Instagram : @peejburhan

Bersiaran daripada office. amboi amboi amboi.

hahah gedik sangat tajuk entry kan.
gilalah. berbelas tahun hidup ibarat burung hantu.
malam berjaga, siang beradu.
buat julung-julung kali, hari ni 5/5/15 aku start hidup macam orang normal.

gila la awal pagi bangun weyh.
kembang kuncup hidung dok bukak office awal pagi.


kemain korang ada mengutuk takda la pagi nau aku bangun.
memang la tak pagi. sebab aku update tu dekat kul 11am.
tapi aku sampai awal la.
tapi terus buat kerja.
kasi kerja kat pekerja apa perlu buat apa semua.
then baru teringat nak update.

bangun pagi aku tolak laki aku, laki aku tolak aku. hahah.
selama ni dia bangun la pagi pergi kerja ada aku kisah? hahahhahahahha
sekarang padan ngan muka. nasib dekat tak perlu merempuh traffic jam.
gigih angkut 8 kotak tadi ke office.
bawak segala peralatan kerja aku ngan barang2 lain.
nasib dibantu. kalau tak terkangkang la sensorang.

lepas tu sangat efesyen sangat kerja.
laju kemain siap semua. terus sangap lepas tu.
patut la ramai orang kerja office ni suka mengular.
eh jangan bagi tau boss elly filla iolls update blog. ;p

tadi pergi lunch.
tetiba nampak ada 2 polis kemain pakai lengkap seragam.
eh rasa pelik nampak polis melepak.
pastu kemain yang perempuan tu siap selfie.
then nampak ada lagi 2 orang datang. tapi tak pakai uniform la.
oooo maybe polis under cover mungkin. hmmm.
boleh tahan handsome salah sorang tu. eh ehhh.
tetiba nampak ada nyah datang kemain dok bedakkan dorang ni.
loooohhhhhh drama kah ini semua?
rupanya ada lakonon gerak khas kot. hahahaha.
ye ye la aku dok spekulasi memacam, "ohh maybe polis balai sini kot. saje lepak makan jap."
rupanya pelakon.
sebab yang pakai uniform tu pegawai. bukan other ranks ke apa.
so rasa pelik nampak selamba je dorang lepak2.
tah la aku yang jakun x pernah nampak kot. selama ni terperap kat rumah kot.

apa-apa pun, sambil type sambil jeling jam.
lambatnya masa berlalu.
nak balik please. :D



3 Comments:

cikjaja said... [Reply to Comments]

Akak peej..ade keje kosong x...hehehee..serius nak keje nihhh

Jan@Afzan said... [Reply to Comments]

Hehehe...kan, tak seronok kerja pejabat...tu yg kami mengular jek... haha..eh eh.. bos ellfie takpe, depa understanding..Yeahhh

Felis Domestica said... [Reply to Comments]

Mmg kelakar la u ni... teruskan dengan gigih yer... all the best

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...