letup2 yg berjaya ni.

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

Tapi awak cantik..kalau rasa segan sebab besar ,ala...suruh diaorang berdua lindung2 badan awak..heheheh..takat mana sangat la besar nya tu..kalau selfie pun cantik,photoshoot lagi cantik tau..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...