Instagram : @peejburhan

Belajar bahagi kerja.

Kemain hari tu aku eksyen kan pergi kerja pagi kan.
hari kedua fail uolls.
nasib bangun pun sebab filla call, "kau tidooooo lagi?!!!"
maafkan kami penunggu gua, maafkan kami penunggu gua. hahahaha.
kelam kabut meloncat mandi bersiap semua.
kesian pekerja iolls menjadi pekerja berdedikasi sampai awal office tapi boss tak sampai.
tak dapat masuk dia. hahahah. ok tak kelakar.
ok sat lagi aku keluar buat kunci la.
senang bagi dia kunci. takda la memaki hamun iolls di dalam hati dia sebab tak reti2 bangun bangun awal ke.
adahal aku set alarm banyak kali kot. sana sini alarm.
dasar tutup begitu je alarm agaknya. tak sadarkan diri rupanya.

tapi kan. tapi kan.
walaupun aku macam tak suka je bangun awal kena masuk office bagai kan.
aku rasa macam hidup sedikit tersusun.
ni aku rasa la.
ramai dok kata, best la duduk rumah bla bla. kita kena kerja.
well aku ni seorang yang tak berdisiplin.
walaupun duduk rumah, aku jenis tak ikut timing.
lagi kat rumah lagi la kau bermalasan je.
sambil buat kerja, sambil kau tertidur balik la, tak pun tetiba kau rasa nak keluar la, nak layan movie ke. sesuka hati je la.
start kerja pun lambat je. bila lambat, tau la..hasilkan siap pun lambat la.
pastu settle kerja penat gila.

tapi aku perasan dah dua hari ni. rasa tersusun lak.
sebab semua buat awal je. by petang takda apa sangat nak buat.
tunggu masa nak balik je.
balik lak terus mandi n rasa segar je. pastu terus, "now what?"
no wonder la elly n filla balik kerja terus masak, then dinner sesama. wooowww.
tengok la i dapatkan rentak nanti.
maybe lepas ni boleh jadi pekerja berdedikasi dan jugak isteri mithali ke. hua hua hua.
dedikasi la sangat...buat2 masuk kerja on time tu dulu. hahahha

ingat lagi dulu kena sound ngan mama.
kan aku ada time penat sangat buat kerja. sampai sambil pack barang sambil nangis.
mama cakap amik la assistant untuk tolong.
aku kata aku tak percaya kat orang. boleh ke orang tu buat macam aku buat.
ye aku saiko macam tu. semua kena ikut style aku. kang tak kena sakit mata aku tengok.
pastu mama sound, "macam tu sampai ke tua la kau jadi kuli. tak pandai nak arah or bagi orang kerja." tsk.

now dah start kerja baru ok.
macam 1st day, aku macam tak tau nak suruh buat kerja apa.
sebab rasa macam eh boleh ke dia ni buat.
hahaha macam kims perangai kau kak jah. balut parcel je pun..takkan la tak reti.
tapi takkan la nak melangok je. so aku ajar sekali je..terus elok je buat takda masalah. hahha
pastu dok la mencari kerja lagi nak buat apa.
dah semua kerja dia buat. aku lak tak tau nak buat apa. haha.
aku ni kan ada satu perangai susah percaya orang boleh buat.
tadi ada agent nak amik barang aku takda kat office.
risau gak, eh dia ni reti ke nak amik barang.
tapi tengok tadi ok je, call suruh bagi barang apa semua boleh. 
terus rasa macam, wahhh macam ni ke rasa ada pembantu. bagus ni. sonang sangat kerja kak jah.
tu belum masuk system. tak lama masuk system bertambah canggih la rasa.
tak perlu lagi jari kematu menulis borang bagai. woooow. hehehehe

takda lagi adegan kak jah menangis sebab sakit pinggang n penat balut parcel.
pastu malam menangis lagi. nasib laki baik hati rajin urutkan.
tengok balik pic ni, rasa nak pitam memikirkan pack barang semua sorang.
pastu buat kelam kabut sebab kata buat kerja suka start lambat.
tau nak terbongkang je kan.







tapi bengang la ngan poslaju ni.
punya la kemas aku balut, siap tepek fragile sana sini.
tetap banyak kes jahanam barang. kong ajo sangat la.
korang ni buat acara melontar lembing parcel ke apa?

oh bagi yang nak COD barang dah boleh tau.
agent nak amik pun boleh.
boleh amik dekat office Ellfie.

Office Address
18-3, 3rd Floor Block B, Platinum Walk,
Jalan Langkawi, Danau Kota,
Setapak, 53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-41444197

Office Hours
Monday - Friday
9am - 5pm

kalau boleh call dulu yea before datang.
sebab takut aku takda if ada urusan luar ke apa.
tapi rasanya selalu akan ada la. kecuali lunch hour.
tapi if dah set appointment nak datang boleh je time lunch, aku tunggu je la.


korang dah beli belum Ellfie Essence?
kalau belum baik cuba, rugi tak try. best tau.
semua aku suka. hahaha.
dah jangan nak buat2 muka sambil berkata dalam hati, "eleh produk sendiri mesti la puji."
serious best. aku sendiri dah suka ngan produk sendiri. serious.
bunyi macam poyo kan. tapi betul.

aku susah kot nak tinggalkan tabita. lama kot bersemadi di dalam hati.
aku pakai since 2011 kot.
even memula Ellfie Essence keluar. aku pakai campur2.
cleanser n toner tabita, creams aku pakai ellfie.
reason sebab tabita aku ada lagi. takyah nak membazir sangat la.
bising elly n filla sebab suruh aku pakai full set. SABAR LA!!!
now dah 3 weeks aku pakai full set.. aaaa suka.

macam aku cakap la. semua la aku suka.
cleanser dia memang kurang buih, tapi if tamak picit 4 kali gosok laju2 ada buih.
aku suka sebab bau dia best la. pastu dia bagi effect lembut n licin je rasa lepas basuh tu.
toner pun wangi je. dah la macam lembut je. i loike.
day cream aku suka sebab texture dia macam two way cake sikit kan.
mula2 pakai aku tak reti, rasa susahnya nak blend.
tapi lama-lama ok. sebab susah blend aku dot2 kan sikit je.
tapi takyah kedekut sangat yea. dot je kan penuh muka. senang nak blend.
dah la walaupun 10mg tapi gila tahan. nak dekat 3 bulan pun tak abis2.
night cream lak aku suka sebab esoknya kau bangun pagi tengok cermin rasa macam wow lawanya aku. hahahha. tampang kang pompuan ni.
ada orang kata night cream bau bawang? haaahhh bau bawang?! gila apa.
apesal aku takda bau ni. ok ada la bau tapi biasa la bau mcm lotion biasa takda bau tu.
takda lak bau bawang. ada-ada je la korang ni.
aku rasa ok je.

dedua ada la lebihan n kekurangan masing-masing.
dedua pun aku suka.
tapi tu la lama sangat pakai tabita macam dah tak lut kat muka aku.
dah kurang jelita macam dulu. maybe faktor usia kot. entah la.
maybe jugak dah sampai time tukar baru. so just nice la ada produk sendiri ni.
Alhamdulillah serasi ngan kulit aku.
Produk kena sentiasa cari mana yang sesuai ngan kulit kita kan.


Siapa berminat nak beli boleh

Whatsapp/sms - 013-2755197

Harga : RM120 (SM)
             RM130 (SS)

Postage Percuma

if nak COD di kawasan berdekatan anda boleh tengok senarai agent Ellfie berdekatan korang. CLICK HERE.

ok la nak buat pura-pura rajin kerja. heheh

8 Comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

Peej, u jual tabita lagi x?

Anonymous said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum..
saya silent reader..x penah komen..
tp arini nk komen sbb td nmpk kak peej kt platinum walk sedang berjalan menuju ke lif..hihihih..
rase nk panggil tp segan & takut kak peej terkejut jatuh beg2 semua..hehe..
excited mcm nmpk retis gitu..hihihihi..
saya keje kt blok A ;)

~fida~

Anonymous said... [Reply to Comments]

night cream mcm bau bwang putih tp suka je pakai

Allene typicalmommy said... [Reply to Comments]

bestnya.. tp pos memang gitu.. stress

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ahh kalau peej dh komen bab testimoni ni ai mmg tegoda..mmg betul2 ok lettew..ai pun rasa muka dh tak lut pakai tabita.wait 1 week lg nk abiskan dulu ai nk try elfie pulop

-sue utara-

KuraKura said... [Reply to Comments]

hahaha betul laa.. night cream bau tak sedap.. memang ala2 bawang gitu.. saya kurang suka bau dia.. yang lain2 okay..

surizan abdghani said... [Reply to Comments]

Pos laju mmg ngek.aritu sy ada pos barang kt cust.cust dpt dlm keadaan pecah.kuang ajo.cust ckp xpe x yah ganti tp suami sy gantikan jugak sbb kesian org dh beli dgn kita kan.bukan x leh claim tp malas.bnyk cekadak.

Diana Rashid said... [Reply to Comments]

baca komen atas ni terus lupa nak komen apa..
haahahah...wah..dah jadi
ahli perniagaan berjaya nih..
tengok banyak betul order..

Post a Comment

Heyyyyaaaaaa...